Anda di halaman 1dari 2

Jenis Besi Pisau

a) Vanadis 4E Superclean - tool steel yang tinggi karbon dari kilang Uddeholms, Sweden yang terkenal
di serata dunia dengan besi gred premium. Aloi campuran kromium-molibdenum-vanadium ini terkenal
sebagai besi paling Jjtu untuk industri berat. Popular dalam pembuatan chopper pertandingan kerana
kalis sumbing.

b) Elmax Superclean - besi high end dari Bohler dan dikatakan besi terbaik (super steel) untuk
menghasilkan pisau. Kebanyakan besi yang keras susah untuk ditajamkan tetapi Elmax menawarkan
kedua-duanya.

c) Vanax - besi stainless gred premium yang menjadi idaman semua pengumpul pisau, Selain tahan karat
dan lasak, besi alol keluaran Uddeholm ini Juga mudah diasah untuk mencapal tahap ketajaman paling
tinggl. Kebiasaannya besi yang tinggi karbon menjadikannya keras tetapi pengeluar Vanax
memasukkan nitroger untuk menjadikannya lebih padu.

d) V610 - V Gold 10 ialah besi yang terkenal dalam pembuatan pisau dapur berjenama dari Jepun. Oleh
sebab kandungan vanadium yang tinggi, besi jenis ini tahan kakisan dan lebih padu. Tergolong dalam
besi tahan karat dan popular dalam pembuatan pisau seperti Spyderco. Tidak sesuai untuk dibuat
parang atau pisau lasak.

e) VG 1 - juga berasal dari kilang Takefu, Jepun. Tinggi kandungan karbon dan molibdenum. Terkenal
dalam pembuatan gunting rambut berjenama Jepun dan pisau berjenama dari USA seperti Pendleton.

f) M390 - besi tahan karat yang popular dalam pembuatan pisau bedah dan peralatan industri. Popular
dalam pembuatan pisau walaupun besi mentahnya agak mahal. Ini antara besi yang alah membeli
menang memakal.

g) N690 - besi gred premium yang terkenal dalam kalangan pembuat pisau di Eropah. Oleh sebab
kandungan kromium dan vanadium yang tinggi, besi,ini juga sangat padu dan tahan kakisan. Juga
keluaran,kilang besi Bohler.

h) K110 - besi gred industri dari Bohler Austria, tahan karat kerana kandungan kromium yang tingg,
banyak,digunakan dalam pembuatan pisau outdoor gred premium. Popular dalam kalangan pengumpul
pisau kerana harga bilah yang sudah siap pada peringkat pertengahan.

i) D2 - Besi semi stainless semi tool steel yang lasak dan popular dalam pembuatan pisau dapur dan
pisau outdoor sejak tahun 60-an lagi. Hanya kurang 1% elemen kromium untuk layak dipanggil
stainless steel. Mempunyai kebolehan rust resistant seperti SS dan kelasakan carbon steel. D2 dicipta
sebelum Perang Dunia Pertama dan menjadi legenda selepas Perang dunia Kedua kerana
penghasilan peralatan perang K110, Sleipener antara besi D2 yang terkenal keluaran Sweden. Di
Jepun pula D2 dikenali sebagai SKD11 keluaran Dalchi Steel), DC11 (Daldo Steel). dan KD11 (Nippon
Steel).

j) XW42 - produk dari ASSAB Steel yang sama standard dengan D2. Sesual untuk membuat bilah kecil
dan sedang. seperti pisau utility. hunting. atau bushcraft. Komposisi kandungan XW42 sama dengan
K110, kecuali untuk molibdenum, vanadium dan kromium, yang lebih tinggl sedikit dari K110.

k) K490 Microclean - besÌ gred industri dari Bohler juga. Harga besi mentah boleh tahan, jadi tidak
hairanlah pisau yang dihasilkan juga agak mahal.

l) 440C - antara besi stainless yang popular dalam kalangan pembuat plsau kerana kandungan
karbonnya paling tinggi dalam keluarga SS 400. Walaupun tergolong dalam besi tahan karat (yang
biasanya rapuh), namun kepaduannya menjadikan besi ini sebagal high end steel. Mudah diasah
namun edge retention (kekuatan) kurang berbanding tool steel yang lain.
m) S50 - besl karbon tinggl yang lazim digunakan dalam pembuatan komponen jam, automotif, dan spring.
Dikilangkan di Jepun dan Shanghai. Kurang ketahanan berbanding carbon tool steel yang popular
seperti SK2. Popular kerana harga bllahnya mampu milik.

n) 420HC -stainless steel (SS) yang popular kerana pisau Buck. HC bermaksud High Carbon yang
menjadikan besl ini padu. Namun maslh tergolong dalam besi biasa.

o) Besi spring SUP9A/ 5160 - besi yang digunakan untuk membuat spring kenderaan, mudah ditempa,
struktur yang kuat tetapi mudah berkarat jika terkena air. Paling popular digunakan oleh tukang besi
kerana harga plat yang murah dan boleh dibeli di kedai hardware. Jika betul cara penjagaan, boleh
tahan lama.

p) 8Cr14Mov - Besi popular yang selalu terdapat pada pisau dapur atau pisau lipat jenama Kershaw dan
Spyderco. Tergolong dalam besi stainless dan mudah diasah.

q) S35VN - Besi stainless ini sangat sesual untuk membuat pisau lipat. la mampu memberi edge holding
yang lama, tidak mudah berkarat dan mudah diasah, Besi ini merupakan besi upgrade dari besi asal
S30V dengan penambahan elemen Niobium. Tukang tempatan jarang menggunakan besi ini untuk
membuat bilah kerana agak sukar didapati. Jenama luar negara sering menggunakan besi ini untuk
pisau lipat.

r) 01 tool steel - Besi tool steel yang mampu menahan kekuatan impak yang tinggi tetapi agak mudah
berkarat jika tidak dijaga. Ramai mencadangkan besi in sebagal besi permulaan jika ingin belajar
membuat pisau kerana agak mudah dikelolakan. Sesuai untuk pisau sembelih dan parang lasak.

s) 1095 - Besi carbon yang sangat popular untuk pisau dan parang. Digunakan secara meluas oleh
pembuat pisau darl USA seperti Tops, Kabar, Esee atau Schrade untuk dibuat pisau survival. Mudah
diasah dan boleh didapati dengan kos yang rendah.

t) Besi spring Landrover / Morris / Bedford – besi spring daripada kenderaan lama sebelum
kewujudan absorber, mudah didapati, sesuai untuk bilah yang besar dan panjang. berasal dari besi
5160. Sebelum jadi pisau harganya timbang kilo, tapi bila sudah ditempa, harganya jadi ikut inci, makin
panjang makin mahal. Mudah diasah dan tahan lasak kerana kandungan karbon yang tinggi tetapi
mudah juga berkarat. Pilihan ramai tukang tradisional.

u) Paku rel kereta api - besl buruk zaman British yang digunakan sebagai klip landasan kereta api. Besi
buruk seperti klip ini dipanggil paku rel kereta api kerana dipasak ke bongkah kayu landasan kereta api
supaya kukuh dan kuat landasan kereta apl tersebut. Sesuai untuk membuat pisau lapah. Masih lagi
menjadi pilihan tukang besi tradisional kerana mudah dan murah.

v) Besi mata ketam/ mata tisu atau disc pemotong besi/kayu terpakai - Asalnya daripada mesin
pemotong di kilang besl atau killang kayu. Senang disepuh kerana baja besl yang sudah padat. Ada
juga yang tak perlu disepuh, cukup dipotong mengikut bentuk pisau, dibuat mata dan sedikit proses
tempering. Tahan karat dan kuat kerana dibuat daripada high speed steel (HSS). Contoh mata ketam
seperti MSP (USA), Wagner (USA). Klingelnberg (Germany) dan disk pemotong seperti Microblade
(England). TKM, Edesso (Germany) dan IKS (USA). Sesuai untuk dibuat pisau lapah dan sembelih.

Anda mungkin juga menyukai