Anda di halaman 1dari 2

4NA_MYE_K1_2015

ARAHAN: Jawab dua soalan; satu daripada Bahagian A dan satu lagi daripada
Bahagian B.

BAHAGIAN A
(20 markah)

Arahan: Tulis e-mel yang panjangnya tidak kurang daripada 100 patah perkataan
berdasarkan satu daripada soalan-soalan berikut.

1 Kamu menerima e-mel daripada sahabat kamu. Baca e-mel itu dan berikan
respons kamu terhadap perkara-perkara yang terkandung dalam e-mel
tersebut.

Daripada: mira@e-warkah.com
Kepada: azlin@e-warkah.com
Tarikh: 3.5.2015
Subjek: Mempopularkan Permainan Tradisional

Azlin

Terima kasih kerana menulis e-mel kepada saya. Saya mohon maaf kerana lambat
membalas e-mel awak.

Baru-baru ini saya telah menyertai program Dwimingguan Bahasa di sekolah saya.
Menerusi program ini saya diperkenalkan1kepada permainan tradisional seperti gasing,
congkak, batu seremban dan tarik upih.

Saya dan kawan-kawan saya berasa begitu seronok kerana dapat mengambil bahagian
4NA_MYE_K1_2015

2 Baca informasi yang berikut. Berdasarkan butiran yang diberikan, tuliskan e-mel
yang sesuai.

Beberapa hari yang lalu, kamu sedang berjalan-jalan di kawasan perumahan kamu
dan kamu dapati beberapa orang pekerja asing sedang duduk di lantai kolong blok
kamu. Ada di antara mereka yang sedang berbaring di situ manakala ada juga yang
sedang makan di situ. Kamu berasa kasihan melihat keadaan mereka.

Tuliskan e-mel kepada Kementerian Tenaga Buruh untuk memberitahu tentang


keprihatinan kamu berhubung dengan perkara ini. Dalam e-mel kamu, sarankan
cara-cara untuk membantu pekerja-pekerja ini.

Kamu dikehendaki menggunakan alamat e-mel yang berikut:

Alamat pengirim: raihan_yusoff@e-warkah.com

Alamat penerima: pegawaieksekutif @kementerian_tenaga buruh.sg

BAHAGIAN B
(40 markah)

Arahan: Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 200 patah perkataan
mengenai satu daripada tajuk-tajuk yang berikut.

3 Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak untuk menjadi
insan yang cemerlang. Berikan pandangan kamu.

4 Berbudi bahasa suatu amalan mulia. Bincangkan.

5 Kamu telah mengambil bahagian dalam satu persembahan yang dianjurkan oleh
sekolah kamu. Ceritakan pengalaman dan perasaan kamu semasa mengambil
bahagian dalam persembahan tersebut.

6 Tulis sebuah karangan dengan menggunakan permulaan yang berikut:

“Ibu bohong! Kalau abang sayang akan Elfie, mengapa abang tidak balik ke
rumah? Elfie rasa kehidupan Elfie tidak seceria ...

Selesai

Anda mungkin juga menyukai