Anda di halaman 1dari 10

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir bab ini, pelajar boleh,

 Melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu


ketamadunan Melayu yang tinggi pada zaman
dahulu, iaitu semasa Kesultanan Melayu Melaka
yang setanding dengan tamadun-tamadun luar.

 Menjelaskan kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu


lain yang memiliki kedaulatan yang tersendiri.

DISEDIAKAN OLEH,
MS.KHAUSELYIA PADMANATHAN
Kesultanan Melayu Melaka
(1400- 1511)
 Kerajaan tertua dalam sejarah Malaysia.
 Pada zaman pra-sejarah wujud kerajaan lain ;

Kedah Tua & Perak – tiada rekod dijumpai


 Antara abad ke-7 hingga ke 13 Masihi – muncul

Kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang,


Sumatera Tenggara.
 1391- Srivijaya diserang Majapahit,

Parameswara lari ke Temasik, tewaskan Sang Aji


Singapura
1398 – Ayudhya menyerang balas Singapura

menyebabkan Parameswara & pengikutnya


undurkan diri ke Semenanjung Tanah Melayu.
Sejarah Melaka

 1400 – mula bertapak di Melaka


 Melaka mendapat nama dari pokok “Malaka”

 Teori lain: Malaqa ( arab) – tempat perlindungan


PERKEMBANGAN POLITIK

• Parameswara mula menyediakan kelengkapan perahu &


pelabuhan – Melaka muncul sebagai tapak perdagangan
antarabangsa.
• 1403 – Yin Ching; duta dari China membawa hadiah kepada
Parameswara. Buktikan pengiktirafan China pada Melaka.
• 1405 – utusan Melaka iringi Yin Ching ke China. Melaka diiktiraf
secara rasmi – Parameswara ditabalkan sebagai raja.
• 1409 – Melaka dapat alat-alat kebesaran diraja & sebuah
prasasti dari Laksamana Cheng Ho (China) sebagai hadiah.
• Melaka adalah kerajaan pertama di Asia mendapat
penghormatan ini.
SISTEM PEMERINTAHAN
• Kedudukan paling tinggi – Raja atau Yang
Di-Pertuan
• Digelar ‘Sultan’ atau ‘Syah’
• Sistem pemerintahan disebut sebagai ‘raja
mutlak’
• Mempunyai sistem pentadbiran yang
paling tersusun.
• Raja dibantu oleh sebuah organisasi yang
tersusun dengan hierarki dipanggil ‘ Sisem
Pembesar Empat Lipatan’
SISTEM PEMERINTAHAN
Sultan

Pembesar 4

Pembesar 8

Pembesar 16

Pembesar 32

Sistem pentadbiran kerajaan Melaka berkait rapat dengan peranan yang


dimainkan oleh 4 orang pembesar utama iaitu Bendahara, Penghuu Bendahari,
Temenggung & Laksamana.
SISTEM PEMERINTAHAN
• Bendahara – Penasihat kanan raja, mesti keturunan raja
& punya talian rapat dengan raja. Boleh bertindak sebagai
Ketua Hakim semasa ketiadaan raja, Pemilih dan Pelantik
raja.
• Penghulu Bendahari – bertanggungjawab memungut cukai
& hasil negeri, menyimpan daftar hamba raja, ketua bagi
semua syahbandar.
• Temenggung – Ketua undang-undang, peraturan negeri
dan keselamatan, ketua protokol dalam soal adat istiadat.

• Laksamana – pahlawan di dalam peperangan (terutama di


laut), digelar raja laut, menjadi diplomat & bawa utusan
kerajaan.
KEGEMILANGAN MELAKA

• Empayar yang besar & kukuh


• Pusat Perdagangan Dunia
• Pusat Penyebaran agama Islam
• Pusat penyebaran ilmu pengetahuan
FAKTOR KENAIKAN
• Kedudukan geografi
• hubungan dengan China ( perlindungan
politik)
• Struktuk Pentadbiran yang cekap
• Ekonomi yang stabil
FAKTOR KEJATUHAN
( Faktor luaran & dalaman)

• Bendahara lemah
• Sultan lemah – Sultan Mahmud tidak minat
dalam pentadbiran
• Rasuah meningkat
• Cukai meningkat
• Pelayaran Barat ke Timur

Anda mungkin juga menyukai