Anda di halaman 1dari 7

TEKS UCAPAN

YDH ACP Ts Dr MOHD HAKIM BIN HASHOM


KETUA PENOLONG PENGARAH
BAHAGIAN SIASATAN DATABANK DNA (D13)

SEMPENA

MAJLIS PEMAKAIAN LENCANA PANGKAT & SERAH TERIMA TUGAS TIMB. PENGARAH JABATAN
SIASATAN JENAYAH (SIASATAN/ PERUNDANGAN) & KETUA PENOLONG PENGARAH D13
JABATAN SIASATAN JENAYAH

TARIKH : 27 MAC 2024 (RABU)


MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT UTAMA JSJ, BUKIT AMAN

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh,


Salam Sejahtera
Salam Satu Pasukan
Salam Malaysia Madani

Yang berusaha
Saudara / Saudari Pengacara Majlis

2
Yang Dihormati
Komisioner Polis
Dato’ Sri Mohd Shuhaily bin Mohd Zain
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah

Yang Dihormati
Deputi Komisioner Polis
Datuk Rusdi bin Mohd Isa
Timbalan Pengarah Siasatan/ Perundangan
Jabatan Siasatan Jenayah

Yang Dihormati
Deputi Komisioner Polis
Tuan Fadil bin Hj Marsus
Timbalan Pengarah Risikan/ Operasi Jabatan Siasatan
Jenayah

Yang Dihormati
Deputi Komisioner Polis
Datuk Dennis Lim Kwang Keng
Timbalan Pengarah Forensik/Perancangan Strategik Jabatan
Siasatan Jenayah

4
Yang Dihormati
Senior Asisten Komisioner
Datuk Mohamad Zainal bin Abdullah
Timbalan Pengarah Siasatan/ Perundangan
Jabatan Siasatan Jenayah baharu

Yang Dihormati Datuk-Datuk / Tuan-Tuan dan Puan-Puan


Ketua- ketua Penolong Pengarah
Penolong- penolong Pengarah
serta para hadirin yang dihormati sekalian.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada


para pegawai yang telah dinaikkan dan dipakaikan pangkat
sebentar tadi oleh YDH Dato’ Sri Pengarah. Saya yakin
bahawa ini adalah ganjaran yang amat bermakna buat
Tuan-tuan dan Puan atas hasil kerja keras dan komitmen
dalam mencurahkan bakti sepanjang tempoh berkhidmat
dalam pasukan. Saya juga mendoakan agar Tuan-tuan dan
Puan akan lebih cemerlang pada masa akan datang.

6
Yang Dihormati Dato’ Sri/ Dato’-Dato’/Tuan-tuan dan Puan-
puan,
Hari ini, pagi ini merupakan detik bersejarah dalam hidup
saya di mana saya akan mengakhiri tugas dan
tanggungjawab saya sebagai Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Siasatan Databank DNA (D13) dan
tanggungjawab serta tugas ini akan diserahkan dan
dipangku oleh Superinten Raihanah binti Hamdan,
Superintenden Siasatan Identifikasi DNA. Pada tanggal 3 April
2024 nanti juga, secara rasminya saya akan meninggalkan
Pasukan PDRM atas sebab bersara secara pilihan.

Sesungguhnya, bukan mudah untuk saya membuat


keputusan ini namun, setelah beberapa ketika, saya nekad
dan saya yakin yang pilhan saya untuk bersara pilihan ini
adalah keputusan yang terbaik untuk kesihatan diri saya,
keluarga, masyarakat dan negara.
Tidak dinafikan juga bahawa tugas di Bahagian D13
sendiri adalah tugas mendesak dengan ujian kes-kes
bencana dan menarik perhatian seperti kemalangan
pesawat di ELMINA, Tanah Runtuh di Batang Kali dan kes
pembunuhan Zayn Rayyan sangat mencabar kewibawaan
seorang Ketua yang juga Komandan DVI, dalam mengatur
tugas dan kebajikan anak-anak buah.
8
Walaubagaimanapun, saya sangat bersyukur kerana
dikurniakan pegawai-pegawai yang sangat berdedikasi dan
komited dalam melaksanakan tugas mereka. Tanpa hasil
kerjasama dan semangat kerja berpasukan daripada
mereka, sudah pasti tugasan tersebut tidak dapat
diselesaikan dengan sempurna. Tiada kata yang dapat saya
luahkan kepada pucuk pimpinan untuk saya nyatakan
betapa bersyukurnya saya kerana telah diberi peluang
untuk menyandang jawatan ini walaupun dalam tempoh
masa yang agak singkat.

Yang Dihormati Datuk Seri, Dato’ Dato’ Tuan- Tuan dan Puan-
puan,

Saya yakin dan percaya bahawa tanggungjawab ini dapat


dilaksanakan dengan baik oleh Superinten Raihanah.
Memang tidak mudah tetapi tidak mustahil dengan adanya
sokongan dan kerjasama daripada semua pegawai JSJ dan
bahagian D13 khususnya. Saya doakan agar Supt Raihanah
dapat melakukan tugas dengan baik dan menjadikan
Bahagian D13 lebih cemerlang pada masa akan datang.

10
Hadirin Sekalian,

Sesungguhnya, segala saat suka duka, pahit mahupun manis


dalam pasukan keramat ini, akan sentiasa menjadi kenangan
terindah dan kekal sebagai memori dalam kehidupan saya.
Saya juga mendoakan agar YDH Dato Sri, Dato-dato pucuk
pimpinan JSJ serta seluruh isi warga JSJ akan sentiasa unggul,
cemerlang dan tabah dalam mengharungi apa jua
rintangan saat melaksanakan tugas.

11

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon


kemaafan kepada pucuk pimpinan JSJ khususnya YDH Dato
Sri, Dato-dato, tuan-tuan dan Puan-puan serta seluruh warga
JSJ jika sekiranya sepanjang tempoh saya berkhidmat saya
telah terlanjur bicara dan tingkah laku yang kurang
menyenangkan atau menyinggung perasaan semua.

Akhir kata, saya ingin kongsikan serangkap pantun khas buat


semua,

12
Alang turun ke laut tangkaplah ikan,

Tariklah kail dengan berhati-hati,

Biarpun saya tidak lagi bersama pasukan,

Semangat PDRM tetap gah di hati.

Sekian.
Terima kasih.

13

Anda mungkin juga menyukai