Anda di halaman 1dari 10

DIKELUARKAN OLEH JABATAN MUFTI PERLIS

KEISTIMEWAAN HARI JUMAAT DAN

AMALAN YANG DIANJURKAN

(TEKS KHUTBAH JUMAAT 6 JANUARI 2023)

1
KEISTIMEWAAN HARI JUMAAT DAN AMALAN YANG DIANJURKAN

ُ‫ات‬ُ‫لل ُ َحَن َمدهُ ُ َونَ حستَعهحي نهُ ُ َونَ حستَ حغ هفره ُ َونَعوذُ ُبهالل ُ هم حُن ُشروهُر ُأَنحف هسنَا ُ َوهم حُن ُ َسيِّئَ ه‬ ُ‫اْلَ حمدُ ُ ه‬ ‫ح‬
ُُ‫ُأَ حش َهدُُأَنُّلُُإهلهُهَُإهّلُُالل‬،‫يُلَه‬ َُ َ‫ضلهحلهُُف‬
َُ ‫لُ َه هاد‬ ‫ضلُُلَهُُ َوَم حُنُي ح‬ ‫لُم ه‬ َُ َ‫ُ َم حُنُيَ حه هدهُهُاللُُف‬،‫أ حَع َمالهنَا‬
ُُ‫ص ُِّل ُ َو َسلِّ حُم ُ َعلَى ُُمَمد‬َ ُ ُ‫ ُاللهم‬.ُ‫ ُ َوأَ حش َهدُ ُأَنُ ُُمَم ًدا ُ َعحبدهُ ُ َوَرس حوله‬،‫ك ُلَه‬ َُ ‫َو حح َدهُ َُُّل ُ َش هريح‬
َُ ‫ يَأَيّ َها ُال هذ‬.‫ل ُيَ حوهُم ُالدِّيحن‬
َُ‫ين ُ َآمنوُاحُاتُّقوُاحُاللُّه‬ َُ ‫َص َحابههُه ُ َوَم حُن ُتَبه َعه حُم ُبهها حح َسانُ ُإه‬ ‫هه‬
‫َو َعلَى ُآل ُه ُ َوأ ح‬
ُ،‫ث ُكهتَابُ ُالل‬ ُ‫ق ُاْلَ هديح ه‬َُ ‫َص َد‬ ‫ه‬ ‫هه‬
‫ ُفَهإنُ ُأ ح‬،‫ ُأَما ُبَ حعد‬.‫َحقُ ُت َقات ُه ُ َوَُّل ََُتوت ُّن ُإهّلُ ُ َوأَنحت حُم ُ ُّم حسلمو َُن‬
ُُ‫ ُ َوكلُ ُ حُم َدثَة‬،‫ ُ َو َشرُ ُاألم حوهُر ُ حُم َدثَات َها‬،‫صلى ُاللُ ُ َعلَحي هُه ُ َو َسل َم‬ َ ُ ُ‫ي ُ َه حديُ ُُمَمد‬ ُ‫َو َخحي َُر ُا حْلَحد ه‬
ُ ‫ض َللَةُُ ه‬
.‫فُالنا هُر‬ َ ُُ‫ُ َوكلُُبه حد َعة‬،ٌ‫به حد َعة‬
َ ُُ‫ُ َوكل‬،ٌ‫ض َللَة‬
Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah,

Pada hari jumaat yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya sendiri, dan para jemaah
sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa,
serta melaksanakan segala perintah-Nya, dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan
pada hari yang penuh berkat ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia, dan di hari akhirat
kelak. Khutbah pada hari ini akan membicarakan tajuk:“KEISTIMEWAAN HARI JUMAAT
DAN AMALAN YANG DIANJURKAN”.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Hari Jumaat adalah salah satu hari dari hari-hari kebesaran Islam. Hari yang mulia ini
mempunyai beberapa keistimewaan. Antaranya ialah sepertimana Nabi SAW bersabda:

َُ ‫اْلَن ُةَ ُ َوفه هُيه ُأ حخر‬


ُ‫هج‬ ‫آدمُ ُ َوفه هُيه ُأ حد هخ َُل ُ ح‬ ‫ت ُفه هُيه ُالشمسُ ُي ومُ ُ ح ه ه ه ه‬
َ ُ ‫اْلم َع ُة ُف ُيه ُخل َُق‬ ‫ح َح‬ ُ‫َخحي رُ ُيَ حومُ ُطَلَ َع ح‬
ُُ‫اعة‬ ‫ه هه‬
َ ‫محن َهاُ َوف ُيهُتَقومُُالس‬
2
Maksudnya:“Sebaik-baik hari yang mana matahari terbit padanya ialah hari Jumaat. Pada
hari itu diciptakan Adam AS, pada hari itu dia dimasukkan ke dalam syurga, pada hari itu dia
dikeluarkan dari syurga. Tidak akan berlaku hari Kiamat melainkan pada hari Jumaat”.
(Hadis Sahih Riwayat Ahmad)

Terdapat beberapa amalan sunnah, yang dianjurkan supaya kita melaksanakannya di hari Jumaat
yang mulia ini, dan ianya memiliki pelbagai kelebihan, antaranya ialah:

Yang Pertama: Memperbanyakkan bacaan selawat kepada baginda Rasulullah SAW.


Sepertimana Nabi SAW bersabda :

ُ‫ُعلَي هُِف ُك ِّل ُيَ حوهم‬


َ ‫ُصل َة ُأم هِت ُت حعَرض‬ َ ‫ن‬ ‫ه‬
‫إ‬َ‫ف‬ ُ،ُ ‫ة‬ ‫ع‬
َ ‫ُُج‬ ‫لة هُِف ُكل ُي وه‬
‫م‬ ‫َح‬ ِّ
‫أَ حكثهرواُعلَي هُمن ُالص ه‬
َ َ
ً‫ُصل ًةُ َكا َنُأَقح َربَه حُمُ هم ِِّّن َُمحن هزلَُة‬ َ ‫ُفَ َم حنُ َكا َنُأَ حكثَ َره حم‬،ُ‫ُج َعة‬
َ ‫ُعلَي‬
ُ
Maksudnya: Perbanyakanlah selawat kepadaku, pada setiap hari Jumaat. Ini kerana selawat
umatku akan diperlihatkan padaku pada setiap hari Jumaat. Sesiapa yang banyak berselawat
kepadaku, dialah yang paling dekat denganku. (Hadis Riwayat al-Baihaqi, hadis hasan
lighairihi)

Yang Kedua: Dianjurkan supaya membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat. Nabi SAW
bersabda :

ُ‫ُاْلم َعتَ ح ه‬ ‫ه‬ ‫فُي وم ح ه‬ ‫ه‬ ‫ه‬


ُ ‫ْي‬ ‫ْي ح‬ َ ‫َضاءَُلَهُم َنُالنُّوهر‬
َ ‫ُماُبَ ح‬ َ ‫ُاْلم َعةُأ‬ َ ‫ورةَُالح َك حه َ ح‬
َ ‫ُم حنُقَ َرأَُس‬
َ ‫إن‬
Maksudnya:“Sesungguhnya barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at,
maka dia akan disinari oleh cahaya di antara dua jumaat”. (Hadis Sahih Riwayat al-Hakim)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Yang Ketiga: Waktu doa yang mustajab ialah pada hari Jumaat. Oleh itu hendaklah kita
memperbanyakkan doa di waktu yang mustajab pada hari yang mulia ini. Nabi SAW bersabda:

ُُ‫َعطَاهُإهياه‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫فه ه‬


‫ُشحيئًاُإهّلُأ ح‬
َ َ‫ُيَ حسأَلُالله‬،ُ‫صلِّي‬
َ ‫اُعحب ٌدُم حسل ٌم َُوه َوُي‬
َ ‫اعةٌ َُّلُي َوافق َه‬
َ ‫ُس‬
َ ‫يه‬
Maksudnya:“Padanya (iaitu pada hari Jumaat) terdapat satu waktu, (dimana) tidaklah (waktu
tersebut) bertepatan dengan (masa) seorang hamba yang muslim sedang berdoa dengan
meminta sesuatu kepada Allah, melainkan (Allah) akan memberikan kepadanya. (Hadis
Riwayat Muslim)

3
Terdapat hadis yang lain menerangkan bahawa waktu tersebut adalah selepas Asar pada hari
Jumaat, iaitu Nabi SAW bersabda :

ُُ‫وجدُ ُفه َيها ُ َعحب ٌُد ُم حسله ٌُم ُيَ حسأَلُ ُالل ُهَ ُ َشحيئًا ُإهّلُ ُآتَاهُ ُإهياه‬
َ ‫ي‬ ُ ُ
‫ّل‬َ ُ ُ
‫ة‬
ً ‫اع‬
َ ‫س‬َ َُ ُ
‫ة‬
َ‫ر‬ ‫ش‬
‫ح‬ ‫ع‬
َ ُ ‫ا‬َ‫ت‬َ‫ن‬ ‫اث‬
‫ح‬ ُ ‫اْلمع ه‬
ُ
‫ة‬ َ ‫يَ حومُ ُ ح‬
‫ص هُر‬ ‫فَالحتَ همس ه‬
‫اعةُُبَ حع َُدُالح َع ح‬
َ ‫وهاُآخَُرُ َس‬ َ
Ertinya:“Pada hari Jumaat terdapat dua belas masa, padanya terdapat satu masa di mana
tidaklah seorang hamba yang Muslim berdoa kepada Allah, melainkan Allah akan
memakbulkan doa itu. Berusahalah mencari waktu tersebut pada hujung waktu sesudah
Asar”. (Hadis Sahih Riwayat an-Nasai’e,)

Yang Keempat: Memakai pakaian yang terbaik, memakai wangi wangian, tidak melangkahi
saf-saf orang lain dan diam ketika khatib sedang berkhutbah. Perkara ini telah dijelaskan oleh
Nabi SAW melalui sabdanya :

‫ُطيب ُإه حن ُ َكا َن ه‬


‫ُاْلمع هة ُولَبهس هُمن ُأَحس هن ُثهيابههه ُومس هُمن ه‬
ُ‫ُُث‬،ُ ‫ُعحن َده‬ ‫ح‬ َ َ َ َ ‫َم هن ُا حغتَ َس َل ُيَ حوَم ح َ َ َ ح ح‬
َ ‫تُإه َذ‬
ُ‫اُخَر َج‬ َ‫ص‬َ ‫ُُثُأَنح‬،ُ‫بُاللهُلَه‬ َ َ‫ىُماُ َكت‬
َ ُ‫ُصل‬ َ ‫ُُث‬،ُ‫اس‬ ‫اقُالن ه‬ ‫أَتَ ح‬
َ َ‫ىُاْلم َعةَُفَلَ حمُيَتَ َخطُأ حَعن‬
ُ‫ْيُُج َعته ههُال هِتُقَ حب لَ َها‬ ‫ه‬ ‫غ هُمن هه‬ ‫ه‬
َ ‫اُوبَ ح‬
َ ‫تُ َكف َارًةُل َماُبَحي نَ َه‬‫ُ َكانَ ح‬،ُ‫ُص َلته‬ َ ‫ُحَّتُيَ حفر َ ح‬ َ ‫إ َمامه‬
Maksudnya: Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat, dan memakai pakaiannya yang
terbaik, memakai minyak wangi jika dia memilikinya. Kemudian pergi menghadiri solat
Jumaat dan dia tidak melangkah leher orang lain. Kemudian dia mendirikan solat yang telah
Allah tetapkan untuknya. Kemudian dia diam ketika imam keluar (untuk berkhutbah)
sehingga imam selesai solat. Maka Itu semua akan menjadi kafarah (penghapusan dosa) bagi
apa yang ada di antara (hari jumaat tersebut) dan hari Jumaat yang sebelumnya. (Hadis
Hasan, Riwayat Abu Daud)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Pada hari yang mulia ini khatib ingin memberi nasihat, kepada diri sendiri dan para jemaah
sekalian, tentang sikap kita yang hadir untuk menunaikan solat jumaat. Antaranya Ialah:

Yang Pertama: Ada sebahagian daripada kita yang datang awal ke masjid tetapi duduk di saf
belakang, sedangkan saf yang pertama di hadapan masih kosong. Sepatutnya kita hendaklah
memasuki saf yang pertama di hadapan. Rasulullah SAW bersabda:

4
‫اُو َشُّرَهاُأَوْلَا‬ ‫ه‬‫ر‬ ‫وفُالُنِّس هاء ه‬
‫ُآخ‬ ‫اُآخرهاُوخي رُصف ه‬
‫ُالرج هالُأَوْلاُو َشُّره ه‬
ِّ ‫خي رُصف ه‬
‫وف‬
َ َ َ ‫َ َ َح‬ َ ََ َ ‫َح‬
Maksudnya: Sebaik-baik saf orang lelaki adalah saf yang terawal dan seburuk-buruk saf
orang lelaki adalah yang paling belakang. Manakala sebaik-baik saf para wanita adalah saf
yang terakhir manakala seburuk-buruk saf para wanita adalah yang paling hadapan. (Hadis
Riwayat Muslim)

Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa, saf yang paling yang terbaik dari sudut kelebihan dan
ganjaran pahalanya adalah saf yang pertama. Oleh itu, elakkan saf-saf dari dikosongkan atau
lambat dipenuhkan. Ini kerana begitu besar kelebihan dan ganjaran pahala yang ada pada saf
yang pertama.

Yang Kedua: Ada juga dikalangan kita yang datang awal, tetapi tidak terus masuk ke masjid.
Walaupun khatib sedang berkhutbah mereka masih berada di luar masjid, dan berbual-bual
kosong, sehinggalah mereka mendengar iqamat dilaungkan, barulah mereka masuk ke dalam
masjid. Lebih teruk lagi, ada yang masih menghisap rokok dan bersembang di luar masjid ketika
khatib sedang berkhutbah. Ada juga yang tidak memberi tumpuan ketika khatib yang sedang
menyampaikan isi kandungan khutbah, kerana tertidur atau sedang bermain telefon bimbit.
Rasullulah SAW bersabda:

‫صىُفَ َق حدُلَغَا‬
َ َ‫ُاْل‬
‫َوَم حن َُمس ح‬
Maksudnya:“Dan barangsiapa yang memegang (bermain-main) batu kerikil (ketika khutbah
Jumaat sedang disampaikan) maka sesungguhnya dia telah lagha (iaitu melakukan
perbuatan yang sia-sia)”.(Hadis Riwayat Muslim)
Al Imam al-Nawawi Rahimahullahhu Taa’la telah menjelaskan hadis ini, (Maksudnya):“Dalam
hadis ini terdapat larangan bermain dengan batu dan selain daripada jenis itu. (ini) kerana,
(ia) adalah sebahagian daripada perbuatan yang sia-sia ketika khutbah (Jumaat sedang
disampaikan). Di sini terdapat isyarat agar ditujukan jantung hati dan anggota badan semata-
mata kepada khutbah”.

Yang Ketiga: Jika kita hadir untuk solat jumaat, maka hendaklah juga kita menyuruh anak-anak
lelaki kita yang sudah akil baligh dan cukup syarat, supaya hadir ke masjid untuk menunaikan
solat Jumaat. Allah SWT berfirman dalam surah Taahaa ayat 132:

      

5
Maksudnya:“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan
hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya”.

Yang Keempat: Hendaklah kita menguruskan masa dengan sebaiknya agar dapat hadir ke
masjid sebelum khatib menaiki mimbar untuk berkhutbah, atau sebelum muazzin melaungkan
azan. Ada dikalangan kita yang terlalu lewat ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, mereka
hadir ketika imam sudah mengangkat takbiratul ihram, dan ketika itulah mereka baru hendak
mengambil wudhu dan memasuki saf solat Jumaat.

Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,


Hadir terlalu lewat untuk menunaikan solat jumaat akan menyebabkan kita tidak mendapat
kelebihan dan ganjaran pahala yang besar dari sisi Allah SWT. Nabi SAW bersabda :

ُ‫اعهُة‬
َ ‫ِف ُالس‬ ُ ‫اح ُه‬ َُ ‫اح ُفَ َكأََّنَا ُقَر‬
َُ ‫ب ُبَ َدنَُةً ُ َوَم حُن ُ َر‬ َُ ‫اْلَنَابَهُة ُُثُ ُ َر‬
‫اْلم َع هُة ُغ حس َُل ُ ح‬ ‫َم حُن ُا حغتَ َس َُل ُيَ حوَُم ُ ح‬
ُ‫اح‬َُ ‫ب ُ َكحب ًشا ُأَقح َر َُن ُ َوَم حُن ُ َر‬ َُ ‫اعهُة ُالثالهثَهُة ُفَ َكأََّنَا ُقَر‬
َ ‫ِف ُالس‬ ُ ‫اح ُه‬ َُ ‫الثانهيَهُة ُفَ َكأََّنَا ُقَر‬
َُ ‫ب ُبَ َقَرًُة ُ َوَم حُن ُ َر‬
ًُ‫ضُة‬َ ‫بُبَحي‬ َُ ‫اْلَ هام َس هُةُفَ َكأََّنَاُقَر‬ ‫اع هُةُ ح‬
َ ‫ِفُالس‬ ُ ‫احُه‬َُ ‫اج ُةًُ َوَم حُنُ َر‬
َ ‫بُ َد َج‬ َُ ‫اعهُةُالرابه َع هُةُفَ َكأََّنَاُقَر‬ َ ‫ِفُالس‬ ُ‫ه‬
ِّ ُ‫تُالحم َلئه َكةُُيَ حستَ همعو َُن‬
‫الذ حكَُر‬ ‫جُ حه‬ َُ ‫فَهإ َذاُ َخَر‬
َ ُ‫ضَر ح‬ َ ‫اْل َمامُُ َح‬
Ertinya:“Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah, kemudian dia
bersegera pergi (ke masjid untuk solat jumaat), maka seperti dia mengorbankan seekor unta,
dan barangsiapa yang pergi (ke masjid untuk solat jumaat) pada masa yang kedua, maka
seperti dia mengorbankan seekor lembu betina, dan barangsiapa yang pergi (ke masjid untuk
solat jumaat) pada masa yang ketiga, maka seperti dia mengorbankan seekor biri-biri jantan
yang bertanduk, dan barangsiapa yang pergi (ke masjid untuk solat jumaat) pada masa yang
keempat maka seperti dia mengorbankan seekor ayam, dan barangsiapa yang pergi (ke masjid
untuk solat jumaat) pada masa yang kelima, maka seperti dia mengorbankan sebiji telur. Dan
apabila imam telah keluar (untuk berkhutbah), maka para Malaikat turut hadir untuk
mendengar peringatan (dalam khutbah tersebut). (Hadis Riwayat imam Al-Bukhari)

Oleh itu, marilah sama-sama kita berusaha merebut segala keistimewaan dan kelebihan yang ada
pada hari jumaat yang mulia ini, sepertimana yang telah diberitahu oleh baginda Rasulullah
SAW. Mudah-mudahan kita menjadi para hambanya yang sentiasa mendapat rahmat,
keberkatan, keampunan dan keredhaan dari sisinya. Allah SWT berfirman dalam surah al-
Jumaah ayat 9 :

6
                

     

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! apabila diserukan azan (bang) untuk
mengerjakan solat pada hari jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk
mengingati Allah (dengan mengerjakan solat jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada
saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang
sebenarnya),

ُ.‫ُاْلَ هكحي هُم‬ ‫ه‬


ُِّ ‫اتُو‬ ‫ه ه ههه‬ ‫ه ه‬
‫الذ حك هر ح‬ ‫ُاللُِل َُولَك حم ه ح‬
َ َ‫ُِفُالحقحرآنُالح َعظحي هم َُونَ َف َع ه حِّن َُوإياك حمُِبَاُفحيهُم َنُاآلي‬ ‫بَ َارَك ه ح‬

7
KHUTBAH KEDUA

‫َُيعل ُلَه ه‬ ‫ا حْلمد ُلهل هه ُال هذيُأَنحزَل ُعلَىُعب هدهه ُالح ه‬


َ ‫ُص ِّل َُو َسلِّ حم َُوبَا هرحك‬
ُ‫ُعلَى‬ َ ‫م‬ ‫ه‬ ‫لل‬َ‫ا‬ ُ.‫ا‬‫ج‬ًَ‫و‬ ‫ُع‬ ‫ح‬
‫َ َح َح‬َ ‫َل‬
َ‫ُو‬ ‫اب‬ ‫ت‬
َ ‫ك‬ ‫َ َ َح‬ ‫َح‬
ُ‫ُحق ُت َقاتههه َُوَُّل ََُت حوتن‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫ُممد ُوعلَىُآلههه ُوصحبه هه ُأ ح ه‬
َ َ‫ُات ق حواُالل‬،‫ُفَيَا ُأَيُّ َهاُالحم حسلم حو َن‬،‫ُأَماُبَ حعد‬،‫ْي‬ َ ‫َُجَع ح‬ ‫ََح‬ ََ َ
ُ‫ال ُالح َكافهرو َن‬ َ ‫ُجاءَه حم ُمحن هذٌر هُمحن ه حم ُفَ َق‬َ ‫ن‬
‫ح‬ َ
‫أ‬ ُ‫ا‬‫و‬ ‫ب‬‫ج‬‫ ُبل ُع ه‬،‫يد‬
َ ‫َح‬
‫آن ُالحم هج ه‬
ُ َ ‫َ ح‬
‫ ُوالحقر ه‬،‫ ق‬.‫إهّلُ ُوأَنحتم ُمسلهمو َُن‬
‫َ ح ح ح‬
ُ‫ُاأل حَرض هُمحن ه حم‬ ‫اُماُتَحن قص ح‬ ‫ن‬ ‫م‬‫ ُقَ حد ُعله‬،‫اُمحت ناُوكناُت راباُ َذلهك ُرجع ُبعهي ٌُد‬ ‫ ُأَإه َذ ه‬،‫يب‬
ُ ‫ه َذاُشيء ُع ه‬
‫ج‬
َ ‫ح‬ َ َ َ َ ٌ ‫ح‬ َ ًَ َ َ ٌ َ ٌ‫َ َ ح‬
َ ‫اُجاءَه حمُفَه حم هُِفُأ حَمر‬
.ُ‫ُم هريج‬ ‫ُبَ حلُ َكذبواُبه ح‬،‫ظ‬
َ ‫اْلَ ِّقُلَم‬ ٌُ ‫ُح هفي‬
َ ‫اب‬
‫ه ه‬
ٌ َ‫َوعحن َدنَاُكت‬
Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian,

Masih ramai dikalangan kita yang masih cuai dan lalai untuk melaksanakan kewajipan solat
Jumaat. Rasulullah SAW memberi khabar ancaman kepada sesiapa yang sengaja meninggalkan
solat jumaat. Dua orang sahabat Nabi SAW, iaitu Abu Hurairah RA dan juga Abdullah Bin
Umar Radiyallhuan’huma telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ketika berada di atas
mimbar :

ُ‫ ُُث ُلَيَكونن هُم َن‬،‫ُعلَى ُق لوِبهه حم‬ ‫ه‬ ‫لَي حنت ه ْي ُأَقح وام ُعن ُوحد هع ه م ح ه‬
َ ‫ ُأ حَو ُلَيَ حخت َمن ُالل‬،‫ُاْلم َعات‬ َ ‫ََ َ ٌَ َح‬
ُ‫ْي‬‫هه‬
َ ‫الحغَافل‬
Maksudnya:“(Jika) sesuatu kaum terus menerus meninggalkan solat jumaat (tanpa sebarang
keuzuran, nescaya) Allah akan menutup ke atas jantung-jantung hati mereka (daripada
menerima kebenaran dan kebaikan dalam Islam). Kemudian mereka pasti akan menjadi
golongan orang-orang yang lalai”. (Hadis Riwayat Muslim)

Orang-orang yang sengaja meninggalkan solat fardhu jumaat tanpa sebarang keuzuran akan di
tutup oleh Allah SWT pintu jantung hati mereka dari menerima kebenaran, dan kebaikan dalam
Islam. Ada juga yang sengaja melewat-lewatkan untuk menghadiri solat Jumaat sehingga
terlepas khutbah Jumaat, sedangkan bersegara dan hadir awal ke masjid untuk mendengar
khutbah dan solat Jumaat adalah suatu tuntutan.

8
Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,

Sesungguhnya, Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 56:

              

Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi, maka wahai
orang-orang yang beriman hendaklah kamu berselawat dan salam ke atas Nabi.

Nabi SAW bersabda dalam hadis yang sahih, daripada Anas Bin Malik RA;

ُ‫ُخ هطحيئَات‬ ‫اح َد ًةُصلىُالل ه‬


‫منُصلىُعلَيُو ه‬
َ ‫ُع حشَر‬
َ ‫ُعحنه‬
َ ‫ُو َحط‬،ُ
َ ً‫ُع حشرا‬
َ ‫ُعلَحيه‬
َ َ َ َ َ َ
Yang bermaksud;“Barangsiapa berselawat ke atas aku satu kali, maka Allah membalasnya
(dengan merahmatinya dan Allah memberi ganjaran pahala kepadanya sebanyak) 10 kali dan
(Allah) menghapuskan dosa-dosanya”.(Hadis Riwayat Al-Bukhari dalam Al-Adabulmufrad)

ُ‫ُآل ُإهبح َر هاهحي َم‬


‫ُعلَى ُإهب ر هاهيم ُو َعلَى ه‬
َ َ َ‫ت َ ح‬ َ ‫ُصلحي‬
‫ه‬
َ ‫ُعلَى ُُمَمد َُو َعلَى ُآل ُُمَمد ُ َك َما‬ َ ‫ص ِّل‬ َ ُ ُ‫اَللّهم‬
ُ‫ُآل ُإهبح َر هاهحي َم هُف‬
‫ُعلَى ُإهب ر هاهيم ُو َعلَى ه‬
َ َ َ‫ت َ ح‬
‫ه‬
َ ‫ُعلَى ُُمَمد َُو َعلَى ُآل ُُمَمد ُ َك َما ُبَ َارحك‬ َ ‫َوبَا هرحك‬
ُ،‫ات‬ ‫ أَللّهم ُا حغ هفر ُلهحلمسله همْي ُوالحمسلهم ه‬.‫َُمُي ٌُد‬
‫ات ُوالحم حؤهمنهْي ُوالحم حؤهمنَ ه‬ ‫َُحي ٌد َه‬‫ك َه‬ ‫ن‬ ‫ْي ُإه‬ ‫الحعالَ ه‬
‫م‬
َ َ ‫ح‬ َ َ ‫َ ح‬ َ ‫ح‬ ‫ح ح‬ ‫ح‬ ‫ح‬ َ َ ‫ح‬ َ
ُ‫اج ه‬
ُ.‫ات‬
َ َ‫ُاْل‬
‫اتُوقَ ه‬
‫اض َى ح‬ ‫ه‬
َ ‫بَُمحيبُالد حع َو‬
‫َُسيعُقَ هري ه‬
ٌ ‫ك َحٌ ح‬ ُ‫َحيَ هاء هُمحن ه حم َُواأل حَم َو ه‬
‫ُإهن َ ه‬.‫ات‬
‫األ ح‬
Ya Allah! Ampunilah seluruh kaum muslimin sama ada yang hidup ataupun yang telah
mati. Ya Allah! Berikan petunjuk hidayah serta rahmatMu kepada kami sekalian hamba-
hambaMu dan kepada pemimpin kami terutamanya Raja pemerintah Negeri Perlis Tuanku Syed
Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed
Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail serta kaum kerabat Baginda, supaya
sentiasa beramal dengan kitabMu dan sunnah nabiMu Muhammad SAW, dan Engkau
lanjutkanlah usia baginda berdua dalam keadaan selamat, sihat sejahtera dan semoga dengan
kesihatan yang baik yang telah Engkau kurniakan kepada baginda berdua, terlaksanalah
pemerintahan yang adil lagi diredhai olehMu.

9
Ya Rahman, Ya Rahim! Kami memohon kepadaMu dengan segala kerendahan diri sebagai
hambaMu, Engkau indahkanlah akhlak kami, Engkau perbaikilah pergaulan antara kami. Engkau
jadikanlah kami umat Islam yang bermentaliti kelas pertama dalam tindakan. Engkau peliharalah
kami dari penyakit lemah, malas, berfikiran dangkal dan buruk budi pekerti.

Ya Allah! Engkau jauhkanlah kami dari bala dan kerosakan. Engkau tambahkanlah
nikmatmu kepada kami. Engkau berikanlah kepada kami kebahagiaan hidup di dunia dan di hari
akhirat.

ُ‫ ُإهن ُاللَ ُيَأحمر ُبهالح َع حد هل‬.‫اب ُالنا هُر‬ ‫ه‬ ‫اُِف ُالدُّنحياُحسنَةً ُوهِف ه‬
َُ ‫ُاآلخَرهة‬ ‫رب نَاُآتهنَ ه‬
َ ‫اُع َذ‬َ َ‫ُح َسنَةً َُوقن‬ َ ََ َ َ
ُ‫ ُيَعهظك حم ُلَ َعلك حم‬،‫ُع هن ُالح َف حح َش هاء َُوالحمحن َك هر َُوالحبَ حغ هُي‬ ‫ه ه‬ ‫ه‬
َ ‫َوا هْل حح َسان َُوإهيحتَاء ُذي ُالحقحرََب َُويَحن َهى‬
.‫تَ َذكرحو َُن‬

10

Anda mungkin juga menyukai