Anda di halaman 1dari 28

KURSUS BAHASA MELAYU

UNTUK PENUTUR ASING


(PERINGKAT ASAS)
MALAY LANGUAGE COURSE
FOR FOREIGN SPEAKERS
(BASIC)
Unit 5: Kata Kerja

5.1 Penggunaan Kata Kerja di Rumah

5.2 Penggunaan Kata Kerja di Pejabat

5.3 Penggunaan Kata Kerja di Sekolah

5.4 Penggunaan Kata Kerja di Pasar, Restoran dan Pusat Perniagaan

5.5 Penggunaan Kata Kerja di Tempat Percutian

5.6 Latihan
UNIT 5: KATA KERJA
➢ Kata kerja ialah perkataan yang menerangkan sesuatu perbuatan.
➢ Kata kerja dalam bahasa Melayu terbahagi kepada dua, iaitu kata kerja
tunggal dan kata kerja terbitan.
➢ Unit ini hanya memperkenalkan kata kerja tunggal.
➢ Unit ini juga akan memperkenalkan kata akar bagi kata kerja bahasa
Melayu yang selalu digunakan mengikut situasi dan tempat.

tidak berimbuhan
Kata Kerja
tiada penggandaan
Tunggal
tiada pemajmukan

pulang turun tidur

datang baring pergi

duduk balik keluar

Contoh Ayat:

Kata Kerja Ayat

pulang Burung pulang ke sarang.

tidur Abang sedang tidur.

duduk Ibu duduk atas kerusi.

keluar Dia keluar dari bilik.

pergi Adik pergi ke sekolah.


5.1 Penggunaan Kata Kerja di Rumah

Kata Kerja Contoh Ayat

• Mary dan John belajar memasak di


dapur.
• memasak

masak/cook

• Bayi comel itu sedang tidur nyenyak.

• tidur

tidur/sleep

• Tina menggosok gigi sebelum tidur.

• menggosok

gosok, berus/
rub, brush

• Maria mencuci pinggan selepas makan.

• mencuci

cuci, basuh/
wash
• Pembantu rumah melipat pakaian.

• melipat

lipat/fold

• Kakak menjemur kain di ampaian.

• menjemur

jemur/dry

• Kami menonton televisyen di ruang


tamu.
• menonton

tonton/watch

• Ibu memotong tomato yang segar.

• memotong
potong, hiris/
cut, slice
• Adik menyiram pokok bunga.

• menyiram

siram/waters

• Billy menanam sayur di tepi rumah.

• menanam

tanam/plant

• Ayah memeluk adik untuk memujuknya.

• memeluk

peluk/hug

• Kakak membantu ibu menyapu lantai.

• menyapu

sapu/sweep
LATIHAN 1
Lengkapkan perbualan di rumah berikut dengan kata kerja yang sesuai.

(Di ruang tamu pada waktu tengah hari)

Ibu : Alia, kamu sedang buat apa?

Alia : Saya sedang __________ rancangan kartun kegemaran saya.

Ibu : Bolehkah kamu menolong ibu _______ kain di luar?

Alia : Di luar rumah panas. Bolehkah saya ________ kain yang sudah kering

sahaja?

Ibu : Apa-apa sahaja yang kamu sukalah, Alia. Tolong _______ kertas-

kertas di atas lantai juga.

(Di ruang makan pada waktu malam)

Alia : Makan malam yang ibu _______ memang sedap!

Ayah : Buah tembikai yang ibu _________ ini juga manis rasanya.

Alia : Betul tu, ayah.

Ibu : Alia, kalau sudah kenyang jangan lupa _______ pinggan dan mangkuk.

Ayah : Oh ya, jangan lupa juga apa yang perlu kamu buat sebelum ________.

Alia : Baiklah ayah, saya akan _________ gigi nanti.


5.2 Penggunaan Kata Kerja di Pejabat

Kata Kerja Contoh Ayat

• Encik Faris bekerja menggunakan


komputer riba.
• bekerja

kerja/work

• Ahmad mengambil kotak itu daripada


Ali.
• mengambil

ambil/take

• Mereka berbincang di bilik mesyuarat.

• berbincang

bincang/discuss

• Kerani sedang menaip surat.

• menaip

taip/type
• Encik Hanafi membawa beg bimbit ke
pejabat setiap hari.
• membawa

bawa/bring, carry

• Halim mencatat arahan ketuanya.

• mencatat

catat/note down

• Siti menyusun fail dan dokumen di atas


rak.
• menyusun

susun/arrange

• Salina menunjukkan hasil kerja kepada


rakan pejabatnya.
• menunjukkan

tunjuk/ shows, point


LATIHAN 2
Lengkapkan perbualan di pejabat berikut dengan kata kerja yang sesuai.

(Di dalam bilik mesyuarat)

Encik Hazim : Terima kasih kerana hadir mesyuarat. Hari ini kita akan

_________ berkenaan beberapa perkara penting.

Puan Laila : Encik Hazim, kali ini giliran saya untuk _________ minit

mesyuarat.

Encik Hazim : Baik, terima kasih puan. Sebelum mula mesyuarat, bolehkah

Encik Hassan tolong _______ dokumen penting di kaunter

pengawal sekarang?

Encik Hassan : Baiklah Encik Hazim.

(Di ruang kerja)

Puan Shila : Encik Hassan, boleh tunjukkan saya di manakah fail projek

tahun ini disimpan?.

Encik Hassan : Semua fail projek tahun ini saya ________ di atas rak ini,

puan. Fail yang manakah puan mahu?

Puan Shila : Saya mahu fail surat dan memo. Saya perlu ________ surat

untuk memohon peruntukan tahun hadapan.

Encik Hassan : Ini fail yang puan mahu.

Puan Shila : Oh, Terima kasih Encik Hassan. Selamat be_______.

Encik Hassan : Sama-sama puan.


5.3 Penggunaan Kata Kerja di Sekolah

Kata Kerja Contoh Ayat

• Kanak-kanak itu sedang membaca buku di


perpustakaan.
• membaca

baca/read

• Maya melukis gambar haiwan.

• melukis

lukis/draw

• Cikgu Alia mengajar subjek Matematik.

• mengajar

ajar/teach

• Halima bertanya sesuatu kepada guru


kelasnya.
• bertanya
tanya/ask
• Calon peperiksaan sedang menjawab
soalan.
• menjawab

jawab/answer

• Raju menyepak bola kepada Hassan.


• menyepak

• Hassan terus menendang bola ke dalam


gawang.
• menendang
sepak, tendang/
kick

• Setiap pagi kami bersenam di padang


sekolah.
• bersenam

senam/exercise

• Mereka berlari mengejar bas sekolah.

• berlari

lari/run
• Sila buang sampah ke dalam tong sampah
yang disediakan.
• buang

buang/throw

• Mereka berjalan beramai-ramai ke


sekolah.
• berjalan

jalan/walk

• Mei Lin belajar mengira menggunakan


jari.
• mengira

kira/count

• Adik bermain bola jaring di padang.

• bermain

main/play
LATIHAN 3

Lengkapkan perbualan di sekolah berikut dengan kata kerja yang sesuai.

(Di padang sekolah)

Cikgu Zara : Murid-murid, sebelum mula, kita harus ________ dahulu untuk

panaskan badan.

Salim : Cikgu, apa yang kita akan buat pagi ni?

Cikgu Zara : Dalam kelas Pendidikan Jasmani hari ini, kita akan _______

bola tampar dan bola sepak.

Zul : Wah, seronoknya!

Salim : Zul, kamu sudah pandai _______ bolakah?

Zul : Ah, mestilah!

(Di dalam kelas subjek Matematik)

Cikgu Ali : Adakah kamu semua faham apa yang telah saya _______ tadi?

Salim : Cikgu, saya kurang faham. Bolehkah saya _________ soalan?

Cikgu Ali : Boleh, saya akan cuba _________ soalan kamu itu.

Salim : Bagaimanakah cara ________ jumlah akhir untuk soalan

nombor dua?

Cikgu Ali : Itu senang sahaja, Salim. Kamu boleh _______ semula nota

yang saya telah berikan. Jawapannya ada pada halaman 28.

Salim : Baik, cikgu. Terima kasih.


5.4 Penggunaan Kata Kerja di Pasar, Restoran dan Pusat Perniagaan

Kata Kerja Contoh Ayat

• Ibu membayar barang-barang yang


dibelinya.
• membayar

bayar/pay

• Mak Su membeli sayur-sayuran di pasar.

• membeli

beli/buy

• Abang menjual buah-buahan di gerainya.

• menjual

jual/sell

• Ayah memilih krim rambut yang sesuai


untuknya.
• memilih

pilih/choose
• Adik suka makan bubur nasi.

• makan

makan/eat

• Ameena suka minum jus oren selepas


bersenam.
• minum

minum/drink

• Adik gemar menolak troli di pasar raya.

• menolak

tolak/push

• Kakak sedang memesan makanan di


restoran.
• memesan

pesan/order
• Fatimah menempah meja di restoran
terkenal itu.
• menempah

tempah/book

• Pasar raya itu menawarkan potongan


harga sempena perayaan Tahun Baru Cina.
• menawarkan

tawar/offer

• Pelayan restoran mengelap meja dengan


air sabun.
• mengelap
lap/wipe

• Pelayan menghidangkan makan malam


untuk kami.
• menghidangkan

hidang/serve
LATIHAN 4
Lengkapkan perbualan di pasar, restoran dan pusat perniagaan berikut
dengan kata kerja yang sesuai.

(Di restoran)

Pelayan : Sila duduk puan. Saya sudah _____ meja ini.


Salmah : Terima kasih. Bolehkah saya ________ makanan sekarang?
Pelayan : Boleh puan. Apakah yang puan ingin _________?
Salmah : Saya mahu makan nasi goreng kampung dan mi goreng udang
untuk anak saya.
Pelayan : Baik. Puan mahu _______ air apa ya?
Salmah : Beri saya jus oren dan air kelapa. Tolong berikan air kosong
juga. Itu sahaja, terima kasih.
Pelayan : Sama-sama, puan. Saya akan segera _________ makanan
setelah siap.

(Di kedai pakaian)

Encik Syukri : Boleh saya tahu, adakah kedai ini _______ kemeja
batik?
Jurujual : Ya encik, ada. Kami ada pelbagai jenis kemeja batik. Encik
boleh ________ yang mana encik suka.
Encik Syukri : Saya mahu ________ kemeja batik berwarna merah itu.
Berapakah harganya?
Jurujual : Harga asalnya RM250.00, tetapi kami ______kan
potongan harga 30%.
Encik Syukri : Baiklah. Berikan saya 12 helai kemeja itu.
Jurujual : Oh, maaf encik. Stok yang kami ada hanya 10 helai. Encik
mesti ________ dahulu jika mahu lebih daripada 10 helai.
Ini borang untuk diisi.
Encik Syukri : Baiklah. Saya akan ________ deposit dahulu. Minggu
depan saya akan datang ambil.
5.5 Penggunaan Kata Kerja di Tempat Percutian

Kata Kerja Contoh Ayat

• Lucy suka berenang di dalam kolam


renang.
• berenang

renang/swim

• Hisham suka melihat pemandangan dari


atas bukit.
• melihat

lihat/see

• Burung helang terbang tinggi.

• terbang

terbang/fly

• Salim berjaya mendaki Gunung Kinabalu


di Sabah.
• mendaki

daki/hike
• Mustafa suka aktiviti memanjat tembok.
• memanjat

panjat/climb

• Oksana menarik beg pakaiannya keluar


dari lapangan terbang.
• menarik

tarik/pull

• Aiman memandu van pelancong dengan


berhati-hati.
• memandu

pandu/drive

• Suri menyelam ke dasar laut untuk


melihat terumbu karang.
• menyelam

selam/dive
• John melawat Muzium Kesenian Islam di

Kuala Lumpur.

lawat/visit • melawat

• Pendaki gunung memasang khemah untuk


bermalam.
• memasang
pasang/install

• Mereka baring di atas pasir pantai.

• baring

baring/lie down

• Suraya mengutip cangkerang di pesisir


pantai.
• mengutip

kutip/pick
LATIHAN 5
Lengkapkan perbualan di tempat percutian berikut dengan kata kerja yang
sesuai.

(Di tepi pantai)

Ibu : Alia, apa yang kamu buat di sana?

Alia : Saya sedang ________ batu dan cangkerang yang cantik ini.

Ibu : Marilah ke sini, bantu ibu _________ khemah. Cuaca hari ini sangat

panas.

Alia : Baiklah. Abang, jangan ________ sahaja di atas tikar. Cepatlah

tolong ibu.

Amir : Ya. Lepas siap, marilah kita be________ di tengah laut sana.

Alia : Tidak mahu. Adik hanya suka __________ pemandangan di tepi laut.

Ibu : Sudahlah. Tolong ibu dahulu.

(Di lapangan terbang)

Pemandu : Encik dari mana dan mahu ke mana?

John : Saya dari Australia. Saya datang ke Malaysia untuk ________

tempat-tempat yang menarik di sini.

Pemandu : Oh, encik ________ kereta sendiri atau perlukan khidmat

teksi?

John : Saya tidak ada kereta. Bolehkah pak cik hantar saya ke Bukit

Gasing? Saya ingin _______ bukit di sana.

Pemandu : Sudah tentu boleh. Mari pak cik ________ beg pakaian encik

ke kereta.
LATIHAN 6
Padankan kata kerja bahasa Melayu dengan padanannya dalam bahasa
Inggeris.

mandi live

makan bathe

main play

sepak born

lahir kick

nyanyi come

lukis eat

datang wipe

tinggal draw

lap sing
LATIHAN 7
Lengkapkan ayat di bawah dengan kata kerja tunggal yang diberikan.

makan baring turun sampai

goreng buang tumbang terbang

runtuh potong balik tulis

1. Rumah itu __________.

2. Ibu sedang______________di bilik tidur.

3. Burung______________ke arah timur.

4. Bapa saya______________kampung di Melaka.

5. Hujan______________sangat lebat.

6. Pokok______________di tepi jalan.

7. Kapal terbang sudah______________di Lapangan Terbang

Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

8. Saya suka______________Nasi lemak.

9. Mira _________ bawang merah dengan berhati-hati.

10. Mei Lin ________ sampah ke dalam tong sampah.

11. Kakak ________ ayam untuk makan tengah hari.

12. Ali ________ surat kepada rakannya di Sabah.


LATIHAN 8
Senaraikan kata kerja berdasarkan gambar di bawah.
LATIHAN 9
a) Baca dan keluarkan kata kerja dalam petikan di bawah.

ARNAB YANG BAIK HATI

Pada suatu hari, Arnab jalan di dalam kebun. Tiba-tiba arnab nampak
seekor kura-kura. “Hai Kura-kura, kamu mahu ke mana?” tanya Arnab.
“Saya hendak balik ke rumah,” jawab kura-kura. “Kamu mahu ke mana?”
tanya kura-kura. “Oh, saya jalan-jalan sahaja. “kamu sudah makan? Tanya
kura-kura lagi. “Saya sudah makan” jawab arnab. “Oh, saya belum makan,
Ibu saya tentu sedang tunggu saya. Kami selalu makan sama-sama.” Arnab
kasihan lihat kura-kura jalan lambat. Mari saya tolong kamu,” kata arnab.
“Saya boleh dukung kamu! Kamu naik ke atas belakang saya. Pegang
tengkuk saya kuat-kuat,” kata Arnab.

1. _____________ 4. ___________ 7. ___________ 10. ____________

2. _____________ 5. ___________ 8. ___________ 11. ____________

3. _____________ 6. ___________ 9. ___________ 12. ____________

b) Berdasarkan petikan di atas, berikan padanan dalam bahasa Melayu


untuk kata kerja di bawah.
i. wait –

ii. hold –

iii. eat –

iv. walk –

v. ask –

vi. help -
LATIHAN 10
Susun perkataan tersebut menjadi ayat yang betul.

1. Kami – cat – sedang – sekolah. – dinding

2. Adik – lukis – sedang – gambar – kucing.

3. gosok – sebelum – Kakak – gigi – tidur.

4. Esok – ibu – pisang – beli – akan – pasar. – di

5. jahit – Nenek – kurung. – pandai - baju

6. kayuh – Raju – basikal – sekolah. – ke

7. Husin – kepada – tulis – Aminah. - surat

8. jual – Malik – baju – pasar raya. – di


LATIHAN 11

Bina ayat dengan menggunakan kata kerja yang diberi.


Contoh ayat: pukul/hit

Subjek Kata Kerja Objek


Dia pukul bola tenis.

Kata Kerja Ayat

1. tiup/blow

2. rasa/taste

3. tutup/close

4. buka/open

5. kisar/grind

6. hantar/send

7. buru/hunt

8. lap/wipe

9. hias/decorate

10. basuh/wash

Anda mungkin juga menyukai