Anda di halaman 1dari 51

TAFSIR AYAT AKHLAK

Disediakan oleh: Nashitah binti abd.kadir Siti nursyifaa binti osman PISMP P.ISLAM 1

Tafsir ayat akhlak : surah AlAnfal(24-25)

LATAR BELAKANG SURAH alanfal


Diturunkan Selepas Al-baqarah Semasa Peristiwa Badar. Penting Dalam perjalanan dakwah dan harakah. Ghazwan Badar Yaumul Furqan (pemisahan kelompok mukmin dan juga kelompok kafir.

Kepentingan surah
Mendedahkan hakikat jihad di dalam Islam. Tabiat & Ciri-ciri Harakah Islamiyah. Ibn Qayyim menggariskan peringkat dakwah Rasulullah: Permulaan wahyu. Ayat Kerasulan Dakwah kepada keluarga dan juga sahabat. Dakwah ke seluruh masyarakat Arab dan juga umat manusia.

Ayat 24 surah al-anfal

Mafhum ayat:

24. Wahai orang-orang Yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila ia menyeru kamu kepada perkara-perkara Yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah Bahawa Sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu Dengan (pekerjaan) hatinya, dan Sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.

Huraian Ayat 24:


Allah s.w.t menyebutkan agar umat Islam itu patuh kepada Allah dan rasul-Nya. Hal ini kerana ia merupakan satu kewajipan kepada setiap hamba-Nya. Mereka diwajibkan berperang dan berjihad dimana dalam ayat ini menyatakan bahawa mereka perlu sentiasa bersedia untuk menyahut sesuatu seruan.

Abi Said al-Maalli ada meriwayatkan:

Sedang saya sembahyang di Masjid, Rasulullah s.a.w telah memanggil saya, tetapi saya tidak menyahutnya, kemudian (setelah selesai sembahyang) saya pun mendatanginya seraya berkata Ya Rasulullah, saya sedang sembahyang. Maka ujar Baginda: tidakkah Allah telah mengatakan :

Mafhumnya: sahutlah seruan Allah dan rasul itu apabila kamu diseru olehnya.

Berdasarkan hadis ini, jelaslah bahawa menyahut panggilan seperti ini hanya dikhaskan untuk nabi sahaja dimana seseorang boleh memutuskan sembahyangnya. Sesetengah qaul mengatakan : kalau seseorang itu sedang sembahyang, lalu dipanggil oleh orang lain kerana sebab yang amat penting, maka boleh memutuskan sembahyangnya

Kemudian seruan Allah dan Rasul itu dihubungkan dengan ayat yang berbunyi : (untuk memberi kehidupan kepada kamu).

HURAIAN AYAT :
Maksudnya: hendaklah menyahut semua yang dapat memberikan kehidupan yang berkekalan kepada seseorang. Adapun seruan yang dapat memberikan penghidupan itu menurut kata-kata as-Suddi ialah keimanan kerana orang yang kafir adalah dikira mati, tetapi akan hidup dengan sebab adanya keimanan dalam diri. Qatadah : al-Quran menghidupkan hati manusia dan dengannya manusia akan terselamat serta terpelihara hidup di dunia dan di akhirat.

Pengajaran ayat 24
memberikan suatu konsep mengenai erti hayat/hidup yang sebenar dalam Islam.

Hidup manusia sangatlah bererti memandangkan kemuncak hidup yang sejati ialah dengan makrifat Allah (mengenal Allah).

sifat ubudiyyah seorang Muslim mestilah dipersembahkan hanya kepada Allah. Seruan-seruan keimanan, al-Quran, Kebenaran, jihad pada jalan Allah dan Mati syahid di medan perang seperti yang disebutkan merupakan seruan agama yang dapat memberikan kehidupan manusia, iaitu seruan daripada Allah dan rasul-Nya.

ISU SEMASA
terdapatnya Baitul Maqdis di Palestin (Kiblat umat Islam yang pertama dan masjid yang ketiga paling mulia disisi Allah).

Kewajipan Memelihara Bumi Palestin

diperjalankan Rasulullah s.a.w semasa peristiwa Israk Mikraj daripada Mekah ke Palestin dalam satu malam.

merupakan bumi para Nabi dan Rasul serta aulia Allah yang salih.

Firman Allah s.w.t


Dan orang mukmin lelaki serta perempuan (Surah al-Taubah : 71)

setengah mereka merupakan penolong kepada setengah yang lain.

FATWA PARA ULAMA TENTANG KEWAJIPAN BERJIHAD DAN MENOLONG SAUDARA SEISLAM KHUSUSNYA DI PALESTIN

1. kitab Majma al-Anhar fi Syarh Multaqal Abhar disisi pandangan mazhab Hanafi : Apabila musuh menguasai salah satu daripada negeri umat Islam maka jihad menjadi fardhu ain keatas seluruh umat Islam. Maka dibolehkan seorang isteri keluar berjihad tanpa meminta izin si suami manakala seorang hamba juga dibolehkan keluar berjihad tanpa izin majikannya bahkan si anak juga boleh keluar berjihad tanpa izin daripada kedua ibu bapanya.

2. Imam Ahmad bin al-Sowi al-Misri menulis dalam kitabnya tentang kefardhuan jihad iaituBalaghatul Salik li Aqrabul Masalik disisi pendapat mazhab Maliki : Berjihad pada jalan Allah taala untukmeninggikan agama-Nya adalah fardhu kifayah iaitu apabila telah melakukannya sebahagian daripada umat Islam maka telah gugurlah kefardhuan keatas mereka yang lain. Akan tetapi ianya akan menjadi fardhu ain ke atas semua umat Islam sebagaimana kefardhuan solat dan zakat". "Maka wajib keatas mana-mana ketua negara umat Islam menolong dan menyerang musuh yang telah mendatangi negara umat Islam bahkan setiap umat Islam yang berdekatan dengan negara tersebut wajib menolong mereka sekiranya rakyat negara tersebut lemah dan tidak berdaya. Para wanita dan hamba wajib bersama keluar menolong walaupun tidak mendapt keizinan daripada suami dan majikannya.

Fatwa syeikh yusuf al-qardhawi


Aku ingin menegaskan bahawasanya bumi Palestin merupakan bumi umat Islam. Ianya bukan sahaja milik rakyat Palestin semata-mata tetapi milik umat Islam seluruhnya daripada satu generasi kepada generasi seterusnya. Sekiranya satu generasi telah mengabai dan menyalah-gunakannya maka haram untuk seluruh umat Islam berputus asa daripada melepaskannya kepada musuh. Sekiranya rakyat Palestin tidak mampu untuk mempertahankan hak mereka maka wajib kepada seluruh umat Islam yang lain untuk menolong mempertahankan hak tanah kelahiran mereka. Wajib menolong untuk melawan musuh dan mempertahankan Masjidil Aqsa". "Sekiranya kita tidak mampu untuk turun berperang dan berjuang bersama mereka maka musuhilah mereka dengan pelbagai cara untuk menolong umat Islam dengan cara penerangan dan penyampaian maklumat secara menyeluruh. Maka mana mungkin rakyat Palestin sendiri yang sanggup untuk menggadaikan hak mereka (dengan menjual tanahair mereka sendiri).

Ayat 25 : Surah al-anfal

Huraian Ayat 25
Allah mengingatkan manusia agar tidak melibatkan diri dalam fitnah atau malapetaka. Allah mengingatkan manusia agar sentiasa berjaga-jaga dan beringat bahawasanya malapetaka itu berlaku bukan hanya kepada orang zalim sahaja, bahkan ia akan menimpa secara umum dan merata (sama ada orang baik atau orang jahat).

Hadis yang menguatkan kenyataan ini ialah: .

Mafhumnya:
Sesungguhnya Allah tidak akan menyeksa sekumpulan orang ramai disebabkan perbuatan segolongan orang-orang yang tertentu, sehinggalah mereka yang ramai itu melihat orang yang membuat (kejahatan) berada dalam kalangan mereka walhal mereka berdaya mencegahnya tetapi tidak mencegahnya. Maka apabila mereka lakukan yang demikian

itu nescaya Allah akan menyeksa kumpulan orang ramai


dan juga orang-orang yang tertentu itu.

Hadis lain pula bermaksud:

Kalau ada seorang yang tinggal bersama satu kaum mengerjakan maksiat, sedang mereka berdaya mengubahnya, tetapi tidak mengubahnya, nescaya Allah akan menimpakan ke atas mereka seksa sebenar sebelum mati.

Pengajaran ayat 25
Ini adalah merupakan peringatan dan ancaman keras kepada orang-orang yang berbuat fitnah dengan perkara-perkara yang menyebabkan adanya malapetaka di muka bumi ini. Justeru, umat manusia haruslah sentiasa berwaspada agar dapat menyelamatkan diri daripada siksaan Allah.

Isu semasa tsunami

Taufan sandy

Tanda-tanda akhir zaman


Menurut apa yang dinyatakan dalam hadis, Zaman Akhir adalah suatu masa yang akan datang menjelang terjadinya hari kiamat. Tahap pertama dari Zaman Akhir adalah di kala manusia menjauhkan diri dari nilainilai ajaran agama, ketika peperangan semakin meningkat, dan fenomena alam luar biasa terjadi.

TAFSIR AYAT AKHLAK SURAH AL-MUKMINUN


AYAT 1-11

Surah Al-Mukminun Ayat 1-11

Maksud Ayat
1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman, 2. Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam sembahyangnya; 3. dan mereka Yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan Yang siasia; 4. dan mereka Yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); 5. dan mereka Yang menjaga kehormatannya, 6. kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka Sesungguhnya mereka tidak tercela: 7. Kemudian, sesiapa Yang mengingini selain dari Yang demikian, maka merekalah orang-orang Yang melampaui batas; 8. dan mereka Yang menjaga amanah dan janjinya; 9. dan mereka Yang tetap memelihara sembahyangnya; 10. mereka itulah orang-orang Yang berhak mewarisi 11. Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

Asbab an-nuzul ayat


Asbabun Nuzul ayat 1-2:
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa dahulu, Rasulullah s.a.w. memandang ke langit apabila solat. Maka, Allah menurunkan kedua ayat ini. Setelah itu, baginda solat dengan menundukkan kepalanya. (Hadis sahih riwayat Hakim)

Al-Qurtubi dalam tafsirnya mengetengahkan beberapa riwayat tentang asbabun nuzul ayat ini. Ibnu Sirin mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah memandang ke langit ketika solat. Maka turunlaha ayat ini sebagai petunjuk bagi baginda. Sejak itu itu baginda solat dengan memandang ke tempat sujud.

Husaim meriwayatkan bahawa umat Islam ketika solat menoleh kepala ke kanan dan ke kiri. Maka turunlah ayat tersebut. Sejak itu, umat muslimin memandang ke arah depan iaitu ketika solat.

Pengajaran dari ayat


Tunaikan solat dengan kusyuk kerana ia merupakan tiang agama Umat Islam hendaklah sentiasa memelihara kehormatan diri dan mruah Menunaikan janji dan amanah merupakan sifat yang mencerminkan peribadi muslim Setiap orang yang beriman mesti berazam untuk berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat

Menunaikan solat dengan khusyuk Menjaga waktu-waktu solat Menjauhi diri daripada perkara-perkara yang keji dan sia-sia CIRI CIRI MUKMIN YANG BERJAYA

Menunaikan amanah dan janji

Mengeluarkan zakat

Menjaga kehormatan diri

PANDUAN MENDAPATKAN KHUSYUK KETIKA SOLAT


Memahami maksud setiap ayat dan lafaz yang dibaca Tidak mengingati perkara-perkara lain yang boleh melalaikan solat Memastikan suasana dan tempat solat tenang dan aman

Menumpukan pandangan ke tempat sujud

Menunaikan solat secara ikhlas

Mengharapkan Allah menerima solatnya

Menyempurnakan segala syarat dan rukun solat

Merasakan diri seorang hamba yang berhadapan dengan pencipta-Nya

CONTOH PERBUATAN SIA-SIA


Membuang masa dengan sia-sia dipusat membeli belah atau pusat hiburan

Melakukan sesuatu perkara yang tidak mendatangkan faedah seperti berbual kosong dan bergosip

Melakukan sesuatu perbuatan yang boleh membahayakan diri dan fikiran seperti penyalahgunaan dadah, pil khayal dan hidu gam serta menggadai maruah diri.

SEREMBAN Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.

KESAN YANG AKAN TIMBUL DARI MELAKUKAN PERBUATAN YANG SIA-SIA


Menjatuhkan maruah orang islam dan agama

Menyebabkan seseorang itu lalai daripada menunaikan tanggungjawab kepada Allah Umat islam akan mundur dalam semua bidang seperti pelajaran, ekonomi dll

AKTIVITI UNTUK MENGELAKKAN PERBUATAN SIA-SIA


Menyertai mana-mana perkhemahan yang dianjurkan oleh pihak tertentu untuk menyedarkan tanggungjawab terhadap diri, agama, masyarakat dan negara

Menyertai badan-badan dakwah untuk mengembangkan kefahaman ajaran Islam kepada orang ramai

Menghadiri majlis ilmu yang diadakan di surau, masjid dll

CARA MENJAGA KEHORMATAN DIRI


menutup aurat dengan sempurna menghindarkan diri daripada perkara-perkara keji seperti rasuah, penyelewengan dan penipuan menyalurkan keinginan nafsu syahwat melalui perkahwinan seperti dalam hadis berikut :

Antara nas Hadis Baginda yang sangat memberikan galakan kepada golongan remaja yang mampu supaya berkahwin demi menjaga agama dan kehormatan diri ialah sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: "Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja di antara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri" (riwayat Bukhari dan Muslim)

JENIS-JENIS AMANAH SERTA CARA PELAKSANAAN


JENIS AMANAH DAN JANJI 1. Kepada Allah CARA MELAKSANAKAN mengerjakan segala perintahNya meninggalkan segala perbuatan yang dilarang sentiasa mengagungkan kebesaran dan kekuasaan Allah

2. Kepada manusia

melaksanakan segala tugas yang diamanahkan dengan sempurna mengamalkan akhlak yang mulia terhadap manusia memelihara dan memulihara alam sekitar tidak melakukan sebarang kerosakan terhadap alam sekitar

3. Kepada alam sekitar

Contoh kes tidak amanah


Berdasarkan laporan SPRM sehingga 2008, yang ramai terlibat dengan gejala rasuah adalah orang Melayu yang kebanyakannya berkhidmat dalam sektor awam dikalangan pegawai tinggi kerajaan dan penguatkuasa.Tapi, adakah ianya benar? Kaum-kaum lain yang terlibat dalam gejala rasuah kebanyakkannya dalam sektor swasta atau orang awam.Persoalannya, mengapa kakitangan awam terutamanya Melayu banyak makan rasuah? Gaji tak cukup? Kehidupan makin terhimpit? Nafsu besar? Kerja malas? Tiada semangat patriotisme? Tiada jatidiri? Kurang semangat Melayu?Kini semakin ramai pula kakitangan awam yang bankrap serta dibelenggu hutang.

Dalil tentang amanah


1) Rasulullah bersabda bermaksud: Tidak ada iman bagi orang yang tidak memiliki amanah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak menjaga janjinya. (Riwayat: Imam Ahmad, alBazzar dan ath-Thabrani)

72. Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan. [al-Ahzab : 72]

3)

Firman Allah bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Surah An-Nisa: Ayat 58)

CARA MENJADI MUKMIN YANG BERJAYA


Khusyuk dalam solat dan menjaga solatnya. Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam dan solatlah di awal waktu bagi mengelakkan solat yang tergopoh-gapah dek bimbang andai terlepas waktu solat. Menjauhi dari perkara yang lagha (sia-sia). Bercakap apabila perlu. Tidak melihat, mendengar dan melakukan perkara-perkara yang boleh melalaikan hati dari mengingati Allah.

Menunaikan zakat sebagaimana apa mahunya agama.

Menjaga amanah dan menunaikan apa yang dijanjinya.

Wahai orang-orang Yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa Yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu Dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa Yang ia kehendaki. Al-Maidah : ayat 1

CONTOH MUKMIN YANG BERJAYA

TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY TAN SRI SYED -Umur - 53 tahun -Pendidikan - SPM -Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau) -Kekayaan -RM1,425 juta -Ke 7 terkaya di Malaysia -Ke 32 terkaya di Asia

Kesimpulan
Renungkanlah sejenak untuk bermuhasabah apa yang telah dilakukan diri sebelum ini, apakah diri benar-benar sudah berusaha untuk menjadi mukmin yang berjaya atau masih ada salah dan kurangnya?

Apa yang kurang, berusahalah menampungnya dengan memperelokkan amal. Sama-samalah kita memperbaiki diri dan tanamlah keazaman di hati untuk menjadi mukmin yang mempunyai pengakhiran kehidupan yang indah di syurgaNya, yakni mukmin sejati yang mencapai kejayaan hakiki.

Rujukan
Ahmad Sonhadji Mohamad.(1990). Tafsir AlQuran. Kuala Lumpur. Pustaka Al-Mizan. Dato Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid. (2009).Indahnya Hidup Bersyariat. Kuala Lumpur. Telaga Biru Sdn.Bhd. K.H.Q. Shaleh, H.A.A. Dahlan, Prof. Dr. H.M.D. Dahlan.(1995).Asbabun Nuzul.Bandung. CV. Diponegoro Bandung JI. Moh. M. Khalilurrahman Al-Mahfani.(2008).Buku Pintar Shalat. Jakarta Selatan. PT Wahyu Media.

http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm? AID=8896 diakses pada 10 Februari 2013 http://www.aishaardini.com/2011/08/artikelmotivasi-menjadi-mukmin-berjaya.html diakses pada 10 Februari 2013 http://www.sabah.edu.my/cwm010/til_6.htm diakses pada 11 Februari 2013

Anda mungkin juga menyukai