Anda di halaman 1dari 57

BAB 1:

BUDAYA DAN
KEPELBAGAIAN
KELOMPOK DI
MALAYSIA
Pengertian dan Konsep Budaya
• Budaya atau kebudayaan berasal daripada bahasa sanskrit iaitu
buddhayah, terbentuk daripada kata biddhi (budi atau akal)-
diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal.

• Dalam bahasa Inggeris disebut culture yang berasal daripada


bahasa Latin Colere yang bermaksud mengolah atau
mengerjakan.

Kamus Dewan (2007) :


• budaya bermaksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan
akal budi.
• Kebudayaan bermaksud keseluruhan cara hidup yang
merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir.
• Kebudayaan juga merupakan segala hasil kegiatan dan
penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu
masyarakat.
Menurut Koentjaraningrat (2002) :
• Budaya amerupakan keseluruhan pemikiran dan hasil karya
manusiayang berasaskan proses pembelajaran.
• Budaya mengandungi 7 unsur utama :
- agama dan upacara keagamaan
- sistem dan organisasi masyarakat
- sistem pengetahuan
- bahasa
- kesenian
- sistem ekonomi
- sistem teknologi dan peralatan

• Menurut Herskovits memandang kebudayaan sebagai sesuatu


yang diwarisi secara turun-menurun dari satu generasi ke satu
generasi yang lain, yang kemudiannya disebut sebagai
superorganic.
Menurut E. B. Tylor (Primitive Culture,1871) (A. Aziz Deraman) :
• Kebudayaan dari segi antropologi merupakan keseluruhan yang
kompleks dimana di dalamnya terkandung pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat dan
kemampuan-kemampuan lain yang didapati seseorang sebagai
anggota masyarakat.

Menurut A. Aziz Deraman (1994) :


• Sifat budaya adalah universal tetap dari segi paradoksnya.
• Ciri-ciri penting budaya dalam satu kelompok :
- budaya perlu dipelajari
- dikongsi
- bersifat sejagat
- boleh diwarisi
- berubah-ubah
- mempunyai unsur simbolik
- adanya pandangan semester (world view)
Komponen Budaya
• Budaya dapat digolongkan kepada 2 komponen:
- material
- bukan material
• Budaya material merujuk kepada ciptaan masyarakat yang nyata
dan konkrit. (mencakupi peralatan dan kelengkapan hidup seperti
rumah, barang-barang, pakaian dan sebagainya)
• Budaya bukan material ialah ciptaan-ciptaan abstrak yang
diwariskan dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. (ilmu
pengetahuan, kepercayaan, adat istiadat, nial-nilai serta
peraturan/hukum yang berkaitan dengan tingkah laku, cerita rakyat,
lagu atau tarian tradisional)
• Perkara yang ada dalam satu-satu masyarakat menggambarkan cara
pemikiran dan world-view.
Simbol atau
Lambang

Teknologi Bahasa
Unsur
Utama
Budaya

Nilai dan
Norma
Kepercayaan
Simbol atau Lambang
• Merupakan apa sahaja yang mempunyai makna kepada
masyarakat yang berk0ngsi budaya.
• Kebiasaannya ialah objek fizikal.
• Contoh: keris – lambang keberanian atau kepahlawanan.

Bahasa
• Alat komunikasi untuk berhubung secara lisan atau bukan lisan.
• Memainkan peranan utama dalam perhubungan antara ahli
masyarakat.

Nilai dan Kepercayaan


• Standard budaya yang menentukan bagaimana manusia menilai
kebaikan, kecantikan dan keinginan yang menjadi garis panduan
umum.
• Kepercayaan – rumusan dan tafsiran tentang masa kini atau
ramalan pada masa depan.
• Nilai – prinsip-prinsip umum yang berasaskan kepercayaan
Norma
• Peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaannya
yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat
(Kamus Dewan).
• Dikaitkan dengan peraturan dan jangkaan yang membimbing
perlakuan seseorang ahli masyarakat.
• Merupakan standard yang dipersetujui bersama dalam
masyarakat.
• Norma proskripsif – menggariskan apa yang tidak boleh
dilakukan.
• Norma preskripsif – menjelaskan apa yang perlu dilakukan.

• Norma ini biasanya dipindahkan melalui bahasa dari satu


generasi ke generasi yang lain secara tidak formal.
Teknologi
• Merupakan artifak dan kaedah yang digunakan dalam
kehidupan sehariansesuatu kelompok sosial.
• Merupakan satu gagasan pengetahuan praktis dan peralatan
untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan tenaga serta
mengubah persekitaran untuk kegunaan manusia.
 Kewujudan pelbagai etnik di alam Melayu telah memberi
sumbangan terhadap pembentukan masyarakat plural yang
dapat hidup secara bersama dalam kepelbagaian.

 Asia Tenggara semasa pra-Eropah merupakan tempat pertemuan


pelbagai tamadun dan budaya utama dunia yang didorong oleh:

 Ketuhanan (God/ Gospel)


 Kekayaan (Gold)

 Kemenangan (Glory)

 Masyarakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum kedatangan


orang Eropah terbentuk melalui proses semula jadi tanpa
sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya.
 Kesepakatan 3 etnik terbesar negara ketika Persekutuan Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 membolehkan
rakyat menikmati kuasa politik yang sama rata dengan dasar
perkongsian kuasa. (Melayu, Cina dan India)

 Kekayaan, pembangunan masyarakat yang adil di sisi undang-


undang, amalan demokrasi serta kontrak sosial di antara
kepelbagaian kaum menghasilkan keharmonian masyarakat
Malaysia.

 Konsep perkongsian kuasa, pengagihan pendapatan negara


secara adil, peluang pendidikan yang sama di antara kaum,
kebebasan beragama yang dijamin oleh perlembagaan negara,
perlindungan terhadap kaum minoriti serta dasar-dasar yang lain,
telah dapat menjamin keharmonian rakyat berbilang kaum dan
etnik di negara kita.
ETNIK % Tahun 1957 % Tahun

Bumiputera 49.8

Cina 37.2

India 11.3

Lain-lain 1.7

Jumlah
• Melalui penjajahan Inggeris, wujud masyarakat perlbagai etnik
melalui kemasukan orang Cina dan India sebagai buruh

• Mereka diasingkan dengan penduduk tempatan dari segi pekerjaan,


tempat tinggal dan sistem persekolahan, dan menyukarkan untuk
berinteraksi sesama kaum.

• Penjajahan Jepun pula mengamalkan dasar pembahagian yang jelas


antara kaum menyebabkan meningkatnya perasaan permusuhan dan
akhirnya mencetuskan pergaduhan antara kaum.

• Hubungan etnik dirumitkan lagi dengan penubuhan Malayan Union yang


ditolak oleh Melayu dan diterima oleh kaum Cina dan India terutama
berkaitan dengan isu kewarganegaraan.
•Menjadi semakin rumit selepas darurat diisytiharkan terutama antara kaum Melayu dan Cina

•British memperkenalkan rancangan penempatan semula yang membataskan pergaulan


kaum Melayu yang ditempatkan di kampung Melayu dan Cina di kampung Baru

•Isu utama politik ketika ini seperti penguasaan ekonomi oleh golongan pendatang, penglibatan
Cina dalam politik Tanah Melayu serta perjuangan etnik mempertahankan budaya, bahasa dan
pendidikan.

•Penyatuan etnik dipupuk melalui dasar-dasar kerajaan berkaitan pendidikan dan ekonomi serta
kerjasama politik melalui Perikatan

• Pelaksanaan dasar-dasar awam kerajaan berkaitan sosial, pendidikan dan ekonomi


bagi mengukuhkan hubungan etnik di Malaysia.

• Antaranya melalui Majlis Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Dasar


Pendidikan Kebangsaan, Gagasan 1Malaysia, Rancangan-Rancangan Ekonomi dan
sebagainya.
•Hubungan etnik dicorakkan oleh penempatan penduduk bumiputera dan bukan bumiputera
serta Bumiputera bukan Islam dan Bumiputera Islam.

•Sistem penempatan dibentuk melalui sistem kepercayaan di kalangan penduduk; Bumiputera


Islam(Bajau,Idahan,Iranun,Sulu,Bisaya,Melayu-Brunei dan Orang Sungai) dan Bumiputera
bukan Islam(Dusun,Murut,Rungus)

•Mengamalkan hubungan etnik yang harmoni kerana penduduk meletakkan keutamaan


kebudayaan dalam urusan kehidupan bermasyarakat berbanding pembezaan keagamaan serta
ikatan kekeluargaan yang lebih kuat berbanding agama.

•Brooke mengamalkan dasar mengasingkan kumpulan etnik mengikut kepentingan kepada


pentadbiran British di Sarawak

•Perhubungan antara etnik-etnik berasaskan ekonomi.

•Mengasingkan setiap kumpulan etnik di Sarawak mengikut petempatan dan pekerjaan yang
berlainan bagi mengelakkan pertelingkahan dan pertumpahan darah yang membawa kepada
pengenalan etnik berdasarkan tempat tinggal.
Pluraliti Masyarakat
• Abad 13M-15M Pluralistik
• Kesultanan Kedatangan • 1957
Melaka Penjajah • Kemerdekaan
• Tanpa Paksaan • Pluraliti Baru

Masyarakat
Plural
• 1824M-1957M
• Penjajahan Inggeris
• Paksaan
Pluraliti budaya di Tanah Melayu merupakan
hasil pertemuan dan pertembungan budaya besar
dunia yang melahirkan fenomena sosial di Alam
Melayu.

Pluraliti budaya di Tanah Melayu merupakan hasil


pertemuan dan pertembungan budaya besar dunia
yang melahirkan fenomena sosial yang Istimewa di
Alam Melayu
2 konsep utama ciri-ciri masyarakat Asia
Tenggara:

Pluraliti Masyarakat Pluralistik


• Bercirikan semula jadi, tanpa (plural society)
paksaan dan fleksibel. • Bercirikan pemaksaan dan
perbezaan.
PERBEZAAN CIRI-CIRI
yang mewujudkan kepelbagaian
bangsa
PLURALITI PLURALISTIK
• Semula jadi tanpa • Secara paksaan
paksaan • Demi kepentingan
• Sukarela mencari ekonomi dan politik
kehidupan dan Inggeris
kekayaan • Tidak disertai keluarga
• Disertai ahli keluarga • Tidak pernah
• Menjamin ketenangan melupakan negara asal
pemikiran dan perasaan
PLURALITI PLURALISTIK
Mewujudkan interaksi yang Gagal berasimilasi dengan
harmoni dengan penduduk, penduduk, alam sekitar dan
alam sekitar dan sistem sistem

Mewujudkan kelompok
Sanggup berkahwin dengan
masyarakat dengan sistem
penduduk tempatan
tersendiri

Terasing dengan kelompok


Mengamalkan budaya
lain walaupun di tempat yang
seharian orang Melayu
sama

Amalan dan adat resam


Gagal mengenali antara satu
pendatang diterima oleh
sama lain
penduduk tempatan
 Perbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan seperti bahasa,
agama dan adat resam.

 Timbulnya jarak sosial antara anggota masyarakat kerana


kurang interaksi.

 Perbezaan pekerjaan dan tempat tinggal.

 Prasangka dan prejudis yang menebal.

 Keengganan anggota masyarakat untuk membuka dunia


sosial kepada masyarakat lain dan kecenderungan untuk
mengekalkan identiti masing-masing.

 Dominasi sesuatu kaum dalam bidang-bidang tertentu seperti


politik atau perniagaan.

 Bilangan anggota masyarakat majoriti dan minoriti lebih


kurang sama.
POLITIK

CABARAN
AGAMA
DAN
BUDAYA
HUBUNGAN EKONOMI

ETNIK

SOSIAL
 Politik Perkauman
 Setiap kaum di Malaysia diwakili oleh parti politik masing-masing.
 Menyuara, menjaga serta memperjuangkan kepentingan dan kelangsungan
kaum masing-masing.
 Sukar menerima pemimpin dari kaum lain.
 Semangat perkauman yang menebal.

 Dominasi Sektor Ekonomi


 Jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi dan ketidakseimbangan
pendapatan.
 Tiap-tiap etnik berusaha untuk mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih
besar daripada pertumbuhan ekonomi dan peluang ekonomi yang wujud.

 Perbezaan Pekerjaan
 Menghalang interaksi yang lebih kerap.
 Interaksi berlaku di kalangan etnik yang sama.
 Semangat perkauman terus menebal.
 Pemisahan Fizikal
 Akibat dasar pecah perintah British.
 Merenggangkan hubungan dan menyukarkan interaksi.
 Memperkuatkan perasaan kekitaan dan etnosentrisme.

 Sistem Pendidikan yang Berasingan (Sekular)


 Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri
 Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa
ibunda menyebabkan interaksi berkisar dikalangan etnik sendiri
sahaja.

 Polarisasi dalam Kalangan Pelajar


 Keterasingan di peringkat sekolah rendah, kerenggangan di sekolah
menengah serta di Institusi Pengajian Tinggi menyukarkan proses
hubungan etnik di Malaysia

 Kontrak Sosial
 Kontrak Sosial yang menjadi asas dalam pembinaan masyarakat
Malaysia seringkali di pertikaikan
 Setiap etnik mempunyai agama, adat istiadat bahasa
dan kebudayaan yang berlainan

 Mudah terjadinya konflik.


 Setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan
kebudayaan mereka sendiri.
 Mengutamakan anggota dari etnik yang sama dalam
mendapatkan pekerjaan, memilih sahabat dan mencari
teman hidup.
 Pemikiran sekularisme; memisahkan urusan dunia
daripada urusan agama dan Tuhan dari segala urusan
kehidupan manusia.
 Islam telah memberi pengaruh yang mendalam dalam
pertumbuhan dan perkembangan Tamadun Malaysia.
 Dengan majoriti penduduk beragama Islam, maka sewajar Islam
menjadi asas hubungan etnik dan integrasi nasional kerana ia
serasi dengan majoriti penduduk dan minoritinya.
 Sebagai agama rasmi, Islam mestilah dihormati kerasmiannya
namun ia tidak menghalang kebebasan beragama

 Wawasan yang jelas, konsisten dan dikongsi bersama


 Mestilah mempunyai visi yang sama tentang hala tuju dan hasil
integrasi yang diingini.
 Gagasan 1Malaysia dan Wawasan 2020 harus dijadikan salah satu
paksi terpenting pada keseluruhan gagasan hubungan etnik dan
integrasi nasional negara ini
 Keazaman dan kemantapan politik
 Pemimpin yang berwibawa
 Pemimpin ada niat untuk menginstitusikan hubungan etnik.
 Niat ini dicetuskan oleh kesedaran tentang pentingnya hubungan etnik.
 Dari sini akan tercetus kemahuan serta aktiviti dalam bentuk pelan
tindakan yang berkesan.

 Faktor ekonomi memainkan peranan penting dalam menentukan


kejayaan hubungan etnik di Malaysia.
 Hubungan etnik dan integrasi hanya boleh terhasil jika keperluan
asas untuk survival manusia dipenuhi.
 Kepelbagaian etnik di Malaysia telah wujud berkurun lama
dahulu kesan dari kedatangan penjajah sewaktu zaman
kesultanan Melayu Melaka.

 Perkembangan etnik membawa impak positif dan negatif kepada


negara dan kehidupan bermasyarakat.

 Untuk memastikan keharmonian etnik sejagat, segenap aspek


perlu di ambil kira agar sama rata namun tidak memberi kesan
terhadap keistimewaan etnik majoriti iaitu melayu dan
bumiputera. “Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut
tak putus, tepung tak terurai”.
Jenis dan Demografi Kelompok
• Kelompok Sosial didefinisikan sebagai dua
individu atau lebih, yang berinteraksi, saling
bergantung dan saling bergabung untuk
mencapai sasaran tertentu.
• Kelompok bersifat: Formal dan Tidak Formal
• Kelompok Formal merujuk kepada kelompok
yang ditentukan oleh Struktur Organisasi
serta Pengkhususan Tugas (Division of
Labour) untuk mencapai objektif Organisasi.
• Klasifikasi Kelompok dalam sesuatu masyarakat dapat
diklasifikasikan kepada beberapa kumpulan:
i. Kelompok Tugas:
Bersama-sama menyelesaikan sesuatu tugas.
ii. Kelompok Kepentingan:
Individu bekerjasama untuk mencapai
sasaran khusus.
iii. Kelompok Persahabatan:
Kelompok yang ditetapkan secara bersama-sama
kerana memiliki satu atau lebih sifat yang sama.
• Alasan orang untuk saling bergantung dan
bergabung dalam kelompok adalah seperti
berikut:
i. Keamanan
ii. Status
iii. Harga Diri
iv. Afiliasi: (Dapat memenuhi keperluan Sosial).
v. Kekuatan
vi. Pencapaian Tujuan
• Pengelasan Kelompok Ras dalam masyarakat
pula boleh dilihat kepada beberapa bahagian
seperti:-
i. Caucasoid- (Orang-Orang Eropah)
ii. Negroid- (Orang-Orang Kulit Hitam)
iii. Mongoloid- (Orang-Orang Asia)
iv. American Indian-(Orang Asli Amerika)
v. Austroloid-(Orang Asli Australia)
• Antara permasalahan yang dikenalpasti telah
diringkas seperti berikut:-
i. Perbezaan Pencapaian
ii. Jurang Sosial
iii. Monopoli
iv. Budaya
iv. Pengekalan Identiti
v. Prasangka
vi. Ethnocentrisme
vii. Stereotaip
• Pengelompokan masyarakat ini juga boleh
dibincangkan secara bersama dengan ‘Demografi’.
• Achille Guillard (1885), pertama menggunakan istillah
‘Demografi’ ini dalam karyanya yang berjudul
‘Elements of Human Statistics or Comparative
Demography’.
• Kata ‘Demografi’ berasal dari bahasa Yunani ‘demos’
bermaksud penduduk di sesuatu kawasan.
• ‘Grafein’ pula bermaksud menulis tentang sesuatu
perkara.
• Demografi Kelompok merupakan analisa
statistik terhadap jumlah dan komposisi
penduduk di sesuatu kawasan.
• Kajian Saintifik dan Statistikal meliputi soal
Fertiliti (kelahiran), Mortaliti (Kematian),
Perkahwinan serta Imigrasi dan bagaimana
komponen ini berubah mengikut masa serta
mempengaruhi saiz dan taburan penduduk
manusia.
• Demografi Kelompok di Malaysia pula terdiri
daripada pelbagai bangsa dan agama.
• Golongan Bumiputera Malaysia terdiri daripada
pelbagai kaum seperti Melayu, suku kaum etnik
di Sabah serta suku kaum etnik di Sarawak.
• Masyarakat di Malaysia boleh diklasifikasikan
kepada pelbagai bangsa dan kelompok iaitu
Melayu (54%), Cina (25%), India (7%), Suku
kaum etnik di Sabah dan Sarawak ialah
sebanyak (14%).
• Penduduk utama Malaysia adalah akibat pembentukan
Masyarakat Majmuk.
• Masyarakat Majmuk terdiri daripada etnik Melayu, Cina,
India, Orang Asli dan Suku Kaum di Sabah dan Sarawak.
• Penduduk Asal atau Melayu yang mendiami alam Melayu
ini telah membina asas peradaban yang mantap sebelum
bertembung dan melalui Proses Difusi Budaya.(Menerima
Budaya orang lain ke dalam Budaya sendiri).
• Peradaban Islam serta Peradaban India amat
mempengaruhi pembangunan peradaban Melayu di Asia
Tenggara.
• Di Sabah, terdapat kira-kira 23 suku kaum
etnik manakala di Sarawak terdapat kira-kira
17 suku kaum etnik yang menetap di sini.
• Terdapat kira-kira 46 Suku Kaum etnik yang
terdapat di Malaysia.
• Pada tahun2006, terdapat jumlah orang Asli
seramai 141, 230 orang. Ekonomi orang Asli
masih lagi berasaskan pertanian dan sara diri.
• Malaysia meletakkan Perpaduan Nasional sebagai
matlamat akhirnya.
• Matlamat akhir proses penyatuan ini ialah
terbentuknya satu ‘Bangsa Malaysia’ yang terdiri
daripada satu masyarakat berbilang etnik yang bersatu
padu, sejahtera dan mempunyai identiti nasional
tersendiri.
• Proses perpaduan negara dalam kalangan negara yang
berbilang etnik diwakili oleh parti politik etnik masing-
masing.
• Mereka mengamalkan budaya, agama, bahasa dan
orientasi pemikiran masing-masing.
• Perbezaan inilah dikatakan sebagai
penghalang kepada masalah dalam proses
penyatuan, perpaduan dan pembinaan bangsa
Malaysia.
• Teori Hubungan Kaum merupakan teori yang
terdapat dalam menyatupadukan masyarakat
Malaysia dan membentuk hubungan atau
kepelbagaian kaum.
• Peringkat proses seterusnya dinamakan: Sergresi.
• Hubungan yang bersifat Pemisahan antara etnik
dalam sebuah negara seperti pemisahan kawasan
tempat tinggal, sistem persekolahan,
pengangkutan dan kemudahan awam.
• Akomodasi adalah satu keadaan yang mana
kelompok yang berkonflik bersetuju untuk
menghentikan konflik apabila adanya interaksi
secara aman.
• Masyarakat Majmuk hidup berdekatan, saling
bekerjasama tetapi tidak bersatu padu. Mereka
hidup secara harmoni dan menghormati antara
satu sama lain. (Furnival, 1949).
• Proses ini berlaku apabila etnik-etnik menyedari
tentang kepentingan norma dan nilai mereka
antara satu sama lain, namun mereka tetap
mempertahankan Budaya hidup masing-masing.
• Institusi-Institusi tertentu seperti ekonomi dan
pendidikan saling bergantungan antara satu
sama lain. Contohnya, negara Switzerland.
• Negara Switzerland mempunyai hubungan
etnik bersifat Akomodasi, di mana etnik-etnik
di dalamnya seperti Etnik Jerman, Peranchis
dan Itali saling membuat penyesuaian antara
satu sama lain dan hidup dalam keadaan
aman.
• Akulturasi pula merupakan satu proses yang kadang
kala dikenali sebagai Asimilasi Budaya yang terjadi
apabila manusia dalam Kumpulan Minoriti menerima
norma, nilai dan pola-pola tingkah-laku dan Budaya
dari Golongan Majoriti.
• Proses ini merupakan proses meminjam dan menerima
unsur-unsur Budaya golongan Majoriti, tanpa
mengubah unsur-unsur Budaya Asal.
Asimilasi adalah Proses Percantuman dan Penyatuan
antara kelompok dan individu yang berlainan
kebudayaan dan identiti supaya wujud satu kelompok
yang mempunyai identiti yang sama.
• Amalgamasi Budaya merupakan satu proses yang
terjadi apabila Budaya dan Ras bercampur untuk
membentuk jenis-jenis Budaya dan Ras yang
baru.
• Cara utama untuk menentukan Proses
Amalgamasi terjadi ialah Perkahwinan Campur
antara Etnik dan Ras.
• Perbezaan Sosio-Ekonomi, Budaya, Segregasi,
Pemisahan Fizikal, Agama, Dasar Kerajaan,dll
turut menjadi faktor penghalang ketara.
• Pelbagai usaha Sosial dan Kebudayaan turut diadakan
oleh kerajaan bagi mencapai matlamat pembentukan
Budaya ini.
• Pelbagai usaha sosial dan Kebudayaan turut diadakan
oleh kerajaan bagi mencapai matlamat pembentukan
Budaya ini.
• Antaranya memperkenalkan Konsep Kebudayaan
Nasional.
• Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi
dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan telah diakui dan
diterima oleh semua lapisan masyarakat.
• Peristiwa 13 Mei 1969 telah menjejaskan
hubungan antara etnik.
• Kemajuan ekonomi sahaja tidak memadai
tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang.
• Kementerian Pelajaran perlu
bertanggungjawab memupuk semangat
perpaduan sejak dari bangku sekolah lagi.
• Murid perlu diberikan kesedaran tentang
kepentingan memahami hubungan Etnik.
. Antara usaha yang telah dijalankan ke arah
memupuk Perpaduan Nasional yang telah
dijalankan oleh kerajaan adalah:
i. Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara
ii. Rukun Negara
iii. Dasar Ekonomi Baru
iv. Dasar Pendidikan Kebangsaan
v. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
• vi. Gabungan Parti-Parti Politik.
• vii. Integrasi antara Wilayah.
• viii. Integrasi Semenanjung Malaysia dengan
Sabah/Sarawak.
Usaha kerajaan (Top-Down) sahaja tidak
memadai tetapi mesti digenapkan dengan usaha
yang berbentuk (bottom-up) menerusi kerjasama
dan sumbangan daripada sektor swasta, sektor
komuniti dan semua parti politik.
• Hubungan antara Kumpulan Kelas Sosial yang
berbeza seperti Kelas Atasan, Kelas
Menengah serta Kelas Bawahan perlu
ditingkatkan.
• Hubungan Etnik merupakan satu ciri penting
yang mencorakkan Sistem Sosial di Malaysia.
• Walaupun tahap Perpaduan Nasional di
negara kita sukar diukur, Malaysia berjaya
mewujudkan hubungan etnik yang harmonis.
• Abdul Rahman Embong (2001), menjelaskan
bahawa bangsa yang terdiri daripada semua
kaum di Malaysia yang terbentuk dalam
sejarah dan mempunyai perasaan sebangsa
dengan nama Kolektif (Bangsa Malaysia) yang
sama serta berkongsi wilayah, ekonomi,
Budaya dan nasib masa depan dengan rupa
bangsa yang sepunya.
• Pembinaan Negara Bangsa (Nation Building)
melibatkan satu proses yang panjang dan
merupakan satu keperluan bagi Malaysia.
. Pembinaan Negara Bangsa (Nation Building)
memerlukan penyertaan menyeluruh setiap
anggota masyarakat dan penglibatan sepenuhnya
jentera kerajaan.
. Satu Nilai dikongsi bersama perlu diwujudkan dan
dihargai oleh seluruh warganegara Malaysia.
Kepentingan Memahami
Konsep Budaya Kepada Guru
• Guru bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan
muridnya.
• Guru dapat menerapkan unsur-unsur budaya kepada murid.
• Murid akan lebih mengenali budaya yang terdapat di Malaysia.
• Nilai-nilai menghormati budaya orang lain akan wujud dalam diri
murid.
• Memupuk semangat perpaduan serta untuk profesionalisme
guru sendiri.

Anda mungkin juga menyukai