Anda di halaman 1dari 4

5 PELARI PECUT MALAYSIA YANG

PERNAH JADI MANUSIA TERPANTAS


ASIA DAN ASIA TENGGARA!
1) Dato’ M. Jegathesan, atlet terpantas Asia yang membawa pulang
pingat Emas pertama negara

Pada tahun 1962, negara kita menerima berita yang sangat ajaib apabila pelajar
perubatan iaitu Mani Jegathesan berjaya memecahkan rekod Sukan
Asia dengan catatan masa 21.30 saat dalam acara 200 meter. Sekaligus
mendapatkan pingat Emas pertama negara di Sukan Asia.

2) Rabuan Pit, satu-satunya penyumbang pingat emas negara di Sukan


Asia 1982
Siapa sangka, sewaktu Sukan Asia 1982 di New Delhi, satu-satunya atlet yang
menyumbang pingat emas ketika tu datang dari acara pecut 100 meter?

Dalam acara itu, dia menghabiskan larian dengan catatan masa 10.68 saat
mengalahkan pelari dari Korea Selatan dan Thailand, masing-masing di tempat
kedua dan ketiga. Kemenangannya ini dah menjadikannya menerima gelaran
‘manusia terpantas Asia’ pada era itu.
Kejayaan Rabuan Pit juga tak terhenti di situ, pada tahun 1983, dia dah terpilih
untuk bersaing dalam acara lumba lari terkemuka, kejohanan dunia IAAF di
Helsinki. Ketika tu, dia berpelung berlumba dengan pelumba lari legenda US yang
merupakan juara Olimpik sembilan kali, Carl Lewis.

5 PELARI PECUT MALAYSIA YANG


PERNAH JADI MANUSIA TERPANTAS
ASIA DAN ASIA TENGGARA!
3) Watson Nyambek 0.07 saat lagi laju dari Dato’ Jegathesan

Kita pun tahu, rekod kebangsaan dipegang oleh Dato’ Jegathesan dalam kedua-dua
acara dengan catatan masa 10.38 saat (100 m) dan 20.92 saat (200m). Pada tahun
1996, rekod 100 meter Dato’ Jegathesan yang yang tidak dicabar oleh sesiapa
sejak 1966 ni telah dipecahkan oleh seorang atlet berbangsa Iban iaitu Watson
Nyambek di Kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) di Kuantan dengan catatan 10.31
saat. Maknanya 0.07 saat lagi laju dari Dato’ Jegathesan.
Kalau di peringkat benua Asia, kejayaan paling gemilangnya adalah memenangi
pingat Perak di Kejohanan Trek & Padang Asia 1998 di Jepun. Kiranya dia boleh
beat jugaklah jaguh-jaguh Asia yang dah makin ramai masa tu. Kehebatan dia juga
telah melayakkannya ke Sukan Olimpik sebanyak dua kali iaitu Atlanta (1996) dan
Sydney (2000). Walaupun macam tu, dua-dua acara dia terkandas di pusingan
pertama.

4) Nazmizan Muhammad dinobatkan raja pecut Asia Tenggara walaupun


hampir dibatalkan penyertaan

Pencapaian atlet pelari pecut negara tiba-tiba dikejutkan dengan kemenangan dua
pingat emas dalam acara 100 meter dan 200 meter yang dimenangi oleh Nazmizan
Muhammad di Sukan SEA Hanoi 2003. Kemenangan ni juga telah menamatkan
penantian 36 tahun negara untuk dapat pingat emas dalam acara ni. Di sebalik
kemenangan ni sebenarnya, Nazmizan bukanlah pilihan utama sebab sebelum tu,
dia gagal untuk melepasi had kelayakan untuk sertai. Namun setelah dibuat
rayuan, akhirnya dipilih juga untuk bertanding.
Kejayaannya di Sukan SEA telah memberi peluang untuk dia ke Sukan Olimpik
Athens 2004 atas tiket sebagai atlet jemputan dalam acara 200 meter. Waktu
menjadi juara di Sukan SEA Hanoi, catatan masanya adalah 21.05 saat. Waktu di
Olimpik dia hanya berpuas hati dengan catatan masa 21.24 saat di pusingan
pertama.

5 PELARI PECUT MALAYSIA YANG


PERNAH JADI MANUSIA TERPANTAS
ASIA DAN ASIA TENGGARA!
5) Khairul Hafiz Jantan remaja terpantas Asia yang memecahkan rekod
kebangsaan

Setelah dunia olahraga suram tanpa sebarang kejutan oleh mana-mana atlet,
pada SUKMA 2016 di Sarawak kejutan telah berlaku. Khairul Hafiz Jantan
menamatkan larian dengan pingat emas bersama catatan masa 10.18 saat dalam
acara 100 meter. Maka leburlah rekod kebangsaan yang dipegang Watson
Nyambek selama 18 tahun.
Keesokkan harinya pula, dia berjaya menamatkan saingan 200 meter di peringkat
separuh akhir dengan catatan masa 21.14 saat. Sekaligus meleburkan rekod
SUKMA yang dipegang oleh Nazmizan Muhammad selama 14 tahun. Hari ni pecah
rekod, esok pun pecah rekod lagi. Pada pusingan akhir dia berjaya mendapatkan
pingat emas dengan catatan masa 21.03 saat sebagai rekod baru SUKMA. Tapi
belum mampu lagi memecahkan rekod Dato’ Jegathesan dalam acara 200 meter.

Anda mungkin juga menyukai