Anda di halaman 1dari 7

sinopsis

• Cerpen Melodi Impian ini mengisahkan liku-liku kejayaan seorang anak muda Bernama Rizaldi yang
menyimpan hasrat untuk menjadi seorang penyanyi tersohor. Sejak kecil dia amat meminati bidang ini kerana
mengikut jejak ayahnya yang menjadi penyanyi ghazal. Dia akan menyertai apa sahaja pertandingan nyanyian
yang dianjurkan di sekolahnya. Rizaldi pernah ditegah oleh Cikgu Badli kerana terlalu aktif dalam bidang muzik.
Cikgu Badli amat menitikberatkan soal pendidikan, memandangkan Rizaldi seorang murid cemerlang di
sekolah. Cikgu Badli hanya mahu Rizaldi bijak menyeimbangkan antara pelajaran dengan minat.
• Usai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia cuba mengembangkan bakatnya di ibu kota. Pernah sekali
dia ditipu oleh seorang komposer kerana terlalu taksub. Komposer yang berjanji untuk mencipta sebuah lagu
khas buat Rizaldi meminta bayaran sebanyak RM1000. Namun belum sempat lagu itu dibuat, komposer itu
telah lesap bersama wang tanpa sebarang jejak.
• Semenjak kejadian itu, semangat Rizaldi untuk terus berkecimpung dalam bidang muzik mula luntur. Dia
mengambil keputusan untuk Kembali ke kampung. Dalam perjalan ke stesen bas, Rizaldi ternampak poster uji
bakat menjadi artis. Akhirnya, dia terpilih untuk menjadi artis rakaman oleh Syarikat Rakaman Sinar Muzik.
• Menjelang hari pengumuman keputusan SPM, Rizaldi pergi ke sekolah awal pagi. Dia mendapat ucapan
tahniah daripada rakan dan juga guru kerana dia terpilihh sebagai pelajar terbaik SPM. Namun keputusan SPM
yang cemerlang itu meletakkan Rizaldi dalam keadaan dilema sama ada untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat lebih tinggi atau meneruskan cita-citanya dalam bidang muzik.
• Akhirnya Rizaldi tekad untuk mengejar cita-citanya menjadi penyanyi tanah air. Kejayaan demi kejayaan
dikecapi Rizaldi dalam bidang muzik tidak sekali menyebabkan dia lupa untuk menggenggam segulung ijazah.
Rizaldi dianugerahkan Ijazah dalam bidang Seni Vokal daripada Universti Teknologi Mara.
Tema
Kegigihan untuk mencapai cita-cita
• Kegigihan ini ditonjolkan menerusi watak Rizaldi yang bercita-cita
menjadi penyanyi tersohor. Kegigihan Rizaldi ditunjukkan menerusi
sikapnya yang tabah menghadapi segala cabaran. Usaha gigihnya ini
tidak sia-sia kerana Rizaldi akhirnya berjaya menjadi penyanyi dan
menamatkan pelajaran di peringkat ijazah.
Persoalan
• Sikap tidak berputus asa seorang anak muda.
• Kesabaran dalam menghadapi cabaran dan rintangan.
Plot
1. Permulaan
• Bahagian ini mula memperkenalkan kejayaan watak utama dalam cerpen. Disebalik kejayaan itu,
watak utama mengimbas bagaimana beliau berkecimpung dalam bidang muzik.
• Contohnya, Ingatan Rizaldi menerawang jauh mengingati semula penglibatan awalnya dalam
bidang muzik. (perenggan 2, ayat 1)

2. Perkembangan
• Dalam bahagian ini pengarang memaparkan masalah atau konflik yang berlaku antara Rizaldi dan
Cikgu Badli. Cikgu Badli menegah Rizaldi daripada terus berkecimpung dalam bidang muzik
• Contohnya,
"Apa yang kamu impikan melalui bidang muzik ini?" tanya Cikgu Badli kepada Rizaldi pada suatu
hari.
"Saya ingin menjadi penyanyi tersohor tanah air pada suatu masa nanti," balas Rizaldi.
"Bidang ini tidak akan menjamin masa depan kamu. Percayalah cakap saya," ujar Cikgu Badli. (P.4 ,
A.1-3)
3. Puncak /Klimaks
• Rizaldi berusaha sendiri untuk mencapai impian yang dihajati iaitu menjadi penyanyi.
Rizal mengikuti uji bakat dan berjaya menjadi artis rakaman bagi sebuah syarikat rakaman

• Contohnya, Rizaldi terus berhijrah ke ibu kota untuk mengembangkan bakatnya. Dia tidak
menoleh ke belakang lagi dan yakin bahawa jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya. (perenggan 5 -8)

4. Penurunan/ peleraian
• Rizaldi pulang ke kampung kerana keputusan SPM akan diumumkan. Rizaldi
dianugerahkan sebagai palajar terbaik SPM. Dia menerus cita-cita menjadi penyanyi
terkenal tanah air disamping akan melanjutkan pelajaran di Menara gading.
• Contohnya, Akhirnya, Rizaldi membulatkan tekad bahawa dia akan meneruskan cita-
citanya untuk menjadi penyanyi terkenal tanah air. Dia berjanji kepada dirinya bahawa dia
akan meneruskan pengajiannya ke menara gading selepas berjaya mencapai cita-citanya
itu. ( perenggan 14)
5. Penyelesaian
• Rizaldi tersedar daripada lamunan kerana namanya dipanggil untuk
menyampaikan ucapan sempena pelancaran album barunya. Rizaldi
mendapat pujian daripada Cikgu Badli. Rizaldi memeluk Cikgu Badli
dengan erat.

Anda mungkin juga menyukai