Anda di halaman 1dari 8

PANDUAN MENGISI BORANG PERJANJIAN

BAGI CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH (CBBP)


-BORANG HIJAU-

Sila baca dengan teliti kandungan panduan ini sebelum mengisi borang perjanjian
2

BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PANDUAN MENGISI/MENYEMPURNAKAN BORANG PERJANJIAN


DAN BORANG PERAKUAN
1. AM
(a) Anda dan penjamin-penjamin anda hendaklah membaca dengan teliti dan memahami
kandungan Borang Perjanjian sebelum melengkapkan dan menandatanganinya.

(b) Sila teliti contoh salinan Borang Perjanjian dan ikut arahan-arahan untuk mengisi seperti
yang tercatat di dalam ruangan tertentu untuk tindakan anda. Salinan contoh Borang
Perjanjian tersebut seperti di Lampiran ‘A’.

(c) Anda dikehendaki melengkapkan dengan betul Lima (5) Salinan Borang Perjanjian dan
Dua (2) Salinan Borang Perakuan Penjamin: -

i. Setiap Salinan Borang Perjanjian hendaklah dilengkapkan dengan menggunakan


dakwat hitam cair basah sahaja atau ditaip. Salinan yang menggunakan karbon
tidak diterima.

ii. Sekiranya berlaku kesilapan semasa mengisi Borang Perjanjian hendaklah


dipotong kesilapan tersebut dengan satu (1) garisan sahaja dan buat
pembetulannya di ruang yang terdekat dengan kesilapan berkenaan. Setelah
itu anda dan penjamin-penjamin anda hendaklah menandatangani di ruang kosong
sebelah kiri Borang Perjanjian sebagai contoh (sila rujuk salinan contoh BP). Anda
tidak perlu menandatangani di tepi tiap-tiap kesalahan yang lain. Adalah diingatkan
bahawa anda TIDAK DIBENARKAN menggunakan GETAH PEMADAM atau
CECAIR PEMADAM (LIQUID PAPER) bagi membatalkan satu kesilapan dalam
Borang Perjanjian tersebut.

iii. Nama, nombor kad pengenalan dan alamat bagi semua pihak yang terlibat dengan
perjanjian ini hendaklah dilengkapkan dengan betul. Nama mereka hendaklah ditulis
seperti yang tercatat pada kad pengenalan.

iv. Nama-nama dan alamat Penjamin di dalam Borang Perjanjian dan Borang Perakuan
Penjamin hendaklah sama (Alamat Kediaman).

v. Singkatan bagi perkataan yang telah diterima umum boleh digunakan untuk menulis
alamat bagi pihak yang berkenaan.

2. PENJAMIN

(a) Anda hendaklah mendapatkan dua orang penjamin. Seorang sebagai PENJAMIN
PERTAMA dan seorang lagi sebagai PENJAMIN KEDUA. Kedua-dua penjamin ini
hendaklah menandatangani dan melengkapkan butiran diri mereka di ruang berkenaan pada
semua Borang Perjanjian dan Borang Perakuan Penjamin.

(b) Syarat-syarat untuk menjadi penjamin ialah:

i. Warganegara Malaysia;
3

ii. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada Tarikh menandatangani Borang
Perjanjian tersebut;

iii. Berpendapatan tidak kurang daripada RM600.00 sebulan bagi setiap penjamin dan
setiap penjamin juga hendaklah mengemukakan penyata gaji bulanan terkini;

iv. Ibu, bapa dan ahli keluarga anda yang memenuhi syarat di atas juga layak
menjadi penjamin anda;

v. Penjamin-penjamin diingatkan bahawa mereka adalah bersama-sama


bertanggungjawab dengan pelatih yang dijamin terhadap apa-apa tuntutan yang
dibuat oleh Kerjaan sekiranya berlaku sebarang pelanggaran syarat Ikatan kontrak
latihan dan biasiswa; dan

vi. Penjamin-penjamin yang telah bersetuju menandatangani perjanjian tidak boleh


menarik diri dari menjadi penjamin kecuali mereka hilang kelayakan seperti yang
diperuntukkan dalam Borang Perjanjian.

3. SAKSI

(a) Anda dan penjamin-penjamin anda hendaklah menandatangani perjanjian berkenaan di


hadapan saksi. Walau bagaimanapun seorang saksi boleh menjadi saksi kepada saksi anda
dan kedua-dua penjamin anda dengan syarat ketiga-tiga tandangan tersebut dilakukan di
hadapan saksi berkenaan.

(b) Saksi kepada anda hendaklah menandatangani Borang Perjanjian dan melengkapkan butiran
dirinya di ruangan berkenaan pada borang tersebut.

(c) Cop rasmi jawatan dan jabatan saksi hendaklah diturunkan di bawah tandatangannya.

(d) Syarat-syarat untuk menjadi penjamin ialah:


i. Warganegara Malaysia;

ii. Mempunyai taraf atau memegang mana-mana satu jawatan seperti berikut:

- Ahli Dewan Negara


- Ahli Dewan Rakyat
- Ahli Dewan Undangan Negeri
- Jaksa Pendamai
- Penghulu atau Penggawa
- Ketua Kampung/Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK)/Tok
Batin(Sabah/Sarawak)

- Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat di dalam Kumpulan


Pengurusan dan Profesional seperti Pegawai Daerah, Penolong Pegawai
Daerah, Guru Besar/Pengetua Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan, Pegawai
Perubatan Kerajaan, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Hakim, Majistret, Yang
Di Pertua Mahkamah dan Pendaftar Mahkamah serta Pegawai Kumpulan
Sokongan Gred 27 ke atas seperti Penolong Pegawai Tadbir, Penolong
4

Pegawai Pembangunan Masyarakat, Penolong Akauntan, Pembantu Perubatan,


Jururawat Terlatih dan setaraf dengannya.

iii. Kakitangan Swasta adalah tidak layak menjadi saksi.

4. PENGGUNAAN SETEM HASIL LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN)

(a) Borang-borang Perjanjian hendaklah dimatikan dengan SETEM HASIL bernilai RM10.00
setiap satu Salinan borang perjanjian. Setem mel biasa tidak boleh digunakan bagi tujuan
ini.

(b) Anda hendaklah mendaftar masuk sebagai Pengguna Baharu di laman sesawang ini
https://stamps.hasil.gov.my/stamps/. Setelah borang permohonan lengkap diisi dan
berjaya dihantar secara dalam talian, anda perlu hadir ke kaunter LHDNM dengan membawa
no.deraf yang dijana oleh sistem dan dokumen perjanjian asal untuk semakan, taksiran dan
bayaran duti.

(c) Sijil setem akan dijana secara ELEKTRONIK sebagai BUKTI PENYETEMAN. Sijil ini
perlu dikepilkan bersama Borang Perjanjian bagi membolehkan ianya dianggap telah
disetemkan dengan sempurna.

(d) Anda perlu memastikan borang perjanjian ini SELESAI dimatikan SETEM HASIL sebelum
melapor diri di ILKKM yang berkaitan.

(e) Anda boleh merujuk kepada Manual Pengguna (Individu) – Permohonan Penyeteman
Dokumen Individu.
5
11
(Am 19c – LDP Tetap-CBBP)

PERJANJIAN
“KOSONGKAN”
PERJANJIAN ini dibuat pada ................................................... “KOSONGKAN”
haribulan ......................................... Dua Ribu
“KOSONGKAN”
........................................(20............) DI ANTARA .............................................................................................
“ISI NAMA PEGAWAI (HURUF BESAR)”
...............................................................................................................................................................................
“ISI NO. K.P”
No. Kad Pengenalan ...................................................yang beralamat di ..............................................................
“ISI ALAMAT TETAP PEGAWAI DENGAN LENGKAP (HURUF BESAR)”
...............................................................................................................................................................................
(kemudian daripada ini disebut PEGAWAI) sebagai pihak pertama, DENGAN KERAJAAN MALAYSIA,
(kemudian daripada ini disebut KERAJAAN) sebagai pihak kedua.

BAHAWASANYA:

1. PEGAWAI pada tarikh Perjanjian ini adalah dalam Perkhidmatan Kerajaan/Kerajaan Negeri/ Agensi-
agensi di bawahnya.

2. PEGAWAI telah memohon dan KERAJAAN telah bersetuju meluluskan Cuti Belajar Bergaji Penuh
untuk membolehkan PEGAWAI mengikuti kursus latihan yang butir-butirnya dinyatakan dalam Jadual kepada
Perjanjian ini.

MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI

3. Sebagai balasan bagi perkara-perkara di atas, PEGAWAI dengan ini bersetuju:

(a) bahawa, dia akan mengikuti dan dengan sesungguhnya meneruskan kursus latihan yang dikehendaki
oleh KERAJAAN dan yang butir-butirnya dinyatakan dalam Jadual kepada Perjanjian ini dan bahawa
dia akan menyempurnakan kursus latihan yang tersebut itu dalam masa yang ditetapkan seperti yang
dinyatakan dalam Jadual kepada Perjanjian ini atau dalam sesuatu masa yang lebih lama lagi
sebagaimana yang diluluskan oleh KERAJAAN;

(b) bahawa, pada sepanjang kursus latihan itu, dia tidak akan mengambil bahagian dalam apa-apa juga
kegiatan yang difikirkan oleh KERAJAAN tidak berfaedah kepada PEGAWAI atau negara dan akan
berhenti daripada mengambil bahagian selanjutnya dalam kegiatan itu, jika dikehendaki berbuat
demikian;

(c) bahawa, jika manakala sempurnanya kursus latihan yang tersbut itu, dia mengikuti kursus di luar
Malaysia dia akan kembali serta-merta ke Malaysia apabila diarah berbuat demikian oleh KERAJAAN
atau Wakil-wakilnya;

(d) bahawa, bagi maksud kursus latihan itu, dia akan belajar di suatu atau di beberapa tempat sama ada
dalam Malaysia atau dalam mana-mana negara lain sebagaimana diarah atau dibenarkan oleh
KERAJAAN dari semasa ke semasa, dan bahawa dia akan tertakluk kepada apa-apa peraturan dan apa-
apa peraturan lain sebagaimana yang berkuat kuasa, dari semasa ke semasa yang terpakai kepada
pegawai awam;

(e) bahawa, dia akan mematuhi segala peraturan-peraturan yang ditetapkan atau dikenakan kepada
PEGAWAI oleh institusi pengajian/latihan yang dia dikehendaki menghadiri dalam masa tempoh
latihan itu atau yang di bawah arahannya kursus pelajaran itu atau mana-mana bahagiannya dijalankan;

(f) bahawa, dia akan terus berkhidmat dengan Kerajaan/Kerajaan Negeri/Agensi-agensi di bawahnya
dalam sesuatu jawatan dengan pangkat yang tidak rendah daripada yang disandangnya sebelum Cuti
“KOSONGKAN”
Belajar ini bagi tempoh selama .................................................... mulai dari tarikh dia menamatkan
kursus latihan itu sama ada dengan jayanya ataupun tidak atau mulai dari tarikh dia kembali ke Malaysia
selepas menamatkan kursus itu jika mengikuti kursus latihan di luar negara.
6

4. Sebagai balasan bagi perkara-perkara yang tersebut di atas KERAJAAN dengan ini bersetuju meluluskan Cuti
Belajar Bergaji Penuh kepada PEGAWAI untuk mengikuti kursus seperti yang dinyatakan di dalam Jadual
kepada Perjanjian ini.

5. (a) Maka adalah lagi dipersetujui dan diakui bahawa jika PEGAWAI pada bila-bila masa dalam masa
tempoh kursus latihannya

(i) telah, pada pendapat KERAJAAN berkelakuan secara yang telah menjatuhkan nama baiknya
atau nama baik Malaysia, atau selainnya menunjukkan dirinya sebagai tidak mengendahkan
kursus latihannya;

(ii) telah melanggar peruntukan di bawah Fasal 3 (b);

maka tanpa menjejaskan hak-hak lain KERAJAAN di bawah Perjanjian ini, dan dalam mana-
mana hal yang sedemikian KERAJAAN boleh mengikut budi bicaranya yang mutlak
menamatkan Cuti Belajar Bergaji Penuhnya dan dengan demikian PEGAWAI tidak lagi
berhak kepada apa-apa faedah Perjanjian ini.

(b) Penamatan menurut perenggan (a) fasal ini adalah muktamad.

6. Maka adalah lagi dipersetujui dan diakui bahawa jika PEGAWAI:

(i) meninggalkan kursus latihannya sebelum sempurnanya kursus itu dengan tiada persetujuan
KERAJAAN; atau
INITIAL
DI SINI (ii) mendapati Cuti Belajar Bergaji Penuh ditamatkan dengan menurut Fasal 5 di atas; atau

(iii) berhenti daripada atau meletakkan jawatan dalam perkhidmatan KERAJAAN atau Kerajaan
mana-mana Negeri atau Agensi-agensi di bawahnya dengan melanggar Perjanjian di bawah
Fasal 3 (f) dalam Perjanjian ini dengan tiada persetujuan KERAJAAN; atau

(iv) dibuang kerja daripada perkhidmatan KERAJAAN kerana salah laku, kecuaian atau tidak
mengendahkan kewajipan-kewajipannya dalam masa tempoh yang dia telah bersetuju
berkhidmat di bawah Fasal 3 (f) dalam Perjanjian ini; atau

(v) enggan, atau oleh kerana salah lakunya sendiri menjadikan dirinya tidak sesuai, untuk
berkhidmat atau terus berkhidmat mengikut peruntukan Fasal 3 (f) dalam Perjanjian ini.

maka dalam mana-mana hal yang sedemikian itu, PEGAWAI hendaklah bertanggungjawab bagi pihak
dirinya, waris-waris, wasi-wasi atau penerima-penerima serahkanya membayar kepada
“KOSONGKAN”
KERAJAAN apabila diminta wang sebanyak .........................................................................................

7. Maka dengan ini adalah dipersetujui dan diakui bahawa walaupun apa-apa jua yang terkandung di atas yang
berlawanan, KERAJAAN boleh dengan memberi sebulan notis bertulis kepada PEGAWAI membatalkan
Perjanjian ini pada bila-bila masa, dengan tidak memberi apa-apa sebab dan dengan demikian segala faedah
dan tanggungan bagi PEGAWAI di bawah Perjanjian ini hendaklah terhenti.

8. Maka dengan ini adalah dipersetujui dan diakui bahawa Jadual kepada Perjanjian ini hendaklah dibaca
bersama dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini.

INITIAL 9. Adalah dengan ini dipersetujui dan diakui bahawa Surat Kelulusan Cuti Belajar Bergaji Penuh
DI SINI
“KOSONGKAN”
Rujukan Nombor ................................................ “KOSONGKAN” hendaklah dibaca
bertarikh ......................................
bersama dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini.
7

PADA MENYAKSIKAN HAL – HAL TERSEBUT DI ATAS maka pihak-pihak yang tersebut dalam Perjanjian ini telah
menurunkan di sini tandatangan-tandatangan dan meteri-meteri mereka pada haribulan dan tahun yang mula
bertulis di atas.

DITANDATANGANI OLEH:

“TANDATANGAN PEGAWAI”
...........................................................................
(Tandatangan Pegawai
“ISI NAMA PEGAWAI (HURUF BESAR)” Yang Berkursus)
...........................................................................
(Nama Pegawai Yang Berkursus)

di hadapan
“ISI (HURUF BESAR)”
Nama Saksi .......................................................
Alamat ..............................................................
“ISI (HURUF BESAR)”
........................................................................... “TANDATANGAN SAKSI”
..........................................................................
Tandatangan Saksi
...........................................................................
“ISI (HURUF BESAR)”
Pekerjaan ..........................................................
No. Kad Pengenalan ........................................

DITANDATANGANI DAN DIMETERI OLEH

“KOSONGKAN”
...........................................................................
Tandatangan Bagi
Pihak KERAJAAN
“KOSONGKAN”
...........................................................................
(Nama Pegawai Yang Diberi Kuasa)

bagi pihak KERAJAAN MALAYSIA


di hadapan
“KOSONGKAN”
Nama Saksi .......................................................
Alamat ..............................................................
“KOSONGKAN”
........................................................................... “KOSONGKAN”
..........................................................................
Tandatangan Saksi
...........................................................................
“KOSONGKAN”
Pekerjaan ..........................................................
No. Kad Pengenalan ........................................
8

JADUAL

Ini Jadual yang disebutkan dalam Perjanjian yang dibuat pada ............................... haribulan“KOSONGKAN”
.......................... Dua

“KOSONGKAN”
Ribu........................................(20............) DI ANTARA ...................................................... ........................

“ISI NAMA PEGAWAI (HURUF BESAR)”


...................................................................................................................................................... yang beralamat

“ISI ALAMAT TETAP PEGAWAI DENGAN LENGKAP (HURUF BESAR)” (di bawah ini disebut
di ......................................................................................................................................

“KOSONGKAN”
PEGAWAI) sebagai pihak pertama dengan KERAJAAN ..................................................................................
(di bawah ini disebut KERAJAAN) sebagai pihak kedua.

Butiran 1. Nama Kursus:

“ISI NAMA KURSUS YANG DIIKUTI (HURUF BESAR)”

Butiran 2. Tempat Kursus:

“ISI TEMPAT KURSUS BERLANGSUNG (HURUF BESAR)”

Butiran 3. Tarikh dan Tempoh Kursus:

“ISI TARIKH SERTA TEMPOH KURSUS YANG DIIKUTI (HURUF BESAR)”

Anda mungkin juga menyukai