PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (AMBILAN JUN 2017 SEMESTER )
KAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU
4.4 ASPEK SENI BAHASA
DISEDIAKAN OLEH: • AIMI • HAZMAN • AZRUL AFFENDY • NURLYANA 4.0 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK SENI BAHASA • Standard kandungan aspek seni bahasa menentukan keupayaan murid mengungkapkan keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pelbagai aktiviti seni bahasa secara kreatif.
• Guru perlu menyediakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran ini secara didik hibur supaya dapat menarik minat murid dan membantu murid lebih berketrampilan serta menghayati kandungan seni bahasa itu. 4.0 STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK SENI BAHASA Standard Kandungan Seni Bahasa Murid patut mengetahui dan boleh melakukan:
4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui
nyanyian secara didik hibur 4.2 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan secara kreatif semasa bercerita secara didik hibur. 4.3 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur. 4.4 Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur. MURID TAHUN 3 (4.1.2) Memahami lirik lagu “Malaysia Berjaya”
1. Murid menyanyikan lagu
tersebut sekali lagi dengan gerak
MURID TAHUN 3 laku yang sesuai dan kreatif.
2. Guru dan murid bersoal jawab
(4.1.2) tentang lirik lagu “Malaysia Berjaya” bagi setiap rangkap.
3. Guru dan murid bersoal jawab
tentang seni kata lagu. Contoh soalan: *Apakah maksud ’berjaya’ dalam lagu ini? *Apakah bukti yang menunjukkan Malaysia berjaya? MURID TAHUN 3 (4.1.2) Teater Bercerita Penyampaian cerita melalui watak yang terdapat dalam cerita yang telah dibaca, didengar atau dilihat dengan menggunakan (menggantung di leher) gambar tunggal watak tersebut semasa bercerita. Teater Pembaca Penyampaian cerita melalui pembacaan dialog bagi watak-watak tertentu dalam sesebuah cerita. Aktiviti ini mengutamakan penggunakan suara,sebutan, gerak badan dan mimik muka sahaja. Teknik Bercerita Tanpa Alat Tumpuan kepada gaya penyampaian cerita menggunakan intonasi, nada, sebutan dan mimik serta ekspresi yang sesuai dengan cerita yang disampaikan. Teknik Bercerita Dengan Alat Bercerita menggunakan alat seperti topeng,pakaian, dan lain-lain alat/bahan yang dapat menyokong gambaran cerita semasa membuat persembahan. MURID TAHUN 3 (4.3.1) MURID TAHUN 3 (4.3.1) CONTOH: Penilaian 1. Murid dipilih secara berpasangan melakonkan watak secara simulasi berdasarkan kad situasi yang MURID TAHUN 3
disediakan secara bergilir-gilir
2. Guru menilai murid dalam lakonan (4.3.1)
daripada aspek pertuturan yang
jelas dan intonasi yang sesuai. MURID TAHUN 1 (4.4.1) MURID TAHUN 1 (4.4.1) MURID TAHUN 3 (4.4.1) Penilaian 1. Guru menilai murid semasa mereka melafazkan satu rangkap pantun yang telah dipelajari secara bergilir-gilir.
2. Penilaian dibuat daripada
aspek sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. GLOSARI DIDIK HIBUR Sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang menghiburkan atau menggirangkan hati. MENGUNGKAPKAN ( mengeluarkan atau melahirkan isi hati dn lain-lain dengan kata-kata, air muka, gerak geri dan lain-lain; memaparkan perasaan hati) MENGAPRESIASI ( mengiktiraf dan menghayati nilai dalam sesuatu karya sastera atau seni ) Mengeluarkan atau melahirkan isi hati dan lain-lain dengan kata-kata, air muka, gerak geri dan lain-lain untuk memaparkan perasaan hati NYANYIAN Membaca atau melafazkan seni kata lagu dengan menggunakan rentak atau diiringi muzik yang sesuai dengan murid. Nyanyian mampu menimbulkan minat murid untuk mengukuhkan kemahiran bahasa, menambah perbendaharaan kata, meningkatkan pemahaman, memupuk nilai dan perasaan dan meningkatkan apresiasi terhadap keindahan bahasa. Aktiviti nyanyian yang dicadangkan bersoal jawab tentang isi/kosa kata, menulis prosa, menceritakan semula isi seni kata lagu, memberi respon parafrasa,gerakan badan dan mimik muka. Improvisasi (Lakonan Kaku) Lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau situasi sebenar dalam kehidupan seharian dan dialog akan dilahirkan secara spontan. Simulasi 1. Main Peranan Lakonan spontan berdasarkan sesuatu situasi/masalah tanpa menggunakan skrip. 2. Sosiodrama Aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita menggunakan skrip lakonan yang telah disediakan. Semasa menyediakan strategi pengajaran dan pembelajaran Seni Bahasa, guru perlu memberi pertimbangan aktiviti yang sesuai dan menarik Sebelum Semasa Selepas pengajaran dan pembelajaran senibahasa yang diajar. RUMUSAN
Aspek Seni Bahasa merupakan salah satu komponen dalam
Kurikulum Standard Bahasa Malaysia yang menekankan kepada keindahan bahasa secara didik hibur.. Aspek ini bertujuan membentuk murid untuk memiliki keseimbangan dalam kemahiran- kemahiran bahasa seperti mendengar, bertutur, membaca, menulis, secara efektif melalui pelbagai kaedah pengajaran dan strategi. Aktiviti-aktiviti yang bercorak didik hibur dalam seni bahasa ini dapat meningkatkan penghayatan nilai dan seni dalam bahasa. Muridberkemampuan untuk melahirkan idea secara kreatif melalui bahasa yang indah dan halus serta dapat menghargai dalam sesuatu nilai dalam sastera atau seni.