Anda di halaman 1dari 140

Ilya Abdullah

Bab 1
AMBUTNYA bertocang tinggi, bak ekor kuda. Bercermin mata berbingkai tebal hitam. Bila buka mulut jelas kelihatan pendakap gigi yang dipakai. Dari segi berpakaian pula entah fesyen mana yang diikutnya. Berseluar jeans dengan kemeja lengan panjang yang dibutang hingga ke pangkal leher. Tiada lelaki yang mahu dekat dengan gadis sepertinya. Namun dia langsung tidak kisah. Lagipun ayah dan dua abangnya tetap memuji dia cantik dan comel dengan gaya sedemikian. Pujian dari ayah sudah cukup buat Azyan. Apa yang penting dalam hidupnya adalah belajar. Belajar! Belajar! Dan belajar! Itu moto hidupnya. Azyan tidak kisah soal cinta-cinta ini. Menyusahkan sahaja! Itu belum tengok lagi ayah Azyan, Encik Idris yang misainya melentik macam misai Laksamana Pa So La dalam cerita Do Re Mi. Tetapi ada juga yang menyatakan misai Encik Idris lebih mirip kepada watak Sharif Dol dalam cerita Musang Berjanggut.

Coke and Sundae

Entahlah tidak tahu yang mana lebih tepat. Azyan sendiri tidak dapat memberikan kepastian perihal misai lentik ayahnya itu. Tengok muka Encik Idris dari jauh sahaja, budakbudak sudah lari menyorokkan diri. Memang sah! Encik Idris memang ada aura yang menakutkan.... Sejak isterinya meninggal dunia, Encik Idris yang mengasuh ketiga-tiga anaknya dari kecil. Mengasuh anakanak dengan disiplin cara tentera. Tegas dan padat dengan peraturan. Azyan tidak kisah dengan didikan ketat ayahnya. Itu sebab Azyan juga ada aura yang menakutkan persis si ayah. Aura itu menyebabkan Azyan menjadi juara dalam tae kwan do di peringkat sekolah dan di peringkat daerah. Siapa boleh lawan dia. Lelaki pun tertewas. Betapa gagahnya anak perempuan tunggal Encik Idris ini! Itu cerita Azyan sepuluh tahun yang lepas. Kini kita buka cerita Azyan sepuluh tahun ke depan. Sepanjang hidup dua puluh tahun ini, Azyan tidak pernah merasai kegembiraan seperti gadis-gadis lain. Kerana itulah Azyan bertekad ingin mengubah dirinya menjadi seorang gadis ayu yang penuh kesopanan dan kesusilaan setelah umurnya genap dua puluh tahun meskipun diketawakan oleh dua orang abangnya. Azuan dan Anuar memang suka Azyan sama seperti mereka. Kasar dan ganas, persis pahlawan zaman dahulu. Azyan tidak mahu orang mengatakan dia adalah gadis yang lebih gagah dan maskulin daripada lelaki dengan gelaran Shes The Man. Saya, Nur Azyan binti Idris. Berusia dua puluh tahun. Jantina... mestilah perempuan, takkan lelaki kut.

Ilya Abdullah

Sebelum ini berperwatakan maskulin dan gagah. Bakat yang dimiliki tentulah ilmu mempertahankan diri! Hobi menonton wrestling atau singkatannya WWE. Tentulah pujaan hatiku adalah The Rock is cooking! He he he... The Rock gagah dan handsome apa. Tapi selepas ini saya akan menjadi gadis yang lebih feminin dan disukai ramai. Kekuatan dan kegagahan tiada lagi dalam kamus hidup saya. Heh heh heh. Azyan berbicara sendiri. Dia membelek-belek wajahnya di depan cermin. Dia tersenyum, bangga sekali dengan perubahan pada dirinya itu. Barulah nampak feminin. Azuan sudah ketawa mengekek melihat gelagat adik perempuannya itu. Ketawa sampai bergolek-golek, gitu. Ada yang kena belasah nanti, desis Azyan perlahan. Aik! Tadi kata nak jadi lebih feminin. Apa pulak nak belasah orang ni? Azuan bingkas bangun dari birai katil. Dia meletakkan telapak tangan atas kepala Azyan. Diusap-usap kepala adiknya itu. Tak sangka bila Yan berubah begini nampak lebih cun dari Yan yang asal. Lebih feminin gitu, ya. Perkataan feminin itu ditekan sedikit. Azyan mencebik. Dikepal-kepal buku limanya. Berapa kali Yan dah pesan jangan panggil Yan lagi. Panggil Azyan. Azyan. A-Z-Y-A-N! Hah, siap mengeja lagi. Bengap betul abang aku yang seorang ini. Masih tak reti-reti bahasa. Azuan ketawa. Tawanya semakin kuat apabila melihat wajah cemberut Azyan.

Coke and Sundae

Apa lagi dush! Azyan menumbuk bahu Azuan. Mengaduh kesakitan kawan tu. Azyan tetap gagah macam lelaki! hati Azuan mendesis. Apa kecoh-kecoh ni? Muka Anuar tertonjol di hadapan pintu bilik Azyan. Mulutnya sedang mengunyah keropok Double Decker yang dulu-dulu iklannya famous di televisyen. Azyan jegilkan biji matanya melihat plastik keropok yang dipegang oleh Anuar. Alamak! Keropok Double Decker aku! Meluru Azyan ke arah Anuar yang masik dok sedap mengunyah keropoknya. Dia merampas keropok Double Deckernya. Apa ni, makan orang punya keropok! Azyan mula merungut. Mukanya sudah berkerutkerut macam nenek kebayan. Anuar sengaja menggigit jari. Bukannya dia tidak tahu tuan yang empunya keropok Double Decker tu! Saja mahu mencari nahas. Nak kena smack down abang aku yang seorang ni! Azyan menggerutu di dalam hati. Lain kali bubuh nama Yan kat keropok ni. Dah takde nama so, faham-faham ajelah. Abang memang sengaja, kan? Eee geramnya! Ala, makan sikit pun dah marah. Kau ni cepat naik baranlah, Yan. Anuar memuncung. Dapat adik yang comel tapi lasak dan berkira sangat. Mata Anuar terpaku seketika. Tidak berkelip dia pandang Azyan atas bawah. Anuar menekup mulutnya. Hanya sekejap. Kemudian terburai ketawanya. Sampai berterabur keropok di dalam mulut.

Ilya Abdullah

Dua kali lima! Azuan dan Anuar memang satu kepala. Kalau bab ketawakan orang, serahkan pada mereka. Itu belum sampai bab mengenakan adik mereka yang cantik ni. Alahai, perasan cantik lagi. Apa pun aku ada jugak rupa yang comel. Cuma bila masuk bab dressing... hancur! Hai sejak bila si gorilla dalam hutan nak jadi gorilla dalam zoo pulak ni? Hancus hancus. Anuar menahan senak di perut. Dia nak jadi lebih feminin, gitu kau tak tahu lagi ke Nuar? Adik kita ni nak jadi gadis pujaan ramai. Nakkan lelaki lebih gagah dari dia. Gagah macam The Rock tu la. Azuan mengangkat menyindir Azyan. sebelah keningnya. Saja

Makin kuatlah ketawa Anuar dibuatnya. Kalau Azuan ketawa bergolek-golek, Anuar pula siap ketawa berguling-guling. Fuh! Hebat betul! Tapi Azuan lawak abang tu tak kelakar langsunglah pada adikmu ini. Azyan sudah hangin satu badan. Ini sudah mendatangkan marah, macam kata Sadiq Segaraga dalam cerita Tiga Abdul. Azyan mengepal-ngepalkan penumbuknya sambil menjeling tajam ke arah abang-abangnya. Jelingan yang menakutkan itu dirasai oleh keduadua abang itu. Azuan dan Anuar memeluk tubuh. Nuar kau rasa tak apa yang aku rasa? Sudah semestinya. Aura gorilla menggigilnya aku, Zuan. Makin giat Anuar mengusik. Mereka ketawa lagi. Warghhhh!

Coke and Sundae

Azyan menjerit lantang. Dia paut leher kedua-dua abang kesayangannya itu. Paut ala The Rock dalam WWE itu. Inilah hasilnya bila menonton WWE. Pelbagai gaya dan aksi ganas dapat dipraktikkan. Adik-adik, jangan meniru aksi ini di rumah. Ayah! Gorilla mengamuk lagi! laung Azuan dan Anuar serentak. Laungan si anak membuatkan Encik Idris bergegas ke bilik Azyan. Dia bercekak pinggang di hadapan ketiga-tiga anak terunanya. Ops! Kesilapan teknikal sedikit. Aku bukan anak terunanya. Aku satu-satunya anak dara dalam keluarga ini. Anak dara yang sudah mula kemaruk nak bercinta, gitu. Bukan apa, saja nak ubah haluan angin macam angin barat daya, angin timur laut dan segala anginlah. Apa hal ni, Yan? Siap bergusti dengan abang-abang kau ni. Ayah tahulah Yan minat pada gusti tapi jangan la sampai praktikkan kat abang-abang Yan pulak. Mereka yang mulakan dulu, sape (siapa) suruh. Azyan menuding jari ke muka Azuan dan Anuar. Encik Idris menjeling tajam kedua-dua anak lelakinya itu. Huh! Kalau asyik mengamuk jadi gorilla, macam mana nak jadi feminin, kan Nuar? sahut Azuan. Betul, betul. Malang sungguh lelaki yang akan memperisterikan adik kita yang macam gorilla ni. Hari-hari kena smack down... lunyai laki kau, Yan. Anuar menahan tawanya dari terburai. Tak baik ketawa terbahak-bahak depan ayah.

Ilya Abdullah

Azyan mengetap bibir. Depan ayah pun mereka boleh buat lawak tak kelakar tu lagi. Cinabeng punya abang! Feminin? Encik Idris mengerutkan dahinya. Lain pula reaksi wajahnya apabila dia mendengar Azuan menyebut perkataan feminin itu. Alahai ayahku sayang, janganlah kau pun buat muka macam dua anak terunamu itu. Anak gadismu ini hanya ingin berubah menjadi lebih keperempuanan dari maskulin. Tangan ayah mula meraba dahi Azyan. Azyan mengeluh kecil. Ayah pun macam Azuan dan Anuar jugak. Terkejut beruk kerana anak gadis dia yang macam lelaki ini ingin jadi lebih feminin. Yan tak demamlah, ayah. Azyan mencebik. Yan, Yan siapa yang dah pengaruh anak dara ayah ni? Ayah tepuk dahi. Nampak sangat dia tak mau anak dara dia seorang ini jadi lebih feminin. Ayah, bukalah matamu besar-besar sikit. Anakmu ini tidak mahu jadi anak dara sampai ke tua. Si Bedah yang gemuk gedempol tu pun dah ada boyfriend, tau. Tapi anak gadismu ini tiada seorang lelaki pun yang berani dekat. Dia nak hulurkan salam perkenalan, seorang lelaki pun tak ingin nak sambut. Malah, lari lintang pukang! Ayah Yan cuma nak berubah sikit aje. Yan nak jadi lebih feminin, kata Azyan sambil memandang tepat ke wajah ayahnya. Ayah yang serius bukan mudah nak memberikan

Coke and Sundae

senyuman, tau. Macamlah berharga sangat senyuman dia tu. Mahal sangat! Biarlah ayah, dia nak jadi feminin. Diakan pompuan. Anuar menyampuk. Dia kerdipkan mata kanannya pada Azyan. Azyan tersenyum. Thanks bro! Yelah ayah. Zuan pun teringin nak tengok adik Zuan yang cantik ni nampak lebih feminin. Perkataan feminin itu tetap ditekankan oleh Azuan. Apa lagi, tarik nafas panjanglah si ayah. Tidak lama lepas itu baru ayah nak tersenyum. Azuan dan Anuar bingkas bangun. Dah tengah hari macam ni perut mulalah berkeroncong lagu dangdut. Masa untuk buka tudung saji di dapur. Azyan pun nak tumpang sekaki. Dia ikut langkah dua abang itu. Nak ke mana tu? tanya ayah dengan wajah yang sudah kembali serius. Ini yang tak best bila ayah buat wajah begitu. Lunch hourlah ayah. Masa untuk mencekik (makan), jawab mereka serentak. Amboi! Kalau pasal makan, laju aje korang ye. Berbaris tiga-tiga ke sini balik. Ah, sudah! Ayah dah mula mengarah macam tentera. Cuma tiada tabik hormatnya aja. Apa lagi ni tuan mejar perut Yan dah lapar ni... rengek Azyan. Dia yang paling suka melawan cakap dengan ayah. Paling berani berdepan dengan ayah! Semalam siapa yang hambat (kejar) anak Mak

Ilya Abdullah

Timah Radio dengan penyapu? Berbalau badan kawan tu dibuatnya. Bukan itu aje, lebam sebelah mata anak teruna orang tu sampai seminggu dia kena cuti kuliah. Bulat mata ayah merenung satu per satu muka anak-anak yang terlalu baik ini. Azyan tersengih. Azuan dan Anuar menuding jari telunjuk mereka ke arah Azyan. Memang tiada orang lain yang akan disyaki jika bukan Cik Nur Azyan binti Idris ini atau lebih mesra dengan panggilan Yan. Kalau bab membelasah orang ni... kami serahkan pada Yan, ayah. Dia lebih terror, kan Nuar? kata Azuan. Anuar anggukkan kepala, mengiakan kata-kata Azuan itu. Yannn! Azyan mengetap bibir. Alahai tak sangka pulak mamat sewel tu mengadu. Dia sudah memberi amaran pada Fadhil agar jangan sesekali membuka mulut. Nahas jawabnya. Mamat tak guna! Berani ya kau report pada mak kau yang mulutnya mengalahkan radio tu! Huh! Dasar mulut tempayan! Imbasan semula apa yang telah berlaku. Begini ceritanya. Aku tengah sibuk menyapu di halaman rumah dengan penyapu lidi. Sedang best-best aku menyapu, si mamat sewel tu sergah aku dari belakang. Terperanjat beruklah aku. Dia boleh bantai ketawa pulak. Faham-faham ajelah anak gadis Encik Idris yang bernama Nur Azyan ni panas baran orangnya. Aku hambat la dia dengan penyapu lidi ni. Puas hati!

Coke and Sundae

Mamat sewel tu tak mengalah rupa-rupanya. Dia bengang. Dia boleh pergi hempas pasu bunga kesayangan ayah aku tu. Berkecai pasu bunga tu, beb. Macam mana bunga dalam pasu tu nak hidup? Makin mendidihlah darah panas yang dah sedia panas dalam badan aku ni. So, lekat buku lima aku kat mata dia. Lebam biji mata dia! Aku siap bagi warning pada mamat sewel tu supaya dia tidak mengadu pada sesiapa. Kalau tidak, lagilah teruk aku kerjakan dia. Dengan aku jangan main-main. Silap hari bulan mamat sewel tu boleh masuk ICU! Begitulah ceritanya. Azyan dengan lagak selamba menceritakan kisah sebenar kepada si ayah. Dah tak boleh tutup lubang dah. Dah kantoi. Nanti kau, Fadhil! Kau akan terima pembalasannya! Ayah tepuk dahi lagi. Mesti dia pening dengan perangai anak gadis tunggalnya ini. Azuan dan Anuar buat muka poyo masing-masing. Menyampah sungguh! Bukan nak membantu adik mereka yang dalam kesusahan ini. Kawallah sikit baran Yan tu. Macam mana nak jadi feminin gini kalau kena sergah sikit pun buku lima naik ke muka orang. Dalam nada slow tapi tegas si ayah berkata-kata. Azuan dan Anuar bantai ketawa lagi. Tapi bila ayah dah menjeling, mereka cepat-cepat tutup mulut. Yan minta maaf ayah. Azyan dengan muka kesian memohon maaf. Malas

10

Ilya Abdullah

nak panjangkan cerita. Nanti perut yang tengah berkeroncong ni masuk angin. Maaf saja tak cukup, Yan. Ayah kena denda Yan. Denda? Denda pun dendalah, ayah. Janji Yan dapat makan. Lapar ni. Bagus! Ayah dah siapkan denda untuk Yan. Jadi Yan bacalah apa yang tertulis dalam kertas ni, ye. Lepas itu Yan pergi makan. Sehelai kertas bersaiz A4 diserahkan pada Azyan. Terlopong mulut Azyan apabila membaca isi kandungan dalam kertas berkenaan. Ayah!!!! Azyan meraung macam anak kecil yang tidak dapat gula-gula. Sampai hati ayah mendera anak gadismu ini sebegini teruk. Azyan bukan kuli untuk kerja-kerja amal ni!

11

Coke and Sundae

Bab 2
Sebiji bola menghentam tepat-tepat atas kepala Azyan. Terduduk kawan tu dibuatnya. Timbul bintang-bintang atas kepala Azyan. Dah macam cerita kartun dalam televisyen pulak. Salwa mencangkung di sisi Azyan yang sudah hangin satu badan. Kesian pada teman baiknya itu. Entah siapalah yang bermain hingga bola boleh melantun ke luar kawasan. Tepat kena target pulak tu. Nasib baik tak kena nyonya-nyonya atau mak cik-mak cik. Kalau tidak, mahu ada yang pengsan tepi jalan. Siapa yang susah? Mereka dan keluarga mereka. Nasib baik kepala kau keras, Yan. Kalau tak, mau ada kesan benjol kat situ, suara Salwa. Ye, nasib baik aku dilahirkan dengan kepala yang tahan lasak ni. Siapa la punya kerja ni? Sepak bola target kepala orang! Dengki sungguh pada aku yang comel ni, gerutu Azyan.

DUH!

12

Ilya Abdullah

Agaknya ada orang berkenan dengan kau, Yan. Berkenan otak kau! Mana ada orang yang suka kat perempuan, sepak bola target kepala orang yang dia suka? Gila ke! Mana tahu, taktik mengurat alaf baru. Salwa tersengih. Ini bukan nak mengurat, tapi nak cari bala! Azyan mendengus. Salwa jongket bahu. Azyan kalau dah naik hantu, muka sebiji macam gorilla! Seorang pemuda berlari ala-ala pelari marathon menghampiri mereka berdua. Dia bercekak pinggang sambil memandang kedua-dua gadis yang bolehlah dikatakan dalam kategori cun-melecun itu. Salwa membantu Azyan bangun. Azyan menyapu kotoran yang melekat pada belakang seluarnya. Assalamualaikum. Siap bagi salam tu. Waalaikumsalam. Azyan menjeling tajam pemuda itu. Dia pandang pemuda itu atas bawah. Sah! Memang sah! Sahlah bola yang bedebuk atas kepala dia milik pemuda depan matanya itu. Kalau sudah pakai jersi Chelsea FC dengan seluar pendek paras lulut, stoking hampir paras lulut dan kasut yang dipakainya memang dah sah-sah (pasti) kasut bola, maka bola ini adalah milik mamat yang tengah buat muka poyonya tu. Sakit ke?

13

Coke and Sundae

Apa yang sakit? Kepala kau tu? Jarinya ditudingkan pada kepala Azyan. Sengal punya mamat. Kalau dah bola itu hentam kuat kat kepala ni, tentulah sakit. Boleh pulak dia tanya soalan bodoh tu. Huh! Tak sekolah punya orang! Taklah! Sedap sangat. Rasa macam kena cium dengan Dennis Oh aje. Teringin nak kena lagi sekali! perli Azyan, sinis dan pedas. Untuk pengetahuan semua, aku memang suka dengan hero Korea ni. Kalau nak tengok macam mana rupa dia ni, korang cari la VCD atau DVD drama bersiri Korea bertajuk Yue Hee The Witch. Dia berlakon sebagai second hero. Yang jadi chef tu. Dia ni handsome... sebab dia anak kacukan. Meleleh air liur dibuatnya salah seorang calon lelaki yang bakal jadi boyfriend yang aku cari selain The Rock. Susah nak cari lelaki pilihan aku ni. Memang cerewet. Perempuan biasalah. Nak yang handsome aje, kan? Oh! Baguslah kalau bola itu sedap kena kepala cik adik ni. Tak perlulah saya risau. Pemuda itu ketawa kecil. Kurang asam gelugor! Boleh pulak dia ketawa sakan. Merah menyala muka Azyan. Salwa jongket bahu. Tak tahu nak kata apa. Begini kau nak jadi gadis yang lemah lembut dan penuh kesusilaan? Azyan Azyan mana azam baru kau tu? Kata nak jadi lebih feminin. Sekadar omong kosong, tak guna kawan. Patutlah kau dapat gelaran gorilla time sekolah dulu.

14

Ilya Abdullah

Apa yang kau pandang-pandang aku? Nak kena bedal (pukul) ke? Mak oi! Kasarnya bahasa. Muka aje comel awek seorang ni! Tertelan air liur pemuda itu. Dia tunjuk pada bola yang berada dalam tangan Azyan. Azyan baru perasan yang bola mamat tu ada dalam tangannya. Ini peluang baik kalau nak balas dendam. Azyan memalit senyuman di bibir. Awak nak bola awak ye? tanya Azyan. Akal jahat mula menjalar dalam otak. Siaplah kau mamat sengal! Yelah cik adik oiii! Apesal minah ni sengih semacam aje aku tengok? Seram sejuk dibuatnya. Macam aku pernah tengok senyuman macam tu. Tapi, di mana ya? Pemuda itu mengusap-usap dagunya yang licin. Yan sudahlah tu. Maafkan aje dia, bisik Salwa. Risau dia apabila melihat muka Azyan senyum menakutkan itu. Tiba-tiba dia teringat kisah dua budak lelaki yang kononnya ala-ala nakal di sekolah mereka dulu. Budak-budak itu junior mereka. Diorang (dia orang) lemparkan batu pada kepala Azyan hingga berdarah sebab marahkan Azyan yang report pada guru disiplin kerana merokok dalam tandas. Azyan tak balas tapi dia hanya tersenyum-senyum kucing, gitu. Mereka tak tahu itu senyuman untuk membalas dendam. Balik sekolah memang budak dua orang tu kena hentam teruk dengan Azyan. Lepas itu mereka terus beri

15

Coke and Sundae

tabik hormat pada Azyan. Dah rupa macam mafia pulak bila budak-budak itu jadi anak buah Azyan. Cikgu-cikgu pun naik hairan. Tiada sesiapa yang tahu hal tersebut kecuali Salwa. Memang Azyan layak memegang jawatan ketua pengawas di sekolah. Ramai pelajar yang takutkan dia. Kau ke tepi Wawa. Aku nak kasi ajar mamat sengal ni. Berbintang kepala aku kena bola, tau. Jangan rosakkan program kita, Yan. Kau kan nak jadi feminin. Nanti lari pulak buah hati pengarang jantung kau bila dia tengok kau ganas macam ni. Kau pun tahu Haziq selalu joging kat kawasan sini. Salwa cuba memujuk Azyan. Harap-harap menjadilah. Bila gorilla mengamuk, ingat senang ke nak kasi dia cool balik? Payah! Emmm betul jugak kata kau. Malu aku kalau Haziq tengok aku jadi gorilla depan mata dia. Melepaslah aku nanti. Aku kan dalam proses dan nak jadi awek dia. Turun peratusan markah aku nanti. Termakan juga Azyan dengan kata-kata Salwa. Salwa menarik nafas lega. Keadaan sudah selamat. Sebut nama Haziq akan buat Azyan menukar fikiran. Apalah yang menarik sangat pada Haziq yang nampak bagus sangat pada pandangan mata Azyan tu? Hipokrit, ada la! Azyan pun boleh tersangkut. Gagah ke Haziq tu depan mata Azyan? Rasa-rasanya Azyan lagi gagah dari mamat yang konon perasan macho tu. Si pemuda masih terkebil-kebil melihat gelagat gadis cun depan matanya itu. Entah apalah yang dibincangkan oleh kedua-dua gadis cun itu. Bola dia masih

16

Ilya Abdullah

belum dipulangkan. Teman-teman sepermainan tengah menunggu. Game masih berjalan. Cik adik bola saya, kata pemuda itu. Dia sudah menadah tangannya. Ambiklah! kata Azyan sambil melontar kasar bola di tangannya kepada pemuda tersebut. Betullah macam pernah jumpa, bisik hati kecil pemuda itu. Dia masih cuba mengingati wajah gadis comel di sebelah gadis yang bertudung itu. Otaknya tidak berfungsi dengan baik. Antena masih mencari saluran yang betul, itu sebab imej pun kabur. Wawa jom blah, ajak Azyan seraya menarik lengan Salwa. Awak bernasib kali ini, suara Salwa perlahan sewaktu melepasi pemuda terbabit. Pemuda itu garu kepala. Tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Salwa itu. Bola sudah berada di dalam tangan. Dia berlari mendapatkan kawan-kawannya semula. Handsome, kan mamat tadi tu? Salwa bersuara ketika mereka sedang menghadap teh tarik di kedai mamak. Handsome ke? balas Azyan acuh tak acuh. Hatinya membengkak. Wajah Haziq tidak kelihatan hari ini. Ponteng pulak mamat tu berjoging. Penat saja dia bersiap cantik-cantik untuk menarik perhatian Haziq. Handsome la dia. Aku suka kat rambut dia yang ala-ala Korea Jepun tu. Kau kan suka hero-hero cerita Korea Jepun tu. Dia lebih handsome dan cute dari Haziq, apa... desis Salwa. Alahai apesal la kau ni buta sangat Azyan oi! Mamat tadi memang lebih handsome daripada Haziq. Ada

17

Coke and Sundae

iras-iras Eiji Wentz, pelakon Jepun tu. Sedap jugak mata memandang. Aduhai... bertuahlah perempuan yang jadi girlfriend dia tu nanti. Berdegup kencang jantungku dibuatnya! Kau ni kenapa, Wawa? Merah muka kau. Dah mula naik mianglah ni. Aku tengah tension, kau boleh buat muka menggatal kau tu, marah Azyan. Tangannya laju menarik cuping telinga Salwa. Menjerit kecil Salwa dibuatnya. Salwa memuncung. Kemudian dia tersengih. Relaks, Yan. Kenapa nak tension-tension gini? Kau takut sangat tak dapat pikat Si Haziq tu, kenapa? Kau tu lebih comel daripada budak-budak perempuan kat kolej kita la. Peluang kau lebih cerah Yan. Kalau kau risau sangat, kau bagilah surat cinta kau pada Haziq. Bak kata pepatah, siapa cepat, dia dapat. Salwa menghirup perlahan gelas teh tarik mamak kegemarannya. Kalau dah sejuk tak rasa dah nikmat teh yang sudah ditarik-tarik oleh Abang Ravi tu tadi. Azyan menongkat dagu. Tak berkerdip mata dia pandang cara Salwa menghirup teh tarik. Control ayu Si Salwa ni. Aku tahulah kau tengah curi perhatian mamat duduk selang dua meja dari kita tu. Menggatal betul kau, Salwa! Mamat bermisai lebat itu pun kau berkenan, Wawa, komen Azyan. Taste Salwa memang agak pelik. Lelaki yang botak licin pun dia boleh kata macho. Tu taste akulah, Yan. Aku suka. Lagi-lagi kalau ada misai melentik macam ayah kau. Macho.

18

Ilya Abdullah

Suka hati kaulah, Wawa. Azyan memulas penutup botol Coke yang dipesan. Minuman kesukaannya sejak azali lagi. Wajah kacak Haziq terbayang di ruang mata Azyan. Azyan pun mulalah imbas kembali pertemuan pertama dia dengan Si Haziq tu. Jika tidak kerana peristiwa dia selamatkan seekor kucing dari dilanggar motosikal Haziq, dia tidak berpeluang berkenalan dengan mamat tu. Awak tak apa-apa? Suara yang ada nada kerisauan itu berjaya membuatkan hati Azyan cair. Haziq tidak kisah dengan motosikalnya yang sudah terbabas masuk ke dalam longkang. Dia lebih pentingkan keadaan Azyan, tu yang best. Juga tidak hiraukan luka-luka kecil di tubuhnya. Itu buat Haziq nampak gagah pada Azyan. Azyan bingkas bangun sambil memaut kucing yang diselamatkan tadi. Apa lagi buatlah muka yang lemah lembut seorang gadis ayu. Hipokrit sungguh! Tak apa-apa. Sikit aje, balas Azyan dengan selembut-lembut suaranya. Ala Azyan bukannya kisah sangat dengan lukaluka kecil. Kan ke dia gadis yang gagah. Tak rocklah luka sikit dah menangis, beb. Ini Nur Azyan, anak Tuan Mejar Idris. Sikit awak cakap? Tengok lengan awak tu, berdarahlah. Haziq keluarkan sapu tangan dari poket seluarnya. Dengan berhati-hati, dia membalut luka pada lengan Azyan. Aduh! Hati Azyan dah dicuit dek keprihatinan Haziq. Timbul simbol love dalam anak mata Azyan.

19

Coke and Sundae

Terima kasih. Saya yang patut ucapkan terima kasih pada awak. Kalau bukan kerana awak, mesti saya dah langgar kucing yang comel ini. Haziq tersenyum. Dia usap lembut bulu kucing yang berada dalam pegangan Azyan itu. Memang cantik senyuman Haziq. Merah padam wajah Azyan. Kelu lidah Azyan nak bersuara. Awak pun comel macam kucing ni, sambung Haziq lagi. Alamak! Saya dah lewat ni. Saya gerak dululah, ye. Dia berlari-lari anak ke Mengangkat motosikal yang jatuh. arah motosikalnya.

Seketika Haziq hilang dari pandangan mata Azyan. Azyan terpaku. Rasa terawang-awang dengan pujian Haziq tadi. Dia kata aku comel yes! Aku dah jumpa! Aku dah jumpa bakal permaisuri hatiku! Apa pulak permaisuri hati kau, Cik Nur Azyan oiii! Lelaki mana boleh jadi permaisuri. Raja yang bertakhta di hatiku, barulah betul. Azyan tersenyum-senyum sampai lupa air Coke yang dituang sudah berbuih-buih keluar dari gelasnya. Salwa geleng kepala. Berangan teman seorang ni. Dia ketuk perlahan kepala Azyan. Adei! Kau nak kena belasah dengan aku ke Wawa? gerutu Azyan. Kau tu berangan sampai ke planet mana? Tengok air kau dah tumpah atas meja ni, desis Salwa. Azyan tersentak. Cepat-cepat dia berhenti dari menuang. Dia tarik nafas panjang.

20

Ilya Abdullah

Kau berangankan Haziq lagi, ya? Sibuklah kau ni Wawa. YanYan. Salwa mencuit-cuit bahu Azyan. Apa lagi ni? Abang Zuan kau and the geng. Lantak pi dengan dialah. Abang Zuan memang penduduk tetap (selalu lepak) kat kedai mamak corner ni. Kau nak hairan apanya? Yang aku hairan sebab mamat tadi tu ada dengan abang kau sekalilah. Salwa tudingkan jari ke arah Azuan dan genggengnya. Lantas Azyan berpaling. Memang betul kata Salwa. Mamat tadi tu satu kumpulan dengan abangnya, Azuan. Azyan hentak tangan atas meja. Dia bingkas bangun, tak puas hati! Bukan dengan mamat tu, tapi dengan abangnya. Kebelakangan ini Azuan tidak lagi ajak dia main bola bersama. Yan. Salwa menurut langkah Azyan merapati meja Azuan and the geng. Ehem ehem! Azyan berdehem. Azuan yang asyik berborak angkat kepala. Dia buat muka poyo. Adik kesayangannya pun ada minum di sini jugak. Dia pandang Salwa di sebelah Azyan. Salwa tersengih sambil jongket bahu. Ya ada apa yang abang boleh bantu adik kesayanganku? soal Azuan.

21

Coke and Sundae

Azyan mencebik. Jangan buat-buat tidak tahu, ye. Azyan menunjukkan kepalanya. Azuan menjuihkan bibirnya. Ala... kena sikit aje tu. Kepala Yan kan keras? Takde hal, kan? Mamat tadi tu hanya membisu sambil mencekik mi goreng yang telah terhidang di atas meja. Malas nak ambil port dalam perbualan adik-beradik tu. Tak sangka pulak jumpa minah cun ni lagi. Dan lebih tak disangka-sangka, minah tu adik Azuan. Orang main bola tuju tiang gol, bukan tuju kepala orang. Reti ke tak reti main bola ni? Kalau tak reti, Yan boleh ajarkan. Nak skill siapa? Kaka? Ronaldo? Lampard? perli Azyan. Mamat tu senyap aje. Ligat menyuap mi gorengnya. Yan bukan main bola tapi hentak kaki orang. Itu sebab abang tak ajak Yan main bola dengan abang lagi dah. Abang boleh kira berapa orang member abang yang kakinya lebam Yan tackle. Mamat itu masih senyap sambil meneruskan suapan. Teman-teman Azuan ketawa. Kenal sangat mereka dengan adik Azuan ni. Comel tapi ganas. Nak mengurat kena fikir seratus kali! Argh! Siapa suruh dia orang kawal Yan ketat-ketat? Salah dioranglah, bukan salah Yan tau! protes Azyan. Memang dah sahlah ni, celah mamat tadi yang dok mencekik mi goreng. Dia angkat kepala. Lebar senyuman di bibirnya. Mi goreng satu pinggan dah habis dia pulun (makan) kasi licin. Lapar lepas main tadi.

22

Ilya Abdullah

Tak berkerdip mata Azyan melihat pemuda itu. Betul kata Salwa yang mamat ni ada stail ala-ala Korea Jepun. Kacak jugak tu. Apa ni, Yan? Kau nak menduakan Haziq ke? Azyan cepat-cepat membuang anasir yang ingin meracuni fikirannya. Haziq tetap yang terbaik. Hanya Haziq yang bertakhta di hati. Apa yang sahnya, Syakir? soal Azuan. Ooo mamat ni namanya Syakir. Aik! Macam pernah kudengar namanya ini. Tapi di mana ya? Azyan garu kepalanya. Seketika dia bulatkan biji matanya. Alamak! Syakir yang tu ke? Mereka saling bertentangan mata. Azuan kerutkan dahi, begitu jugak dengan budakbudak yang lain. Apa hal pulak ni? Syakir dan Azyan saling mengenalikah? Cicak kobeng! Azyan bersuara lantang. Azuan dan yang lain-lain tersentak. Syakir genggam penumbuk. Dunia ini memang kecil. Patutlah muka awek cun ni familiar semacam. Hampir dia tidak kenali kerana imej awek ni dah banyak berubah. Gorilla, tak sangka kau dah banyak berubah ye. Patutlah aku tak berapa cam masa mula-mula jumpa kau tadi. Syakir tersengih. Senyuman yang paling menyampah untuk dijadikan tatapan. Apa kau peduli cicak kobeng? Itu aku punya pasallah! Elok kita dah berjumpa ni maka aku akan menuntut balik barang yang kau dah curi dari aku dulu. Setahun aku menunggu untuk bertentang dua mata dengan

23

Coke and Sundae

kau, tau! Kita memang ada jodoh, kata Syakir. Terangkatangkat keningnya. Azyan cebikkan bibir. Ada jodoh? Sorrylah Encik Muhammad Syakir bin Ilyas oiii! Hatiku sudah berpunya. Lagi satu, aku tidak pernah mencuri barang milik kau. Sedapsedap hati aje tuduh aku curi barang dia. Dasar cicak kobeng! Hidup lagi rupa-rupanya. Ingatkan dan melingkup (hilang) entah ke mana lepas STPM. Tak pun dah meninggal dunia! Cik Nur Azyan tak baik cakap begitu. Ya Allah! Jahatnya mulut aku ni. Hey! Aku tak pernah curi apa-apa dari kau, tau! Kau ingat aku kebulur nak ambik barang berharga kau tu! Ayah aku berduit, tau! Dia tak ajar aku mencuri! Porahhhh! Dengan cicak kobeng ni, Azyan memang tak pernah cakap elok-elok. Hentam sama menghentam! Pastinya cicak kobeng ini satu kolej dengan abang-abang aku termasuklah dengan aku sekali. Parah! Kau kenal dengan adik aku ni ke, Syakir? Azuan mencelah. Agaknya Syakirlah yang selalu Azyan cerita masa Azyan sekolah menengah dulu. Kalau bercerita tak pernah yang baik-baik. Asyik mengutuk aje kerjanya. Itu sudah pasti. Kalau dah benci, mana ada main puji-puji, kan? Lebih dari kenal. Musuh tradisi masa aku form six dulu, balas Syakir. La kau ke Syakir? Makin handsome kau ye. Dulu kat sekolah kau selekeh aje. Selalu buat hal dengan Azyan. Budak paling nakal katakan. Salwa menyampuk pula.

24

Ilya Abdullah

Banyak perubahan dilihat pada Syakir. Dulu kurus melidi sekarang dah agak tough. Handsomenya. Excuse me. Aku ni budak nakal terhormat, tau. Nakal-nakal aku tetap number one dalam carta sekolah. Mana gorilla tu boleh challenge, balas Syakir. Dia menjeling Azyan dengan ekor matanya. Seram sejuk Azyan. menegakkan bulu roma Azyan. Jelingan yang boleh

Yan tak perlulah kau susah-susah nak cari jejaka tampan lagi gagah. Depan mata kau dah ada ni, ha. Syakir ni ada ciri-ciri yang kau inginkan. Budak pintar ni. Azuan menepuk-nepuk bahu Syakir. Uwek! Nak muntah aku. Geli geleman bila difikirkan aku dipadankan dengan Si Syakir ini. Dulu aku ada jugak menaruh hati pada Syakir, tapi bila dah tahu siapa Syakir tu, minta maaflah! Syakir lelaki yang berbahaya. Kalau boleh aku mahu menjauhkan diri dari Syakir. Argh! Mengapakah aku harus dipertemukan dengan Syakir semula?! Azyan menjeritjerit di dalam hati. Lelaki inilah yang paling aku nak elakkan!

25

Coke and Sundae

Bab 3
ZYAN ketap bibir melihatkan skuter kesayangan dihimpit oleh sebuah motosikal berkuasa tinggi. Cagiva pulak tu. Tahu sangat dia milik siapakah motosikal besar yang megah sangat menghimpit skuternya. Milik Muhammad Syakir bin Ilyas. Pelajar senior terhangat di pasaran. Hangat sangatlah tu konon! Amboi mamat ni! Siap ada sticker Chelsea FC pada motosikal dia. Kalau korang nak tahu, aku ni peminat sejati Chelsea FC. Kelab kegemaran aku tu! Aku paling anti dengan kelab Manchester United. Berlagak bagus, konon. Entah apa yang menarik sangat dengan Christiano Ronaldo tu? Rambut macam burung belatuk! Sekarang dah masuk kelab Real Madrid pulak. Konon-konon dia pemain yang bagus sangatlah tu. Apa taknya, dia pemain termahal yang dijual oleh Manchester United. Tapi kalau kelab liga Sepanyol... aku sokong Barcelona, beb. Lionel Messi terror tackle bola kat padang.

26

Ilya Abdullah

Si cicak kobeng ni apa yang aku minat, itulah juga yang dia minat. Hairan benor (benar) aku dibuatnya. Tapi ada ura-ura yang aku dengar dulu dia penyokong kelab Manchester United. Patutlah aku tak boleh ngam dengan dia sebab awal-awal lagi memang dia tu musuh aku. Beralih anginlah tu. Azyan mengenakan helmetnya. Bukan helmet yang bentuk kura-kura tu, tau. Dia ni jenis yang ikut peraturan kerajaan. Bukannya apa, Tuan Mejar Idris siap bagi pesanan penaja setiap kali dia keluar rumah dengan menaiki skuter. Yan bawa skuter tu elok-elok. Ikut peraturan jalan raya. Kau kalau jadi minah rempit ayah rempit kau sekali. Jangan sesekali kau cuba merempit, Yan. Nahas Yan ayah kerjakan nanti. Ingat, Yan. Pandu cermat jiwa pun selamat. Itu pesanan penaja daripada Tuan Mejar Idris buat anak dara tersayang setiap hari. Naik boring telinga Azyan mendengarnya. Kalau tak dengar nasihat pulak, berbalau merah satu badan. Tak pun kena tekan tubi dua ratus kali. Boleh pengsan dibuatnya! Apa tidaknya, Tuan Mejar Idris hampir pitam bila anak daranya ini pernah ditahan polis kerana turut serta dalam kumpulan mat rempit. Ala bukan sengaja nak merempit dengan budakbudak motor tu. Kebetulan saja terjoin group dia orang masa itu. Apa lagi, rempitlah sekali. Alih-alih kantoi dengan Tok Janggut. Nasib baik kenal dengan Tok Janggut. Takdelah kena tahan kat lokap. Itu pun setelah dikasi sedikit ceramah dan bebelan daripada Tuan Mejar Idris.

27

Coke and Sundae

Balik rumah memang dah sah-sah kena rotan. Sapu minyak gamat kat belakang badan. Kalau diingatkan balik insiden ni, mesti Azyan ketawa sendiri. Mana pulak melaun (malaun) ni? Aku tengah kelaparan ni, desis Azyan. Ala bukan Azyan tak larat nak tolak motosikal besar Si Syakir ni. Dia cuma malas nak menghabiskan tenaga. Perut tengah lapar. Malas nak isi perut kat Kak Min Caf. Menu tak best! Bazir duit aje. Ayah pun dah masak kat rumah. Lagi sedap. Dua jam kemudian, muka Azyan dah berasap. Muka mamat tu masih tidak muncul-muncul lagi. Azyan dengan selamba menendang motosikal besar Syakir. Berkali-kali dia tendang motosikal Syakir, melepaskan geram. Tak dapat tuan, motosikal pun jadilah! Kemik sikit kau ganti! Kedengaran suara Syakir dari jauh. Azyan bercekak pinggang. Aku tak nak ganti! Motosikal ni mahal, tau. Hadiah birthday dari abah aku. Aku sayang dia macam isteri aku sendiri. Macam aku sayang kat aku jugaklah! kata Syakir sambil mengusap-usap motosikalnya. Uwek! Gelinya aku! Aik! Belum nikah dah berisi (mengandung). Cepatnya kau, Yan. Cakap baik-baik sikit cicak kobeng. Aku bagi sebijik nanti! Azyan kepal penumbuknya. Syakir ketawa. Kau bagi, aku ambik aje. Azyan tidak banyak berubahnya. Kasar! Dia saja yang berani menyakat dan bergurau dengan anak gadis itu.

28

Ilya Abdullah

Loyar buruk kau ye. Ei, kenapalah aku dipertemukan dengan kau lagi? Macam takde muka lain kat dunia ni. Apa salahnya? Aku ni lagi handsome dari buah hati pengarang jantung kau tu. Macamlah aku tak tahu kau tengah nak mengurat Haziq, budak dari fakulti kejuruteraan tu. Dari kau mengurat dia, baik kau mengurat aku. Makin giat Syakir mengusik Azyan. Jangan menyibuk hal luar dan dalam kain orang! Itu aku punya sukalah. Kau patut jaga aje luar dan dalam kain kau tu! Aku tak pakai kainlah, Yan. Aku pakai seluar. Syakir ketawa besar. Azyan mencebik. Kurang asam punya lelaki. Lawak kau tak kelakarlah! Aku tak cakap lawak aku kelakar. Yan tak boleh ke kita berdamai sekejap? Aku belanja kau sundae. Kau nak tak? Syakir sudah mengalihkan motosikalnya. Saja dia menghimpit skuter Azyan. Bukan ada apa-apa niat pun. Dia cuma ingin melengahkan Azyan daripada terus pulang ke rumah. Aiyer aku tak suka sundae la. Manis. Kau memang sengaja nak kenakan aku ke? Sundae lebih sedap dari Coke, apa. Coke tu tak elok minum selalu, Yan. Bahaya untuk kesihatan. Lantak akulah! Dah Coke tu minuman kegemaran aku. Dahlah! Bertekak dengan kau ni buang masa aku aje. Aku nak blah. Lapar ni. Nak balik rumah makan nasi. Azyan sudah bertenggek di atas skuternya. Masa

29

Coke and Sundae

untuk beredar setelah berjam-jam memanaskan punggung dalam dewan kuliah. Aku join sekali, boleh? Kau nampak ni? Azyan tunjukkan penumbuknya. Eee... takutnya. Syakir mengacah. Bertambah-tambah kerut muka Azyan. Aku debik jugak mamat ni nanti. Makin dilayan, makin dia loyar buruk! Syakir! Syakir! Tunggu kejap! Terkocoh-kocoh Haziq berlari mendapatkan Syakir yang masih berada di tempat parkir motosikal. Kehadiran Haziq disambut dengan senyuman manis di bibir Azyan. Senyuman berbalas senyuman. Syakir jadi pemerhati. Bila masa pulak Azyan jadi perempuan yang menggeletis? Tidak seperti Azyan yang dikenalinya sebelum ini. Azyan yang serius ke hulur ke hilir dengan buku. Baru balik, Yan? soal Haziq lembut. Haah. Awak kenal dia ni ke? tanya Azyan sambil menudingkan jarinya pada Syakir. Kenal sangat! Aku abang sepupu dialah. Syakir menjawab bagi pihak Haziq. Berubah air muka Azyan. Biar betul! Ah, sudah! Habis aku kalau gini. Ya Syakir ni abang sepupu saya. Awak kenal dia ye? Perlahan-lahan Azyan anggukkan kepala. Syakir tersengih. Dia memang dah tahu Azyan minat pada Haziq, sepupunya itu.

30

Ilya Abdullah

Haziq ada bercerita tentang seorang pelajar junior yang menjadi sebutan di kolej. Seorang gadis comel yang sering menjadi perhatian pelajar-pelajar lelaki sebab kecomelannya. Bila Syakir selidik, gadis itu adalah Azyan. Gadis yang begitu memusuhinya ketika di sekolah menengah dulu. Gadis yang selalu buat Syakir menjadi bengang. Naif sangat dan slow dalam menggunakan otak walaupun dia seorang gadis pintar. Agaknya dia gadis yang abang sukakan dulu, tak? tukas Haziq. Tajam dia meneliti wajah Azyan. Rasa-rasanya bukan kut. Gadis dalam gambar yang Syakir tunjukkan pada dia nampak berbeza sekali. Gadis dalam gambar itu tampak garang dan tegas. Kau merepek apa, Ziq? Bukan dia nilah! Gadis yang abang minat tu lagi cantik dari dia, gerutu Syakir. Azyan mencebik. Macam aku tak tahu siapa yang kau maksudkan tu, Syakir. Aku tahulah Emelda tu lebih cun dari aku. Si gedik tu memang jadi pujaan hati kau dari sekolah dulu. Kau selalu bezakan aku dengan dia, kan? Bila aku dah cantik gini kau mulalah jealous pulak! Ya kau memang salah orang, Ziq. Kami kenal gitu-gitu aje masa sekolah dulu. Azyan mengiakan. Dia pura-pura ketawa. Control Azyan control jangan sampai terkantoi dengan Haziq. Mati kau kalau Haziq tahu siapakah diri kau dulu. Dari data yang diperolehi oleh Salwa, Haziq tidak suka perempuan yang ganas-ganas. Ya kenal gitu-gitu aje. Syakir sudah buat senyuman berbahayanya.

31

Coke and Sundae

Azyan benci sangat dengan senyuman itu. Ni mesti ada agenda tersembunyi yang dirancang dek cicak kobeng bermulut cabul tu. Ini tidak boleh jadi! Syakir pasti akan menggunakan peluang yang ada untuk mengugutnya. Azyan perlu buat persediaan. Saya balik dululah ye. Bye, bye. Azyan start skuter kesayangannya cepat-cepat. Lama melayan nanti susah pulak kalau tersilap cakap. Bye, bye. Haziq melambaikan tangan pada Azyan. Siap dengan senyuman yang memukau hati Azyan lagi tu. Timbul lagi simbol love pada mata Azyan. Tak boleh tahan dengan senyuman Haziq tu. Lenalah malam ini tidur Azyan yang sedang dipanah beribu-ribu panahan cinta. Kau minat pada dia ke Ziq? tanya Syakir. Dia mencuit bahu Haziq. Emmm. sukalah jugak. Tapi takut nak dekat dengan dia. Aku dengan dia macam langit dengan bumi aje. Abang pun tahu Haziq gemuruh sikit dengan perempuan ni. Lebih-lebih lagi dengan gadis comel macam dia. Ooo. Syakir mengusap-usap dagunya yang licin. Kau lapang tak? Kenapa? Temankan aku ke kedai CD kejap. Nanti aku belanja kau sundae. Sundae lagi. Macamlah aku ni kanak-kanak Ribena, keluh hati Haziq.

32

Ilya Abdullah

TERMENGAH-MENGAH Syakir berlari menuju ke pintu pagar. Sesak nafas dia dibuatnya. Boleh pulak motornya buat hal di pertengahan jalan. Sudahlah dia bangun lambat pada hari pertama persekolahan. Tali kasut pun tak sempat nak ikat dah. Hari ini dia berlari mengalahkan orang yang bertanding di balapan. Apa tidaknya, anjing Mr. Chan mengejar dia dari belakang. Entah apa halnya pulak anjing sewel tu naik angin hari ini? Entah-entah anjing Mr. Chan tu tak dapat mengurat anjing betina cun di sebelah rumahnya tu. Ala anjing betina tu pun perasan lawa sebenarnya. Setakat bulu ciput gitu dah nak berlagak. Alamak, pintu pagar dah tutup! Syakir melihat jam di tangan. Dia sudah terlewat sepuluh minit. Mata pelajaran pertama pastinya sudah pun bermula. Apa lagi, Syakir brek mengejut. Kenapa awak lambat?! Tengkingan seorang pengawas depan matanya itu buat Syakir terkejut beruk. Amboi! Garang nak mampus! Cubalah tanya elok-elok. Ini main tengking-tengking orang aje! Woi! Aku budak baru la dan awak tu pulak seorang perempuan. Tak manis berbahasa kasar. Muka saja nampak lemah lembut. Dahlah tocang tinggi macam ekor kuda! Kenapa tak jawab soalan saya tadi? Syakir tersentak. Kemain (bukan main) garang pengawas di depannya ini. Muka pun serius habis. Pengawas lelaki di sebelahnya relaks saja. Siapa nama awak? Muhammad Syakir. Nama penuh! Takkan tak ada nama bapak di

33

Coke and Sundae

belakang. Habis tu, siapa pulak yang kasi nama awak tu kalau bukan mak bapak awak! leter gadis itu dengan suara yang tetap meninggi. Syakir sempat menjeling pada tag nama yang tersemat di baju gadis itu. Nur Azyan sedap nama dia tu. Tapi orangnya garang mengalahkan singa jantan time mengawan! Awak pekak ke? Saya tanya siapa nama penuh awak?! Dekat tag nama awak tu takde pun nama bapak awak? Syakir menjawab. Berani awak menjawab ye. Saya ulang sekali lagi! Siapa nama penuh awak? Itu pun kalau awak tak nak jalan itik round satu kawasan sekolah ni! Main ugut nampak.... Nama saya Muhammad Syakir bin Ilyas. Puas hati? Gadis itu mencatatkan sesuatu pada buku notanya. Kelas awak? Saya tak tahu lagi. Gadis itu mengangkat kepalanya yang asyik menunduk tadi. Nyaris terburai ketawa Syakir apabila melihat wajah gadis di depan matanya itu. Ingatkan cun tadi. Rupa-rupanya tidak. Patutlah asyik menunduk saja. Macam mana awak boleh tak tahu kelas awak pulak? Kelihatan berbaris pendakap gigi di dalam mulut pengawas perempuan yang garang itu.

34

Ilya Abdullah

Cepat-cepat Syakir menekup mulut. Gadis ini lebih dahsyat daripada Ugly Betty. Saya budak baru. Hari ini hari pertama saya di sini. So, manalah saya tahu kelas saya lagi, balas Syakir selamba. Hmmm. Gadis itu mendengus kecil. Zam kau bawa budak baru nak belajar ni jumpa pengetua. Okey. Barulah pengawas seorang tu nak bersuara. Ingatkan bisu tadi. First day dah lewat. Ingat, jangan lewat lagi selepas ini. Pagar sekolah tutup tepat pukul tujuh setengah pagi. Seminit pun tidak boleh terlewat. Dia berleter lagi. Syakir angkat kening. Bengang betul dengan minah ni. Berlagak! Dia ketua pengawas sekolah. Dia tu memang tegas. Lebih baik jangan lawan kata-kata dia, kalau nak selamat la. Pengawas bernama Zam itu memberitahu. Patutlah. Ketua pengawas rupa-rupanya. Tengok mamat ni pun macam okey aje dengan minah tu tadi. Dah biasa agaknya. Usai melaporkan diri kepada pengetua, seorang guru perempuan menunjukkan kelasnya. Dalam perjalanan ke kelasnya, Syakir terserempak lagi dengan gadis yang menahan dia di pintu pagar tadi. Gadis itu kelihatan sedang mendenda dua orang pelajar di luar kelas. Nampak kecut wajah kedua-dua pelajar terbabit. Guru perempuan itu merapati Azyan. Nak tak nak Syakir pun terpaksa mengekori langkah guru perempuan itu.

35

Coke and Sundae

Selamat pagi, cikgu, tegur Azyan menyedari guru perempuan itu menghampirinya.

apabila

Selamat pagi, Azyan. Awak lapang tak lepas waktu sekolah nanti? Lapang. Kenapa cikgu? Cikgu nak adakan mesyuarat untuk pasukan bola tampar kita petang ini. Awak maklumkan pada ahli yang lain nanti ya. Baik, cikgu. Syakir menundukkan kepala sambil terus membuntuti cikgu tersebut. Buat masa ini dia tidak mahu bertentangan muka dengan gadis itu. Hilang terus mood! Itulah cerita perkenalan pertama Syakir dengan Azyan. Pertemuan seterusnya menghangatkan lagi perkelahian di antara mereka. Syakir tersenyum sendiri bila teringat cerita semasa dia sekolah menengah dulu. Coke dan sundae tak boleh bercampur ke? soalnya sendiri di dalam hati. Along, kalau adik ngurat Kak Yan macam mana? Adik dah kamceng dengan dia, tau! Adiknya Syamil muncul mengejut di depan pintu bilik. Kus semangat! Nasib baik tak ada lemah jantung. Kalau tidak, mahu kojol dia kena sergah. Budak seorang ni kalau muncul bukan nak bagi salam dulu. Ngurat la. Macam mana tuisyen adik dengan dia? Syakir bingkas bangun dari katil. Dia menanggalkan t-shirt yang dipakai lalu dilontarkan ke dalam bakul pakaian.

36

Ilya Abdullah

Buat permulaan ini, okey. Dia tak tahu siapa adik lagi. Kenapa along nak adik masuk kelas tuisyen Kak Yan? Adik kan dah pandai macam along. Along nak adik intip dia ye. Syamil menggoyang-goyangkan jari telunjuknya. Buat ajelah apa yang along suruh. Itu pun kalau adik nak along belikan adik PS3. Syakir kenal sangat dengan perangai Syamil. Buat kerja mesti ada upahnya. Nak, nak! Mata Syamil sudah terbayang-bayangkan permainan kesukaannya itu. Setakat ini Syakir sudah membelikan dia PS2 dan PSP. Dapat PS3 nanti boleh dia menunjuk pada kawan-kawannya nanti. Ha ha ha! So, apa perkembangan intipan adik setakat ni? Syamil laju melangkah masuk ke dalam bilik Syakir. Dia terus duduk di sisi abangnya itu. Kak Yan yang along panggil gorilla tu sekarang nak jadi lebih feminin. Nak jadi lemah lembut dan penuh kesusilaan. Betul ke dia dulu lebih maskulin dari lelaki, along? Macam tak percaya aje. Syamil menongkat dagu. Dia tengok Azyan itu memang comel. Masa mengajar pun lemah lembut aje. Tak pernah garang pun. Saja aje kut Syakir mahu kelentong dia. Siapa yang tak mahu mengurat orang comel macam Azyan. Dia pun boleh jatuh hati. Nasib baik dia budak sekolah baru belajar. Feminin. Syakir terdiam seketika. Kemudian dia pecah ketawa. Patutlah pun dia nampak lain sangat sekarang ni. Syakir tepuk dahi. Tak terfikir pulak dia. Amboi! Meriahnya ketawa.

37

Coke and Sundae

Adik mesti tak percaya kalau along cakap. Sekejap ye. Syakir bingkas menyelongkar laci almari bajunya. Sekeping gambar dikeluarkan lalu dihulurkan kepada Syamil. Gambar siapa ni? Tengoklah betul-betul. Biar betul. Betullah, apa yang tak betulnya? Impossible. Possible. I dont believe it. Betul ke ni gambar Kak Yan? Mana along cilok (ambil) ni? Terkebil-kebil mata tersebut. Biar betul ni. Syamil melihat gambar

Betullah! Syakir mengiakan.

KITA lihat pulak cerita yang di sebelah sini. Muncung sedepa Azyan di meja makan. Mulutnya terkumat-kamit membebel. Encik Idris hanya diam sambil menyuap nasi di pinggan. Matanya tetap tajam merenung ketiga-tiga orang anaknya. Ada saja yang buat pasal. Sudah tahu Azyan jenis degil dan panas baran, masih juga mahu diusik. Depan rezeki tak baik masam muka, Yan, tegur Encik Idris. Dia jeling Anuar yang buat muka tak bersalah. Anuar yang paling kuat menyakat Azyan. Tetapi, Anuar jugak yang banyak mengajar adiknya itu jadi lebih gagah daripada lelaki.

38

Ilya Abdullah

Segala-galanya bermula bila suatu hari Azyan balik dalam keadaan yang comot dan kusut-masai ketika di tadika dulu. Bila ditanya, Azyan hanya diam. Azuan dan Anuar pergilah mengintip. Rupa-rupanya ada sekumpulan budak lelaki membuli Azyan. Peliknya Azyan sedikit pun tidak menangis atau melawan balik. Diam saja menurut kehendak budak-budak tersebut. Bila Azyan balik rumah, Azuan dan Anuar paksa Azyan bercakap. Si adik pun ceritalah dari A hingga Z. Anuar naik berang. Dia turunkan ilmu yang kononkononnya tersimpan di dada. Tak sedar yang awak tu pun budak kecik jugak masa tu. Ajar si adik agar tahu mempertahankan diri dari dibuli. Daripada seorang budak perempuan yang hanya duduk diam dan tidak bersuara banyak, Azyan telah bertukar menjadi budak perempuan yang terlebih aktif. Habis dikerjakan budak-budak lelaki yang membulinya. Malah ada yang bawa mak bapak jumpa ayah mereka. Tiga-tiga kena balun (pukul) dengan rotan Tuan Mejar. Sejak itu Azyan nak jadi gagah macam abangabangnya. Ayah pula tidak menghalang si anak perempuan jadi kuat. Lagi lasak, lagi bagus! Kena denda pun setara dengan dua abangnya. Tak perlu susah sangat lagi nak menjaga si anak gadis seorang itu. Sebab orang kata jaga anak gadis ni macam jaga sekandang lembu. Itu kisah asal usul Azyan menjadi lebih kuat dan gagah macam lelaki. Macam mana boleh salah target, Yan? soal si ayah bila si anak gadis masih dok senyap. Nasi dalam pinggan tak terkuis sedikit pun.

39

Coke and Sundae

Siapa suruh mamat sengal tu lalu depan rumah kita? Lagipun bukan Yan sengaja nak baling pasu bunga tu kat kepala dia. Abang Nuar yang mengelak. Azyan buka mulut menjawab. Kalau abang tak elak, kena kepala abanglah. Kesian anak Mak Timah Radio. Satu kepala berbalut. Macam kepala mumia dah, sampuk Anuar. Padan muka dengan dia jugak! Yan memang nak belasah dia pun sebab suka sangat report kat mak dia yang mulut mengalahkan radio tu. Ada hati nak Yan jadi awek dia konon. Yan! Encik Idris jegilkan biji mata. Tak sudah-sudah marahnya pada Si Fadhil tu. Dah tahu budak tu sewel sikit, dilayan jugak. Salah siapa? Esok pergi tengok anak teruna Mak Timah Radio tu kat hospital. Minta maaf kat dia. Buat apa? Mengabiskan minyak skuter Yan aje. Bukannya koma kat ICU pun. Mengada-adalah mamat sewel tu! Azyan membantah. Yan. Encik Idris keraskan suaranya sedikit. Azyan ni, ada saja jawapan yang diberikan. Ala pergilah. Bukan luak pun. Mamat tu bila tengok muka kau kuranglah sakit dia tu. Bukan kau tak tahu Mak Timah Radio pun berkenan sangat nak jadikan kau tu menantu dia. Menyampuk lagi abang yang seorang ni. Yan debik abang nanti! Azyan sudah lipat lengan kemejanya hingga ke paras siku. Yan. Si ayah menjeling lagi.

40

Ilya Abdullah

Azyan turunkan balik lengan kemejanya. Nuar pun pergi sekali dengan Yan. Dua-dua pergi minta maaf dengan Fadhil. Jangan lupa bawa buah tangan sekali. Ini arahan. Sebarang bantahan atau surat-menyurat tidak akan dilayan. Muktamad!!!! Ayah bangkit membawa pinggan ke singki. Hmmm.... Makin panjang muncung mulut Azyan. Dia memang menyampah kalau menghadap muka Fadhil yang selalu tersengih macam kerang busuk. Dah la masa kecil dulu hingus selalu meleleh kat hidung. Eee gelilah! Buruk betul mulut muncung-muncung gitu. Tak cun dah. Kalau mamat tu tengok, mesti dia reject Yan jadi awek dia. Azuan yang baru menghabiskan dua kali tambahan nasi dalam pinggan memberikan komen. Kelaparan sangatlah tu. Tak padan dengan badan yang kurus melidi. Eh! Kau tahu ke siapa mamat malang yang bakal jadi adik ipar kita tu? Anuar segera merapati Azuan. Cerita panas ni! Tak patut dilepaskan. Tahu sesangat. Abang jangan nak cari pasal dengan Yan pulak! Lengan kemeja yang dilurutkan tadi naik semula ke pangkal siku. Melotot mata Azyan memandang kedua-dua abangnya itu. Auranya sudah makin menghampiri Azuan dan Anuar. Ayah! Yan jadi gorilla lagi! jerit Azuan dan Anuar sebelum mereka dikerjakan oleh adik tersayang.

41

Coke and Sundae

Leher Azuan dan Anuar sudah dipaut oleh Azyan. Si ayah bercekak pinggang di depan mereka. Azuan dan Anuar sudah berpeluh satu badan. Tahu dah, mesti kena denda lagi. Tiga-tiga tekan tubi seratus kali! Perintah Tuan Mejar Idris. Dan ketiga-tiganya menurut perintah. menganggukkan kepala,

42

Ilya Abdullah

Bab 4
ACAM MANA ni? soal Mat Karan gelisah. Dia menggaru rambut kerintingnya ala-ala gaya kumpulan Alleycats tu. Teman-teman yang lain turut meniru aksi Mat Karan. Syakir boleh buat muka selamba sambil mengulum lollypop. Sedikit pun tidak secemas Mat Karan dan yang lainlain. Masing-masing memakukan mata pada Tuan Pengerusi Kelab Teater mereka yang handsome itu. Jika bukan kerana mulut laser Syakir, pelakon wanita utama mereka tidak lari. Bukan Syakir tidak tahu Emelda gadis yang begitu sensitif. Tidak boleh ditengkingtengking sikit mulalah rajuknya datang. Nak memujuk gadis itu bukanlah satu tugas yang mudah. Di mana mereka perlu cari pengganti Emelda? Tarikh pementasan hanya tinggal tiga hari lagi. Mat Karan mencengkam kepalanya macam pesakit

43

Coke and Sundae

mental di hospital sakit jiwa. Mengerang kuat kawan tu dengan sikap sambil lewa Syakir. Steadylah perkara kecik aje ni, kata Syakir. Dia meletakkan buku skripnya di atas meja. Steady tengkorak engkau! Kau tahu tak pertunjukan teater kita tinggal tiga hari lagi? Mana kita nak cari pengganti si gedik tu untuk watak Tun Teja? Itulah kau, mulut laser sangat! Mel tu selagi kau tak pujuk, selagi itu la dia tak akan jejak kaki kat pentas kita ni, gerutu Mat Karan. Syakir ketawa kecil. Kecoh betul Naib Pengerusi Kelab Teater ini. Lantaklah kalau Si Emelda tu nak merajuk pun. Tak luak langsung la! Dia memang tak suka Emelda pegang watak Tun Teja. Ada ke patut Tun Teja pakai make-up tebal satu inci? Tiada ciri-ciri wanita Melayu langsung. Tak natural. Syakir mahukan wajah asli! Yang natural! Tak perlu touch-up sana, touch-up sini. Satu babak sudah makan masa selama dua jam semata-semata menunggu Emelda bertouchup. Pasal watak Tun Teja tu, kau jangan risaulah. Aku dah ada calon yang sesuai. Korang buat saja latihan macam biasa. Syakir bangkit dari kerusi. Lebar senyuman di bibirnya. Bukan susah nak cari calon untuk gantikan Si Emelda tu. Cik Nur Azyan binti Idris kan ada? Gadis itu adalah calon yang paling atas dalam senarainya. Inilah peluang untuk dia mengenakan Azyan. Kau dah ada calon? Siapa? tanya Mat Karan. Sekejap lagi aku bawa dia jumpa korang. Rasarasanya kuliah dia dah habis. Korang mesti puas hati tengok dia nanti. Dia jauh lebih cun daripada Emelda. Sengih memanjang Syakir sambil menuturkan kata-katanya.

44

Ilya Abdullah

Kau ni kalau tak cun, kau tak nak. Kita nak cari yang pandai berlakon, bukan harap pada rupa paras aje, desis Mat Karan. Kalau heronya handsome, heroinnya mestilah cun-melecun. Aku tak seleralah kalau heroin aku rupa tongkang pecah. Amboi-amboi! Habis tu, Si Emelda tu tak cun kat mata kau ke? Aku rasa dah cukup cun dan seksi tapi kau reject jugak budak tu! Kau tu yang mata keranjang! Syakir ketawa besar. Mat Karan ketap bibir. Tapi tidak dinafikan perempuan mana tidak cair dengan bakal doktor yang konon handsome giler ni. Semua kualiti yang bagus ada padanya. Nasib baik Mat Karan ni lelaki. Kalau tidak, pasti dia pun boleh tangkap cintan dengan Syakir. Emelda tu memang cun tapi banyak sangat tampal tepung (bedak) kat muka dia tu! Kalau tak tampal mesti muka dia macam hantu kuntilanak! Tak asli! komen Syakir. Cik Nur Azyan tu memiliki kecantikan yang asli. Bermekap pun ala kadar aje. Sedap sikit mata memandang. Jika Cik Nur Azyan itu pakai tudung pasti lagi ayu dan manis, gitu. Kau jangan main-main Syakir. Masa dah suntuk tau! celah Nani. Muka aku ada nampak main-main ke? Come on la aku, Pengerusi Kelab Teater ni. Aku tahu tanggungjawab aku. Kalau tak, apa gunanya korang pilih aku jadi pengerusi. Syakir menepuk satu-satu bahu ahli kelab teater itu. Bahu ahli lelaki saja, perempuan tak. Ahli-ahli kelab itu saling berpandangan. Syakir

45

Coke and Sundae

memang nampak tidak serius dan suka main-main tapi dia seorang ketua yang bijak mengawal situasi dan kadangkala mengeruhkan situasi bila dia mula membebel. Terutamanya dengan Emelda. Kami serahkan pada kau, Syakir. Dont worry. Aku akan buat Emelda menyesal kerana meletakkan jawatan dalam Kelab Teater ni. Syakir kenyitkan sebelah matanya. Dia berlalu keluar. Mat Karan dan Nani menarik nafas panjang. Harapharap betullah apa yang diperkatakan oleh Syakir itu. Mereka kesuntukan masa untuk mencari pengganti Emelda. Emelda join Kelab Teater sekadar untuk memenuhi tujuan utamanya iaitu memikat hati Syakir. Syakir pernah memberitahu Emelda yang dia sudah ada girlfriend tapi perempuan itu macam tak faham bahasa aje lagaknya. Kata Emelda, dia tidak pernah nampak pun Syakir dating dengan teman wanitanya itu. Betul juga. Syakir tidak pernah menunjukkan teman wanitanya di khalayak ramai. Sekarang mereka berada di tahun akhir. Bukan sahaja wajah tetapi nama teman wanita Syakir pun mereka tidak tahu. Berahsia betul Encik Muhammad Syakir ni. Siapalah agaknya gadis yang bakal menggantikan tempat Mel nanti? tanya Imah. Aku tak kisah siapa pun yang bakal menggantikan tempat Mel. Yang aku risaukan adalah Syakir. Dia kalau nak dapatkan sesuatu tu bukan tahu nak guna taktik yang elokelok. Aku takut budak tu dipaksa. Korang bukan tak kenal dengan Syakir. Takde perkataan tidak dalam moto hidup dia, balas Nani.

46

Ilya Abdullah

Itu belum sampai bab dia naik angin. Bergegar satu kelab. Muka dia memang menyeramkan time dia mengamuk, tambah Mat Karan. Imah dan yang lain-lain menelan air liur. Budak-budak fresh yang baru join kelab tersebut mula kegelisahan. Kau ni saja nak menakutkan budak-budak baru! Kau nak ahli kelab kita berkurangan lagi ke? Marah Nani, lantas menarik cuping telinga Mat Karan. Siapa suruh Mat Karan terlepas cakap? Nasib baik Syakir sudah keluar, jika tidak nahas mereka semua dikerjakan Syakir. Syakir tu telinga lintah! Kalau nak bercakap kena pandang belakang.

TERKETAP-KETAP bibir Azyan apabila melihat kelibat manusia yang bertenggek di atas skuter kesayangannya itu. Dia memang cukup kenal susuk tubuh manusia berkenaan. Siapa lagi kalau bukan manusia yang bernama Muhammad Syakir bin Ilyas. Syakir buat muka poyo bila dilihat Azyan menghampiri. Azyan mencebik. Rasa macam tak percaya lelaki cicak kobeng depan matanya itu adalah bakal seorang doktor di Malaysia ini. Pada pandangan mata Azyan Syakir tidak ada gaya langsung menjadi seorang doktor. Lihat saja stail rambut dan pakaiannya. Tak sesuai betul jadi budak medic! Paling mengejutkan Si Syakir ni ada buat part time job jadi model sambilan. Hmmm Syakir memang ada pakej jadi model. Dia handsome! Tapi ketampanan Syakir buat

47

Coke and Sundae

Azyan menyampah sangat. Malas nak ulang ingat cerita lama ni. Buat menyakitkan hati yang dah sakit nak mati ni. Azyan kerling Syakir dengan ekor matanya yang tajam. Mamat seekor ini kalau cari dia mestilah ada benda yang dia nak. Setahu dia, Syakir tiada kelas. Apa hal pulak dia dok melepak kat skuter kesayangan aku? Kan lagi baik siapkan assignment yang lecturer kasi kat rumah. Sehari aku tak jumpa mamat seekor ni, memang tak sah! Hari-hari muka dia tercongok depan mata aku! bebel Azyan di dalam hati. Oi! Kau nak apa, hah? Kau tahu tak punggung kau telah memanaskan tempat duduk skuter aku! Pantang tau! Azyan bersuara lantang. Syakir tersengih. Amboi cantiknya bahasa gorilla ni. Cuba bercakap dengan Encik Muhammad Syakir ni lemah lembut sikit. Baru manis dan nampak lebih feminin. Kau tau tak berapa lama aku tunggu kat sini? Naik kematu punggung aku. Kau pergi mana tadi? Setahu aku kuliah kau tamat sejam lebih awal. Eee suka-suka hati dia aje panggil aku gorilla! Buta ke rabun dia ni? Badan aku ni sikit punya slim! Bukan besar dan berbulu macam gorilla tu. Tak sesuai langsung bagi gelaran gorilla pada aku! hati Azyan menjerit marah. Aku tak suruh kau tunggu aku pun! Aku lapar so, aku pergilah makan. Lebih baik kau turun dari skuter aku sebelum aku debik muka kau. Kau tentu tak nak sejarah lama berulang, kan? Azyan menayangkan buku limanya. Syakir ketawa. Takde benda lain ke yang Azyan nak tayang selain buku lima dia aje. Ingat dia seorang saja ada black belt? Aku pun juara silat peringkat sekolah jugak dulu.

48

Ilya Abdullah

Cuma aku tak suka menunjuk-nunjuk bila dah masuk form six. Malas nak aktif dengan aktiviti sekolah masa tu. Memenatkan badan! Sebenarnya aku ada hal sikit nak discuss dengan kau. Dan aku tidak mahu dengar perkataan tidak dari mulut kau, tau. Syakir turun dari skuter Azyan. Azyan kerut dahi. Hal apa pulak mamat ni? Bunyi macam nak mengugut aje. Ini yang buat aku tak sedap hati ni. Aku takde masa nak berbincang dengan kaulah. Tepi! Aku nak balik, nanti bapak aku mengamuk pulak sebab anak dara dia balik lewat! Selamba Azyan menolak tubuh Syakir. Syakir ketap bibir. Tak boleh jadi ni! Dia mesti menahan Azyan dari pulang. Tidak kira dengan apa cara jua sekalipun. Yan, nanti dulu! Syakir merentap lengan Azyan. Bulat mata Azyan dengan tindakan drastik Syakir itu. Apa pegang-pegang anak dara orang ni? Dah tak sayang nyawa ke? Azyan melenting. Meronta-ronta Azyan minta Syakir lepaskan lengannya. Susah payah jugak dia rentap lengannya dari cengkaman Syakir. Kurang asam punya Syakir. Kuat pulak tu dia cengkam lengan aku! Syakir tersenyum nakal. Dia menghadang Azyan dari mendekati skuternya. Bertambah berasap kepala Azyan. Apa hal dengan mamat ni? Beria-ia benar tak nak bagi dia balik rumah! Syakir!!!!! Azyan melaung nama Syakir.

49

Coke and Sundae

Mujur tiada orang lain di tempat parkir motor tu. Jika tidak pastinya mereka akan jadi bahan tontonan. Aduh! Kau nak kasi telinga aku pekak ke? rengus Syakir. Kemudian dia tersenyum lagi. Azyan mencebirkan bibir. Getik betul tengok gaya poyo mamat seorang ni. Azyan paling tidak suka melihat senyuman Syakir. Senyuman manis Syakir tu selalunya ada agenda yang tersembunyi. Aku bukan setakat nak kau pekak. Aku nak kau buta sekali! Tak menyusahkan hidup aku, getus Azyan. Bersua dengan Syakir ni pasti akan menimbulkan masalah. Ada saja angkara yang disetkan dalam kepala Syakir. Nak tak nak, kau kena join jugak aku punya kelab teater. Syakir memberitahu tujuannya. Buntang mata Azyan. Gila! Suka-suka hati aje cicak kobeng ni paksa aku join kelab teaternya. Minta maaf! Aku tidak berminat Encik Muhammad Syakir. Aku dah join kelab catur, satu group dengan jejaka idaman aku, Haziq. Hey! Apa main paksa-paksa orang ni? Aku tak inginlah join kelab kau tu. Geli, tau tak? Tidak ingin! Aku ulang sekali lagi, tak ingin! bentak Azyan. Dari zaman sekolah dulu Azyan memang tidak sukakan teater. Geli! Tengok pelakon-pelakon teater atas pentas tu pun dah buat dia menyampah. Tak tahu kenapa. Dialog pergh! Meruntun jiwa, beb. Itu belum lagi teater yang bertemakan hikayat-hikayat Melayu zaman dahulu kala. Lagi Azyan tidak faham! Kan aku dah cakap tadi aku tidak mau dengar perkataan tidak keluar dari mulut kau. Kau mesti join kelab

50

Ilya Abdullah

aku! Muktamad! tegas Syakir seraya menjegilkan biji matanya. Wajahnya sudah berubah menjadi serius. Azyan tidak mahu mengalah. Dia melawan pandang mata Syakir dengan tajam. Aku tetap akan mengatakan tidak! Tidak! Tidak! Apa kena dengan mamat ni? Nak jugak aku masuk kelab teater dia. Dahlah main paksa orang. Aku langgar kang, baru tau! Aku tetap akan heret kau masuk kelab teater. Kau mesti ganti watak heroin aku yang dah cabut lari tu. Kau adalah calon yang paling sesuai jadi heroin aku. Argh! Si Syakir sudah buat perangai gila meroyan dia balik! Kenapalah aku jugak yang kena jadi mangsa mamat ni? Macamlah dalam kolej ni takde pelajar perempuan lain. Kalau kau berani, heretlah aku! Azyan mencabar. Kau pegang aku lagi, siaplah kau! Aku kasi smack down sama engkau! Aku belasah kau cukup-cukup, Syakir! desis hati Azyan. Dia sudah siap pasang kuda-kuda. Pecah ketawa Syakir melihatkan aksi Azyan. Azyan ingat dia takut nak heret gadis itu ke kelab teater. Nak dukung pun dia boleh buat. Ala Azyan bukan berat mana pun. Ringan saja. Aku bagi kau pilihan, Cik Nur Azyan. Kau nak diheret atau didukung? Kalau pada akulah kan, aku lebih suka dukung kau, kata Syakir. Dua-dua tak hingin (ingin)! Dah, dah aku nak balik! marah Azyan. Kau paksa aku macam mana sekalipun aku tidak akan terlibat dengan teater yang menggelikan itu! Tidak sama sekali!

51

Coke and Sundae

Aku dah jumpa Pengerusi Kelab Catur kau tu. Aku minta dia delete nama kau dalam kelab catur. Kau akan jadi milik kelab teater aku. Ala macamlah aku tak tau, Cik Nur Azyan. Kau masuk kelab catur sebab ada Haziq. Kau bukannya reti main benda alah tu pun! Kau kena langkah mayat aku dulu. Kau! Azyan menudingkan jari telunjuk ke muka Syakir. Hampeh betul cicak kobeng ni. Dengki bebenor dia pada aku dengan Haziq. Aku tidak rela dipisahkan dengan Haziq. Oh, tidak cinta kami baru nak berputik. Bukan senang aku nak dapat bersama Haziq selama ini. Pelbagai halangan dan rintangan aku tempuhi. Berani kau cicak kobeng ingin memisahkan kami! Chewah! Aku dah mula jiwang karat pulak! Aku bagi kau satu minit untuk berfikir. Syakir bersandar pada skuter Azyan sambil melihat jam di tangan. Mengira masa la tu. Azyan mengeluh. Dia buat muka bosan dan menyampah. Kau suruh aku fikirkan tawaran kau tu? Jawapan aku tetap sama! Tidak! Aku tak hingin masuk kelab bodoh kau tu, gerutu Azyan di dalam hati. Seminit telah berlalu. Azyan dan Syakir saling berbalas pandangan. Masing-masing tidak mahu beralah. Syakir mengeluh kecil lalu mengeluarkan satu sampul surat berwarna pink dari poket seluarnya. Azyan kerut dahi. Seakan pernah dilihat surat dalam genggaman Syakir itu.

52

Ilya Abdullah

Syakir membuka sampul surat berkenaan dan mengeluarkan isinya. Ke hadapan Saudara Haziq yang dekat di mata tapi jauh di hati. Sebenarnya tujuan saya menulis surat ini. Lantang sekali suara Syakir membaca isi surat tersebut. Mata Azyan membulat. Alamak! Surat cinta aku pada Haziq! Macam mana boleh jatuh ke dalam tangan cicak kobeng ni?! jerit hati kecilnya. Azyan segera mendekati Syakir, ingin merampas surat yang berada di dalam tangan Syakir itu. Tetapi Syakir lebih pantas menyembunyikan surat itu ke dalam poket seluar jeansnya. Pulangkan balik! Itulah lain kali kalau nak letak surat cinta tu tengok betul-betul nombor lokarnya. Lokar aku dengan Haziq berdekatan. Salah kau sebab main redah masuk, jelas Syakir dengan ketawa besarnya. Pulangkan. Azyan bersuara ala-ala gaya lakonan Maya Karin dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam. Syakir gelengkan kepala. Dia tidak akan semudah itu memulangkan surat cinta Azyan. Azyan perlu membayar harganya. Mahal, tau! Kalau kau nak surat cinta kau ni balik, kau kena join kelab teater aku. Itu syarat yang paling mudah aku tawarkan pada kau. Tak perlu aku heret atau dukung kau. Azyan mengetap bibir. Bijak sungguh Syakir mengatur strategi. Perlukah aku lakukan pengorbanan bodoh ni? Nak

53

Coke and Sundae

menangis, air mata tak keluar! Muhammad Syakir bin Ilyas aku rasa nak cekik-cekik aje leher kau. Aku nak potongpotong badan kau, kemudian bagi buaya dalam sungai tu makan. Sepuluh saat untuk berfikir lagi sepuluh sembilan lapan. Syakir mula mengira. Azyan menarik nafas panjang. Azyan paling benci diugut sebegini rupa. Okey, okey aku setuju join kelab teater kau, putus Azyan. Cis! Aku terkena kali ini. Syakir betul-betul nak balas dendam pada aku ni. Tak apa. Sebagai gadis yang kuat, aku mesti berani menyahut cabaran. Nak takut apa? Aku pernah belasah lima orang lelaki, takkan Syakir seorang ni aku tak terlawan? Syakir perlu fikir dua tiga kali sebelum dia mengapa-apakan aku. Good girl. Im a very, very happy man. Kan aku dah cakap dah... benda yang aku nak, pasti aku akan dapatkan. Azyan, kau kena tunduk bawah telunjuk aku. Aku tidak akan lepaskan kau kali ini. Tidak sesekali! Pada Haziq sekalipun! So, sekarang kau ikut aku ke kelab teater. Kita adakan latihan. Latihan otak kau! Aku dah setuju ni pun dah cukup baik. Aku nak balik rumah. Lagipun bapak aku tak kasi balik lewat-lewat petang. Aku kena ikut time table! Azyan mengingkari arahan Syakir sambil bercekak pinggang.

54

Ilya Abdullah

Tak padan badan slim, buruk lantak jugak kau ye. Emmm apa phone number rumah kau? Kau nak buat apa, mangkuk? soal Azyan. Aku nak call bakal my father-in-law. Balas Syakir selamba. Azyan menjuihkan bibir. Lambat-lambat menyerahkan nombor telefon rumahnya kepada Syakir. dia

55

Coke and Sundae

Bab 5
ERKENALKAN, Cik Nur Azyan binti Idris... memerangkap Cik Tun Teja, kekasih hati Abang Tuah. Syakir memperkenalkan Azyan kepada ahli-ahli kelab teaternya. Terkebil-kebil mereka memandang Azyan. Betullah seperti yang dikatakan oleh Syakir. Azyan agak cantik dan comel. Tidak perlu bermekap lebih-lebih seperti Emelda. Masing-masing berpuas hati dengan calon pilihan Syakir. Azyan mencebik melihat gelagat ahli-ahli kelab teater yang mengerumuninya. Mereka memang aneh. Sama seperti tuan pengerusi mereka jugak. Rasa seperti manusia yang berada dalam kelompok makhluk asing. Rimasnya! Cayalah kau, Syakir! Dapat calon yang memang cantik. Dia ni memang sesuai pegang watak Tun Teja, puji Hamidi, merangkap Setiausaha Kelab Teater. Kan aku dah cakap, aku dah handsome so, aku tak mahulah awek muka macam tongkang pecah yang bawa watak Tun Teja, kekasih aku tu. Korang ingat Mel saja yang

56

Ilya Abdullah

paling lawa kat kolej kita ni? Korang silap la gerutu Syakir. Bertambah cemberut muka Azyan. Huh! Perasan handsome betul Si Syakir ni! Dasar mata keranjang! Buaya darat! Cicak kobeng! Kalau kau tak ugut aku mesti aku takkan join kelab orang-orang aneh kau ni. Azyan mengeluh kecil. Ikutkan hati, mahu saja dia belasah Syakir sampai masuk ICU macam dia belasah Fadhil, anak Mak Timah Radio. Seminggu jugak kawan tu ditahan dalam wad. Ini skrip kau. Syakir menyerahkan satu fail kepada Azyan. Azyan mengetap bibir. Dia rentap fail itu dari tangan Syakir. Sengaja dia berbuat demikian. Syakir tersengih. Kau ni Syakir, bab mengayat perempuan memang pandai. Mat Karan menepuk-nepuk bahu teman baiknya itu. Syakir ketawa. Aku bukan mengayat. Tapi aku mengugut! Kalau tak ugut, jangan haraplah minah ni nak masuk kelab teater. Dia siap percaya bulat-bulat yang aku dapat surat cinta yang dia tulis untuk Haziq. Haziq mana pernah berahsia dari aku. Apa yang dia dapat pastinya dia beritahu aku dahulu. Termasuk surat cinta yang Azyan tinggalkan di dalam lokarnya. Malah aku sudah menghafal seluruh isi kandungan surat cinta Azyan untuk Haziq. Pergh! Boleh tahan jugak jiwang si gorilla ni. Nasib kaulah, Azyan. Aku memang lelaki yang pantang mengalah. He he he kata orang, ikan sudah kena

57

Coke and Sundae

pancing. Walaupun Azyan ni kuat dan cerdik, tapi otak dia ni slow sikit. Tolong sikit! Azyan bersuara lantang. Aku tidak berminat langsung dengan mamat sengal ni! Kalau dia tak ugut aku aku tak akan berada di sini, tau! Dasar otak banyak kuman diternak. Main kotor! Dah agak dah pun. Nani bersuara. Kesian pula dia pada Azyan. Si Syakir kalau tak guna taktik kotor dia, memang tak sah. Nani tahu Syakir memang sukakan Azyan. Ya hanya Nani yang tahu segala rahsia Syakir. Itu pun secara kebetulan dia terjumpa gambar Azyan dalam buku nota Syakir. Syakir langsung tak gelabah masa tu. Dia tetap cool dan selamba. Malah bukan Nani yang mengugut Syakir untuk membongkarkan rahsia sebaliknya Nani pula yang diugut agar tidak membongkarkan rahsia. Syakir memang seorang lelaki yang sukar dijangkakan. Kau nak rahsia kau pecah pada umum ye? Syakir berbisik pada telinga Azyan. Berkerut seribu dahi anak gadis itu. Kau nikan Syakir. Azyan mula menghayunkan penumbuknya. Syakir mengelak sambil ketawa berdekah-dekah. Suka benar dia melihat muka Azyan yang merah menahan marah itu. Comel. Jangan kau nak rapat-rapat dengan aku! Gatal! Miang keladi! Buaya! Cicak kobeng! marah Azyan. Berdebardebar hatinya bila Syakir begitu rapat dengan dia tadi. Tercengang-cengang semua ahli kelab teater.

58

Ilya Abdullah

Terkejut beruk melihat kekuatan Azyan yang dipamerkan. Fuyooo! Ganas rupa-rupanya gadis yang zahirnya tampak lemah lembut itu. Terbeliak biji mata diorang. Azyan umpama gorilla yang terlepas dari kandang. Apa pandang-pandang?! jerkah Azyan. Masing-masing kecut perut, menyorok di belakang Syakir kecuali Nani. Aku terlupa nak bagitau kat korang yang aku tangkap gorilla ni dari kandang. Itu sebab aku kena kasi umpan sikit baru dapat jinakkan dia. Kalau korang nak tau gorilla ni sebenarnya nak jadi lebih feminin tapi dia tak dapat juga sekat aura gorilla yang telah sebati dalam badan dia tu. Syakir menyilangkan tangan sambil memalit senyuman bangga. Mencuka wajah ayu Azyan. Tak guna punya Syakir! Umpan apa kau bagi dia? Soalan bodoh keluar dari bibir Mat Karan. Umpan ni! sahut Azyan sambil menayangkan penumbuknya. Tertelan air liur Mat Karan. Mak oi! Memang garang. Cukup! Syakir menjeling Azyan. Dia duduk di atas pentas. Dia menggoyang-goyangkan kedua belah kakinya. Tangannya dihala pada muka Azyan. Tiada sebarang bantahan dari mulut kau yang aku nak dengar. Kalau aku kata A, maka A la jawapannya. Ada faham? Seriusnya wajah Syakir. Sama serius sewaktu permusuhan pertama mereka dahulu.

59

Coke and Sundae

Tapi Azyan tak takut dengan jelingan Syakir itu. Aku tak suka diperintah oleh diktator! getus Azyan. Aku memang diktator. Macam kau perintah aku kat sekolah dulu. Syakir keningnya. Ooo. Masing-masing memuncungkan mulut mereka. Lepas ini azablah mereka semua dikerjakan oleh Syakir. Apa tidaknya, pertunjukan pentas hanya tinggal tiga hari saja lagi. Kena kerja keraslah jawabnya. Paling teruk kena seksa, pastinya Cik Nur Azyan yang membawa watak utama dalam pementasan mereka. Boleh ke Azyan menanganinya nanti? Mereka memandang ke arah Azyan yang masih bertekak dengan Syakir. tersengih. Dia mengangkat-angkat

MURAMNYA muka akak malam ni? Ringan saja mulut Syamil bersuara. Monyok benar Azyan. Ini mesti ada tak kena dengan cikgu tuisyen kesayangannya itu. Apa yang dia dengar dari mulut abangnya, Azyan sekarang sedang menjalani latihan ketat di kelab teater. Kesian Abang Syakir dera dialah tu. Akak takde moodlah malam ni, Syam. Letih! Harihari kena praktis atas pentas. Naik lenguh seluruh badan ni dah, adu Azyan. Tengok budak-budak dalam kelasnya itu mulalah

60

Ilya Abdullah

terbayangkan muka Syakir yang seakan-akan sedang mentertawakan dia. Azyan hilang tumpuan. Malah anginnya mula jadi tidak menentu. Takut nanti jadi ribut taufan aje. Hampeh punya Syakir! Ala tak bestlah kalau akak monyok macam ni. Ini mesti akak bergaduh lagi dengan mamat sengal tukan? Cicak kobeng tu memang selalu kasi akak naik darah. Lama-lama akak boleh kena darah tinggi, Syam. Tengok muka akak yang cun ni pun dah jadi cengkung, tau. Akak tak nak jadi cicak kobeng macam mamat sengal tu. Dengan Syamil Azyan meluahkan ketidakpuasan hatinya. Dia tidak tahu Syamil dan Syakir punya pertalian darah yang takkan putus. Muhammad Syamil bin Ilyas adalah adik kepada Muhammad Syakir bin Ilyas. Takkan Nur Azyan binti Idris tak perasan kut? Kan ke muka mereka ada irasiras? Slow betul budak Azyan ni! Syam ada satu penyelesaian untuk akak. Syamil menongkat dagu merenung wajah ayu Azyan. Syamil merasakan dia lebih layak berada di sisi Azyan berbanding abangnya, Syakir. Syakir tu tak pandai ambil hati perempuan. Tak pandai mengurat! Ye ke? Syam boleh tolong akak? Azyan rasa teruja. Sementelah Syamil paling rapat dengan Azyan di antara anak-anak murid yang lain. Yelah apa kata akak jadi girlfriend Syam. Syam akan lindungi akak dari mamat sengal yang kacau akak tu. Nampak aje badan Syam kecik tapi Syam kuat jugak, tau. Bersemangat Syamil menuturkan katanya. Terjegil biji mata Azyan. Budak kecik ni! Ligat tangannya memulas telinga Syamil.

61

Coke and Sundae

Menjerit lantang Syamil. Siapa ajar ni? Tak padan kecik dah miang ye. Syam gurau sikit dah meradang. Tak sporting la akak ni. Syamil mencebikkan bibirnya. Melepaslah dia. Azyan langsung tak pandang dia sebab dia cuma budak kecik pada pandangan mata Azyan. Azyan memang cun, sebab itulah budak kecik macam dia pun boleh tersangkut. Cinta tak mengenal usia, beb! Syam gurau tak kena timelah. Saja nak bagi akak terkejut beruk, gerutu Azyan. Syamil ketawa kecil. Dalam hati kecewa, tau. Okeylah. Syam salah pada akak. Apa kata Syam belanja akak air Coke. Nak tak? Syamil memulakan langkahnya. Mengajak Azyan minum bersama. Malam pun masih muda lagi. Kedai mamak corner tu tidak berapa jauh dengan rumah Azyan. Keluar dengan budak kecik, Encik Idris misai melentik takkan marahlah punya sebab Azyan berdating dengan budak kecik saja. Orait. Kita tamatkan kelas awal malam ini. Azyan menyatakan persetujuan. Cantik!

WAH! Sibuk jugak kedai mamak corner malam-malam ni. Azyan dan Syamil memilih tempat duduk yang agak tersorok. Azyan ada mengajak Salwa turut serta bersama mereka. Tapi temannya itu menolak sebab ada assignment

62

Ilya Abdullah

yang perlu dibereskan. Jika tidak, mengamuk sakan Encik Tamdan tu nanti. Malas Salwa nak bertegang urat dengan orang tua yang agak tiga suku sikit tu. Tak baik betul Salwa mengutuk Encik Tamdan. Dapat point rendah, baru dia tahu. Dengan Encik Tamdan, jangan main-main sangat. Orang tua tu straight to the point. Tak pilih kasih. Itu yang Azyan suka sangat dengan Encik Tamdan tu.... Melebar senyuman Azyan melihat air Coke, minuman kesukaannya terhidang di depan mata. Segera dia menghirup air Coke yang sudah berisi di dalam gelas besar tu. Geli hati Syamil melihat gelagat Azyan. Tak nampak garang macam gorilla pun. Dia marah pun masih tampak kelembutannya. Syamil mengusap-usap dagunya. Musykil! Aik! Malam-malam makan ais krim sundae? Berkerut dahi Azyan melihat pesanan Syamil. Syam suka sundae. Abang Syam pun suka sundae. Sedap, kak. Eee akak tak suka sundae. Manislah! Eh, tadi Syam cakap, Syam ada abang. Tak pernah pun cerita kat akak ye. Azyan menarik pipi Syamil. Syamil tersengih. Tak pernah tanya, macam mana nak tahu, kan? Adik-beradik Syam cuma dua orang aje. Dua-dua lelaki, kak. Pening juga abah dan mak nak layan kerenah kami dua beradik, terutamanya along. Nakal sangat, kak. Sekarang along masih belajar. Ambil jurusan medic. Itu pun sebab abah desak. Along tu lebih suka bab-bab enjin kereta

63

Coke and Sundae

ni. Dia nak jadi mekanik, buka bengkel sendiri. Tapi, abah tak kasi, cerita Syamil. Habis tu, abang Syam tak memberontak ke? Along tu... dalam nakal-nakal dia, dengar kata jugaklah. Kebetulan pula awek yang dia dok usyar selama ni belajar kat sama kolej dengan dia. So, makin bersemangatlah dia belajar. Lupa dah dengan minat dia dengan enjin kereta. Berpengaruh betul gadis tu pada dia, sampai dia ubah fikiran. Dia dapat tak tackle gadis tu? Azyan kian berminat dengan cerita abang Syamil. Tak. Awek itu slow sangat pick up (faham). Dari zaman sekolah lagi sampai sekarang, awek tu masih buat bodoh dengan dia. Along bukan pandai sangat dengan ayatayat cinta macam mat jiwang. Dia pendam perasaan. Yang dia tau buat, cari gaduh dengan awek kesayangan dia tu. Kadang-kadang along tu bengong jugak, kak. Harap muka aje handsome. Alahai kesiannya abang Syam tu. Bodoh betul gadis tu. Takkan dia tak faham-faham lagi kut ada orang syok kat dia diam-diam. Azyan simpati. Kisah abang Syamil lebih kurang sama macam kisah dia jugak. Si Haziq pun slow jugak. Sampai la ni masih tak tunjuk sebarang respons pada dia. Takkan dia nak mulakan dulu, kut. Surat cinta yang dia kasi pula sudah dirampas oleh melaun cicak kobeng tu. Mana awek tu nak faham dah otak dia pun slow jugak, keluh Syamil. Dia kerling Azyan dengan ekor matanya. Kenapalah kau langsung tak mengesyaki yang aku tengah bercerita tentang kau, Kak Azyan oi! Along aku itulah

64

Ilya Abdullah

musuh ketat kau dari sekolah lagi, tau. Kalau kau nak tahu dia dah lama gila bayang dengan kau. Gadis gagah berperwatakan maskulin. Tapi di mata aku, kau tiada langsung ciri-ciri gagah dan maskulin seperti yang along ceritakan. Abang Syam tu dengan akak senasib, tau. Mamat yang akak minat giler tu pun selalu buat bodoh aje. Bengkak jugak hati akak tengok muka selenga dia tu. Rasa nak give-up aje. Azyan menongkat dagu. Eh! Akak pun ada masalah cinta jugak ye. Siapa mamat bertuah tu? Bodoh betul dia tak pandang akak yang cun ni. Kalau Syam, dah lama dah Syam buat akak jadi awek Syam. Haziq. Laju aje Azyan menyebut nama Haziq. Gelap seketika dunia di sekeliling Syamil. Ingatkan nama Syakir yang keluar dari bibir Azyan tapi nama Haziq, sepupu mereka pula yang Azyan sebut. Parah gini. Dia mesti laporkan hal tersebut kepada Syakir dengan segera! Sedang asyik mereka berbual, berbunyi. Bergema irama lagu tema The terpapar pada skrin telefon. Pantas panggilan. Azyan menepuk dahi. Dia telefonnya. Wajah Syamil dipandang. handphone Azyan Rock. Nama Anuar Azyan menjawab mematikan talian

Akak kena gerak dululah, Syam. Lupa pulak malam ini ada game liga Inggeris. Chelsea lawan Manchester United. Kata Azyan sambil menyusun sepuluh jari. Syamil anggukkan kepalanya.

65

Coke and Sundae

SYAMIL memuncung melihat Syakir yang sedang asyik menonton televisyen di ruang tamu sebaik saja dia membuka pintu rumah. Tengok bola la tu! Malam ini ada siaran langsung Manchester United lawan Chelsea. Patutlah Azyan juga tergesa-gesa nak balik tadi. Lupa yang Azyan pun kaki bola. Amboi! Siap bawak popcorn dengan air Nescafe menghadap depan televisyen. Syakir sekarang menyokong pasukan Chelsea. Dia dengan abah pulak sokong pasukan Manchester United. Abah mana? soal Syamil sambil melabuhkan punggung di sebelah Syakir. Abah pergi kenduri kat rumah pak usu. Malam esok baru balik. So, adik takde back-uplah malam ini, jawab Syakir sambil memaut bahu Syamil. Syamil mencebik. Dia tenung abangnya itu. Syakir memang handsome sikit dari dia. Kenapalah dia lambat membesar? Kalau tidak, boleh dia pikat Azyan. Tadi adik keluar dengan Kak Yan, minum-minum, cerita Syamil. Oh! Baguslah tu, keluar minum-minum dengan bakal kakak ipar. Riak wajah Syakir selamba aje. Kak Yan bagitau adik yang dia suka pada Abang Haziq. Macam mana ni? Syamil menyuap popcorn ke dalam mulutnya. Matanya turut mengikuti siaran langsung liga juara Inggeris itu. Along dah tahu. Dont worry. Bakal kakak ipar adik takkan jadi milik Haziq tu. Segala rancangan sudah diaturkan di dalam kepala

66

Ilya Abdullah

Syakir. Dia sama sekali tidak akan beri peluang kepada Azyan untuk mendekati Haziq. Yakin sungguh! Mestilah. Tiada perkataan tidak dalam moto hidup along. Azyan akan jadi awek along! Baguslah along bersemangat waja. Adik pun akan berusaha. Adik nak berusaha buat apa pulak? Adalah mana boleh kasi tahu sama along. Emmm. macam mana game? Syamil ubah topik perbualan. Awal lagi. Rentak pemain, masing-masing slow. Adik jangan risaulah. Malam ini Chelsea akan benam (kalahkan) Manchester United. Hmmm... tak tahu lagi tu. Permainan baru bermula. Silap-silap adik benam along, tau. Cuba ulang sekali lagi. Takde apa-apalah. Yan mesti ada mengadu pada adik, kan? Along dera Kak Yan. Kejam sangat cara along nak pikat dia. Main kasar, desis Syamil. Kasar apanya pulak? Dah cukup lembutlah tu.... Syamil mengeluh kecil. Pada Syamil, air Coke dengan sundae memang tidak boleh bercampur. Kalau Syakir lambat sangat meluahkan isi hati yang terpendam, dia yang akan rembat Azyan dahulu. Tak kisahlah Azyan tujuh tahun lebih tua daripada dia. Umur bukan lagi ukuran. Syamil mula memasang angan-angan dalam kepala. Gelagat yang terlalu tertonjol itu disedari oleh

67

Coke and Sundae

Syakir. Apa lagi, kena ketuk kepala Syamil dengan buku lima Syakir. Syamil menjuihkan bibir. Digosok-gosok kepalanya. Berangan sikit pun tak boleh!

GOLLL! laung Azyan sambil mengangkat kedua belah tangannya. Geleng kepala Encik Idris melihat gelagat anak daranya yang seorang itu. Azuan dan Anuar juga meniru aksi adik kesayangan mereka itu. Pada pandangan mata Encik Idris, anak daranya itu memang failed kalau nak dijadikan menantu mithali. Tapi salah dia juga kerana mendidik Azyan dengan ketat seperti abang-abangnya. Yan dah cakap Chelsea mesti menang punyalah! sorak Azyan gembira. Senang hati dia melihat kekalahan Manchester United kepada Chelsea. 2-0 Chelsea bantai Manchester United. Nasib baik Yan sempat balik, kalau tak melepas tadi, kata Azuan sambil memaut bahu adiknya. Ala, itu pun sempat tengok separuh masa pertama. Yang dok gatal pergi dating dengan budak kecik tadi pasal apa? Kalau abang tak call tadi, mesti Yan melepas tengok game, celah Anuar. Yan keluar dengan budak kecik pun nak kecoh. Bukannya Yan apa-apakan dia pun.

68

Ilya Abdullah

Yan tu bukan boleh tengok lelaki handsome sikit. Mulalah nak menggatal. Baik-baik, Yan. Anak teruna orang! Baru umur tiga belas tahun. Belum akil baligh lagi tu. Anuar menghayunkan jari telunjuknya ke muka Azyan. Kerap sangat dia lihat Azyan berdua-duaan dengan Syamil di mamak corner. Azyan pecah ketawa. Yan tak berseleralah kat budak kecik tak cukup umur tu. Si Syakir yang handsome giler itu pun Yan tak kebulur, nikan pulak si budak kecik yang baru nak membesar. Yan masih waraslah. Otak abang ni selalu fikir benda-benda kotor, tau. Tak baiklah! Manalah tau perempuan sekarang lebih bahaya daripada lelaki. Abang sekadar bagi peringatan aje. Jangan rosakkan anak teruna orang. Bertambah besar tawa Azyan diikuti dengan tawa Azuan. Apa kena dengan Anuar hari ini? Semacam aje gaya percakapan dia. Ini mesti ada yang tak kena ni. Mengarut betul abang ni. Mana dia tak mengarut, Yan. Dia kena gangguan seksual dengan seorang awek satu fakulti dengan dia. Harihari awek tu bagi dia bunga dengan coklat. Siap ada flying kiss lagi pada surat yang dia bagi. Paling kelakarkan semalam awek tu bagi warning dengan Nuar. Kalau Nuar pandang awek lain, dia nak rogol Nuar! Apa? Ha ha ha! Terburai lagi tawa Azyan dan Azuan. Boleh pulak macam itu? Cemberut Anuar bila ditertawakan oleh Azuan dan Azyan. Terkena dia kali ini!

69

Coke and Sundae

Bab 6
NGATKAN hari minggu begini bolehlah berehat di rumah, tapi Si Syakir pula paksa Azyan mengikuti latihan pementasan di kelab teater. Nak tak nak, terpaksalah Azyan beratkan langkah pergi ke sana. Kalau tidak pergi, Syakir akan menurutnya di rumah pula. Syakir tu bukan betul sangat otaknya. Macam yang Azyan cakaplah. Otak penuh dengan kuman yang diternak. Nasiblah Azyan ingatkan tak jumpa lagi dah muka mamat seekor tu. Dunia ini memang kecil. Kalau Azyan mengeluarkan aura yang menakutkan, Syakir pula mengeluarkan aura kejahatan dan kegelapan. Biasalah, macam cerita super hero kat televisyen itu. Kalau ada hero mestilah ada penjahatnya. Dalam kes Azyan pulak, Azyan adalah heroin dan Syakir adalah penjahat. Tapi sekarang ini heroin sudah jatuh ke dalam tangan penjahat. Hero pulak masih tak datang-datang menyelamatkan heroin. Adoi! Azyan menjerit.

70

Ilya Abdullah

Tak guna punya Syakir. Berani dia ketuk kepala aku dengan buku skrip! Ketika berlatih jangan nak berangan ya, suara Syakir. Kau sibuk apesal? Lantak akulah nak berangan ke, apa ke! Amboi menjawab. Kau tahu tak siapa yang berkuasa kat sini sekarang? Aku, Muhammad Syakir bin Ilyas. Cik Nur Azyan binti Idris, sila tumpukan perhatian pada latihan. Hayati watak kau dengan penuh concentrate. Aku tak mahu ada sebarang kesilapan masa pementasan nanti. Syakir dekatkan mukanya dengan muka Azyan. Berdegup kencang jantung Azyan. Terutamanya bila melihat Syakir tersengih. Cantiknya gigi Syakir yang tersusun rapi. Putih dan bersih macam iklan Colgate dalam televisyen. Bersinar-sinar. Boleh tak kalau bercakap tu jangan dekat-dekat dengan aku? Azyan menjarakkan dirinya dari Syakir. Mukanya sudah merona merah. Wangi sangat Si Syakir ni. Ala apa nak dihairankan Azyan? Syakir kan jenis lelaki yang bergayalah jugak sikit. Up to date kata orang. Tak suka busuk-busuk semua ni. Tapi aku suka. Selamba Syakir menjawab. Azyan cebik bibir. Meluat! Menyampah! Geli! Yan ke sini sekejap! Tiba-tiba Nani melaung. Tak perlu tunggu lama, bergegas Azyan mendapatkan Nani. Sempat dia mengerling pada Syakir yang

71

Coke and Sundae

tidak pernah putus-putus mengukir senyuman di bibir. Handsome betul bila dia asyik tersenyum begitu. Cute! Tapi hati jahat! Nani menyerahkan sepasang baju kebaya ala-ala zaman dahulu kala kepada Azyan. Terkebil-kebil Azyan melihat baju yang sudah berada di tangannya. Ini mesti baju yang akan dia pakai untuk pementasan teater nanti. Cantik baju tersebut. Azyan melirik senyuman manis di bibir. Syakir tu nampak aje jahat, sebenarnya hati dia baik. Nani memandang wajah Azyan. Patutlah Syakir tergila-gilakan gadis ini. Azyan memang lawa. Tak perlu mekap bertampal satu inci pada muka. Ringkas dan sederhana orangnya. Ramah dan mudah mesra dengan mereka. Tapi dengan Syakir, sekelip mata tingkah-lakunya berubah menjadi ganas. Huh! Kalau dia baik, dia tak ugut saya, tau. Dia tidak akan paksa saya masuk kelab teater korang ni. Azyan tidak akan sesekali percaya yang Syakir itu seorang yang baik hati. Nani ketawa kecil. Azyan memang slow. Azyan tak faham cara Syakir pandang dia berlainan sekali cara Syakir memandang gadis-gadis lain. Yan akan faham suatu hari nanti. Ah! Sampai bila-bila pun saya tidak akan faham dengan Syakir tu. Dahlah dia tuduh saya pencuri. Entah barang apa yang saya curi dari dia, ntah! Yan curi barang paling berharga dari dialah tu.... Saya tak curilah, Kak Nani. Tak kebulur saya nak

72

Ilya Abdullah

curi barang berharga lelaki macam dia tu, balas Azyan sambil memuncungkan bibirnya. Memang slow. Kata Nani sambil ketawa kecil. Berkerut dahi Azyan. Entah apa yang lucu sangat pada Nani, dia pun tak tahu. Rasa-rasanya dia tidak buat lawak pun. Azyan menjongketkan bahunya. Kalau diingatkan kembali kenangan semasa alam persekolahan dulu, memang menyakitkan hati Azyan. Di awal perkenalan mereka sudah ada bunga-bunga permusuhan. Argh! Syakir yang memulakan pertelingkahan itu.

GILA! Bila masa pulak aku ambik barang kau?! Azyan menengking. Kecut perut ahli-ahli persatuan tae kwan do yang lain. Meradang Azyan jangan dibuat main-main. Boleh terbakar satu bilik persatuan ni! Syakir memang suka mencari gaduh dengan Azyan. Aku tak tipu! Kau memang dah curi barang berharga aku! Syakir mengiakan kata-katanya. Kau sebenarnya nak cabar aku, kan? Azyan menjegilkan biji matanya pada Syakir. Syakir tersengih. Pencurik (pencuri)! ucap Syakir lagi. Kau! Azyan merentap kolar baju Syakir. Nyaris penumbuknya hinggap pada muka Syakir jika Salwa tidak menghalang. Salwa memeluk kuat tubuh Azyan.

73

Coke and Sundae

Bukan Salwa seorang, malah teman-teman yang lain turut membantu. Tenaga Azyan memang luar biasa kuatnya. Syakir masih boleh muka selamba. Langsung tidak berganjak dari tempat dia berpijak. Lepaskan aku! Biar kau belasah mamat sengal tu cukup-cukup! Sabar Yan sabar! Lusa ni hari pertandingan. Kau nak nama kau digugurkan ke? Salwa cuba menenangkan Azyan yang kehilangan sabar itu. Aku pantang betul kalau ada yang cakap aku ni pencuri. Ingat ayah aku tak larat kasi aku makan ke sampai aku nak mencuri. Muka aku ni ada rupa pencuri ke? Azyan melenting. Semua ahli persatuan tae kwan do itu menggelengkan kepala masing-masing, termasuklah Salwa. Hanya Syakir yang menganggukkan kepalanya. Berasap kepala Azyan. Kau niii! Azyan ingin meluru ke arah Syakir. Sekali lagi tubuhnya disekat oleh Salwa dan rakan-rakan lain. Bukan rakan-rakan lelaki yang memeluk Azyan, tau tapi rakan-rakan perempuan. Kalau lelaki, maka akan kena sepak terajang dengan Azyanlah jawabnya. Begini rupanya kalau Nur Azyan binti Idris mengamuk ye. Menakutkan betul! Eee takutnya saya! Syakir boleh bantai ketawa. Kemarahan Azyan sedikit pun tidak mempengaruhi dia. Hampeh punya Syakir! Cicak kobeng! Aku nak bunuh kau! Azyan semakin kuat meronta.

74

Ilya Abdullah

Emmm... kau panggil aku cicak kobeng ye? Jadi aku panggil kau, gorilla! Baru adil, kan? Kau panggil apa aku tadi Syakir? Azyan menyoal balik. Gorilla G-O-R-I-L-L-A. Syakir siap mengejakan sekali. Ketawa masih bersisa di bibir lelaki itu. Mati kau Syakir! Azyan berjaya melepaskan diri dari pegangan teman-temannya. Dia terus meluru ke arah Syakir. Kolar baju Syakir direntap. Dengan sepenuh tenaganya, Azyan menghumbankan Syakir ke atas lantai! Salwa dan yang lain-lain hanya menekup mulut. Tak padan dengan kecik! Kuat betul tenaga Si Azyan ni. Terkebil-kebil Syakir yang sudah terbaring di atas lantai. Tidak menduga sama sekali Azyan yang bertubuh kecil itu mampu menghumban dia. Namun kejadian itu sedikit pun tidak memberi kesan kepada Syakir. Pertelingkahan mereka berdua terus berlanjutan sehingga Syakir menamatkan alam persekolahan. Azyan langsung tidak mahu meminta maaf kepada Syakir. Begitu jua dengan Syakir. Dua-dua keras kepala. Dua-dua kepala angin. Sampai sekarang ini Azyan masih tidak tahu apa yang telah dia curi dari Syakir.

SYAKIR. Suara manja Emelda mengejutkan semua ahli kelab teater termasuklah Azyan. Lenggang-lenggok Emelda berjalan mendekati

75

Coke and Sundae

Syakir yang sedang sibuk mengarahkan anak-anak buahnya mengemas peralatan. Masing-masing mencebirkan bibir melihat gelagat Emelda. Gelagat yang meloyakan anak tekak. Syakir pekakkan telinga. Dia langsung tidak ambil peduli dengan kehadiran Emelda. Muncung sedepa bibir merah Emelda. Macam muncung bibir Mak Cik Wok dalam siri Rumah Beratap Zink karya kartunis Cabai dalam komik Apo? tu. Kalau nak tau macam mana rupa Mak Cik Wok tu, rajin-rajinlah korek balik komik Apo? dalam stor kalian. He he he.... Syakir I panggil you ni. You dengar tak? Lunak manja suara Emelda kedengaran di bilik latihan kelab teater itu. Cis! Dasar perempuan penggoda. Persis kucing miang! Dilihatnya Syakir masih buat derk. Endah tak endah dengan kehadirannya. Syakir! Kali ini Emelda menaikkan volume suaranya. Geram kerana kehadirannya tidak diendahkan oleh Syakir. Syakir memalingkan kepala. Wajahnya sentiasa selamba itu berubah menjadi serius. yang

Hah! Nak apa kucing miang? Lapar ke? Kalau lapar pergilah ajak kucing-kucing jantan yang berpeleseran kat kolej kita tu belanja makan, balas Syakir. Emelda mencebik. Dari dulu susah benar nak pikat hati si jejaka seorang ini. Mulutnya pulak macam laser. Si Azyan pula terkejut beruk mendengar kata-kata

76

Ilya Abdullah

Syakir pada Emelda. Ingatkan keluar kata-kata bunga tadi. Huiyo! Dasat (dahsyat) tu.... Betullah apa yang dia dengar budak-budak senior cakap. Syakir memang top student di kolej. Terkenal dengan sikap cool dan wajah kacaknya itu. Tapi Syakir sukar didekati oleh perempuan sebab mulut dia berbisa. Tak tahulah racun apa yang dia taruh pada mulut seksinya itu. Ingatkan Emelda dah dapat mengurat Syakir selama ini. Tak baik you cakap macam tu pada I. I datang sini nak berbaik-baik dengan you. I tahu you mesti marah pada I. Emelda menggesel-gesel manja. Syakir geli geleman. Cepat-cepat dia menjarakkan diri dari Emelda. Dia bukan lauk untuk santapan Emelda. Tolonglah! Aku tak kisah. Lagipun aku dah dapat pengganti kau. Pengganti I? Bila I cakap I nak keluar dari kelab ni? Please Syakir janganlah main-main dengan I. I tahu I dah buat you marah. Im so sorry. Bila masa aku marah kat kau? Aku lagi suka masa kau tarik diri dulu. Kalau kau nak join balik kelab ni boleh, tapi kau tak akan memegang watak heroin lagi. Kebetulan ada satu watak yang masih kosong dan amat sesuai dengan kau. Kau pegang watak nenek kebayan, kata Syakir sambil mengusap-usap dagunya. Ahli-ahli yang lain ketawa mengekek. Padan muka! Ingat Syakir itu mudah makan pujuk rayu Si Emelda tu? Kirim salam awal-awal la diktaktor macam Syakir itu akan ikut telunjuk perempuan macam Emelda. Tajam jelingan mata Syakir menatap wajah jelita Emelda.

77

Coke and Sundae

Emelda mengetap bibir. Syakir memang sengaja mahu menyakiti hatinya. Mel tu dah lama sukakan Syakir. Tapi Syakir buat derk aje sebab Syakir dah ada pujaan hati dia sendiri. Tapi, minah yang Syakir suka tu otaknya slow nak mampus! Sampai sekarang masih tak sedar-sedar yang Syakir itu sukakan dia. Kesian Syakir. Sudahlah dia bukan dari golongan mat jiwang. Tak reti nak guna ayat-ayat mengurat ni, bisik Nani pada telinga Azyan. Azyan kerut dahi. Syakir ada pujaan hati? Biar betul! Selama ini dia fikirkan Emeldalah gadis yang Syakir gilai. Rupa-rupanya salah target. You nak I yang cantik ini pegang watak nenek kebayan? Pleaselah! I tak layak langsung pegang watak tu. Syakir I nak watak Tun Teja I balik. I hanya sesuai pegang watak itu. Takde orang lain boleh ganti tempat I, tau. Siapa cakap? Kau ingat kau seorang saja lawa? Gorilla aku sepuluh kali ganda lawa dari kau. Syakir memuncungkan mulutnya pada Azyan. Tersentak Azyan. Syakir tidak pernah kata Azyan lawa selama ini. Berdebar-debar hati perempuannya. Emelda mengalihkan pandangan. Bulat matanya menyorot ke arah Azyan. Macam mahu menelan Azyan. Azyan buat muka poyo. Siap menyilangkan tangan lagi. Apa nak takut pada kucing miang seperti Emelda itu? Dia ada black belt. Setakat kucing miang macam Emelda tu, bisa diurus! Lebih baik kau fikir dua tiga kali sebelum kau nak cari pasal dengan dia. Aku sendiri hampir mati nak jinakkan gorilla ni. Gorilla ni memang berbahaya, sambung Syakir.

78

Ilya Abdullah

Azyan merengus. Cis! Dia kata aku gorilla depan Emelda. Memang mulut dia tidak berinsurans. Emelda kerutkan dahi. Tadi dia tak berapa cam wajah ayu milik Azyan. Mulutnya ternganga. Mujur tiada lalat di dalam bilik latihan teater itu. Kalau tidak, pastinya sudah terbang masuk ke dalam mulut Emelda yang masih ternganga luas itu. Its you! Emelda menudingkan jarinya ke muka Azyan. Ceh! Baru dia cam aku. Heh heh heh! Baru kau perasan yang ugly duckling boleh jadi flamingo. Azyan The Ugly Duckling. Budak nerd yang ke hulur dan ke hilir dengan buku di tangan tukan? I cant believe it! You must believe it, Cik Emelda Fatihin. So, secara rasminya Azyan akan mengambil alih watak kau sebagai Tun Teja serta merangkap ahli kelab teater ni. Sebarang bantahan atau SMS tidak akan dilayan. I macam mana? Kalau kau nak join kelab ni, kau kena jadi nenek kebayan. Kalau tak, dengan segala hormatnya sila blah, putus Syakir. Dia mula mengatur langkah. Syakir. Terkedek-kedek Emelda mengekori langkah Syakir. Nak memujuklah tu! Kalau dah hitam kata Syakir, maka tiada kata putihnya. Haru-biru kelab kita ni kalau Emelda join balik. Kerenah mengada-ada dia bukan senang nak ditangani kalau Syakir takde. Mat Karan mengeluh panjang. Nasib koranglah ada ahli gedik macam Emelda.

79

Coke and Sundae

Gedik Emelda dari sekolah lagi tidak pernah lekang. Malah bertambah-tambah pulak gediknya itu. Selalu sangat perasan yang dia tu cantik dan menjadi rebutan lelaki. Tapi memang diakui, Emelda tu cantik orangnya. Tapi, harap muka aje lawa tapi pelajaran hancus, buat apa? Nasib baiklah mak bapak Emelda itu orang kaya. Wang tidak menjadi masalah. Mahu belajar di mana-mana pun boleh.

BERKERUT dahi Azyan melihat gelagat Azuan yang sedang terhendap-hendap di sebalik pokok bunga kertas berdekatan tempat parkir motosikal itu. Hari cuti begini pun Azuan hadir ke kolej. Tak lain, tak bukan mesti sibuk dengan aktiviti kelab bolanya. Azyan nak turut serta, Azuan tak kasi. Apa tidaknya, semua ahli kelab itu adalah lelaki. Terjengket-jengket Azyan menghampiri Azuan. Azuan tidak sedar akan kehadiran Azyan di belakangnya. Sakat best ni. Bukan main khusyuk lagi abang aku ini menghendap. Mesti dia tengah skodeng (menghendap) awek cun. Gatal jugak abang aku seorang ini. Apa lagi, pinggang Azuan dicucuk oleh Azyan dari belakang. Opocot kau meletup! Eh! Meletup! Azuan melatah. Azyan ketawa mengekek. Azuan memang sensitif sikit kalau cucuk kat pinggang dia. Kurang asam punya adik. Berani dia cucuk pinggang aku? Tajam Azuan menjeling Azyan. Potong stim betul la Yan ni, rengus Azuan.

80

Ilya Abdullah

Ooo. abang menghendap ye. Yan kabor (bagitau) pada ayah nanti. Azyan menggoyang-goyangkan jari telunjuknya. Azuan mencebik. Syyy! Senyaplah Yan. Jangan bising-bising. Nanti dia orang perasan pulak. Azuan meletakkan jari telunjuknya pada bibirnya. Emmm apa kena dengan Abang Zuan ni? Syyy! Pantas Azuan menekup mulut Azyan. Kan abang kata jangan bising. Nanti Nuar dengan awek tu dengarlah. Azyan anggukkan kepala. Azuan menarik kembali tangannya. Abang Zuan skodeng Abang Nuar, ya. Kalau Yan nak join abang Yan kenalah senyap. Sekarang ni babak yang paling best, tau. Azyan tersenyum panjang. Ini yang best ni. Dia pun turut serta mengikut jejak Azuan menghendap. Kedua-dua kepala tersembul di sebalik pokok bunga kertas itu. Betullah kata Azuan yang Anuar sedang bertekak dengan seorang gadis yang memang boleh dikategorikan sebagai gadis ayu yang jelita. Siapa awek cun tu, Abang Zuan? Azyan bersuara perlahan. Azuan tersengih macam kerang busuk. Kalau Yan nak tau, itulah awek yang bagi bunga pada Nuar. Yang bagi ugutan buat kita ketawa berguling-guling tempoh hari. Biar betul! Cantik awek tu, Abang Zuan. Memang cantik. Tapi awek tu psycho sikit. Ke mana saja Nuar pergi, mesti dia ikut kecuali time Nuar pergi

81

Coke and Sundae

toilet. Abang pun tak tahu apa yang menarik sangat pada Nuar tu. Nak kata handsome, abang lagi handsome dari dia. Nak kata top student gelaran itu disandang oleh Syakir, musuh ketat Yan tu. Tapi entah kenapalah perempuan tu suka sangat kat dia. Ini abang tidak puas hati ni. Azuan mengusap-usap dagunya. Macam gaya Si Syakir pulak dah. Memanglah Abang Zuan lagi handsome dari Abang Nuar. Tapi satu aje problem pada perangai abang ini. Setahu Yan, sorang awek pun tidak tahan dengan perangai Abang Zuan yang gilakan bola. Pasal bola, sanggup cancel date. Itu pasal Kak Maya tinggalkan Abang Zuan dulu. Azyan mencebik. Ala, pasal bola pun dia nak kecik hati. Siapa yang tak kecik hati kalau berdating pun kat dalam stadium bola, desis Azyan. Azuan ketawa kecil. Kata-kata Azyan memang ada benarnya. Kalau Yan pun, Yan kecik hati. Tapi nasib baiklah Yan pun kaki bola juga. Syyy.... Azuan menutup mulut Azyan. Kelihatan Anuar mengorak langkah meninggalkan gadis itu. Wajah Anuar merah padam. Mesti marahnya sedang meluap-luap tu. Pertama kali dalam seumur hidup mereka melihat Anuar sebegitu. Si gadis mencebikkan bibir. Laju mengikuti langkah Anuar yang sudah menjauh ke hadapan. Adui... terlepas pulak dah! Layan Yan punya

82

Ilya Abdullah

pasallah abang dah terlepas adegan yang panas tadi. Eee... geramnya! Siapa suruh abang layan Yan? Yan tak suruh, kan? Azyan membalas selamba. Hmmm Yan bawak skuter kesayangan Yan tak? Mestilah. Takkan Yan nak menapak (jalan kaki) ke kolej pulak. Kenapa? Abang tumpang Yan ye. Kapcai abang masuk workshop. Tadi tumpang kawan abang datang sini. Malas nak tumpang kapcai Nuar time dia tengah hot (marah) macam ni. Mengaum pulak dia. Yan bukan tak kenal dengan Nuar tu. Angin dia bila dah datang, berpusing kepala abang dengar dia membebel. Sama macam Yan jugaklah. Itu realitinya. Okeylah. Nasib baiklah mood Yan okey hari ni. Tapi syaratnya biar Yan yang bawak abang. Okeylah, okeylah. Tapi Yan jangan merempit pulak. Ingat pengajaran yang Yan terima masa tu. Hiii! Tak padan dengan perempuan. Ala setakat merempit suka-suka aje. Itu pun nak kecoh. Dont worrylah. Yan akan jaga keselamatan abang tersayang Yan. Kalau Yan nak merempit Yan tak akan bawak abang. Yan merempit sorang-sorang aje. Baru power. Orang merempit dengan kapcai tapi Yan merempit dengan skuter. Lain kali nak test bawak ala-ala Superman pulak. Azuan membulatkan mata mendengar kata-kata adik tersayangnya itu. Yannn! Azyan dan Azuan tersentak. Kedua-dua berpaling ke belakang.

83

Coke and Sundae

Kelihatan Salwa mendapatkan mereka.

terkocoh-kocoh

berlari

Amboi, kuatnya berlari. Ada larian marathon ke nanti? Azyan mengusik. Taklah. Saja buat exercise tengah hari rembang begini. Nak keluarkan peluh busuk, balas Salwa tercungapcungap. Azyan ketawa. Hah! Apa hal cari aku ni? Nak belanja makan ke? Pak Mat naik lori, so sorry! Aku cari kau bukan pasal nak mengenyangkan tembolok kau tu. Ini ada surat untuk kau dari Haziq. Salwa menyerahkan kertas putih yang berlipat kemas itu kepada Azyan. Azyan menyambut dengan wajah yang berseri-seri. Macam anak gadis yang nak naik pelamin. Surat dari Haziq. Yelah. Takkan surat dari Syakir pulak. Jangan sesekali kau sebut nama mamat tu depan aku, Wawa. Pantang aku dengar nama dia. Cukuplah aku sekarang ini berada di bawah telunjuk dia! Sakit hati aku, tau tak! Dia memang sengaja nak mengisytiharkan perang dengan aku! Dengar nama Syakir saja Azyan naik angin. Tak faham Salwa dengan perangai minah seorang ini. Si Syakir tu bukan jahat mana pun. Nakal aje. Kau ni Yan langsung tak boleh nak berbaik-baik dengan Syakir. Kalau akulah berada di tempat kau, dah lama aku tackle Syakir. Ikut peratusan pelajar-pelajar perempuan di kolej kita ni, 98% pilih Syakir sebagai lelaki idaman

84

Ilya Abdullah

mereka berbanding Haziq yang kau dok terkejar-kejarkan tu.... Wah, wah buat research nampak. Budak-budak pompuan tu buta mata. Mereka cuma tengok muka handsome Syakir saja. Kalau nak bagi markah pada Syakir, antara 0 hingga 100%... aku rasa takde markah untuk Syakir. Takde markah? Amboi dah pandai menilai orang pulak. Azuan menyampuk. Menyibuklah abang ni. Jangan menyampuk la! Yelah! Abang tunggu Yan kat skuter kesayangan Yan itu. Jangan lama-lama. Hari ini giliran abang masak, tau. Nanti tak makan tengah hari kita. Azuan mengatur langkah. Azyan tersengih. Ikut jadual waktu betul abangnya itu. Bukan macam dia... tegar sangat melanggar jadual yang dibuat oleh tuan mejar terhormat. Terutamanya bila penyakit M itu datang. Malas! Kau tunggu apa lagi Yan? Bukalah surat dari kekasih pujaan hati kau tu. Aku nak tahu jugak apa yang dia tulis. Salwa pula rasa teruja dan tidak sabar. Aku nak bukalah ni. Perlahan-lahan Azyan membuka lipatan kertas berkenaan. Matanya membulat sebaik saja membaca isi kandungannya. Bibirnya mengukir senyuman yang paling lebar dalam sejarah hidupnya... konon-kononnya la. Apa dia tulis Yan? Hari ini hari yang paling menggembirakan aku, Wawa.

85

Coke and Sundae

Kenapa? Salwa kerut dahi. Semacam pula dia lihat wajah Azyan yang mula naik serinya. Jangan over sangat Yan nanti hilang seri kau itu masa kahwin nanti. Akhirnya aku dilamar, Wawa! Aik! Belajar belum habis lagi dah menggatal nak kahwin? Kau nak kena pancung dengan ayah dan abangabang kau tu, Yan? Belajar dulu sampai habis baru nak menggatal kahwin, bebel Salwa. Apa lagi, kena ketuk kepala Salwa kerana mengutarakan kata-kata yang tidak berasas pada Azyan. Dia gatal nak ada teman lelaki, tidak bermakna dia gatal nak kahwin! Haziq ajak aku keluar datinglah. Bukannya ajak kahwin. Lain kali cakap tu biar terang. Ini bagi ayat yang mengelirukan orang. Tak pasal-pasal ketuk kepala kita. Yan, kepala aku ni berinsurans, tau. Sorry. Azyan tersengih. Nanti aku belanja kau makan sebab menyerahkan surat yang amat berharga ini pada aku. Sayang juga kau pada aku, ye Yan. Kaulah satu-satunya sahabat baik masa suka dan duka aku, Wawa. Aku mana boleh lupakan kau. Kau dah macam saudara aku sendiri, tau. Azyan memeluk bahu Salwa erat. Kau seorang saja yang tak takut berkawan rapat dengan aku. Sebab aku tak pandang pada luaran kau. Aku lihat pada hati kau walaupun kau dulu amat menggerunkan. Salwa tersenyum manis.

86

Ilya Abdullah

Azyan ketawa kecil. Tapi ada seorang lagi yang tak takut pada kau. Dan dia orang yang paling sesuai menjadi teman lelaki kau, tau, sambung Salwa lagi. Siapa? Syakir. Aku dah cakap jangan sebut nama dia. Syakir, Syakir, Syakir, Syakir, Syakir. Salwa menyebut berulang kali tanpa menghiraukan wajah Azyan yang sudah merah padam. Wawa! Azyan menjerit lantang. Salwa tertawa kecil. Cepat-cepat dia menjarakkan dirinya daripada Azyan. Tunggu mengamuk! apa lagi? Cabutlah! Gorilla sudah

Salwa berlari dengan tawa yang masih bersisa dan Azyan mengejarnya dari belakang.

87

Coke and Sundae

Bab 7
MBOI berseri-seri wajah anak dara Encik Idris hari ini. Dari semalam memanjang senyumannya sampai masuk ke dalam bilik tidur. Apa yang diangaukan oleh anak gadis itu pun, Encik Idris tidak tahu. Ditanya pada dua orang abangnya kedua-duanya gelengkan kepala, tidak tahu. Kerja rumah pun tidak perlu disuruh seperti selalu. Ringan saja tulang Azyan melakukannya. Encik Idris mendekati Azyan yang sedang bersiapsiap, ingin keluar menghadiri latihan kelab teater. Azyan kelihatan bernyanyi kecil sambil mengikat tali kasutnya. Encik Idris berdehem. Azyan mengangkat senyuman manisnya. kepala sambil mengukir

Ayah tengok macam ada yang tidak kena dengan Yan semenjak dua menjak ni. Ada apa-apa ke ni? Pelik semacam aje? soal Encik Idris.

88

Ilya Abdullah

Takde apa-apalah ayah. Yan macam biasa aje, balas Azyan lembut. Apa yang tak peliknya? Yan sebelum ini tak pernah senyum sepekat susu lemak manis Cap Teko tu. Encik Idris menyatakan kehairanan yang bersarang di hati tuanya itu. Azyan ketawa kecil. Ala ayah ni. Itu pun nak dihairankan. Sesekali kena juga jadi awek cun yang murah dengan senyuman. Azyan menepuk-nepuk bahu ayahnya. Selalunya perempuan kalau senyum macam Yan ni, tandanya dah terkena penyakit angau. Penyakit orang dilamun cinta. Mengarutlah ayah ni. Yan tak mainlah angauangau ni. Apa orang kata? Tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. Tapi bila Yan mandi, memang badan Yan basah. Tidur Yan pun lena aje. Kalau makan pun kenyang perut Yan. Azyan membalas. Ada saja jawabnya, desis Encik Idris. Azyan tersengih. Janji rahsianya tak terbongkar. Lepas praktis teater nanti dia akan keluar bersama Haziq. Tidak sabar rasanya mahu menunggu saat itu. Haziq pujaan hatiku mungkinkah Haziq sudah dapat membaca isi hatiku ini. Oh Azyan ketahuilah dikau yang aku sudah lama menyintaimu sejak pertemuan pertama kita dahulu. Sudikah kiranya dikau menjadi kekasih hatiku? Adakah itu kata-kata yang akan diluahkan oleh Haziq? Alangkah romantisnya jika angan-angan Azyan itu menjadi nyata.

89

Coke and Sundae

Selalu Yan keluar pergi latihan teater tak pulak ayah nampak Yan berhias cantik-cantik begini. Ada apa-apa ke? Terangkat-angkat kening Encik Idris ketika bertanya. Perempuan mestilah berhias cantik-cantik, ayah. Kut ada orang puji pun, ayah juga yang kembang hidung. Anak dara siapa yang cantik tu? Anak dara Tuan Mejar Idris. Yelah tu! Alamak! Yan dah lewat ni ayah. Yan kena gerak dulu. Pantas tangan Encik Idris dicapai dan dikucup. Encik Idris gelengkan kepala. Bawak skuter elokelok, Yan. Jangan dok gatal nak merempit pulak. Ayah balun kau nanti. Sempat jugak Encik Idris memberikan amaran kerasnya. Tiada pesanan penaja lain. Azyan bukan makan saman. Degilnya tetap ada. Mengenangkan perangai Azyan bisa memeningkan kepala Encik Idris. Iyalah tuan mejarku sayang. Ala, kalau Yan merempit sekali-sekala pun bukannya ayah tahu. Yan. Encik Idris jegilkan biji mata. Baru gertak sikit ayah dah ketar. Itu belum lagi Yan kata Yan nak lari ikut mat Indon. Mahu ayah kena lemah jantung. Azyan ketawa. Suka benar kalau dapat menyakat ayah terhormat. Encik Idris mendengus kecil. Dari Yan lari dengan mat Indon baik ayah kahwinkan Yan dengan budak Syakir tu dulu. Biar dia ikat kaki dengan tangan Yan. Sengaja mahu mengenakan Azyan. Dia tahu anak gadis itu amat pantang mendengar nama Syakir. Menyirap darahnya nanti.

90

Ilya Abdullah

Cemberut muka Azyan bila nama Syakir disebut. Tak suka betul nama mamat sengal yang suka bikin onar dengannya itu. Siapa nak kahwin dengan cicak kobeng tu? Tak hingin Yan kalau diberi kahwin free sekalipun, marah Azyan. Mula-mula benci tapi lama-lama boleh jadi suka, Yan, sakat Encik Idris sambil ketawa. Yan tak akan suka dengan dia. Ayah Yan balik lewat sikit nanti. Nak jumpa kawan sekejap, beritahu Azyan seraya menyarungkan helmet pada kepala. Jangan balik lewat sangat dan jangan lupa pesan ayah tu. Yalah ayah. Assalamualaikum. Skuternya dihidupkan. Perlahan-lahan skuter kesayangan Azyan keluar dari pekarangan rumahnya itu.

PERUBAHAN Azyan yang tidak lekang mengukir senyuman di bibir meresahkan hati Syakir. Apa tidaknya? Buah hati bakal keluar bertemu janji dengan sepupunya, Haziq. Tapi Syakir mengawal perasaan yang bergelora. Dia tetap selamba dan seolah-olah tidak perasan dengan keceriaan yang terpamer pada wajah Azyan. Dia tetap yakin hati Azyan akan menjadi miliknya. Yakin seratus persen. Mood Azyan yang baik melancarkan latihan mereka. Tidak seperti selalu, ada saja yang tidak kena. Bertekak memanjang dengan Syakir. Yang kecil pun diperbesarkan. Syakir memang gemar mengeruhkan suasana. Hai happy betul kau akak tengok, tegur Nani. Dia menepuk bahu Azyan dari belakang.

91

Coke and Sundae

Opocot mak kau! Kus semangat! Kok ye pun bagilah salam dulu, Kak Nani oiii. Sambil melatah sempat lagi Azyan menjeling Nani dengan tajam. Nani tersengih. Sorry siapa kasi Yan angau? Tak pernah Kak Nani tengok mood Yan sebaik ini. Mahu dikorek rahsia dari Azyan. Tak mungkin Syakir yang bagi angau pada budak Azyan ni. Orang yang cantik macam Azyan mesti ada ramai peminat. Itu pun kalau mereka tidak tahu betapa ganasnya gadis yang luaran nampak comel dan lemah lembut ni. Kalau mereka tahu, mungkin tiada sesiapa yang akan berani mendekati Azyan. Kak Nani, kalau saya buka cerita jangan kasi tahu orang lain terutamanya dengan cicak kobeng tu. Sempat Azyan mengerling ke arah Syakir yang berpura-pura sibuk mengajar anak-anak buahnya yang lain. Okey, akak tak cerita. Petang ini saya akan keluar dating. Dating dengan lelaki idaman saya. Semakin lebar senyuman di bibir Azyan. Wajah kacak Haziq terbayang di ruang mata. Baju apalah yang bakal dikenakan pada tubuh sasa Haziq. Tak kisahlah. Pakai apa pun Haziq tetap kacak di matanya. Siapa jejaka bertuah tu? Dalam hati Nani memang sudah dapat mengagak. Rahsia. Lagipun ini first date saya dengan dia. Belum declare apa-apa lagi. Tak maulah nak cerita lebihlebih. Menjeruk rasa orang itu nampak gayanya.

92

Ilya Abdullah

Siapa yang menjeruk rasa tu, Kak Nani? Takde siapa-siapalah. Nani hanya melirik senyuman. Dia meninggalkan Azyan terkebil-kebil seorang diri. Nani merapati Syakir yang sibuk berbincang dengan Mat Karan. Bila nak bertindak? tanya Nani separuh berbisik. Rasa-rasanya Syakir sudah tahu Azyan akan keluar bertemu janji. Dan Syakir tentu saja tahu dengan siapa Azyan akan keluar. Kau tak risau ke? sambung Nani lagi. Sikit pun aku tak risau. Takde sesiapa yang akan berani mengapa-apakan gorilla tu. Boleh percaya ke? Apa pun dia tetap seorang perempuan, Syakir. Aku dah ada satu plan yang baik punya, canang Mat Karan. Pada aku, dia lebih menakutkan daripada lelaki. Tak perlulah korang nak risau sangat pasal dia nak keluar dating tu. Syakir tetap dengan selambanya. Mat Karan memandang Nani. Betul ke kau tak kisah dia keluar dengan Haziq? Nani masih menduga. Aku tak kisahlah. Lagipun takde faedahnya aku nak mengintip orang berdating ni. Buang masa aku aje. Betul ke? tanya Nani. Dia pandang tepat ke anak mata Syakir. Syakir tarik nafas panjang. Dia mengangguk perlahan. Nampak gayanya, terpaksa jugalah dia turut serta dengan rancangan bodoh Nani dan Mat Karan tu.

93

Coke and Sundae

Azyan melurutkan rambutnya. Sengaja dibiarkan rambutnya lepas bebas. Sedikit bedak disapukan pada mukanya yang memang dah putih melepak itu. Juga sedikit lip balm dicalitkan pada bibirnya. Ringkas tapi menawan. Azyan mengukir senyuman, berpuas hati dengan penampilannya. Segera dia masukkan alat-alat soleknya itu ke dalam beg sandang yang dibawa. Gelagat Azyan diperhatikan oleh Syakir dengan ekor matanya. Jika dilihat penampilan Azyan sekarang dengan Azyan yang dahulu, sudah amat jauh bezanya. Syakir lebih suka Azyan yang dahulu. Letak banyak mana pun bedak kat muka tu, kalau dah rupa gorilla tetap gorilla juga. Gorilla berangan nak jadi burung merak, sindir Syakir. Walaupun nada suara Syakir perlahan, namun jelas kedengaran di telinga Azyan. Azyan mengetap bibir. Syakir sengaja mahu mencetuskan pertelingkahan di antara mereka. Sibuklah kau! Aku punya sukalah nak letak bedak banyak mana pun! Aku memang suka menyibuk. Ala macam aku tak tahu kau nak keluar dating dengan sepupu aku tu. Sebab tu la kau letak bedak banyak-banyak kat muka kau. Nak bagi cantik, konon. Kenapa? Kau jealous? Syakir ketawa berdekah-dekah. Azyan kerut dahi. Jealous? Aku nak jealous dengan kau? Minta maaflah. Setakat gadis macam kau ni sekali petik sepuluh orang yang datang, tau. Berlagak! Petiklah jari kau tu. Aku nak tengok

94

Ilya Abdullah

awek gila mana yang datang pada kau! cabar Azyan. Dia menjuihkan bibirnya. Macam mana kalau kau datang sekali kat aku? duga Syakir. Dia merenung tajam wajah ayu Azyan. Berdegup kencang jantung Azyan melihat renungan yang memukau kaum wanita itu. Segera Azyan mengalihkan pandangan mata. Kenapa dia perlu rasa begini bila acapkali mata mereka bertaut? Syakir akan memberikan perasaan yang tidak selesa kepadanya. Jangan nak perasanlah. Aku tidak sesekali berikan hati aku pada lelaki macam kau! marah Azyan. Dia tudingkan jari pada muka Syakir. Syakir tersengih. Kita tunggu dan lihat. Hmph! Azyan malas hendak melayan Syakir. Dia memandang jam di tangan. Dia menepuk dahi. Alamak! Dia hampir terlewat. Dia tidak mahu Haziq tertunggu-tunggu. Tanpa mempedulikan Syakir, Azyan segera berlalu pergi. Syakir sekadar menjongketkan merenung ahli-ahli kelabnya. bahunya lalu

So, nak tunggu apa lagi? Kita pun kena gerak sekarang. Mat Karan memberikan arahan. Syakir masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Dia memerhatikan sahaja langkah Azyan yang laju meninggalkan tempat latihan teater. Mat Karan mendengus. Pantas dia merentap lengan Syakir, menarik lelaki itu mengikutinya. Di satu sudut, Emelda memerhati dengan perasaan yang meluat. Dia seorang ditinggalkan dan tidak dihiraukan. Hatinya membengkak. Syakir menolak dia kerana Azyan.

95

Coke and Sundae

Emelda tidak puas hati. Dia perlu fikirkan cara untuk menjatuhkan Azyan. Azyan perlu diajar! Bukan susah nak mengenakan Azyan. Senyuman jahat terukir di bibir Emelda.

96

Ilya Abdullah

Bab 8
EINDAHAN taman bunga itu memberikan suasana yang cukup romantis kepada Azyan. Gembira bukan kepalang kerana akhirnya dia dapat berduaduaan dengan Haziq. Seronok namun entah mengapa ada perasaan aneh menyelubungi hati Azyan. Wajah Syakir mula terbayang di ruang anak matanya. Itu yang Azyan tidak suka! Azyan jangan kau fikirkan sangat musuh ketat kau itu. Sekarang kau kena fikirkan hubungan antara kau dengan Haziq. Azyan menepuk-nepuk pipinya. Bibirnya mengulum senyuman apabila melihat Haziq berjalan menuju ke arahnya sambil memegang dua batang ais krim. Ini untuk awak. Haziq menghulurkan ais krim di tangan kanannya kepada Azyan. Terima kasih, ucap Azyan lembut. Betul-betul control ayu! Hu hu hu....

97

Coke and Sundae

Haziq duduk di sebelah Azyan dengan jarak yang agak jauh. Malu-malu kucinglah tu kononnya. Mereka berbual mesra. Tawa Haziq membingitkan telinga Syakir yang berada tidak jauh dari situ. Syakir menongkat dagu sambil memerhati telatah kanak-kanak yang sedang berkejar-kejaran bermain di taman bunga itu. Dia tiada hati mahu melihat adegan romantis Azyan dan Haziq. Buat sakit hati aje! Cemburu? Mengarut! Tapi bila dilihat secara dekat, mereka nampak sepadan jugak. Azyan memang comel bila dia ketawa, kan? komen Nani sambil mencuit bahu Syakir. Syakir mendengus. Dia sudah lama tahu. Bila ketawa, Azyan sememangnya nampak comel. Sayangnya tawa comel Azyan bukan milik Syakir. Azyan tak pernah ketawa dengan dia. Aku tak kisah. Betul ke kau tak kisah? Korang ini memang sengaja nak membuang masa aku, kan? Dari buat kerja tak berfaedah ni baik korang teruskan latihan. Pertunjukan tinggal dua hari lagi. Jangan lupa, aku tak mahu ada yang buat silap! Syakir menjeling ahli kelabnya satu per satu. Masing-masing buat muka bodoh. Kau slow sangat dalam hal mengurat perempuan ni. Dah suka, nak tunggu sampai bila? Sampai kucing bertanduk? tukas Nani. Dia tidak kisah dengan jelingan tajam Syakir. Buat apa nak takut dengan lelaki itu? Bukan dia makan orang pun.

98

Ilya Abdullah

Kucing ada telinga, mana ada tanduk. Mana kau belajar kucing tumbuh tanduk kat kepala. Memang bengap betul! desis Nani. Aku dah sakit pinggang duduk kat sini. Aku nak balik! Syakir bingkas bangun. Teman-temannya segera menekan tubuh sasa Syakir supaya duduk semula di kerusinya. Syakir merengus. Sabarlah dulu, Syakir. Kau ni menggelabah semacam. Takkan dah panas hati kut? Nani bersuara. Dia kerling Syakir. Hmmm! Aku tak sangka ada jugak kelembutan di hati Azyan yang selalu nampak marah-marah tu. Dia memang cantik dan comel. Saufi bersuara. Cakap tengok belakang sikit, Opi. Ada orang tu dah mula berasap satu badan, sampuk Mat Karan. Saufi berpaling. Tepat kata-kata Mat Karan. Terketap-ketap gigi Syakir dilihatnya. Saufi tersengih. Kalau dah slow sangat, biar aku aje yang mengurat bagi pihak kau, Syakir. Aku pun dalam golongan lelaki macho dan mampu melindungi Azyan. Syakir yang tadi bermuka monyok ketawa mengekek. Ada hati Saufi mahu memikat gorilla, si cinta hati dia. Ingat senang ke? Jangan nak bermimpilah. Dia hanya suka lelaki yang lebih gagah dari dia. Dia fikir Haziq itu lelaki yang gagah dan perkasa macam hero cerita Ultraman tu. Haziq bukan hero Ultraman tapi Nobita. Si Haziq pulak tak tahu yang Azyan itu, She Hulks. Kuat dan gagah! Setahu aku,

99

Coke and Sundae

Haziq tidak suka perempuan yang ganas-ganas ni, tutur Syakir selamba. Tak baik mengata sepupu sendiri. Dah memang itu kenyataannya.... Eh! Ada sekumpulan lelaki kacau Azyan dan Haziqlah. Mat Karan menudingkan jari pada Azyan dan Haziq. Mata mereka mula mengalih pandangan. Hanya Syakir masih duduk menongkat dagu. Langsung tidak kisah dengan apa yang berlaku pada Azyan dan Haziq. Syakir! Ada satu geng budak nakal kacau Azyanlah. Saufi yang melihat mulai rasa cemas. Biarlah Yan mampu melindungi Haziq. Balas Syakir selamba.

BERKERUT seribu dahi Azyan melihat kehadiran tetamu yang tidak diundang itu. Kelima-lima anak muda itu nampaknya kenal dengan Haziq. Haziq pula kelihatan takut-takut. Salah seorang daripada anak muda itu memaut lengan Azyan. Azyan tersentak. Sambil menilik Azyan atas ke bawah pemuda yang memaut lengan Azyan itu berkata, cantik betul awek kau,

100

Ilya Abdullah

Ziq. Tak sangka si lembik macam kau ni pun ada awek cun yang suka ya. Apa kata kau bagi saja awek cun ini kepada kami, sahut rakannya. Haziq hanya membatu dan tidak sedikit pun menunjukkan yang dia akan melawan. Azyan sedikit hampa. Benarkah Haziq lelaki pengecut seperti yang dikatakan oleh kelima-lima anak muda itu? Tak mungkinlah! Haziq dulu bukan main berani mengelakkan motosikalnya dari melanggar dia dan seekor kucing. Ziq tolong saya, Ziq. Azyan sengaja meminta tolong dengan Haziq. Bukannya dia tidak boleh mengerjakan mamat-mamat tak berguna itu. Sengaja dia mahu menguji Haziq. Yan maafkan saya. Haziq terus melarikan diri. Azyan terlopong. Buntang matanya. Tak menduga Haziq yang nampak macho itu meninggalkan dia bersama mamat-mamat ini. Ingatkan hero yang akan menyelamatkan heroin, lebih kurang macam cerita Hindustanlah. Ha ha ha budak lembik tu memang tak berubah. Tetap penakut! Si cantik manis, kau kena layan kami. Kekasih hati kau itu lelaki tak berguna. Lebih baik kau bersenangsenang dengan kami. Kami akan melindungi kau baik-baik. Kelima-lima anak muda itu ketawa berdekahdekah. Cerminlah diri korang tu dulu sebelum korang nak mendampingi gadis cantik macam aku ini! suara Azyan. Wajah ayunya sudah berubah. Urat-urat sudah timbul pada dahi licin Azyan.

101

Coke and Sundae

Wah! Awek cun dah naik darah. Eee takutnya! Salah seorang buat lawak bodoh depan Azyan. Yang lain-lain ketawa besar. Seronok sangatlah tu! Tak tahu malapetaka sedang menghampiri mereka. Kurang ajar! Azyan melayangkan penumbuknya. Tepat kena batang hidung mamat yang memegang lengannya itu. Meraung kawan itu. Darah mengalir dari lubang hidungnya. Joe! Seorang dari mamat itu menerpa ke arah temannya yang dipanggil Joe. Teruk dilihat keadaan si teman. Mahu patah batang hidungnya. Azyan menyilangkan tangan. Sampah yang tidak berguna! Berani sungguh mereka mahu bermain-main dengan aku! Mereka tak kenal aku ni anak siapa. Ayah aku mejar tentera, tau. Aku, Nur Azyan anak kepada Mejar Idris bin Bahrain. Juara tae kwan do peringkat sekolah dan daerah. Korang tak layak bermain dengan aku! Berani kau patahkan hidung aku? Aku nak tuntut kos perubatan dari kau! jerkah mamat bernama Joe tu. Korang mencabar. ingat aku takut? Marilah! Azyan

Kelima-lima lelaki itu mengetap bibir. Tidak perlu memberi sebarang isyarat, mereka terus menerpa ke arah Azyan. Azyan memalit senyuman menakutkan di bibir.

102

Ilya Abdullah

TERMENGAH-MENGAH Haziq mengatur pernafasan. Timbul rasa bersalah di hati Haziq kerana meninggalkan Azyan bersama lima budak samseng itu. Dia takut mahu menghadapi budak yang pernah membulinya ketika di sekolah dahulu. Jika dirinya sekuat Syakir, pasti dia dapat melindungi Azyan. Haziq merasakan dirinya adalah seorang lelaki yang pengecut dan tidak berguna. Harap-harap ada la orang yang akan menyelamatkan Azyan. Pasti Azyan akan membenci dia selepas ini. Sampai bila kau nak jadi pengecut? Wajah Syakir tertonjol di depan muka Haziq. Haziq mengurut dadanya. Bila masa pulak Syakir boleh berada di sini? Haziq menundukkan kepalanya. Rasa malu hendak menghadap muka Syakir. Kau malu sebab kau lemah. Kau benar-benar memalukan kaum lelaki. Sekalipun kau lemah, kau tak patut melarikan diri dan tinggalkan Azyan macam tu aje. Dia tentu kecewa dengan kau. Abang Syakir, aku aku aaa. Kau tak layak jadi teman lelaki Azyan. Syakir menarik kolar t-shirt Haziq. Lebih baik kau lenyap dari pandangan mata Azyan saja! Dia hanya layak bersama aku! Haziq terkulat-kulat mendengar bicara kasar Syakir. Matanya mengekori setiap langkah Syakir. Haziq rasa seperti mahu menangis. Dia menggigit bibir. Kata-kata Syakir terngiang-ngiang di cuping telinganya. Aku memang lelaki pengecut! Tapi sampai bila aku mahu jadi pengecut? Lantaklah! Kali ini aku tidak mahu lari lagi. Aku

103

Coke and Sundae

sukakan Azyan. Maka aku mesti selamatkan dia dari budakbudak tak berguna itu. Aku tidak mahu kalah dengan Syakir, desis hati Haziq. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, Haziq membuka langkah besar. Langkah yang menggegarkan taman bunga itu, konon-kononnya la.... Namun kerlingan tajam pengunjung di situ tidak terarah kepada Haziq, sebaliknya bulat mata mereka menyaksikan adegan tumbuk-menumbuk Azyan dengan lima pemuda samseng yang mengganggunya. Cukup ganas dan mengerikan, kategori 18SG kalau disiarkan di televisyen. Syakir memerhati dengan senyuman tetapi Nani dan lain-lain hanya menganga. Tak berkelip mata mereka dibuatnya. Sukar nak percaya apa yang mereka lihat. Sadis sungguh keadaan lima pemuda nakal yang kononnya samseng kat kawasan itu. Betul ke apa yang aku tengok ni? Saufi bertanya pada dirinya sendiri. Dia menggosok matanya berkali-kali. Nak percaya atau tidak? Tapi kalau tak percaya tak logiklah pula sebab memang dah berlaku kat depan mata. Huiyo... kuatnya, omel Mat Karan. Dia memaut leher Hamidi. Diusap-usap rambut Hamidi ala-ala Mawi itu. Aku dah cakap dah, takde sesiapa yang dapat mengalahkan gorilla tu kalau dia dah mengamuk, ujar Syakir. Syakir membuka langkah. Baru setapak melangkah ada ribut taufan telah mendahului Syakir terlebih dahulu. Siapa lagi kalau bukan Haziq. Haziq tercungap-cungap seperti orang kena penyakit asma. Seketika kemudian dia sudah mampu

104

Ilya Abdullah

mengatur kembali rentak pernafasannya. Dia angkat kepala. Matanya membulat. Kelima-lima pemuda itu sudah terlentang di atas rumput dengan muka yang lebam di sana sini. Apakah dia sudah terlewat? Adakah Syakir terlebih dahulu menunjukkan heronya depan Azyan? Azyan menjeling tajam ke arah Haziq. Lelaki tak guna! Berani meninggalkan dia bersama sampah yang luaran punyalah nampak hebat tapi hampeh! Lembik! Seorang perempuan yang cantik lagi comel ini pun tidak mampu mereka nak kalahkan. Yan awak tak apa-apa? Haziq meluru mendapatkan Azyan. Memeriksa keadaan Azyan yang sememangnya sedikit pun tidak punya sebarang kecederaan. Lelaki pengecut! getus Azyan. Kolar baju Haziq direntap kasar. Haziq tersentak. Berani kau tinggalkan aku dengan lima ekor budak lembik nak mampus ni? Kau memang sengaja cari nahas dengan aku! Azyan menayangkan buku limanya pada muka Haziq. Sikap yang disembunyikan terpapar luas menjadi tatapan penonton-penonton siri drama tidak popular ini. Haziq telan air liur. Mak oi! Garangnya! Sahlah kelima-lima pemuda itu telah dikerjakan oleh Azyan dan bukannya Syakir. Ketakutan mula menyelubungi hati Haziq. Dia tidak menduga Azyan adalah seorang perempuan yang gagah dan lebih kuat daripada dia. Azyan tak ubah seperti watak Shu Qi dalam filem My Wife Is A Gangster.

105

Coke and Sundae

Maafkan saya, Yan. Saya bukan sengaja nak tinggalkan awak. Saya saya. Haziq terketar-ketar bersuara. Dia memang pengecut, tapi itu bukan salah dia. Sejak kecil lagi dia memang selalu kena buli dengan sampah lima ekor ini. Akulah penyelamat dia ketika dia dibuli. Syakir dan ahli-ahli kelab teaternya tunjuk muka depan Azyan dan Haziq. Terkejut beruk Azyan. Cis lagi sekali! Syakir dan budak-budak kelab teater menghendap dia berdating ruparupanya! Kau menghendap aku ya? Mata Azyan melotot ganas pada yang empunya suara. Kolar baju Haziq dilepaskan. Dia menghadap Syakir yang sedang tersengih memperlihatkan gigi-gigi putihnya. Geng kelab teater menyorok di belakang Syakir. Masing-masing berdoa agar tidak dibelasah oleh Azyan. Tak pasal-pasal pulak nanti mereka join budak lima ekor yang terlentang di atas rumput itu. Kau ingat aku teringin sangat nak menghendap kau berdating dengan Haziq? Minta maaflah. Dari aku menghendap kau baik aku pergi zoo, tengok beruk yang bergayut atas pokok tu. Nani menepuk dahi. Ke situ pulak Si Syakir ni. Habis tu, kalau kau pergi melawat kawan kau yang suka bergayut atas pokok tu, kenapa kau ada kat sini pulak?! Kau pun satu kaum dengan kawan aku yang bergayut dalam zoo tu jugak. Bezanya kau terlepas dari kandang, itu aje. Itu aku datang nak jinakkan kau, nak masukkan kau dalam kandang semula.

106

Ilya Abdullah

Badigol punya Syakir! Berani dia samakan aku dengan beruk-beruk dalam zoo tu? Ini boleh lebih mendatangkan marah! Azyan dan Syakir mula lawan mata. Tunggu masa saja Azyan menerkam Syakir. Aummm! Azyan, saya minta maaf. Tak sangka awak memang kuat ye. Suara Haziq buat kepala Azyan berpaling. Haziq melemparkan senyuman yang selalu buat Azyan angau tapi tidak pada hari ini. Kenapa? Salah ke saya kuat macam lelaki? Awak takut? duga Azyan. Saya suka. Saya tak kisah awak lebih kuat dari lelaki. Saya memang sukakan awak, Yan. Pada saya, awak tetap ayu dan comel. Wajah ganas Azyan berubah sekelip mata. Telinga dia tidak salah dengar ke? Mata Syakir terbeliak. Kata-kata yang tidak disangka keluar dari mulut adik sepupunya itu. Bila pulak budak seorang ini tukar selera suka pada perempuan kuat? Aduh! Masalah ini! Dia tidak boleh biarkan Haziq mengurat buah hati pengarang jantungnya itu.

KALAU petang tadi Azyan menyeringai, malam itu pulak wajah Encik Idris yang menyeringai hinggakan bulu roma ketiga-tiga anaknya menegak. Azuan dan Anuar dah kehilangan kata-kata. Berat juga kes yang diterima hari ini. Sampai dibawa masuk ke

107

Coke and Sundae

dalam balai polis. Mujurlah salah laku itu berpunca daripada budak-budak jahat lima ekor itu. Kalau tidak... habislah berbirat belakang badan Azyan kena balun dengan rotan. Azyan yang diberi nasihat itu menundukkan kepala. Entah dengar entah tidak nasihat yang berbuih-buih keluar dari mulut ayahnya itu. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Insaf hari ini, esok buat lagi. Biasalah tu. Kata nak jadi perempuan lemah lembut dan penuh kesusilaan. Tapi bertukar jugak jadi gorilla. Kalau nak belasah pun jangan sampai budak-budak itu tak boleh bangun, Yan. Belasah ala kadar aje dahlah! Kau nak rabakkan poket ayah ke? Sudahlah sebelum ini ayah dah rabakkan poket menanggung kos perubatan budak Fadhil, anak Mak Timah Radio tu. Azyan ketawa. Ayah pun dah gelarkan mak Si Fadhil tu Mak Timah Radio juga. Yan. Azuan menyiku lengan Azyan. Azyan menekup mulut. Itulah Nuar ayah dah cakap jangan ajar adik kau jadi kuat. Tapi kau degil. Biarkan dia masuk kelas seni mempertahankan diri. Dah kuat begini, siapa yang susah? Rosak satu-satunya anak dara ayah, tau. Ala ayah dah lupalah tu. Ayah pun setuju juga masa Nuar usulkan mahu ajar Yan jadi kuat. Masuk kelab tae kwan do. Ayah kata senang, tak adalah susah sangat nak jaga anak gadis ayah macam jaga sekandang lembu. Anuar membalas. Ni kes terlajak perahu dah tak boleh berundur dah ayah. Lagipun Yan cuma mempertahankan diri dari budakbudak lembik nak mampus tu. Siapa suruh mereka kacau Yan, celah Azuan.

108

Ilya Abdullah

Azyan tersengih. Terima kasih abang-abangku kerana membela adikmu yang agak nakal ini. Itulah abang dah cakap, jangan nak jadi feminin sangat! Nak cantik! Kan dah susah bila jadi comel gini. Lelaki mulalah naik miang. Anuar menarik telinga Azyan. Azyan mendengus kecil. Apa ni main tarik-tarik telinga orang pulak! Anuar berbeza sikit perangainya daripada Azuan. Anuar agak garang dan tegas dengan Azyan. Azuan berlembut sikit. Dia suka manjakan Azyan. Itu sebab Azyan lebih rapat dengan Azuan berbanding Anuar. Ala, dua-dua Azyan sayang cuma sayang sikit lebihnya pada Azuan sebab Azuan lebih understanding. Apa salahnya dia nak jadi cantik? Dulu dahlah jadi budak nerd ke hulur ke hilir tak lekang dengan buku. Bukan setakat dapat gelaran gorilla bahkan digelar Ugly Duckling kat sekolah. Itu sebab Azyan jadi seorang gadis yang amat menakutkan. Renung orang macam nak makan orang, bidas Azuan. Si ayah di depan mata tidak dihiraukan lagi oleh dua beradik itu. Azyan pun begitu. Encik Idris bagaikan sudah tidak wujud di hadapan mereka. Baik punya anak! Buat apa nak jadi cantik? Aku lebih suka Yan yang lama. Lagi comel dan cantik. Kalau lelaki tak pandang pun tak apa. Nak tengok perempuan bukan dari luarannya tapi dari dalam ni, hah. Anuar tetap tak mahu mengalah. Hmmm... sampai ke tualah adik kita tak kahwin. Penampilan pun kena jaga jugak. Aku bukan apa, Nuar. Sesekali biarlah ada imej pada adik kita ni walaupun dia terlalu ganas dan menakutkan. Dah ayah muka ganas, kau

109

Coke and Sundae

dan aku pun muka ganas. Adik yang comel pun kau nak jadikan ganas. Patutlah seram sejuk bebudak (budak-budak) lelaki dan perempuan nak kawan dengan Azyan. Nasib baik ada Si Wawa tu. Azuan dan Anuar mula berdebat. Azyan pulak join sekaki. Terangguk-angguk kepala menyokong Azuan. Encik Idris gelengkan kepala. Boleh pulak mereka tukar topik perbualan. Perlahan-lahan dia berdehem. Ketiga-tiga anaknya berpaling ke arah si ayah yang sudah tersengih penuh makna. Amboi meriahnya. Langsung tak nampak ayah ye, suara Encik Idris. Maaflah ayah. Kita orang terover pulak, balas Azuan dengan sengihan di bibir. Tangan kanan menggarugaru kepala yang tidak gatal. Yan. Ya, tuan mejar. Ayah nak Yan janji dengan ayah satu perkara. Mungkin ini saja caranya Encik Idris dapat menyekat sikap baran Azyan. Lama Azyan berdiam barulah dia anggukkan kepala. Biarlah kali ini dia mendengar sikit cakap ayah. Dalam masa satu bulan ini ayah tak mau Yan bergaduh ke... bertumbuk ke. Tak kira la dengan sesiapa pun. Janji dengan ayah, Yan. Encik Idris merenung tepat ke dalam anak mata Azyan. Dengan lipas pun tak boleh? Azyan buat lawak bodohnya.

110

Ilya Abdullah

Nur Azyan. Encik Idris keraskan suaranya. Azyan ketawa kecil. Suka benar kalau tengok wajah ayahnya marah. Merah satu muka. Okeylah okeylah. Yan janji dengan tuan mejar. Azyan mengangkat sebelah tangannya. Tidak sampai hati mahu mengecewakan ayah tersayang. Setegas-tegas ayah, dia tetap sayangkan ayahnya. Selama ibu tiada, ayahlah yang menguruskan keluarga. Ayahlah ketua keluarga dan ayah jugalah suri rumah tangga. Kesian ayah. Anak-anak pula degilnya, nauzubillah! Terutamanya Azyan. Bunyi telefon membuatkan ayah terpaksa ke ruang tamu, menjawab panggilan. Yan boleh ke tunaikan janji pada ayah tu? tanya Azuan. Emmm insya-Allah. Yan rasa Yan boleh tunaikan janji pada ayah. Lagipun sebulan tu bukannya lama. Pejam celik dah sebulan. Harap-harap begitulah. Kali ini Yan akan dapat pengajaran sewajarnya. Itulah ikutkan sangat sikap panas baran Yan. Azuan menepuk-nepuk bahu adiknya. Azyan mengulum senyuman. Tak apa. Kalau Yan dibuli laungkan saja nama Abang Nuar. Tak payahlah, Nuar. Sebelum tu kau selesaikan dulu problem kau dengan awek psycho kau itu. Kau pun dah berada dalam keadaan genting ni, celah Azuan. Sibuklah kau! Hal aku, tahulah aku uruskan. He he he apa susahnya? Abang terima saja lamaran awek psycho tu. Lagipun dia cun la. Yan suka. Sah korang berdua menghendap aku ye.

111

Coke and Sundae

Anuar mengetap bibir. Memang dah sah pun kami menghendap Abang Nuar. Lagipun Abang Zuan yang ajak tumpang sekaki dengan dia. Kalau dapat tengok babak yang panas pastinya kami dah rakamkan untuk Abang Nuar, tau. Azyan mula ketawa mengekek. Diikuti oleh Azuan. Ayah yang berada di ruang tamu hanya menjeling anak-anaknya. Entah apalah yang diusik oleh Azyan dan Azuan pada Anuar.

112

Ilya Abdullah

Bab 9
YAKIR mula rasa cemas dan risau. Bayang Azyan langsung tidak kelihatan. Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi kelab teaternya akan mengadakan pertunjukan di atas pentas. Setahu Syakir, Azyan seorang gadis yang menepati masa. Pasti ada sesuatu yang tidak kena berlaku pada Azyan. Sudah beberapa kali dia menghubungi Azyan, namun panggilannya tidak berjawab. Nani juga turut membantu, namun tiada jua jawapan yang diterima dari telefon bimbit Azyan. Sempat ke Syakir? soal Hamidi. Dia juga sudah gelisah. Kau ada call dia tak? Syakir pula menyoal. Dah. Setengah jam lepas. Masa aku call dia, dia dah on the way ke sini. Sepatutnya Yan dah sampai, jelas Hamidi. Parah macam ini. Kita dah kesuntukan masa. Aku nak pergi cari dia. Manalah tahu kalau skuter dia rosak kat tengah jalan. Entah-entah bateri handphone dia kong ke.

113

Coke and Sundae

Syakir segera menukar pakaiannya. Pementasan tidak akan berlangsung tanpa Azyan. You nak ke mana Syakir? tanya Emelda yang terpacul di muka pintu. Nak cari Azyan. Kamu semua buat apa yang patut kat sini. Lengahkan masa selagi boleh. Apa yang you nak susah-susahkan diri? I boleh gantikan tempat Azyan. Lagipun watak tu memang watak I sebelum nikan? Emelda memaut lengan Syakir. Dia tidak mahu Syakir mencari Azyan. Dia mahu Syakir menumpukan perhatian kepada dia seorang. Apa pegang-pegang anak teruna orang ni? Lepaslah! Syakir melenting. Entah! Tak malu betul. Menggatal aje taunya kucing seekor ni. Geli pulak aku tengok dia asyik dok menggesel kat kau aje, sampuk Hamidi yang cukup tak berkenan dengan perangai gedik Emelda. Meloyakan! Kau sibuk apesal? Kau jealous sebab tak dapat pikat aku, kan? Cerminlah muka kau tu dulu, Midi. Muka macam tongkang pecah. Aku nak pikat kau? Well, excuse me! Kau buat aku nak termuntahlah, Emelda. Muka aku memang tak handsome tapi taklah sampai teringin nak mengurat perempuan menggeletis macam kau ni. Baik aku mengurat kakak caf kat kolej tu. Dia jauh lebih cun daripada kau. Muka kau pun tampal bedak sampai satu inci. Cantik plastik! Ingat dapat tutup semua parut jerawat kau tu? bidas Hamidi. Ahli-ahli kelab lain anggukkan kepala. Bersetuju dengan kata-kata Hamidi.

114

Ilya Abdullah

Aku kalau dibagi free perempuan menggeletis macam Emelda ini, aku fikir dua ratus kali. Harap muka cantik tapi study hancus. Masuk dapur entah reti entah tidak. Saufi mencelah. Yang lain-lain angguk kepala lagi. Tengoklah kawan-kawan you ni, Syakir. Mereka kutuk I. Emelda merengek. Aku takde masa nak layan kau. Aku nak cari Azyan. Baik kau prepare watak yang kau pegang sekarang. Kau banyak kali ponteng latihan teater. Syakir menarik lengannya dari pautan Emelda. Rimaslah bila Emelda asyik nak berkepit dengan dia. Bukan ke I dah cakap tadi I boleh pegang watak Tun Teja. I lagi bagus dari Azyan you itu. Apa yang bagus sangat dengan Azyan sampai I pun you dah tak pandang dah! Emelda meninggikan suaranya. Apa pulak? Dari dulu lagi aku memang tak pandang pun kau. Aku layan kau hanya sebagai kawan, tak lebih dari itu. Kau yang tergedik-gedik. Serang kawan-kawan perempuan aku la, itu la, ini la. Kau ingat kau tu bagus sangat? Aku bukan macam jantan-jantan yang ikut punggung kau, tau. Aku ni lelaki, tau! gerutu Syakir. Syakir tergamak you hina I. Selama ni I hanya tunggu you seorang. I tak pandang pun lelaki lain. I hanya cintakan you. Emelda meneruskan lakonannya. Dalam hatinya ketawa berdekah-dekah. Waktu ini pastinya Azyan sudah disekat oleh budak-budak upahannya itu. Dia akan buat Azyan gagal tiba ke lokasi pementasan. Hanya dia yang layak membawa watak Tun Teja di samping Syakir.

115

Coke and Sundae

Dah! Jangan mengarut. Kalau kau banyak songeh, kau boleh blah dari pementasan ni. Aku takkan gantikan tempat Yan dengan orang lain. Tanpa membuang masa, Syakir terus melangkah keluar dari belakang pentas. Emelda mencebik. Syakir tetap juga mahu mencari Azyan. Ha ha ha! Padan dengan muka kau. Saufi dan Hamidi sama-sama ketawakan Emelda. Bukan senang nak tawan hati tuan pengerusi kelab mereka yang mulutnya laser nak mampus tu. Aku mesti cari Azyan sampai dapat. Aku tak kira! Azyan tetap akan bawa watak Tun Teja itu juga. Azyan tidak mungkin akan buat onar dalam pertunjukan tersebut. Azyan rajin berlatih dan tidak pernah ponteng latihan. Malah Azyan telah bersusah payah menjayakan watak yang dipegangnya. Azyan bukan seperti Emelda.

NAFAS panjang ditarik dalam-dalam. Menyirap darah Azyan bila skuternya ditendang oleh sekumpulan budak lelaki yang menghadangnya di tengah jalan lapang itu. Azyan menyumpah di dalam hati. Sudahlah pelan jalan yang diberikan tidak betul. Silap hari bulan, ada yang makan kasut nanti! Sekarang ada pula kumpulan budak lelaki yang menghalang jalan Azyan. Main kasar pulak tu. Suruh Azyan turun dari skuter. Lepas itu skuter kesayangannya pula ditendang. Kurang ajar betul. Kalau bukan kerana janjinya pada ayah pastinya kumpulan budak-budak lelaki seramai lapan orang itu dikerjakan Azyan cukup-cukup.

116

Ilya Abdullah

Aduh! Aku dah lambat ni. Mati aku kalau si cicak kobeng tu membebel nanti. Mulut dia kalau dah bercakap, tak tahu nak berhenti. Leternya mengalahkan leter ayah. Dahlah kalau bercakap ikut sedap mulut dia saja. Tak bertapis langsung! Kau Azyan, kan? tanya budak lelaki yang tiada sehelai rambut atas kepala itu. Licin. Kita letak saja nama budak tak berambut itu, Si Botak. Amboi... amboi. Cantiknya bahasa. Kalau ya pun bagilah salam dulu. Dahlah tahan anak dara orang tak tentu pasal tengah jalan lapang begini. Tendang skuter kita pulak tu. Kau tahu tak bukan senang aku nak dapatkan skuter cantik ni. Buat kerja part-time, tau. Tak harapkan duit bapak, gerutu Azyan. Aku tanya nama kau, bukan pasal skuter kau. Bodoh! Si Botak menudingkan jari telunjuknya pada muka Azyan. Kurang ajar punya budak botak! Berani dia tudingkan jari pada muka aku yang ayu nan comel ni. Lepas itu kata aku bodoh! Melampau tu! Syakir pun tak pernah panggil aku bodoh walaupun dia musuh ketat aku. Kau nak buat apa kalau betul aku ni Azyan?! Azyan meninggikan suaranya. Garang, tapi manis bila marah, ujar Si Botak. Teman-temannya bersorak sambil ketawa. Azyan mengetap bibir. Benci betul dipermainkan sampai begini. Ini mesti ada orang yang dengki dengan dia. Kalau tidak, tiadalah budak-budak lelaki yang macam tak cukup umur ini menahan dia di jalan lapang begini. Kenapa dia berani cakap budak-budak lelaki itu tak

117

Coke and Sundae

cukup umur? Sebabnya, budak berlapan ini kontot-kontot aje. Mereka lebih rendah daripada Azyan. Macam budakbudak sekolah rendah saja. Itu sebab Azyan tak takut langsung meskipun dia dah tak boleh bertumbuk dalam masa sebulan ini. Nak ketawa, terpaksalah tahan dalam hati. Kecik-kecik dah jadi samseng. Duit belanja sekolah pun mak bapak masih tanggung. Azyan terpaksa tundukkan sedikit tubuhnya untuk menghadap muka Si Botak. Wajah Si Botak merona merah bila tercium bau minyak wangi yang dipakai oleh Azyan. Dah la Si Azyan ni comel orangnya. Boleh berdarah hidung dibuatnya. Si siapa budak kecik? Umur kita orang tiga belas tahun, tau. Dah bersunat. Jadi, kita orang ni dah dewasa. Tergagap-gagap Si Botak mengeluarkan suaranya kali ini. Azyan tersengih. Sebaya dengan Syamil ruparupanya geng budak-budak kecik ni. Baru umur tiga belas tahun nak mengaku orang dewasa. Daripada korang semua buat kerja tak berfaedah kat sini baik korang semua buat kerja sekolah kat rumah. Esok tak ada la kena rotan dengan cikgu. Kalau perlukan cikgu tuisyen, akak boleh jadi cikgu tuisyen korang, kata Azyan. Berubah riak wajah Si Botak. Salah seorang temannya merapati dan berbisik yang kononnya perlahan tapi jelas sekali di pendengaran Azyan. Dah gertak pun dia tak nampak takut, Lan. Macam mana ni? Wang pendahuluan kita dah terima. Apa pun kita kena buat kerja kita jugak.

118

Ilya Abdullah

Ooo Si Botak tu, namanya Lan. Tak padankan kecik dah pandai buat kerja samseng. Bahaya ni. Azyan bercekak pinggang. Mukanya diseriuskan. Ingat akak tak dengar apa yang korang bisikkan tu? Siapa upah korang semua ni? Kalau tak cakap nahas korang nanti. Korang tak kenal siapa ayah akak lagi. Kalau korang apaapakan akak, dia cari korang sampai ke lubang cacing. Mesti korang pernah tengok cerita Castello. Ayah akak macam itulah. Jangan memain. Sengaja Azyan menakutkan budak-budak lelaki itu. Mereka menelan air liur. Ketua kongsi gelap ke kak? Seorang yang nampak sedikit lurus bendul itu bertanya. Azyan anggukkan kepala. Ala, bukan susah nak tipu budak-budak kecik ni. Dia dah tembak beratus-ratus orang, tau. Semua mati di tangan dia. Takde sorang pun yang terlepas, apatah lagi budak kecik macam korang ni yang berani mengusik anak dara dia, tokok Azyan. Azyan menudingkan jari telunjuknya pada muka Si Botak. Kita orang diupah oleh seorang kakak yang cantik. Dia tak mau kasi kakak sampai ke pementasan teater. Dia jugak yang tukar pelan jalan yang salah. Si lurus bendul yang membuka mulut. Si Botak menjeling temannya itu. Temannya itu buat bodoh aje sebab dia memang dah bengap. Begitu, ye? Patutlah aku tak sampai-sampai ke tempat pementasan teater tu. Rupa-rupanya ada yang pedajalkan (aniaya) aku, bisik hati kecil Azyan.

119

Coke and Sundae

Yang kau bocorkan rahsia tu, kenapa? Bodoh! marah Si Botak. Dia mengetuk kepala temannya itu. Temannya itu mengaduh kesakitan. Salah ke dia buka rahsia? Demi keselamatan mereka juga. Dia tidak mahu mati muda. Dahlah tu, Lan. Dah tahu Si Mie tu bengap, kau ajak jugak dia join geng kita. Kau pun sama bengap macam dia jugak. Berani kau kata aku bengap, Man? Kau nak kena debik? Debiklah. Kau ingat aku takut dengan kau?! Mereka mula bergaduh sesama sendiri. Azyan dah tak tahan dah. Masa semakin jauh meninggalkannya. Dia pula tengah kejar masa. Cukup! Jangan nak bertekak lagi! Kedua-dua budak lelaki itu tersentak. Kecut perut mereka mendengar suara Azyan yang memetir itu. Azyan menarik cuping telinga kedua-dua budak itu. Mereka menjerit, mengaduh kesakitan. Akak lupa nak beritahu yang akak juga seganas ayah akak tu. Akak rasa nak gulai (kerjakan) aje korang ni, tau. Mereka berundur setapak, kemudian cabut lari. Itu baru acah sikit aje. Buat gimmick sikit saja, dah lari lintang-pukang. Azyan ketawa kecil. Tinggallah Si Botak dengan dua temannya itu. Sekarang tinggal tiga orang budak kecik saja. Seorang botak, seorang rambut belah tengah dan seorang berambut tegak macam duri durian.

120

Ilya Abdullah

Tercegat apa lagi tu? Angkat balik skuter akak ni! arah Azyan dengan garang. Tiga budak lelaki itu menelan air liur. Kecut perut melihat wajah Azyan yang sudah bertukar rupa. Pantas mereka bertiga mengangkat kembali skuter Azyan. Hah! Korang datang sini naik apa? Naik basikal, kak. Ketiga-tiganya menjawab pantas. Samseng naik basikal. Hmmm! Tahu kat mana tempat pementasan teater tu tak? Tau, kak. Tunjukkan akak jalan ke sana.

SYAKIR tidak tentu arah mencari Azyan dengan motosikalnya. Dia pergi ke rumah Azyan. Gadis itu dikatakan sudah keluar awal dari rumah. Tapi ke mana pula sedangkan pelan jalan sudah diberikan. Itulah sudah disuruh pergi bersama, Azyan menolak dengan keras. Tahulah Azyan benci sangat dengan dia. Sehari kalau mereka tak bertegang urat, tak sah! Lepas subuh Yan tak tidur macam selalu. Dia kata tak nak lewat sampai ke tempat pementasan teater. Pelik juga. Yan bukannya suka dengan teater. Itu kata Azuan ketika dia datang ke rumah Azyan tadi. Lega Syakir mendengar kata-kata Azuan. Dia tahu Azyan akan bersungguh-sungguh bila dah buat sesuatu perkara itu, tak kiralah sama ada dia suka atau tidak. Ke mana pula Azyan menghilang? Syakir rasa ada

121

Coke and Sundae

yang tidak kena. Masakan Azyan boleh sesat sedangkan pelan jalan sudah diberikan. Biarpun Azyan boleh menjaga dirinya sendiri, tapi Syakir tetap berasa risau. Siapa tak risau jika gadis kesayangan ditimpa masalah? Lebih-lebih lagi bila dia terdengar perbualan Azyan dengan Nani tempoh hari. Dalam masa sebulan ni kau tak boleh langsung gunakan ilmu pertahanan diri pada sesiapa. Okey jugak hukuman yang ayah kau berikan tu. Kau amat menakutkan bila kau marah Yan, kata Nani sambil memandang wajah Azyan yang agak monyok. Emmm tak baik melawan cakap ayah, nanti jadi anak derhaka. Tak mahulah kena sumpah macam Si Tanggang. He he he kau ni sebenarnya ada juga sifat lembut dalam hati kau, Yan. Tak salah, kan kalau nak jadi kuat untuk keselamatan diri sendiri. Sebulan tu tak lama. Harap-harap takdelah orang yang cari pasal dengan saya. Ini mesti pasal Azyan bergaduh dengan budak lima ekor kat taman bunga hari itu. Itu sebab Syakir mesti mencari Azyan sampai dapat. Dia bertanggungjawab terhadap keselamatan Azyan. Lagipun, inilah peluang Syakir untuk jadi hero depan Azyan. Syakir memberhentikan motosikalnya di bahu jalan. Kelibat Azyan masih tidak muncul-muncul. Dia melihat jam di pergelangan tangan. Tinggal beberapa minit saja lagi kelab teater dari kolej mereka bakal naik ke atas pentas. Syakir mengeluh panjang. Bunyi skuter di tengah jalan langsung tidak dipeduli. Kepalanya hanya memikirkan Azyan. Hah, Syakir! Kenapa kau boleh ada kat tepi jalan, dok melongo pulak ni? Awek kau mungkir janji ke?

122

Ilya Abdullah

Teguran dari belakang mengejutkan Syakir. Ligat Syakir memalingkan kepalanya. Bibirnya mengukir senyuman bila terlihat wajah ayu itu. Namun hanya sekejap. Timbul urat-urat di dahinya bila melihat tiga budak kecik di belakang Azyan. Awek mungkir janji otak kau! Kau pergi mana? Kau main dengan budak-budak kecik ni ke? Kau tau tak kita orang dah jadi kelam-kabut pasal kau! Aik! Naik suara pulak! Kau tahu tak kenapa aku lambat? Aku sesat jalan dengan pelan yang diberikan oleh kucing miang kau tu! Azyan keluarkan kertas yang sudah renyuk di dalam poket seluar jeansnya. Dia campakkan pada muka Syakir. Sungguh tak baik perbuatan Azyan itu. Kucing miang! Tahulah Syakir siapa yang punya angkara. Patutlah Emelda beria-ia menghalang dia dari mencari Azyan. Dengki pada Azyanlah tu! Syakir sendiri pun tak tahu kenapa Emelda asyik terkejar-kejarkan dia. Nak kata dia kaya-raya, tak pula. Emelda yang kaya. Dia hidup sederhana saja. Tapi kalau pada paras rupa, dia memang ada pakej. Bukan nak bangga diri dah Tuhan kurniakan wajah yang elok molek, gitu. Bersyukurlah kerana pakej wajah inilah dia ditawarkan kerja part-time model iklan di televisyen dan majalah. Aku tak bela kucing miang tapi aku bela ayam jantan kat kampung tu. Ooo bela ayam jantan. Kau gaylah ye? Gay otak kau! Sedap-sedap mulut saja mengata aku ni gay! Aku bela ayam jantan, bukan bela lelaki. Manusia dengan binatang pun dah tak tahu nak bezakan! Kau nak tunggu apa lagi? Cepat! Kita dah lewat ni.

123

Coke and Sundae

Syakir sudah menghidupkan enjin motosikalnya. Aku lupa nak tanya. Budak kecik bertiga ni kau culik dari mana pulak? Takkan adik kau, Yan? Kau kan anak bongsu? soal Syakir tiba-tiba. Aku jumpa kat jalan masa aku sesat tadi. Mereka yang tolong aku tunjukkan jalan yang betul. Kalau tak, mahu aku sesat selamanya. Azyan kelentong. Tidak diceritakan perkara sebenar. Budak bertiga itu tercengang. Mereka saling berpandangan. Kita kena cepat ni. Budak kecik bertiga ni tak dapat bersaing dengan kita dengan basikal cabuk dia orang ni. Takkan kau nak angkut sekali mereka dengan kita? Aku taulah! Azyan memandang ketiga-tiga budak lelaki itu. Terima kasih atas bantuan kamu bertiga. Kamu tentu ada handset, kan? Mereka anggukkan kepala. Si Botak yang bertindak sebagai ketua itu menghulurkan telefon bimbit berjenama Nokianya. Mak oiii! Canggihnya telefon bimbit dia. Best betul jadi anak orang kaya ni. Azyan menekan-nekan nombor pada keypad telefon Si Botak. Kemudian dia memberikan semula kepada Si Botak. Akak dah setkan nombor telefon akak pada handset adik. Ingat pada tawaran akak tadi. Kalau setuju, call akak. Kalau tak setuju pun, adik boleh call akak. Kita boleh jadi kawan, ek. Boleh jadi satu team nanti. Azyan mengusap-usap kepala Si Botak yang licin itu sambil mengenyitkan matanya.

124

Ilya Abdullah

Si Botak tersenyum manis. Dua orang kawannya juga turut tersenyum. Kami nak panggil akak apa? Panggil saja Kak Yan. Take care. Jangan nakalnakal lagi. Azyan segera membuntuti motosikal Syakir yang sudah bergerak di hadapan.

SEMUA ahli kelab teater menarik nafas lega kerana Azyan dan Syakir tiba tepat pada masanya. Bergegas Nani menyiapkan Azyan untuk pementasan mereka yang akan bermula kurang dari satu minit lagi. Syakir juga begitu. Mereka memang tidak boleh berlengah-lengah dengan masa. Azyan berposing di hadapan Nani. Nani tersenyum meleret. Azyan bertambah cantik bila dia siap didandan. Kalah Era Fazira. Lepas ini pasti Azyan akan meletup. Mahu cemburu Syakir nanti kalau Azyan dikelilingi oleh pangiran-pangiran kacak, gitu. Encik Hang Tuah Cik Tun Teja awak dah siap! Cantik tau! laung Nani. Eleh! Ye ke? Cantik sangat ke gorilla aku tu? balas Syakir yang sedang membetulkan tengkolok di kepala dan keris di pinggangnya. Tampan sekali. Eh, halo... kalau tak cantik, orang tak puji aku, tau.

125

Coke and Sundae

Azyan terpacul di depan mata Syakir dengan lagaknya. Tak sangka dia boleh ayu begini pakai baju kebaya. Nak tahu tak? Seumur hidup Azyan, dia tidak pernah mengenakan baju kebaya. Baju kurung pun dia pakai masa sekolah dan Hari Raya Aidilfitri. Kalau hari lain, minta maaflah. Dia lebih selesa mengenakan seluar jeans dan kemeja labuh. Cantiknya kau, Yan! Terbeliak biji mata Hamidi. Haah! Boleh jatuh cinta aku dibuatnya, sampuk Mat Karan. Jangan nak mengada-ada! Gorilla ini aku yang punya. Korang jangan nak rapat-rapat dengan dia! Syakir menarik Azyan ke sisinya. Tersentak Azyan mendengar kata-kata Syakir. Wajahnya merona merah. Dia rasa telinganya tak salah dengar. Lagipun dia kerap korek telinga. Ini mesti Syakir mahu mengenakan dia lagi. Apa kau merepek ni cicak kobeng? Kau ingat aku menatang (binatang) peliharaan kau? Azyan bercekak pinggang. Masa sekolah Syakir dah malukan dia sekali. Dia tidak akan biarkan Syakir memalukan dia lagi. Dahlah sekarang bukan masa nak bertekak. Giliran kita dah sampai. Nani menjadi orang tengah. Tidak mahu keadaan menjadi lebih keruh. Azyan menjelirkan lidah. Syakir mencebik. Bengap betul. Masih tak fahamfaham isi hati aku! Sabar Syakir, sabar. Masih ada masa lagi. Azyan akan faham perasaan kau satu hari nanti.

126

Ilya Abdullah

Berusahalah Syakir. Saufi menepuk bahu Syakir dikuti oleh Mat Karan, Hamidi dan yang lain-lain. Syakir tersenyum meleret. Dia turut mengatur langkah seiring dengan mereka ke pentas. Aku akan uruskan hal kau lepas pementasan ni selesai. Ujar Syakir sebaik saja dia melintasi Emelda. Wajah Emelda berkerut. Sudahlah rancangannya gagal, kini Syakir buat muka pula dengan dia. Menakutkan betul bila melihat renungan Syakir. Budak-budak yang diupah untuk menyekat Azyan itu memang tidak boleh diharap langsung!

127

Coke and Sundae

Bab 10
Kepala Azyan terpacul di muka pintu bilik kelab teater. Nani yang sedang menyusun pakaian di dalam beg galasnya mengurut dada. Azyan sebiji macam Syakir. Suka muncul dengan cara mengejut. Dahlah kepala saja yang terpacul dulu, kemudian baru nampak badan. Tak bagi salam, kau main sergah akak aje, Yan. Kau nak bagi akak lemah jantung ye? Aik! Kena sergah sikit dah kena penyakit orang kaya tu. Mana akak dapat info tak munasabah tu? Kat sini kan ada bakal doktor, kenapa tak rujuk kat dia dulu, kak? Azyan ketawa. Dia merapati Nani. Cicak kobeng tu mana? Itu ha. Jari telunjuk Nani dihala pada sofa panjang yang terletak pada sudut dinding bilik kelab tersebut.

AK NANI, mana cicak kobeng kesayangan Kak Nani tu?

128

Ilya Abdullah

Mata Azyan mengikut pergerakan jari Nani. Sekujur tubuh terbaring lesu di atas sofa tersebut. Matanya terpejam rapat. Siapa lagi kalau bukan Syakir! Wajah Syakir tampak tenang bila tidur. Tiada aura gelap yang menyelubungi bila dia lena begini. Dia tu keletihan. Kelam-kabut dia bila kau tak sampai tadi. Bergegas dia keluar mencari kau merata tempat. Dia risaukan kau. Cicak kobeng ni risaukan saya? Kak Nani buat lawak tak kelakar langsung. Azyan ketawa kecil. Dalam hati, berdebar-debar! Tak tahu kenapa perasaan ini mula lain macam dengan Syakir. Betullah. Akak tak tipu, Yan. Kau tau, kaw-kaw Emelda kena marah dengan Syakir. Tak sangka Emelda aniaya kau. Merayu-rayu kucing miang tu minta maaf dengan Syakir. Tapi nasiblah Syakir tu bukan senang nak dipujuk rayu orangnya. Kau tau, dia tak nak tengok lagi muka Emelda dalam kelab teater ni! Dihalaunya Si Emelda tu. Bersungguh-sungguh Nani bercerita dengan Azyan. Ish! Kejam betul. Saya tak kisah sangat pasal Emelda aniaya saya, kak. Tak simpan dalam hati pun. Tak perlulah buang dia dari kelab teater ni. Lagipun kan ke dia dah lama join kelab ni? Saya ni orang baru. Saya bukan minat sangat dengan teater ni. Saya join kelab ni pun pasal kena ugut dengan cicak kobeng tu, sahut Azyan sambil mengerling ke arah Syakir yang masih terlena. He he he tapi lakonan kau tadi hebat gila, Yan. Kau lagi hebat daripada Emelda tu. Kau ada bakat. Kalau dikembangkan, bukan setakat jadi pelakon teater tapi kau boleh jadi pelakon filem. Itu pasal kita boleh menang. Tak berminatlah, kak. Saya tak suka kerja glamor

129

Coke and Sundae

ni. Tak bestlah jadi orang glamor. Cerita luar dan dalam kain semua orang nak tau. Takde privacy. Bukan macam si cicak kobeng tu memang dah glamor. Muka pun dah pernah keluar televisyen katakan. Peminat keliling. Betul jugak tu. Kau tak nak try ke isi kekosongan di hati Syakir? Terangkat-angkat kening Nani. Saja nak uji isi hati Azyan. Manalah tahu kut-kut Azyan ada hati sikit pada Syakir. Orang handsome gitu, awek mesti dah ada keliling pinggang. Lagipun saya tak berminatlah jadi salah seorang dalam senarai awek dia. Azyan menjuihkan bibir. Buruk rupanya. Tapi Azyan tak kisah kalau memburukkan rupa jika nama Syakir disebut. Akak satu jurusan dengan Syakir akak tahulah siapa dia, Yan. Seorang awek pun takde yang berkenan di hati dia. Yang datang memang berduyun dan yang lari pun berduyun-duyun, tak tahan dengan mulut laser dia, cerita Nani sambil ketawa kecil. Yelah tu. Entah-entah awek dia ada kat merata-rata tempat kat dalam dunia ni. Dahlah perasan. Dia ingat muka dia dah masuk televisyen, dah masuk majalah boleh buat kita ternganga dengan dia. Tak hinginlah kita nak terkejarkejarkan dia. Mulut dahlah suka fire orang. Diktator pulak tu. Selamba saja Azyan mengutuk Syakir. Ala bukan mamat tu dengar pun. Kalau dah penat, mesti dia tidur mati punyalah. Amboi! Cakap langsung tak bertapis. Jaga-jaga, takut si cicak kobeng tu tidur-tidur ayam aje, Yan. Nani menggoyang-goyangkan jari telunjuknya.

130

Ilya Abdullah

Azyan tersengih. Dah lewat ni. Akak nak beransur. Jom kita balik, Yan. Opi dengan Midi ada dalam bilik stor, tengah susun barang. Biarlah mereka yang kejutkan Syakir nanti. Orait. Sebelum keluar, Azyan sempat sekali lagi mengerling Syakir dengan ekor matanya. Dia mengulum senyum. Tak tahu kenapa dia boleh tersenyum pula bila melihat Syakir. Kalau kau boleh bagi senyuman manis kau kat aku macam tu hari-hari, kan bagus? Ini tidak... menyinga (marah) aje tahunya. Suara Syakir mengejutkan Azyan dan Nani. Syakir yang disangka sedang tidur lena itu membuka matanya perlahan-lahan. Ingatkan tidur tak sedar diri tadi. Betul kata Nani, Syakir tidur-tidur ayam. Nasiblah kalau dia dengar aku kutuk dia. Ala nak takut apa pada mamat ni? Dia tak akan berani apa-apakan aku, punya. Nak jadi kes naya ke dikerjakan oleh dua orang abang kesayangan aku tu? Jangan memain (mainmain) dengan Azuan dan Anuar. Jangan kau nak perasanlah, Encik Syakir oi. Aku bukan perasan, tapi aku terperasan. Sedap betul mulut kau kutuk aku di belakang ye, Yan. Macammacam rencah kau taruh bila memasak. Setakat rencah kari cap Alagapas tu, tak ke mananya. Kalau nak rencah yang lebih sedap, aku boleh tanyakan pada Muthu Samy kat mamak corner tu. Bukan rencah cetak rompak tau, yang original. Kari dia paling kawkaw. Azyan membalas.

131

Coke and Sundae

Nani menggelengkan kepala bila melihat Azyan dan Syakir bertegang urat. Ha ha ha. Syakir ketawa besar. Cakap aje la kau jealous dengan kehenseman aku yang meruntun jiwa awek-awek kat kampus ini. Dengar pantun dua kerat dari Nur Azyan Idris ni. Kak Senah pergi menarah. Pooorahhh! Makin besar tawa Syakir memecah keheningan dalam bilik teater itu. Sepanas-panas Azyan, kalau dia buat kelakar mahu pecah perut dibuatnya!

AZYAN memuncung tatkala menerima kehadiran Syakir sebagai tetamu di rumahnya pada malam itu. Entah apa niat mamat seorang ini bertandang ke rumahnya. Tengok muka Syakir yang tersengih-sengih itu membuatkan Azyan rasa meluat hingga tak terkata. Azyan berlalu menuju ke dapur. Itu pun setelah diarahkan oleh Azuan untuk membancuh air. Tetamu bertandang, mestilah kena sediakan minuman, kan? Takkan mahu dihidangkan dangan air liur saja. Malas-malas Azyan menjerang air di dapur. Gelagatnya itu diperhatikan oleh Anuar yang sibuk menyusun biskut di atas piring. Bukan dia tak kenal dengan sikap anti Azyan pada Syakir. Entah bilalah mereka boleh berdamai. Dua-dua tidak mahu kalah kalau bertekak. Banyaknya kau taruh kopi, Yan. Bulat mata Anuar melihat serbuk kopi yang dibubuh oleh Azyan ke dalam teko. Azyan tersengih dengan teguran abangnya itu.

132

Ilya Abdullah

Sudahlah bubuh lapan sudu besar serbuk kopi, Azyan tidak bubuh sedikit gula pun dalam kopinya. Berkerut seribu dahi Anuar. Ada saja motif adiknya seorang ini. Kenapa tak taruh racun tikus sekali? Sedap sikit kopi kau tu, usul Anuar. Nanti mati pulak anak orang. Yan tak nak tanggung. Habis tu, yang kau buat kopi pekat nak mampus ni dah hilang akal ke? marah Anuar. Kalau Yan hilang akal Yan tak duduk sinilah, Abang Nuar. Yan duduk kat Tanjung Rambutan tu. Selamba sahaja tutur kata Azyan. Senyumnya kian meleret. Kau memang sengaja cari nahaslah, Yan. Syakir tu tak teruk mana pun. Kau saja yang anti sangat pada dia. Anuar merampas botol kopi dari tangan Azyan. Tapi kalau sekali-sekala kenakan orang apa salahnya, kan? Lima sudu besar serbuk kopi ditambah lagi ke dalam teko. Terbeliak biji mata Azyan. He he he abang pun otak jahat juga. Sesudah menyiapkan air terlebih istimewa itu, Azyan menatang dulang ke ruang tamu. Penuh dengan sopan santun dia menuangkan air ke dalam cawan. Namun dalam hati, Azyan ketawa berdekah-dekah. Tidak sabar mahu melihat wajah Syakir selepas ini. Hairan Syakir melihat tingkah-laku Azyan yang lembut. Ini mesti ada udang di sebalik batu. Azyan ni bukan boleh percaya sangat. Ada saja agenda tersembunyinya.

133

Coke and Sundae

Jemputlah minum. Aku buat kopi special untuk kau, pelawa Azyan dengan suara yang lembut. Berdegup kencang jantung Syakir dengar suara lembut Azyan. Pertama kali Azyan bercakap begitu lemah lembut dengan dia. Ada apa-apa ke ni? soal Syakir. Biasalah kalau tetamu datang rumah aku, mestilah aku layan baik-baik. Takkan aku nak menghalau pulak. Apa kau ingat aku bubuh racun dalam minuman kau? duga Azyan. Kau tu kalau baik selalunya ada makna, Yan. Abang bukannya percaya sangat dengan kau ni, sampuk Azuan. Apalah abang ni? Dengan adik sendiri pun tak percaya. Azyan cebik bibir. Macam mana abang nak percaya? Kau selalu buat perangai gila kau tu. Bukan abang tak tahu perangai kau, Yan, kata Azuan dengan selamba. Huh! Malaslah nak bertekak dengan abang ni. Bazirkan air liur Yan aje. Azyan bingkas bangun meninggalkan Azuan dan Syakir di ruang tamu. Dia tidak terus masuk ke biliknya di tingkat atas, sebaliknya dia menyorok di sebalik pintu dapur. Anuar berada di belakang Azyan. Teringin untuk melihat Syakir menelan kopi special adunan sejati mereka itu. So, apa fikiran kau tentang posisi kau tu? Kau setuju tak, Kir? Azuan menyambung semula perbualan yang tergantung. Syakir mengusap dagu. Tidak sampai hati pula

134

Ilya Abdullah

ingin menolak permintaan Azuan. Seharian Azuan mencari dia di kolej semata-mata ingin meminta bantuannya. Kau pun tahu aku main bola sepak sekadar sukasuka aje. Aku dah lama tak main secara serius sejak aku tinggalkan sekolah. Aku tak tahu sama ada skill permainan aku masih power macam dulu atau tak, ujarnya. Itu kenyataannya. Syakir tidak mahu Azuan menaruh harapan yang tinggi kepadanya, walaupun dia pernah menjadi pemain terbaik antara sekolah-sekolah. Aku tak kisah. Janji pasukan aku lengkap untuk menyertai perlawanan tu. Kalah atau memang, lain kira. Aku main bola sepak bukan semata-mata mahu menang. Aku mahukan kepuasan bermain satu pasukan. Kalau kau dah cakap macam tu, rasanya takde masalah bagi aku menggantikan tempat ahli pasukan kau yang sakit tu. Thanks. Kau memang kawan yang boleh aku harapkan. Azuan menepuk-nepuk lembut bahu Syakir. Selesai satu masalah. Kau tak nak cuba kopi special yang Yan buat untuk kau tu? Terangkat-angkat kening Azuan. Kau rasa dia bubuh racun tak? tanya Syakir. Mengarut betul kau ni, Kir. Tapi kalau dia bubuh minyak dagu, aku percaya. Mana tahu dia dah jatuh hati pada kau. Habislah kau... canda Azuan seraya ketawa kecil. Kalau Yan yang calit aku aku tak kisah. Lagi aku suka! balas Syakir dengan ketawa besarnya. Meluat Azyan mendengar tawa Syakir. Perasan betul mamat seekor ni. Tak kuasa aku nak calit-calit kau! Dari aku

135

Coke and Sundae

calit kau, balik aku calit Mr. Henry - pensyarah kacukan Inggeris-India tu. Kih kih.. kih mahu terbeliak biji mata budakbudak perempuan kat kolej kalau aku couple dengan Mr. Henry. Sudahlah handsome, baik hati pula tu. Perempuan mana tak cair? Kalau aku ni jenis pompuan yang gatal merenyam, dah lama dah aku tackle Mr. Henry tu. Biar Syakir berbulu tengok aku berpasangan dengan Mr. Henry. Bibir Azyan menguntum senyuman melihat Syakir mengangkat cawannya. Tidak sabar dia menanti Syakir meneguk minuman itu. Itulah saat yang ditunggu oleh Azyan dan Anuar. Perlahan-lahan Syakir menghirup minumannya setelah mengucapkan bismillah di dalam hati. Wajah Syakir berubah serta-merta. Tersembur air kopi itu dari mulutnya. Dia terbatuk-batuk sambil memegang lehernya. Lahabau! Tak guna punya, Azan. Kopi special konon. Entah berapa sudu sebuk kopi yang Azyan letak agaknya. Pahit nak mampus! Mahu hitam giginya yang putih itu. Syakir tidak berani buka mulut. Dia memandang Azuan sambil mengetapkan bibirnya. Azuan merengus kasar. Syakir menekup mulut, menahan tawa dari meletus. Apa tidaknya? Hitam muka Azuan dengan air kopi yang tersembur dari mulutnya. Azuan bingkas bangun. Dia tahu siapa yang empunya angkara kalau bukan Azyan! Azyan dan Anuar sudah pecah ketawa. Tidak tahan melihat gelagat Syakir menelan kopi special yang dibuatnya

136

Ilya Abdullah

itu. Namun gelak tawa mereka hanya seketika. Azyan dan Anuar rasa tidak sedap hati. Kedua-duanya berpaling ke belakang. Dilihat wajah Azuan menyeringai dengan senyuman yang cukup mengerikan. Bala dah datang! bertempiaran lari bersama Anuar. Jerit Azyan sebelum

137

No. ISBN:- 978-967-5067-51-8 Jumlah muka surat: 384 Harga Runcit:Semenanjung Msia: RM18, Sabah/Sarawak: RM21 Harga Ahli KKN:Semenanjung Msia: RM14, Sabah/Sarawak: RM17 Sinopsis:Boleh ke Coke dan sundae bercampur? Apa rasanya ye? Sedap ke? Boleh telan ke? Itulah yang terjadi apabila Azyan bertemu dengan Syakir. Mereka berdua tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bersua, pasti mereka akan berperang mulut. Cuma tak angkat senapang aje. Azyan mendambakan seorang kekasih yang lebih gagah daripada pujaan hatinya, The Rock. Sementelah dia merupakan juara tae kwan do peringkat sekolah dan daerah. Tambahan pula, dengan didikan ala-ala tentera daripada

ayahnya, Mejar Idris, Azyan merupakan seorang gadis yang tough dan maskulin. Tentulah dia mahukan seorang pria yang gagah perkasa, laksana pahlawan zaman dahulukala. Azyan dalam diam-diam menaruh hati terhadap Haziq, sepupu musuhnya, Syakir. Dia pernah melayangkan surat cinta buat Haziq tetapi tersalah landing kepada Syakir pula. Dan itulah modal utama yang Syakir gunakan untuk memaksa Azyan menyertai kelab teaternya. Syakir telah lama jatuh hati pada Azyan. Malangnya dia bukanlah mat jiwang karat. Dia sendiri geli untuk mengucapkan perkataan I love you mahupun sayang kepada Azyan. Satu sahaja caranya menarik perhatian Azyan: melalui kata-katanya yang pedas lagi berbisa. Yang Azyan pula, slow nauzubillah! Dah banyak kali Syakir bagi hint, dia langsung tak perasan. Sedangkan semua orang tahu yang Syakir ada hati pada Azyan. Bila agaknya Azyan yang gemarkan air Coke boleh ngam dengan Syakir yang sukakan aiskrim sundae? Sebuah kisah cinta kelakar yang rugi jika tidak dimiliki! Syakir: Dua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing belang, dua tiga boleh kucari, mana nak sama dengan Miss Cokeku seorang. Azyan: Pak Sameon menoreh getah, pigidah!!!! Dapatkan COKE AND SUNDAE di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai berdekatan anda. Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel Enterprise melalui online atau pun pos.

Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/ kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, Wangsa Maju, 53000 Kuala Lumpur. No. Telefon:- 03-4149 0096 No. Faks:- 03-4149 1196

Anda mungkin juga menyukai

  • ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    Dokumen108 halaman
    ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • GK
    GK
    Dokumen88 halaman
    GK
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Pelang I
    Pelang I
    Dokumen121 halaman
    Pelang I
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Cheese
    Cheese
    Dokumen68 halaman
    Cheese
    kelabk
    100% (3)
  • BKN Bisikan
    BKN Bisikan
    Dokumen43 halaman
    BKN Bisikan
    kelabk
    100% (1)
  • Kys PDF
    Kys PDF
    Dokumen112 halaman
    Kys PDF
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    Dokumen104 halaman
    ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    kelabk
    100% (1)
  • Abu
    Abu
    Dokumen82 halaman
    Abu
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    Dokumen65 halaman
    Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • LVD
    LVD
    Dokumen149 halaman
    LVD
    kelabk
    100% (1)
  • Cim
    Cim
    Dokumen127 halaman
    Cim
    kelabk
    0% (1)
  • CIM Bab 1-10
    CIM Bab 1-10
    Dokumen45 halaman
    CIM Bab 1-10
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Khilaf PDF
    Khilaf PDF
    Dokumen93 halaman
    Khilaf PDF
    Syafiq Rizuan
    Belum ada peringkat
  • Abu
    Abu
    Dokumen82 halaman
    Abu
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Cim
    Cim
    Dokumen127 halaman
    Cim
    kelabk
    0% (1)
  • Usd
    Usd
    Dokumen150 halaman
    Usd
    kelabk
    50% (2)
  • Abu
    Abu
    Dokumen82 halaman
    Abu
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • KSJ
    KSJ
    Dokumen99 halaman
    KSJ
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • GB
    GB
    Dokumen206 halaman
    GB
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • NLBB
    NLBB
    Dokumen106 halaman
    NLBB
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Cerpen
    Cerpen
    Dokumen229 halaman
    Cerpen
    nisascr
    Belum ada peringkat
  • Kon Trak
    Kon Trak
    Dokumen95 halaman
    Kon Trak
    kelabk
    67% (3)
  • STR
    STR
    Dokumen71 halaman
    STR
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • KS
    KS
    Dokumen113 halaman
    KS
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • SKAN
    SKAN
    Dokumen104 halaman
    SKAN
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • HC
    HC
    Dokumen117 halaman
    HC
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • S&S
    S&S
    Dokumen97 halaman
    S&S
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • HC
    HC
    Dokumen117 halaman
    HC
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • HC
    HC
    Dokumen117 halaman
    HC
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • KS
    KS
    Dokumen113 halaman
    KS
    kelabk
    Belum ada peringkat