1. 2.
3. 4.
5. 6.
1. Rumah jiran kamu terbakar beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri tiba. Apakah yang
kamu akan lakukan untuk menolong jiran tersebut?
2. Pada waktu rehat, kamu terjumpa duit RM20 yang tercicir di kantin sekolah. apakah tindakan
yang kamu akan ambil?
3. Buku latihan Bahasa Melayu kamu telah hilang kerana tertinggal di sekolah. Adakah kamu
akan memberitahu kepada ibu dan guru Bahasa Melayu kamu? Jelaskan alasan kamu.
4. Rakan sekelas yang nakal telah mengajak kamu ponteng kelas Al-Quran. Wajarkah kamu
terima ajakan tersebut?
Hari: _______________ Tarikh: ___________
Baca petikan di bawah. Kemudian, padankan jawapan kepada soalan dengan betul.
Hari ini hari Sabtu. Alya tidak pergi ke sekolah. Alya membantu ibunya mengemas
rumah. ketika sedang mengemop lantai, Alya mendengar bunyi hon. Bunyi itu diikuti dengan
laungan seorang lelaki yang berkata “Surat khabar lama! Surat khabar lama!”
“Ibu, adakah orang itu menjual surat khabar lama?” tanya Alya kepada ibunya.
“Tidak. Dia bukan menjual surat khabar lama. Tetapi, dia membeli surat khabar lama,”
jawab ibu Alya dengan lembut. “Dia membeli surat khabar lama?” Alya bertanya lagi. Dia
berasa hairan.
“Ya, dia membeli surat khabar lama. Surat khabar lama yang dibeli akan diproses
semula untuk dibuat kertas yang baharu,” jawab ibu Alya sambil tersenyum.
“Oh, begitu! Jadi, bolehlah kita menjual surat khabar lama yang berada di dalam stor
kita,” kata Alya sambil diikuti anggukan daripada ibunya.
Soalan Jawapan