Anda di halaman 1dari 39

LADA HITAM

Piper nigrum (Piperaceae)

Asal
Lada hitam berasal dari Asia Selatan, khususnya India.
Terdapat lebih daripada 100 kultivar di seluruh dunia,
dibezakan mengikut bentuk dan saiz daun serta ciri-ciri
pembungaan dan pembuahan.
Malaysia adalah pengeluar kelima terbesar dunia, kini
mengeksport bernilai RM187.9 juta th-1.
Dalam Malaysia, Sarawak adalah pengeluar utama
menghasilkan 95% keluaran Malaysia yang kini
mencecah 20,000 ton dan dijangkakan meningkat
kepada 30,000 ton menjelang akhir 2010,
kebanyakannya jumlah dari penglibatan 67,000
keluarga pekebun kecil seMalaysia.
manakalaJohor (Segamat, 60 Ha) pengeluar kedua.

Kebanyakan petani menanam 3 kultivar, iaitu


Kuching, Semongok Perak dan Semongok Emas.
petani digalak mengusahakan penanaman
secara organik bagi mendapat pulangan lebih
lumayan.
Kawasan beriklim tropika, panas dan lembap
amat sesuai, cukup presipitasi dengan saliran
yang baik, ditambah pula dengan tanah yang
subur dengan bahan organik.
Tanah yang tidak begitu sesuai ialah tanah liat
padat, tanah gambut, tanah pasir dan kawasan
yang selalu terendam.
Kecuraman lereng bukit hendaklah tidak
melebihi 15 darjah, teres dibuat selebar 1.5 m.

Pengeluar lada hitam dunia


1.
2.
3.
4.
5.
6.

India (Tamil Nadu, Kerala, Karnataka)


Indonesia (Lampong dan Bangka)
Asia Tenggara (Vietnam, Siam),
China dan Sri Lanka
Brazil (Amazon basin)
Malaysia

. Di Sarawak kaum China yang memulakan


tanaman ini, kini 87% adalah pekebun kecil
yang dipelopori kaum Iban dan Bidayuh.

MORFOLOGI
Pokok
lada
hitam
adalah
jenis
memanjat, berbunga dan berbuah
jambu seperti kopi (berry, 5 mm garis
pusat).
Bunganya bertentangan daun, bersifat
bisexual serta self-pollinated dalam
masa secepat 2 tahun.
Mula-mula berbuah
tahun ke-2.

sedikit

seawal

Buah menjadi merah apabila masak,


mengandungi satu biji setiap berry,
dan setelah diproses menjadi hitam
(lada hitam) atau sulah (lada putih)
manakala yang hijau sahaja untuk
dibuat minyak juga.

Semaian Anak Benih


Pembiakan adalah melalui keratan batang, seelok-eloknya keratan
pucuk batang (terminal stem) biasanya terdapat antara 7 buku ruas.
Jarak semaian ialah 15-20 cm, 3-4 dari 7 buku ruas ditanam ke dalam
tanah.
Dari buku ruas ini akan mula tumbuh tunas dalam 7-10 hari, daundaun dan cabang-cabang serta akar adventitius menyusur kemudian.
Keratan ini dijaga selama 1 bulan dalam batas selepas mana dipindah
ke dalam polibag dan kemudiannya ke ladang setelah berumur 2-3
bulan.
Lazimnya di Malaysia sebatang tiang kayu 3 m (dahulunya Berlian)
dibuat sebagai penyokong berukuran 15 x 15 cm dan 3 m panjang;
ada juga yang mengguna penyokong hidup seperti Gliricidia sepium.
Dua anak benih ditanam setiap satu tiang yang terlebih awal telah
ditanam teguh.

Penyediaan Semaian
Pokok yang telah berusia
antara 6-8 bulan,sedia untuk di
'potong' dan di jadikan benih
Tujuan utama ia di potong
adalah agar pokok lebih banyak
mengeluarkan dahan dan lebih
produktif.

Lada yang telah di


'potong' yang mula
mengeluarkan pucuk
baru.

Semaian
Jarak semaian adalah 15 cm - 20
cm (6-8 inci).
Semaian Benih dari batang yang
di cantas.
Apabila ia mula berakar dan
pucuk baru telah tumbuh,ia akan
dipindahkan ke kawasan kebun

semaian di
tanam pada tiang
sokongan(biasan
ya kayu
Belian),ditutupi
dengan daun
Resam sabagai
naungan dari
panas matahari.

Kayu penyokong tetap


Dari kayu keras berukuran 15 cm x 15 cm
(6 x 6 inci) dan 3 cm (12 kaki) panjang.
Jenis kayu yang biasa digunakan ialah kayu
balau, resak, tempinis dan cengal.
Kayu penyokong tetap boleh dipacak
sebelum menanam atau selepas pokok
berumur 4 bulan bagi mengganti kayu
penyokong sementara.
Kayu penyokong yang mutunya rendah
akan menjadi pembawa kulat.

Penanaman
Tanaman ini diusahakan secara monocrop atau boleh juga diusahakan
sebagai intercrop seperti dengan coffee.
Pokok ditanam di atas busut buatan.
Jarak tanaman yang diamalkan oleh petani ialah 2.4 x 1.8 m, 2.4 x 2.1
m dan 2.4 x 2.4 m yang disyorkan yang akan memberikan 1735 pokok
Ha-1.
Bahagian atas keratan diikat longgar pada batang dan diberi
lindungan.
Lindungan ini dijarangkan sedikit demi sedikit dan boleh dibuang
selepas 2 bulan.
Pokok ini memanjat tiang dengan akar adventitius yang melekap ke
tiang dan dalam 3 tahun akan merimbun dan mencapai ketinggian
2m.
Setangkai buah dipetik selang 2 minggu sekali apabila matang keras
hijau tua kepada merah.

Pokok lada hitam kuat makan


baja dan perlukan banyak air
serta perlu menjaga jaga pH
tanah, buat pengapuran.
Baja
campuran
13:6:18:4
(N:P2O5:K2O:MgO) diguna; pada
tahun
pertama
dan
kedua
pembajaan dilakukan 2 bulan
sekali,
dan
setahun
sekali
apabila masuk tahun ketiga.
Kadar
pembajaan
mengikut
kesuburan tanah dan kesuburan
tanaman, sebagai panduan lazim
tidak melebihi 2 kg sepokok dan
berkurangan kepada 0.5 kg
apabila masuk tahun ketiga.

Penyelenggaraan
Amalan cantasan routin melalui 3 pusingan, iaitu pada :
1. Umur 6 bulan selepas menanam untuk melatih 3
pucuk
utama (leaders),
2. Umur 12-14 bulan apabila pokok mencapai separuh
tiang, dan
3. Peringkat leaders mencapai hujung tiang. Di tahap
ini pokok digalakkan berbunga.
Cantasan cabang dilakukan 3 bulan sekali bagi
menyegarkan rimbun.

Selalunya, 3-4 pucuk saja yang


di dibiarkan naik.
Terlalu banyak pucuk akan
menyukarkannya untuk di ikat ,
berserabut dan gelap. Keadaan
ini akan mudah di serang kulat
dan serangga perosak.
Pucuk yang naik akan di ikat
menggunakan sejenis tali khas
yang di perbuat dari kulit kayu.
Tali Rafia juga boleh di
gunakan.

Mengawal rumpai
Kerja merumput dan menimbun tanah di
sekeliling perdu pokok biasanya
dijalankan serentak.
Sungkupan dibubuh untuk mengurangkan
pertumbuhan rumput rampai dan
menjaga kelembapan tanah.
Jika menggunakan racun rumput
"paraquat", ikut kadar yang disyorkan
kerana ini adalah sesuai dan selamat.

Membaja
Baja campuran, 13% Nitrogen (N), 6% Phosphorus (F 205),
18% Kaliam (K20) dan 4% Magnesium (MgO).
Tahunpertama- 0.9 kg (2 lb) dolomite
Tahunkedua -113kg (4 lb) baja campuran/sepokok/sekali.
Dibubuh 2 bulan sekali.
Tahunketiga- 0.5 kg (1 lb) dolomite/sepokok/setahun, 227
gm (8 oz) baja campuran/sepokok/sekali pembajaan.
Bagi pembajaan ketiga dan keempat 0.3 kg (12 oz) baja
campuran / sepokok / sekali pembajaan.

MEMUNGUT HASIL
Masa yang sesuai untuk
memetik buahnya ialah 89 bulan selepas
berbunga.
Hasil pertama
diperolehi 30-36 bulan
selepas
menanam.Hasil
tertinggi bila pokok
berumur 5-8 tahun.
Bila sebiji buah lada
hitam dalam satu tangkai
menjadi masak merah
maka keseluruhan tangkai

Perosak lada hitam


1. Kumbang Lophobaris piperis (Curculionidae) serang batang, bunga dan buah.
Batang yang dikorek pada buku ruas menyebabkan bahagian atas mati,
bunga dan buah gugur pramatang.
2. Kepinding Diconocoris hewitti (Tingidae) menghisap
sap bunga, jadi
kering, dan kepinding Dasynus piperis (Miridae) menghisap sap buah dan
pucuk mengakibatkan buah gugur dan pucuk kering.
3. Kadang kala terdapat berkumpulan benah, koya, teritip dan kutu daun
menghisap sap daun, batang dan buah
muda, akibatnya kekeringan.
4. Jika simpanan tidak sempurna boleh mengundang kumbang Lasioderma
serricorne (Anobiidae) yang mengorek bijilada hitam (peppercorn).

Pengawalan serangga
perosak
Kutu penghisap daun (Pepper tingid bug)
Kutu penghisap buah (Green pepper bug) A
Serangga pemakan daun (Tree hopper)
Bagi ketiga-tiga musuh di atas, sembur dengan bancuhan 43 c.c. (1
1/2 oz cecair) Malathion 50% dalam 18 litre (4 gelen) air atau 42 g
( 1/2 oz) Agrocide 26 D.P. dalam 18 litre (4 gelen) air.

Koya (Mealy bugs)


Teritip pokok (Scale insects)B
Kutu daun (Aphide)
Bagi ketiga-tiga musuh di atas, sembur dengan 170 c.c.(6 oz cecair)
minyak putih Albolineum dalam 11 litre ( 2 1/2 gelen) air atau 28 c.c.
(1 oz cecair) Malathion 50% dalam 16 litre (3 1/2 gelen) air.

Penyakit lada hitam dan


pengawalannya
Reput akar (Foot rot) - Phytophthora palmivora butler
Pokok menjadi kuning dan terbantut.Daun dan dahan kecil mudah gugur
sehingga pokok kelihatan tidak berdaun.

Reput pangkal - Phytophtora palmivora


Daun menjadi layu, kuning dan gugur. Bahagian yang berpenyakit
berwarna hitam. Boleh mengakibatkan kematian pokok setinggi 70-90%.
Gunakan Captafol atau Etridiazole. Sembur keliling bahagian pangkal dan di
bahagian bawah pokok pada musim hujan sekiranya Phytophthora dapat dikesan.
Tentukan saliran yang baik di ladang.
Cantas dahan-dahan mulai dari pangkal pokok hingga 1 kaki tinggi. Jangan guna
baja nitrogen berlebihan.
Buang semua pokok-pokok yang berpenyakit.
Dedah tempat-tempat yang diserang supaya kena cahaya matahari.

Penyakit akar (White root) - Rigidoporus lignosus


Klotzsch Imazeki
Gunakan Quintozene. Buang bahagian-bahagian yang kena
penyakit dan basahkan di sekeliling/ pangkal pokok
secukupnya dengan campuran racun ini. Cabut pokok dan
musnah jika penyakit terlalu teruk. Jika membuka kawasankawasan baru, cabut dan abar semua tunggul-tunggul dan
akar-akar. Sentiasa periksa kawasan-kawasan yang selalu
terdapat penyakit ini.

Penyakit virus - Stunt virus disease)


Penyakit ini hanya terdapat di Sarawak sahaja.

Bintik daun (Leaf spot) - Colletotrichum piperis Corda


Thiram/Copper oxychloride/Captan/Mencozeb pada 0.2%
bahan aktif. Buang dan musnah daun-daun yang terkena
penyakit.

Stunted
disease

anthracnose

Karat merah (Red rust) -Cephaleuros parasitica


Guna Cuprous oxide atau sebarang racun kulat jenis ini pada
kadar 0.2% bahan aktif. Buang dan musnah daun-daun yang
terkena penyakit.

Penyakit buah hitam (Black berry disease) - Caphaleuros


virescens Kunze
Guna Triadimefon atau Carbendazim. Semburan pertama bila
50% daripada sagaran telah terbentuk, diikuti dengan 2-3 kali
semburan bagi tiap-tiap 2-3 minggu. Pokok tua dan pokok yang
rosak adalah lebih peka. Jenis yang tahan adalah seperti Djambi.

Penyakit lembut (Velvet blight) - Septobasidium spp.


Guna Benomyl (0.08% bahan aktif) atau Captafol (0.2% bahan
aktif) atau Copper oxychloride (0.1% bahan aktif). Sembur
apabila daun, cabang-cabang dan sagaran buah yang diserang
telah dibuang. Pemeriksaan ke atas pokok-pokok perlu dijalankan
lebih kerap apabila kulat perosak telah dapat dikesan. Cantas
dan bakar semua cabang, daun dan bahagian yang diserang.

Anda mungkin juga menyukai