Anda di halaman 1dari 4

Utama  Eko-Niaga 

EKO-NIAGA

BRIM: Sejauh Mana Kewajarannya?


Oleh Khairul Azri Dikemaskini 25 Aug 2018

Ramai orang yang tersalah faham diantara cash handout atau universal basic income. Ada yang
mengatakan ia adalah seperti memanjakan rakyat atau ia adalah datang dari wang
curinya. Cumanya, kalau diperhatikan cash handout atau universal basic income ni bukannya
hanya memberi peluang untuk golongan susah membeli barang yang mereka perlukan..

/
Malah ia juga telah secara tidak langsung turut meningkatkan kuasa membeli, meningkatkan
kualiti hidup, meningkatkan cash ow, membantu usahawan IKS, menggalakkan perbelanjaan
dan sebagainya.

Kalau perasan, pemberian BR1M dan bonus berkala ini bukan hanya menyebabkan
penerimanya… tapi peniaga IKS juga ternanti-nanti hari ia diagihkan. Hal ini kerana pasaran
akan tiba-tiba mengalami surge of buying power, langsung memastikan ekonomi tidak
stagnant dan sentiasa bergerak, serta menaikkan kualiti hidup.

Den rasa semua harus tahu bahawa polisi cash handout seperti BRIM ni adalah satu polisi
yang makin mendapat tempat diseluruh dunia. Bilamana negara-negara maju di seluruh
dunia sekarang semuanya bercakap tentang program pemberian tunai (cash transfer) macam
Universal Basic Income, Minimum Guaranteed Income dan Negative Income Tax.

Sampaikan ada laporan dan saranan di negara maju seperti US sendiri telah mencadangkan
untuk memberikan universal basic income USD1000 kepada seluruh rakyat US setiap bulan di
mana ia akan mengembangkan ekonomi US sebanyak USD2.5 Trillion ketika 2025!

Lebih menarik, tokoh-tokoh Silicon Valley macam Zuckerberg, Elon Musks pun menyokong
idea ni. Dan kalau ada yang mendakwa bahawa, negara yang bagi cash handout/cash transfer
ni akan menyebabkan negara itu mu is, ni den nak tanya sikit..

Bukankah pada tahun 2009, Australia ada buat cash handout secara besar-besaran sebab
nak bangkit dari kelembapan ekonomi? diberikannya rakyatnya one o $900 untuk
berbelanja demi mengelakkan Australia dari jatuh ke dalam kancah recession?

Jepun negara menjadi idola pemimpin dan rakyat Malaysia Baru pun pernah buat cash
handout pada tahun yang sama iaitu 2009 untuk kickstart consumer spending sebab
terperangkap dengan kancah recession yang sama.

Malah negara maju seperti Singapura juga nampaknya mula berjinak-jinak dengan cash
handout seperti yang dilakukannya pada Februari tahun ini..diberinya setiap rakyatnya cash
handout berjumlah S$100 to S$30 sebagai satu langkah untuk menampung kenaikan GST
dan cukai-cukai baru yang akan dilaksanakan.

Dan terbaru, Hong Kong sebuah negara yang maju dari sudut ekonominya yang jauh
meninggalkan kita, akan memulakan cash handout-nyaa sendiri, di mana mereka akan
memberikan rakyatnya HK$4,000 setiap seorang kepada yang layak.

/
Ramai pemerhati berpendapat skim yang akan menelan belanja sebanyak HK11 Billion ini,
mempunyai banyak persamaan dengan BRIM yang dilaksanakan di Malaysia. Jadi takkanlah
Hong Kong tak tahu bahawa kalau mereka buat langkah cash handout ni mereka akan mu is
nanti? ?

Cumanya den hairanlah jugak, ramai antara kita dok kata takut mu is sebab bagi cash
handout aka subsidi bersasar ni setahun 2 kali kepada golongan yang sepatutnya. Tetapi
dalam masa sama kita dok bagi subsidi pukal seperti minyak yang mana jumlahnya berbillion
setahun kepada golongan yang kaya, yang bawak kereta besar, syarikat, corporation dan
sebagainya. Bukankah itu adalah counter productive dan merupakan sesuatu yang ironi?

Sekian,
Bukan Penerima BRIM.

Rujukan:

A $1,000 per month cash handout would grow the economy by $2.5 trillion, new study
says. https://www.cnbc.com/2017/08/31/1000-per-month-cash-handout-would-grow-the-
economy-by-2-point-5-trillion.html

Ex-Labor Secretary: Some kind of cash handout ‘seems


inevitable’. https://www.cnbc.com/2018/07/12/robert-reich-us-will-need-some-kind-of-
universal-basic-income.html

Australians get $900 cheques from government to boost


spending. https://www.telegraph.co.uk/ nance/recession/5341306/Australians-get-900-
cheques-from-government-to-boost-spending.html

Japan starts controversial £87 cash handouts.


https://www.telegraph.co.uk/ nance/ nancialcrisis/4949251/Japan-starts-controversial-87-
cash-handouts.html

Hong Kong cash handout scheme will cost government HK$330 million to administer.

https://www.scmp.com/news/hong-kong/politics/article/2142707/hong-kong-cash-handout-
scheme-will-cost-government-hk330

/
Khairul Azri
Khairul Azri mula menceburkan diri dalam bidang pelaburan dan pasaran kewangan semenjak 7 tahun
lalu. Mulai dikenali kerana tulisan-tulisan berkaitan ekonomi di Facebook pasca PRU14 lalu dalam bahasa
yang mudah difahami berserta sumber dan rujukan yang tepat.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.

Utama Tentang Kami Pengiklanan Komuniti Patriot Shop Now

© 2020 - The Patriots. All Rights Reserved.


Moving Forward As One

Anda mungkin juga menyukai