Salasilah Nabi Isa datang daripada Nabi Ibrahim a.s. melalui puteranya Ishak a.s.
Isa ialah salah satu nabi yang tergolong dalam Ulul Azmi, yakni Nabi dan Rasul yang
memiliki kedudukan tinggi/istimewa bersama dengan (Nabi Muhammad s.a.w., Nabi
Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s. dan Nabi Nuh a.s.).
Isa ialah Al-Masih dan diutus untuk kaum bani Israel
Isa bukanlah Tuhan mahupun anak Tuhan, melainkan hanyalah seorang manusia biasa
yang diangkat menjadi Nabi dan Rasul sebagaimana juga setiap para Nabi dan Rasul
lain yang diutus pada kaum masing-masing.
Kelahiran Isa terjadi dengan ajaib, tanpa perantaraan ayah kandung yakni terus atas
kekuasaan Tuhan. Ibunya Maryam adalah daripada golongan mereka yang suci serta
masih perawan. Atas kekuasaan Allah apapun boleh terjadi dan tiada yang mustahil
bagi-Nya, seperti juga perihal akan Nabi Adam a.s. yang tanpa bapa dan ibu mampu
diciptakan atas kehendak Allah Yang Maha Agung.
Isa memiliki beberapa keajaiban (mukjizat) atas kekuasaan Tuhan. Di samping
kelahirannya yang ajaib, baginda mampu bercakap-cakap sewaktu berusia hanya
beberapa hari, Isa bercakap dan membela Ibunya dari tuduhan penzinaan. Dalam Al-
Quran juga turut diceritakan tentang kisah baginda atas izin Allah dapat menghidupkan
orang yang sudah mati, menyembuhkan orang yang buta sejak lahir dan mengubati
orang yang menghidapi sopak (kusta).
Isa menerima wahyu dari Allah melalui kitab Injil (umum merujuknya pada Perjanjian
Baru agama Kristian), namun versi yang dimiliki oleh umat Kristian pada waktu ini
dipercayai telah ditokok tambah dari versi asalnya yang merupakan koleksi sabda-sabda
Nabi Isa a.s yang dicatat oleh para sahabat baginda. Beberapa pendapat dalam Islam
menyebutkan bahawa Nabi Isa a.s sebenarnya memiliki Injilnya yang tersendiri
berdasarkan dari keterangan dalam Al-Quran. Injil Barnabas atau Injil catatan seorang
dari sahabat baginda yang bernama Barnabas ialah versi Injil paling berlainan dari Injil
yang diperbaharui setiap masa pada waktu ini.
Isa tidaklah dibunuh mahupun disalib, tetapi Allah menyerupakan orang lain (Judas
Iskariot) kepada muka baginda setelah sahabat nabi Isa itu mengkhianatinya dengan
menjual baginda Isa Al-masih putera Maryam kepada tentera Rom. Nabi Isa a.s telah
difitnah oleh orang yahudi yang ingkar dengan ajaran baginda yang menginginkan
baginda dijatuhi hukuman bunuh oleh penguasa Rom, sedangkan Isa sendiri diangkat
terus ke syurga dan sahabatnya yang diserupakan tadi yang akhirnya ialah orang yang
mati disalib.
Isa masih hidup dan berada di syurga, suatu hari baginda akan datang kembali ke bumi
untuk melawan Dajjal (atau Antichrist dalam agama kristian) dan merupakan salah satu
tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat.
Isa juga bukan merupakan penebus dosa bagi manusia,