Anda di halaman 1dari 21

MUZIK RAKYAT

MALAYSIA

CAKLEMPONG
VIDEO
ASAL USUL

-Caklempong adalah sejenis muzik tradisional masyarakat Minangkabau di Negeri


Sembilan. Ensembel Caklempong memainkan peranan penting sebagai muzik rakyat.
Caklempong juga dikenali sebagai Taklempong, Calempong atau Telempong.

-Sehingga kini belum ada keterangan yang jelas mengenai sejarah asal-usul
Caklempong. Ada dua pendapat tentang asal-usul Caklempong:
• Caklempong berasal dari kayangan berdasarkan cerita ‘Hikayat Malim Deman’.
• Berdasarkan kepercayaan orang Minangkabau, semasa pertabalan Tunku Laras di
Tanah
-Datar Minangkabau, baginda telah ghaib dengan tiba-tiba dan dipercayai
dilarikan oleh puteri kayangan. Di sanalah baginda mendengar bunyi-bunyian
yang sungguh lunak dan merdu yang dinamakan Caklempong.

-Caklempong dibawa ke Tanah Melayu pada sekitar abad ke 19 oleh peniaga


Minangkabau dari Sumatra Barat yang datang dan bermastautin di Negeri
Sembilan. Permainan Caklempong ini dianggap sebagai muzik tradisional negeri
ini.
TEKNIK PERMAINAN

-Terdapat tiga cara bagaimana Caklempong dimainkan :


• Caklempong dimainkan secara berdiri di mana bonang diletakkan di atas
tepak berkaki.
• Caklempong dimainkan secara duduk di mana tepak tidak berkaki digunakan.
• Caklempong dimainkan untuk mengiringi perarakan sambil berjalan yang
dipanggil “Pacik”.

*Setiap pemain membawa 2 buah bonang yang digantung pada jari dan
diketuk.
VIDEO
ALAT MUZIK
Ensembel Caklempong terdiri daripada alat-alat berikut:
• Gereteh
Terdiri daripada 15 biji gong kecil yang dipanggil bonang. Alat
ini disusun mendatar di atas tepak. Gereteh berperanan
memainkan melodi I dan II.
Disusun dalam nada C Major satu oktaf termasuk 7 not pilihan.
Dibaca dalam trebel klef
Tingkah
 Terdiri daripada 8 biji bonang yang disusun mendatar di atas
tepak. Tingkah berperanan memainkan kod.
 Bermula dari not E, F, G, A, Bb, B, C dan D

 Dibaca dalam bass klef


NOTASI
Sauwa
Terdiri daripada 8 biji bonang yang disusun mendatar di atas
tepak. Sauwa memainkan ostinato melodi.

* Bonang gereteh, tingkah dan sauwa diperbuat daripada


tembaga. Alat-alat ini adalah dalam klasifikasi idiofon yang
diketuk dengan pemukul kayu yang berbalut.
Gendang
Terdiri daripada dua buah gendang iaitu gendang ibu dan gendang
anak. Gendang ibu memainkan rentak asas manakala gendang
anak meningkah rentak asas. Alat ini adalah dalam klasifikasi
membranofon, mempunyai dua muka kulit yang dipukul dengan
tangan. Baluh gendang ibu dan anak diperbuat daripada kayu
nangka manakala muka kulitnya daripada kulit kambing.
Bangsi
Bangsi mempunyai tujuh lubang di bahagian atas dan satu
lubang di bahagian bawah.
Serunai
Serunai dan mempunyai 4 lubang.

*Serunai dan bangsi adalah sebagai alat tambahan yang


memainkan melodi pada tempat-tempat tertentu mengikut
gubahan lagu. Alat-alat ini adalah dalam klasifikasi erofon yang
ditiup.
JENIS LAGU

TRADISIONAL

MODEN
FUNGSI CAKLEMPONG

Ensembel Caklempong dimainkan untuk hiburan, upacara-


upacara rasmi, majlis perkahwinan, mengiringi tarian lilin,
tarian piring, pencak silat, dan dramatari randai. Permainan
Caklempong secara Pacik dimainkan untuk mengiringi
pengantin dan orang kenamaan dalam majlis-majlis rasmi.

Anda mungkin juga menyukai