Anda di halaman 1dari 24

@ HakCipta

@ Hak CiptaLPM
LPM 1
SINOPSIS
 
Konsep fonetik dan fonologi
Matlamat sebutan baku
Pelaksanaan Sebutan baku
 
Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu
bahasa yang terhasil melalui mulut manusia.

Fonologi lazimnya dibahagikan kepada dua bidang,


iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik mengkaji bunyi
bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah
pengeluarannya dan sifat fizikalnya.

@ Hak Cipta LPM 2


Fonemik ialah cabang fonologi yang
menitikberatkan analisis sistem bunyi
sesuatu bahasa yang dikaji pada masa
tertentu khususnya untuk menghasilkan
sistem tulisan.

@ Hak Cipta LPM 3


FONETIK
Kajian bahasa yang dihasilkan
oleh manusia dari segi
pengeluarannya,
pendengaranya atau dari segi
cara yang dikeluarkan

@ Hak Cipta LPM 4


DEFINISI MENURUT
TOKOH

Fonetik bermaksud satu


kajian mengenai bunyi
yang dituturkan yang
digunakan oleh semua
manusia yang mempunyai
makna
Fromkin dan Rodman (1978)
@ Hak Cipta LPM 5
Fonetik mengkaji bunyi bahasa
dari segi penyebutan,
pendengaran atau sifatnya
Abdullah Hassan (1993)

Fonetik adalah pengkajian


fenomena bunyi pertuturan
manusia sejagat
J.A Hendersen (1971)

@ Hak Cipta LPM 6


Fonetik bermaksud pengkajian
tentang bunyi-bunyi oleh
manusia yang kita gunakan
semasa bertutur
Kenstowicz dan Kisserberth (1979)

Fonetik adalah kajian tentang


bunyi-bunyi ujar
Arbak Othman (1983)

@ Hak Cipta LPM


7
KESIMPULANNYA

Fonetik ialah bidang linguistik


yang mengkaji bunyi bahasa
sejagat secara saintifik dari
segi cara pengeluarannya da n
aspek-aspek pendengarannya.
Kajian fonetik juga bertujuan
untuk mendapatkan transkripsi
fonetik untuk semua bunyi
bahasa @ Hak Cipta LPM 8
FONOLOGI

Kajian sistem bahasa, yakni


mengkaji bagaimana bunyi bahasa
distrukturkan dan bagaimana bunyi
berfungsi di dalam bahasa
Hyman (1975)

@ Hak Cipta LPM 9


Fonologi mengkaji bunyi yang
berfungsi dalam sesuatu
bahasa
Abdullah Hassan (1981)
Fonologi merupakan satu bidang yang mengkaji
sistem bunyi sesuatu bahasa iaitu rumus-rumus
yang menentukan aspek sebutan
Frank Parker (1994)

@ Hak Cipta LPM 10


KESIMPULAN
FONETIK – bidang yang mengkaji segala
bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat
artikulasi manusia dan ia memberi lambang
kepada bunyi-bunyi tersebut
FONOLOGI – satu cabang ilmu yang
mengkaji tentang sistem bunyi yang
diucapkan oleh manusia yang boleh
difahami oleh kedua-dua belah pihak

@ Hak Cipta LPM 11


Terdapat tiga
bidang fonetik iaitu:

o Fonetik artikulasi
o Fonetik akustik
o Fonetik auditori
o

@ Hak Cipta LPM 12


FONETIK ARTIKULASI
Cabang ini mengkaji cara penghasilan bunyi
bahasa dan bahagian-bahagian (artikulator)
yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain
itu cabang ini juga melakukan pengelasan
terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara
bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur
(artikulator) seperti lidah, bibir, lelangit keras,
lelangit lembut dan sebagainya

@ Hak Cipta LPM 13


FONETIK AKUSTIK
Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa.
Sifat fizikal yang dimaksudkan ialah
gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh
pita suara. Gelombang bunyi ini dapat diukur
dengan menggunakan alat seperti spektogram
dan osiloskop. Antara sifat yang diberi
perhatian dalam kajian ini termasuklah nada,
frekuensi dan amplitud

@ Hak Cipta LPM 14


FONETIK AUDITORI
Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa
ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan
diterjemahkan (persepsi) oleh otak. Proses ini adalah
proses yang paling kompleks dalam kajian fonetik
kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat
mujarad
Dari ketiga-tiga cabang ini, fonetik artikulasi adalah
cabang yang paling diberi tumpuan dalam pengajaran
dan pembelajaran di Malaysia. Dua cabang lagi agak
kurang diberi perhatian kerana tiadanya peralatan dan
kurangnya kepakaran yang menyebabkan kesukaran
untuk pengajaran
@ Hak Cipta LPM 15
MATLAMAT SEBUTAN BAKU
BAHASA MELAYU
• Bahasa baku ialah bahasa standard,
mempunyai struktur yang lengkap dan
sempurna dari segi sistem ejaan,
tatabahasa, dan kosa kata. Bahasa
Melayu baku mempunyai keseragaman
dalam empat sistem yang utama iaitu
fonologi,morfologi, sintaksis dan semantik.
Sebutan baku pula mencakup aspek
fonologi sahaja

@ Hak Cipta LPM 16


Apa itu sebutan baku?

• Sebutan baku ialah sebutan


fonemik (berdasarkan ejaan)
bukan berdasarkan
kelaziman sebutan menurut
dialek Riau-Johor.
• Berjalan serentak dengan
KBSM (1988)

@ Hak Cipta LPM 17


PELAKSANAAN SEBUTAN BAKU
BAHASA MELAYU
Menurut Awang Sariyan (1988:6), ahli- ahli bahasa telah
bersependapat tentang dasar sebutan baku Bahasa Melayu
iaitu sebutan bagi kata bahasa Melayu hendaklah
berdasarkan sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan
ejaan.

Perkara ini adalah bertepatan dengan keterangan K.L


pike dalam bukunya Phonemics (1943:57) iaitu

”Kata-kata dieja sebagaimana diucapkan dan


diucapkan sebagaimana dieja, dan tidak ada huruf yang
senyap”.

@ Hak Cipta LPM 18


Garis Panduan
• Sebutan Huruf:
Pada umumnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi atau
Jawi perlulah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai
bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan.

• Sebutan Kata:
• Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara
keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola pada
suku kata) sama ada kata dasar atau kata terbitan

• Intonasi:
• Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah
sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk
ayat atau kalimat dalam Bahasa Melayu serta keperihalan
keadaan yang berkenaan

@ Hak Cipta LPM 19


ALAT-ALAT ARTIKULASI

Alat-alat artikulasi meliputi artikulator dan daerah artikulasi. Artikulator


merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan, iaitu lidah, bibir
dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut, manakala daerah
artikulasi ialah gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut. Daerah artikulasi
ialah bahagian alat pertuturan di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-
gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran
bunyi-bunyi bahasa

@ Hak Cipta LPM 20


1. Bibir atas 2. Bibir bawah 3. Gigi atas
4. Gigi bawah 5. Gusi 6. Lelangit keras
7. Lelangit lembut 8. Anak tekak 9. Lidah
10. Epiglotis 11. Pita suara 12. Rongga tekak
13. Rongga hidung 14. Rongga mulut 15. Tenggorok

@ Hak Cipta LPM 21


Tugasan individu - pembentagan
1. ARTIKULASI VOKAL - ZARINAH
2. ARTIKULASI KONSONAN - ZOLKEFALI
3. ARTIKULASI DIFTONG - RIZAZUL
4. HURUF –HURUF DALAM BAHASA MELAYU (VOKAL. KONSONAN, DIFTONG) -
ZULBASRI
5. SIMBOL FONETIK DALAM BAHASA MELAYU (VOKAL, KONSONAN, DIFTONG) -
RUSNAZIRA
6. FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU (VOKAL HADAPAN, TENGAH,
BELAKANG ) – SITI FATIMAH
7. FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU ( NASALISASI ) - RASMUNA
8. FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU ( DIFTONG ) - SHATIR
9. FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU ( KONSONAN LETUPAN,
GEGARAN, GETARAN) - SAAIDI
10. FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU ( SENGAUAN, SEPARUH
VOKAL, PINJAMAN) – SITI ZAHARAH
11. FONEM DALAM BAHASA MELAYU ( FONEM VOKAL, FONEM KONSONAN) -
SABARIAH

@ Hak Cipta LPM 22


12. MAKSUD PROSONI DAN KELANTANGAN SUARA – MOHD
ASRI
13. MAKSUD TEKANAN, NADA, - NASHARUDIN
14. MAKSUD JEDA, PANJANG PENDEK - NORBANI
15. LATIHAN SEBUTAN DAN PENYUKUAN SEBUTAN –
VOKAL, KONSONAN, DIFTONG - PARIDAH
16. SEBUTAN BAKU KATA TERBITAN ( AWALAN, AKHIRAN,
APITAN) - NORHAYATI
17. SEBUTAN BAKU KATA PINJAMAN ( BAHASA INGGERIS,
BAHASA ARAB, ISTILAH AGAMA ) - ZAINI
18. LATIHAN TRANSKRIPSI SEBUTAN DAN PENYUKUAN
SEBUTAN ( VOKAL, KONSONAN ) - NORNISAH

@ Hak Cipta LPM 23


TUGASAN INDIVIDU

PENULISAN ESEI

@ Hak Cipta LPM 24

Anda mungkin juga menyukai