Anda di halaman 1dari 1

Kerbau (Jawi: ‫ )کرباو‬atau secara lebih tepatnya kerbau bela jinak Asia (Bubalus bubalis)

merupakan sejenis haiwan bovid besar yang berasal dari Asia Selatan, Asia Tenggara,
dan China. Kini spesies ini juga ditemui di Eropah, Australia, Amerika Utara, Amerika
Selatan dan beberapa buah negara Afrika. Kerbau liar (Bubalus arnee) yang juga berasal dari
Asia Tenggara dikira spesies berbeza, tetapi paling berkemungkinan mewakili leluhur kepada
kerbau ternakan.
Dikenalpastinya dua jenis kerbau ekstan berasaskan kriteria morfologi dan kelakuan,
iaitu kerbau sungai dari Asia Selatan ke barat hingga rantau Balkan, Mesir, dan Itali,
dan kerbau paya yang ditemui dari Assam di barat melalui Asia Tenggara hingga
Lembah Yangtze, China di timur. Dibahaskan asal-usul setiap jenis kerbau, namun hasil
kajian filogenetik menunjukkan bahawa jenis paya mungkin berasal dari China dan dibela jinak
kira-kira 4,000 tahun dahulu, sedangkan jenis sungai mungkin berasal dari India dan dibela jinak
kira-kira 5,000 tahun dahulu. Kerbau diperdagangkan dari Tamadun lembah
Indus ke Mesopotamia, di Iraq moden, oleh suku Meluhha pada 2500 SM. Mohor katib
upahan raja Akkad memaparkan upacara pengorbanan kerbau.

Anda mungkin juga menyukai