Anda di halaman 1dari 7

ULASAN ARTIKEL

Sejak mutakhir ini, Malaysia sering berdepan dengan isu yang melibatkan
politik. Politik negera telah menjadi bualan hangat bukan sahaja di kalangan para
pemimpin, malah ianya juga menjadi sentiment yang penting kepada para pelabur
yang ingin menceburkan diri dalam pasaran saham Malaysia. Rentetan daripada itu,
pemilihan artikel ini merupakan satu langkah yang kondusif di mana ianya
membincangkan tentang kemelutan politik yang berlaku di Malaysia. Tajuk artikel
yang bakal dikupas adalah bertajuk “Kemelut Politik: Bursa Malaysia elak kejatuhan
tiga hari berturut-turut” yang dikaryakan oleh penulis daripada Berita Harian. Seperti
yang sedia maklum, Berita Harian merupakan nama yang tidak asing lagi dalam
industri terbitan berita dan juga akhbar tidak kira mahupun cetakan ataupun secara
maya. Berita Harian mengambil serius berkenaan isu kekemelutan politik yang
berlaku di Malaysia untuk diketengahkan dalam platform mereka kerana ianya
sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada para pembaca berkenaan isu semasa
yang berlaku di Malaysia. Keratan berita ini dipetik di platform atas talian yang
disediakan oleh pihak Berita Harian sendiri. Banyak kelebihan yang diperolehi
apabila melayari platform atas talian ini antaranya menjimatkan masa, wang dan
juga dapat menjaga alam sekitar kerana mereka tidak perlu terlalu mengfokuskan
percetakan akhbar lagi. Dalam pada itu, mereka yang ingin mendapatkan berita
dapat mengaksesnya tanpa mengira tempat mahupun masa. Mereka hanya
memerlukan telefon pintor ataupun komputer riba dan juga rangkaian internet. Oleh
itu, pergerakan fasa percetakan kea lam maya ini merupakan langkah yang efektif
yang diketengahkan oleh pihak Berita Harian kerana banyak memberikan manfaat
kepada para pembaca.

Artikel ini mengetengahkan konsep yang spesifik dimana ianya menitik


beratkan isu politik yang telahpun memberikan sentimen yang kurang baik terhadap
pasaran saham negara. Hal ini kerana, ia bakal memberi impak kepada
kepercayaan pelabur yang ingin membuat pelaburan yang besar di dalam negara.
Mereka mempunyai kegusaran dek akibat ketidakstabilan politik ini dan cuba untuk
menahan Hasrat mereka terhadap dana yang ingin disumbangkan ke dalam projek-
projek tertentu ataupun sektor-sektor tertentu. Dalam pada itu, artikel ini diterbit dan
berfokuskan kepada para pemimpin, pelabur dan juga masyarakat umum. Hal ini
diketengahkan agar memberi serta menimbulkan kesedaran dan juga pengetahuan
kepada masyarakat Malaysia berkenaan isu politik ini bakal memberi kesan yang
besar terhadap ekonomi Malaysia. Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua
pihak kerana mereka perlu memainkan peranan tersendiri dalam memastikan
perkara ini tidak berlarutan. Artikel ini pula bertemakan pelaburan dan juga politik.
Gandingan dua perkara ini merupakan sentimen yang penting dalam pasaran saham
Malaysia. Hal ini kerana dua perkara ini sangat berkait rapat dalam memastikan para
pelabur untuk datang melabur dalam pasaran saham Malaysia. Ia juga melibatkan
kepercayaan para pelabur untuk menyumbang jumlah dana yang besar dalam
pasaran ini di mana ianya mampu memberi keuntungan yang berlipat ganda kepada
mereka. Sentimen politik yang sedang bergolak sekarang telah pun membawa
kesan yang buruk terhadap ekonomi negara. Kebanyakan pelabur telahpun
mengeluarkan dana mereka daripada pasaran kerana ingin mengelakkan diri
mereka daripada mengalami kegagalan yang teruk. Jika dilhat dari sudut prestasi
pasaran negara, ia juga memberi kegusaran kerana pasaran gagal memberi
bayangan yang positif untuk terus membangun dan sukar untuk membuat loncatan
semula kerana terpalit dengan isu politik negara yang seakan-akan tidak
berpenghujung ini. Artikel ini sangat memberi manfaat kepada para pembaca kerana
ianya sedikit sebanyak dapat meniup semangat cinta akan negara kerana
mengambil berat tentang isu yang berlaku di Malaysia serta mewujudkan hasrat
untuk sama-sama membantu dalam menyelesaikan kemelutan ini. Dalam pasaran
saham, kenaikan dan penurunan harga saham adalah disebabkan
oleh supply dan demand. Semakin tinggi permintaan terhadap sesuatu saham
tersebut, semakin tinggi harga saham. Ia akan mendorong harga pasaran tersebut
membuat kenaikan. Pelabur ini yang akan menyebabkan permintaan sesuatu saham
itu bertambah atau berkurang. Tindakan mereka pula dipengaruhi oleh tahap
penerimaan risiko yang sanggup diterima selepas mereka membuat kajian. Kajian ini
dijalankan secara terperinci mengikut strategi yang mereka terapkan dalam
membuat keputusan untuk membeli ataupun menjual sesuatu saham. Dalam pada
itu, jika sesebuah syarikat mempunyai pengurusan yang bagus, sudah semestinya
syarikat tersebut mampu menarik minat pelabur untuk melabur di dalam
syarikatnya. Sebaliknya pula jika syarikat mempunyai masalah baik dari segi
pengurusan ataupun masalah dalaman syarikat, pelabur semestinya tidak mahu
melabur dalam syarikat tersebut. Sebagai contoh, keadaan yang terjadi kepada
syarikat Serba Dinamik baru-baru ini. Serba Dinamik mengalami penurunan yang
agak ketara akibat tidak menjaga pengurusan dengan baik. Begitu juga dengan
keadaan ekonomi sesebuah negara, yang menguruskan negara adalah ahli politik
yang telah dipilih oleh rakyat semasa pilihan raya dilakukan. Jika kerajaan bagus
dan kukuh, ekonomi sesebuah negara juga akan semakin maju. Apabila kerajaan
bertukar kepada kerajaan baru seperti apa yang berlaku pada tahun 2018 yang lalu,
pelabur akan mula mengambil langkah berjaga-jaga dan melepaskan pegangan
saham mereka sehingga menyebabkan supply lebih tinggi daripada demand,
akibatnya indeks pasaran saham jatuh dengan teruk ketika itu seperti yang
ditunjukkan pada carta di atas. Sama juga halnya ketika kerajaan Perikatan Nasional
menjadi kerajaan secara tiba-tiba menggantikan kerajaan Pakatan Harapan setelah
ada ahli mereka lompat ke parti lain menyebabkan Pakatan Harapan kehilangan
majoritinya. Sekali lagi indeks FBMKLCI ketika itu menghadapi penurunan kepada
1460 mata sebelum mata tersebut jatuh lebih teruk akibat daripada pandemik Covid-
19 pada tahun lepas. Hal ini dikaitkan juga dengan isu Datuk Seri Anwar
Ibrahim mengumumkan di sidang media bahawa beliau mempunyai majoriti
sokongan untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional, indeks FBMKLCI
yang ketika itu mencuba untuk memecahkan rintangan 1700 mata, gagal dan
menarik indeks tersebut jatuh dengan teruk. Jika dilihat isu itu sampai ke hari ini, isu
perebutan kuasa antara ahli politik ini telah menyebabkan pelabur mengambil sikap
lebih berhati-hati terhadap pasaran menunggu sehingga keadaan politik negara
reda. 

Artikel ini merupakan sebuah karya yang menarik kerana menyentuh isu semasa
yang boleh membawa perubahan terhadap perkembangan pasaran saham. Hal ini
akan membuka semua mata pembaca untuk mengambil tahu apa yang sedang
terjadi di Malaysia. Hal ini juga bakal memberi kesan yang negative terhadap
perkembangan ekonomi negara. Dalam pada itu, Islam juga mementingkan umatnya
untuk belajar berkenaan politik. Aktiviti dan pelaksanaan politik di Malaysia sangat
berperanan besar dalam membentuk cara hidup, berfikir, beragama bagi setiap
rakyat dan dari sudut pandang lainnya iaitu kesan pada tahap ekonomi, pendidikan,
kesihatan dan keamanan pada negara. Namun, itu semua adalah kesan yang akan
ditentukan oleh pemimpin yang telah dipilih secara majoriti. Justeru, dapat
disimpulkan beberapa kepentingan politik kepada sesebuah negara, antaranya ialah
keperluan kepada kepimpinan. Sebahagian besar pelaksanaan hukum-hakam dalam
syariat Islam tertakluk kepada kuasa pemerintah. Hukum-hakam itu tidak mungkin
dapat dilaksanakan kecuali melalui kuasa dan arahan pemerintah, seperti
menghakimi kes-kes mahkamah, melantik para penjaga, mengisytiharkan halangan
dan perang, memeterai perdamaian dan sebagainya. Oleh itu, bagi membolehkan
hukum-hakam syarak dilaksanakan sepenuhnya dengan cara yang betul dan
diterima oleh Allah SWT, mestilah ada pemerintah yang akan melaksanakan hukum-
hakam itu dan memantau perlaksanaannya. Dengan adanya politik , para pemimpin
akan lebih peka dan cakna akan jalan yang mampu memberi ruang kepada mereka
serta mudah untuk mereka menjana bagi negara tersebut. Dalam pada itu, kaedah
yang digunakan juga adalah kaedah yang ditetapkan oleh Syariah Islamiyyah.
Antara kaedah yang diketengahkan adalah menjauhi perkara yang haram seperti
aktiviti rasuah, menjadi pegangan khusus bagi pemimpin yang mengangkat panji
dan syiar Islam. Melihat kepada realiti masa kini, Islam merupakan suatu perkara
yang janggal dan semakin dipandang kolot dan sinis oleh majoriti pandangan umum.
Sedangkan orang Islamlah yang mula dipandang tinggi kerana kehebatan mereka
ada dari pelbagai aspek antaranya dalam peradaban mahupun pendidikan dan
ekonomi. Sepanjang penulisan artikel ini dikarang oleh penulis, banyak aspek-aspek
yang boleh ditekankan lagi oleh penulis. Antara perkara yang boleh ditekankan
adalah berkenan isu politik yang menjadi kebimbangan para pelabur. Hal ini perlu
ditekankan kerana ia menjadi topik yang menarik untuk membuka minda rakyat
Malaysia terhadap kepentingan isu politik. Isu politik bukan sahaja hanya untuk
menentukan siapa yang mentadbir negara, malah ia menyentuh seluruh aspek
terutamanya perkembangan ekonomi, sosiobudaya, pendidikan dan sebagainya.
Sebagai contoh, keadaan politik semasa yang tidak menentu ini telah menyebabkan
pelabur asing terus menjadi penjual terbesar dalam pasaran saham Malaysia.
Tambahan itu, bukan sekadar pelabur asing sahaja, malah pelabur institusi juga
mengambil langkah untuk menjual sebagai langkah berhati-hati pada Ketika ini.
Akibatnya, permintaan semasa dalam pasaran saham tempatan berkurangan dan
telah menyebabkan indeks FBM KLCI terus berada di paras yang rendah sementara
indeks pasaran saham negara lain sudah mula menunjukkan tanda kenaikan.
Keadaan politik negara perlu dipulihkan seperti sediakala dan perlu mengambil
langkah yang proaktif untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia yang semakin
mencabar ketika ini. Sebagai contoh, isu pilihan raya perlu diketengahkan bagi
memberi sokongan dan menarik kepercayaan para pelabur untuk mula melabur di
negara ini. Dengan penerampilan calon-calon kepimpinan yang bakal menerajui
bahtera Malaysia, ia bakal menarik minat untuk pelabur datang melabur dalam
pasaran saham Malaysia. Penulis juga boleh menekankan tips ataupun langkah-
langkah yang boleh diamalkan oleh pelabur semasa proses pilihanraya dijalankan.
Antaranya adalah para peabur perlu fokus terhadap saham yang menawarkan
dividen yang tinggi. Musim pilihan raya adalah musim di mana pasaran menjadi lebih
tidak menentu. Terutamanya ketika awal musim pilihan raya kali ini, pasaran
menyaksikan kebanyakkan pelabur luar menjual saham syarikat Malaysia. Ada
berpendapat bahawa mereka tidak yakin dengan sistem pilihan raya di Malaysia, jadi
mereka mengambil keputusan untuk berehat daripada membuat sebarang transaksi
jualan mahupun belian. Jadi, ini membuka peluang kepada pelabur runcit untuk
menceburi saham bluechip. Saham bluechip merupakan saham yang mempunyai
kedudukan kewangan dan fundamental yang kukuh. Kebanyakkan saham bluechip
adalah dalam sektor perbankan, produk industri. Saham jenis ini kebiasaannya
memberikan dividen yang tinggi berbanding saham lain. Sekurang-kurangnya,
pelabur memperoleh pulangan konsisten dalam saham. Seterusnya, elakkan
daripada meletakkan semua modal dalam saham yang berkait langsung dengan
parti politik tertentu. Sekiranya pelabur masih lagi baru dalam pasaran saham,
mereka dinasihatkan agar menjauhi saham syarikat yang mempunyai kaitan secara
langsung dengan sesebuah parti atau figura politik tertentu. Hal ini kerana, kalau
pihak politik itu mengalami kekalahan nanti, saham pegangan mereka tidak akan
memberi kesan yang besar. Akhir sekali, sebagai seorang pelabur yang bagus,
mereka seharusnya mengambil tahu situasi politik semasa meskipun mempunyai
fahaman politik yang berlainan. Dengan memahami wadah perjuangan dan
mengetahui manifesto atau rancangan setiap parti politik yang bertanding, mereka
akan dapat gambaran dan bayangan tentang kecenderungan sektor atau projek
yang berpotensi. Contohnya, manifesto pelaksanaan projek mega seperti HSR,
lebuh raya, pengangkutan awam, peruntukan dalam bidang kesihatan, teknologi,
pendidikan. Ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk bersedia melabur
dalam saham syarikat berkaitan sektor tersebut sekiranya mana-mana parti politik
menang piilhan raya. Jadi perkara yang ditekankan ini dapat menarik lagi minat para
pembaca untuk mendalami ilmu politik dan juga ilmu berkenaan pasaran saham
negara.

Sebagai kesimpulannya, kesedaran berkenaan politik menjadi satu sentiment


yang penting kepada rakyat Malaysia kerana ia sangat memberikan impak yang
positif bukan sahaja terhadap pasaran saham, malah ia melibatkan ekonomi negara,
sosiobudaya dan banyak lagi. Setiap individu perlu memainkan peranan yang
penting dalam memastikan seluruh pelosok negara mendapat pendedahan
berkenaan ilmu politik ini serta mengambil tempat untuk menjalankan
tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia dengan turun untuk membuang
undi semasa pilihanraya. Sebagai negara yang berdemokrasi, pilihanraya ini bakal
menjadi medium untuk rakyat bersuara serta memilih pemimpin yang boleh
membawa kemajuan dari pelbagai aspek terhadap negara itu sendiri, Generasi
muda juga merupakan peringkat umur di mana seseorang itu mula menghadapi
cabaran yang memaksa dalam membuat keputusan tentang kehidupannya. Dengan
daya upaya tenaga yang tinggi, keperluan dan harapan yang tinggi, maka belia
boleh mengubah bukan sahaja kehidupannya sendiri tetapi juga masyarakat dan
persekitarannya. Dalam usaha untuk memperkenalkan demokrasi dan sistem
pemilihan pemimpin, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil peranan
dengan memperkenalkan subjek pilihan raya dalam kurikulum di sekolah menengah.
Seperti kita semua tahu, mereka yang berumur 18 tahun ke atas sudah layak untuk
melibatkan diri sebagai pengundi. Jadi mereka merupakan bilangan yang agak tinggi
dalam memastikan proses perjalanan pilihanraya ini dapat dijalankan dengan lancar
ataupun tidak. Hal ini kerana mereka membawa peratusan yang agak besar
terhadap keputusan yang bakal diperoleh. Oleh itu, pendedahan ini perlulah
dilakukan diperingkat akar umbi agar seluruh lapisan masyarakat di negara ini
memperolehi ilmu berkenaan politik serta mempunyai sikap tanggungjawab dan
cinta akan negara.

Anda mungkin juga menyukai