Anda di halaman 1dari 2

MATEMATIK TAHUN 2 NAMA :. KELAS :..

B4D1E1 (Menyelesaikan masalah yang melibatkan penambahan dua nombor dan hasil tambahnya tidak melebihi 1000) Arahan :Selesaikan masalah berikut .

1 Di dalam sebuah bekas ada 212 biji guli biru dan 126 biji guli merah.Berapakah jumlah guli kesemuanya?

Di taman A terdapat 275 ekor rama- rama .Di taman B terdapat 523 ekor rama rama. Berapakah jumlah rama-rama yang terdapat di kedua dua taman tersebut?

Encik Amin telah menghantar 132 pucuk surat pada waktu pagi dan 146 pucuk surat pada waktu petang.Berapakah jumlah pucuk surat yang telah Encik Amin hantar kesemuanya?

Puan Siti telah membeli 236 biji manik.Dia sudah ada 41 biji manik.Berapakah jumlah biji manik yang dia ada sekarang?

5 Ben mempunyai 365 keping setem .Emaknya telah memberi sebanyak 45 keping setem lagi kepadanya.Berapakah jumlah setem yang dia ada kesemuaanya?