Anda di halaman 1dari 40

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENERBITAN VIDEO
PENDIDIKAN
Terangkan jenis dan ciri-ciri yang ada
pada sebuah kamera video. Cuba
jelaskan bagaimana teknik mengambil
atau merakam video yang baik.
Huraikan juga kebaikan video dan
bagaimana ia dapat digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran
dengan berkesan.
DEFINISI KAMERA VIDEO
Kamera Video adalah peringkat perakam gambar video yang
mampu menyimpan gambar digital dari mode gambar analog.

Kamera Video termasuk salah satu produk teknologi digital,


sehingga disebut pula salah satu peringkat digital yang memiliki
kemampuan mengambil input data analog berupa frekuensi sinar
dan mengubah ke mode digital elektronik.

Video/Filem adalah rangkaian banyak Frame gambar yang


diputar dengan cepat.

Frame merupakan rakaman dari tahap dari suatu gerakan.


Semakin cepat putarannya semakin halus gerakannya, walaupun
sebenarnya terdapat jeda antara frame namun kita sebagai
manusia tidak boleh menangkap jeda tersebut.
Terangkan jenis dan ciri -ciri
yang ada pada sebuah kamera video
JENIS-JENIS KAMERA VIDEO

1. KAMERA FOTO ANALOG

. Kamera pada dasarnya hanyalah memusatkan fail cahaya pada selembar filem.

. Fail cahaya yang dipantulkan benda dan diterima oleh kanta kamera akan dipusatkan sehingga menyinari
sebuah filem yang sangat sensitif terhadap cahaya.

. Cara kerja kamera ini hampir sama dengan cara kerja mata, mata juga mempunyai kanta yang akan
memusatkan cahaya, namun pada mata yang berfungsi sebagai filem adalah retina.
Filem

Intensiti cahaya yang dipusatkan oleh lensa, akan mempengaruhi filem.

Bahagian yang terkena cahaya terang akan menjadi bahagian gelap sedangkan bahagian yang terkena
intensiti cahaya akan transparan, sehingga filem bersifat negatif ,kerana filem sangat sensitif, maka lensa
pada kamera hanya akan terbuka ketika dioperasikan sahaja, sehingga cahaya tidak masuk dan terpusat ke
filem.
2. KAMERA VIDEO ANALOG

Kamera video juga memiliki cara kerja yang sama dengan kamera foto, namun pada kamera video proses
penangkapan berkas cahaya dan penggantian filem sangat cepat, sehingga pada roll filem atau gulungan
filem diperoleh gambar yang berurutan.
3. PEMUTARAN FILEM

Untuk mendapatkan kesan gambar bergerak, filem-filem yang telah memiliki gambar atau dirakam dengan
kamera disinari dan diarahkan pada slide atau menggunakan projektor, filem-filem ini akan disinari secara
berganti dan dengan tempoh yang sama dengan kecepatan perakaman.

Pemutaran gulungan filem


4. KAMERA DIGITAL

-. Kamera digital telah menggunakan teknologi tinggi dengan komponen mikro yang tidak boleh dilihat
dengan mata kasar.

-. Komponen inti pada kamera digital adalah Vidicon kamera tube.

-. Vidicon ubah tenaga cahaya menjadi isyarat elektrik.


- Kanta fokus akan memfokuskan fail cahaya pada photoconductif target, cahaya
yang sampai pada photoconductif target akan di scane dengan elektron dan
disimpan dalam bentuk isyarat elektrik.

- Isyarat elektrik yang disimpan tergantung intensiti cahaya yang diterima.

- Kedudukan ini akan mempunyai rintangan tinggi apabila keamatan cahaya rendah,
dan rintangan akan rendah ketika intensiti cahaya tinggi.

- Proses scanning ini memiliki standard, iaitu NTSC dan PAL.


CIRI-CIRI KAMERA VIDEO

Bahagian-bahagian yang terdapat dalam sebuah kamera video

Lensa : Membawa cahaya kepada sensor dan juga untuk memberi fokus kepada imej.

Butang Zoom : Butang yang diguna untuk merakam imej dekat objek tanpa bergerak dan
menghampiri secara fizikal.

Butang white balance : Butang untuk mengawal keseimbangan warna imej.

Gelang Fokus : Diguna untuk melakukan fokus secara manual.

Sensor Dedahan (Esposure) : Mengesan seluruh medan rakaman dan menala bukaan kanta
sesuai dengan intensiti cahaya yang diperlukan.

Shutter : Menentukan cahaya yang masuk ke kamera video.

Alat Rakam Suara : Mikrofon dan sistem suara yang dibina untuk merakam bunyi.
JENIS-JENIS SYOT

- Terdapat pelbagai jenis syot yang boleh diadakan semasa merakam video.

- Jenis-jenis syot yang berlainan menentukan tujuan dan fungsinya dalam proses
pembelajaran.

- Sebagai contoh BCU (Big Close Up) memaparkan objek secara mikro, CU (Close Up)
memaparkan objek secara dekat, MS (Mid shot) memaparkan sebahagian daripada
objek, LS (Long shot) memaparkan keseluruhan objek dan VLS (Very Long Shot)
memaparkan objek dan kedudukan di pesekitarannya.

- Untuk mendapatkan syot yang tertentu ia dapat dilakukan melalui butang zoom yang
terdapat pada kamera ataupun melalui pergerakan kamera video.
BEBERAPA JENIS SYOT YANG BIASA TERLIBAT DALAM VIDEO ADALAH
SEPERTI BERIKUT :

Big Close
- memaparkan objek secara mikro
Close Up
- memaparkan objek secara dekat.
Medium shot
- Memaparkan kedua-dua subjek dan latar belakang.
Waist shot
- memaparkan objek setakat pinggang.
Long Shot
- Memaparkan keseluruhan objek.
Very Long Shot
- memaparkan objek dan kedudukan di persekitarannya.
Over the shoulder shot
- memaparkan subjek dari belakang bahu orang lain.
JE L AS K A N
A I M A N A
BAG
TEKNIK
M E R A K A M
O Y A N G
VIDE
BAIK
Pegerakan Kamera Video

- Terdapat pelbagai jenis pergerakan kamera video dalam menghasilkan video.

- Jenis-jenis pergerakan kamera video boleh disimpulkan seperti berikut:

Panning ( Panning right/Panning left ): Pergerakan kamera video ke kiri atau ke kanan.
Tilting ( Tilt Up / Tilt Down ): Pergerakan kamera ke atas atau ke bawah.
Dolly ( Dolly In / Dolly Out ) : Pergerakan dolly melibatkan pergerakan kamera yang
dipasang pada tripot ditolak (dolly in). Pergerakan dolly melibatkan pergerakan kamera
yang dipasang pada tripot diundur (dolly out)
Trucking: Sama dengan dolly atau tracking.
Alat Penghasilan Video

- Video boleh dirakam melalui kamera video digital yang menggunakan mini kaset
DV (DV cassette) atau analog yang menggunakan pita video format VHS.

- Pita video VHS boleh dimainkan semula pada pemain video (video player) tetapi
memerlukan peralatan khas iaitu kad perakam video (video capture card) pada
komputer untuk ditukarkan ke bentuk klip video digital.

- Sedangkan kamera video digital yang menggunakan mini kaset DV boleh terus
dirakam ke cakera keras pada komputer melalui penyambungan kabel USB
dengan menggunakan perisian tertentu.
Perisian Untuk Penghasilan Video
- Pelbagai perisian boleh digunakan untuk tujuan merakam dan menyunting video dan yang mudah
seperti Windows Movie Maker yang tersedia ada pada sistem operasi windows atau perisian yang lebih
canggih seperti Adobe Premier, Ulead Media Studio, Ulead Video Studio, Penicles, Edius,Let's Edit,
Vegas, Avid dan sebagainya.

- Setiap perisian mempunyai keistimewaan masing-masing terutama untuk menghasilkan pelbagai


bentuk kesan khas (special effect), audio dan video yang mampu memberi penarikan kepada penonton.

- Bahan video juga boleh diambil sebahagian daripada video-CD (fail format.dat) atau DVD (fail format.
vob) melalui perisian seperti VCD Cutter atau Chopper VP dan disimpan semula dalam format mpeg
(mpeg1) atau wmv (Windows media video) agar ia sesuai (compatible) apabila disisip (insert) pada
kebanyakan perisian.

- Penyesuaian format fail boleh dilakukan melalui perisian seperti Any File Converter, Total Video
Converter atau seumpama dengannya.
- Bahan audio dan video boleh juga dimuat turun daripada pelbagai sumber laman web tertentu seperti
yang terdapat pada youtube.

- Bahan video yang telah disunting boleh dijadikan klip video dan disimpan ke cakera keras atau
disimpan dalam format VCD atau DVD dengan perisian tertentu seperti Windows Movie Maker, DVD
Movie Maker (terdapat pada Windows Vista0, Ulead Movie Factory, Roxio Creater DE, Nero Burner atau
mana-mana perisian yang seumpamanya dengannya.

- Perlu diingat penerbitan video haruslah bersifat informatif, mudah difahami, ringkas, menarik, dalam
jangka masa yang bersesuaian dengan tujuan pengajaran.
TEKNIK MERAKAM VIDEO YANG BAIK

1. Penggambaran sudut tinggi (High-Angle shooting)

- Keselamatan semasa membuat penggambaran adalah amat penting.


- Pastikan kedudukan badan anda adalah kukuh dan stabil apabila anda berdiri di tempat yang tinggi dengan
menggunakan tangga.
- Untuk mendapatkan imej gambar dari sudut penggambaran high angle anda boleh juga meletakkan kamera ke atas
- Anda juga boleh berdiri sambil memegang kamera dan menunduk hala ke bawah dan merakam objek yang berada di
hadapan.
2. Penggambaran sudut Rendah (Low-Angle shooting)

- Untuk mendapatkan satu pandangan seolah-olah orang yang melihat sesuatu dari kedudukan di bawah objek
( level of the eye-line) anda hendaklah berbaring atas lantai atau alaskan tanah dengan menggunakan tikar
getah atau sebarang alas yang sesuai.

merakam gambar dari sudut low


angle memerlukan satu kawalan
badan yang stabil.
3. Memperbaiki Sokongan

- Apabila merakam sesuatu objek yang bergerak laju di hadapan anda, anda tentulah memerlukan suatu kedudukan
kamera yang stabil dan memerlukan sesuatu sokongan yang sesuai supaya anda boleh menggerakkan kamera anda
secara selesa mengikuti pergerakan objek (Panning)

- Anda boleh menggunakan kerusi yang teguh kedudukkannya untuk meletakkan kedua-dua siku anda (lihat gambar)
Duduk atas kerusi dengan kedua-dua kaki anda menghala arah belakang kerusi. Anda boleh melakukan pergerakan
Pan dengan mudah dengan menjadikan siku anda sebagai titik pergerakan.

Anda boleh menggunakan kerusi yang agak rendah sedikit penyandarnya untuk
membolehkan anda duduk dengan lebih stabil dan mantap.

Letakkan kedua-dua siku anda pada bahagian atas penyandar kerusi tersebut. Semasa
membuat rakaman mata sebelah kanan akan melihat imej gambar pada layar pemidang tilik.
Untuk medapatkan satu kesinambungan semasa membuat rakaman gambar-gambar
bergerak, mata sebelah kiri hendaklah dibuka dan melihat objek yang hendak dirakam.
4. Berjalan atas tanah lapang

- Untuk menghasilkan satu pergerakan serta imej gambar yang stabil dan tidak beralun, pegang kamera anda dalam posisi
rendah atau pun paras pinggang dengan tangan menghala ke hadapan dan bongkokkan sedikit badan ke hadapan (lihat
gambar) Untuk mendapatkan arah hala kamera yang tepat,

- Anda hendaklah mendongakkan sedikit pemidang tilik agar menghala ke arah penglihatan anda. Dengan itu ada boleh
mengawal saiz, serta bentuk imej melalui pemidang tilik itu. Untuk menghasilkan gambar yang lebih baik,

- Hendaklah membuat beberapa percubaan dahulu sebelum merakam imej tersebut secara benar.
- Pastikan anda menggunakan tapak kasut yang mempunyai cengkaman yang kuat pada sebarang permukaan
tanah atau lantai.

- Semasa penggambaran, kadang-kadang jurukamera tidak dapat melihat apa-apa halangan di hadapan atau di
belakangnya. Jurukamera ketika ini harus melihat dan mengawasi subjek dalam 'viewfinder' atau pemidang tilik,
dan menentukan visual yang sedang dirakam berada dalam keadaan yang sempurna berdasarkan shot yang
dikehendaki.

- Tunjuk cara oleh jurukamera di sebelah, oleh kerana lantai di tempat ia berdiri merupakan papan yang kering,
dan berada di dalam kawasan rumah, memakai stokin tebal pada kakinya juga dapat menambah cengkaman
pada lantai papan.
5. Panning

- Gambar di atas memperlihatkan kedudukan apabila hendak melakukan satu pergerakan PAN tanpa
menggunakan tripod.
- Stabilkan kedudukan anda.
- Tahan nafas seketika, bila sudah rasa kemas dan mantap, tekan butang REC pada kamera, biarkan kamera
merakam beberapa saat, kemudian pusingkan badan anda dari aras pinggag ke atas tanpa menggerakkan kaki.
- Tegapkan kedudukan kedua-dua tangan serta bahu agar ia segerak dengan kemantapan badan anda. Lakukan
pergerakan rakaman PAN dengan berimbang dan mengikut pergerakan objek.
6. Kedudukan Kamera pada aras-rendah-condong. (Low-level-tilts)

- Shot seperti ini dilakukan untuk menunjukkan seolah-olah kita


melihat subjek atau objek dari pandangan bawah.

- Ia juga membayangkan bahawa seseorang itu kelihatan lebih


besar.

- Walaubagaimanapun menggunakan tripod semasa


penggambaran adalah lebih baik

- Aksi seperti ini hanya sesuai dipraktikkan sekiranya tiada


penggunaan tripod.
- Jukamera ini menggunakan dinding, bendul pintu, meja, kedudukan
kekuda yang kemas sebagai satu alat atau sokongan untuk menstabilkan
kedudukan semasa membuat penggambaran.
- boleh juga menggunakan benda-benda lain seperti, tembok, batang pokok, pagar, penghadang,
bersandar pada teman anda dan lain-lain alatan yang agak kukuh kedudukannya supaya badan
anda tidak bergerak semasa anda membuat rakaman.
7. Keadaan Yang Berangin. (Penggambaran di kawasan angin bertiup kuat)

- Cari objek atau perkakas, alatan yang keras yang membolehkan anda menumpang, atau menyangga
kedudukan anda (lihat gambar di atas) .

- Contohnya seperti dinding rumah, tangga, meja atau pun bot, bonet kereta, pagar atau penghadang.

- Jadikan siku, bahu, pinggul anda sebagai ensel atau tempat di mana poin kedudukan anda boleh menahan
keseluruhan berat badan bahagian atas agar ia berada dalam kedudukan solid dan kemas.
KEBAIKAN VIDEO DAN BAGAIMANA IA DAPAT DIGUNAKAN DALAM
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN BERKESAN

- Video memainkan peranan yang penting dalam meransangkan pengajaran dan


pembelajaran.

- Media yang mempunyai elemen-elemen multimedia ini sudah pasti dapat


meningkatkan prestasi pengajaran guru sekiranya digunakan dengan baiknya.
Kepentingan video dalam pengajaran

Apakah video?
Adakah video penting dalam pengajaran dan pembelajaran?

Video merupakah salah satu daripada media bergerak. Ia boleh


menghasilkan imej yang realistik dan sangat bermanfaat dalam
penyampaian sesuatu mesej kepada penonton.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran , video mempunyai beberapa
keistimewaan.

Keupayaan menunjukkan imej yang bergerak seperti merakam seekor haiwan


binatang sedang berlari.

Media dapat mempercepatkan dan melambatkan pergerakan . Contoh


pergerakan haiwan binatang yang terlalu laju boleh diperlahankan dengan
teknik gerak perlahan, malah pergerakan itu boleh dibekukan.
Video berupaya membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah atau
peristiwa-peristiwa berbahaya seperti letupan gunung berapi ke dalam bilik darjah.

Video berupaya merakam mesej dekat dan jauh. Ini bermakna video boleh memanipulasi
ruang. Contohnya pergerakan sel-sel darah dalam tubuh badan boleh dilihat oleh
penonton.
Merancang Penerbitan Bahan Video Untuk Pengajaran

1. Menetapkan tujuan dan objektif.


2. Menjalankan penyelidikan.
3. Memilih bahan (fakta) yang sesuai.
4. Mengenalpasti, mengumpul dan memilih bahan grafik dan bahan
audio yang sesuai.
5. Menulis skrip melalui format papan cerita (story board).
6. Membuat persediaan untuk penggambaran.
7. Menyedia bahan dan peralatan.
8. Memulakan penggambaran.
9. Memulakan proses menukar video dari DV ke bentuk klip.

10. Membuat rakaman audio.

11.Menyunting dan mengadun audio dan video.

12.Membuat preview hasil rakaman.

13.Mengubahsuai/menyunting.

14. Menukar format yang sesuai untuk tujuan penyimpanan (storage).

15.Menggunakan dalam pengajaran.

16.Memberi maklum balas dan membuat penilaian.


Panduan Menghasilkan Video Untuk Pengajaran dan Pembelajaran
Peringkat Analisis

Sebelum anda menyediakan audio, antara yang perlu dilakukan ialah perkara-perkara berikut:
Analisis Pelajar
1. Apakah latar belakang pelajar?
2. Apakah tahap pengetahuan pelajar tentang topik yang akan diajar?
3. Apakah gaya pembelajaran pelajar?

Analisis Kandungan
4. Apakah skop pembelajaran seperti yang dinyatakan dalam sukatan pelajaran?
5. Apakah objektif pembelajaran yang ditetapkan dalam sukatan pelajaran?
6. Apakah teknik dan kaedah pengajaran yang akan digunakan?
Peringkat Rekabentuk

Rekabentuk Bahan

Video yang disediakan mestilah mengikuti skrip yang disediakan.


Tempuh masa video ialah antara 10 hingga 15 minit.
Pastikan gambar dan suara dalam video adalah jelas.

Rekabentuk Pedagogi

Pastikan video yang disediakan dapat memberangsangkan pelajar.


Aktiviti yang dicadangkan untuk menggunakan video dalam pengajaran dan pembelajaran mestilah
seimbang dengan masa yang digunakan untuk menyediakan bahan media tersebut.
Peringkat Pembangunan

1. Kenal pasti tajuk pengajaran yang sesuai diintegrasikan video.


2. Kenal pasti matlamat video yang akan disediakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. Sediakan skrip berkenaan.
4. Anda boleh menggunakan klip video yang sedia ada ataupun merakam video itu sendiri.
5. Sekiranya menggunakan video yang sedia ada, anda perlu menyuntingnya supaya sesuai dengan tujuan
pengajaran anda.
6. Untuk video yang dirakam sendiri, anda juga perlu edit sekiranya perlu.
7. Pastikan anda mengikuti langkah-langkah perancangan penerbitan bahan video untuk pengajaran.
Peringkat Pelaksanaan

- Cadangkan bagaimana video yang disediakan tersebut akan digunakan dalam


peringkat-peringkat pengajaran dan pembelajaran tertentu.

- Laksanakan cadangan anda dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran.


Peringkat Penilaian

Cuba buat penilaian terhadap penggunaan video yang disediakan dalam pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan soalan-soalan berikut?

1. Adakah bahan video yang disediakan benar-benar memberi impak terhadap proses pembelajaran?
2. Adakah masa yang digunakan untuk menyediakan video tersebut sesuai dengan masa yang digunakan?
3. Apakah aspek bahan audio yang dihasilkan tersebut perlu diperbaiki?
4. Apakah kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan sesuai untuk
mengintegrasikan audio yang dihasilkan?
S E KI A N
A K AS I H
TERI M

Anda mungkin juga menyukai