Anda di halaman 1dari 19

 Pengubah (transfomer) adalah merupakan sebuah alat

statik yang menghubungkan dua litar elektrik yang


mana fungsinya adalah untuk menaik dan menurunkan
nilai voltan atau arus A.U.

 Sekiranya ia direkabentuk untuk berkendali dalam


mod voltan tetap, ia dikenali sebagai pengubah voltan
dan seandainya ia direkabentuk untuk berkendalian
dalam mod arus-tetap, ia akan dikenali sebagai
pengubah arus.
 Prinsip kendalian pengubah adalah mengubah kuantiti
elemen elektrik (khususnya voltan dan arus), daripada
satu nilai kepada satu nilai yang berlainan, samada
menaikkan atau merendahkan.

 Dengan kata lain, pengubah menjadi alat utama untuk


menggandingkan kesemua bahagian dalam satu sistem
elektrik besar yang menggunakan pelbagai aras voltan.

 
 Dalam sistem penghantaran kuasa, bekalan kuasa daripada penjana akan
dinaikkan (dengan pengubah peninggi) ke aras voltan talian penghantaran,
manakala pada penghujung talian penghantaran, nilai voltan akan
diturunkan lagi (dengan pengubah penurunan) secara berperingkat dan
akhirnya kepada satu nilai voltan piawai yang sesuai untuk pengagihan
kepada pengguna akhir.

 Konsep penukaran ini menyumbang kelebihan dalam sistem penghantaran


kuasa elektrik, kerana dalam pemindahan suatu nilai kuasa tertentu,
voltan tinggi membawa arus yang rendah dan seterusnya mengalami
kehilangan yang rendah.

 Dalam aspek pengagihan, dengan mengubah kadar voltan, maka


penyesuaian bagi peralatan elektrik seperti motor, lampu, pemanas, dan
sebagainya dapat dilakukan dengan sempurna. Pengubah juga digunakan
untuk mengawal voltan bagi litar elektronik yang voltannya 6 volt atau 12
volt.
 Pengubah secara amnya dibina daripada satu teras besi (core) yang
dililitkan dengan dua gelung.

 Teras diperbuat daripada cantuman kepingan besi dengan ketebalan lebih


kurang 0.35 hingga 0.7 mm, yang ditebatkan antara satu keping dengan
yang lain. Tujuan teras yang berbentuk kepingan adalah untuk
mengurangkan kehilangan arus pusar (eddy current).

 Manakala gelung adalah dawai pengalir dengan saiz garis pusat tertentu
yang dibentuk sebagai gelung. Kedua-dua gelung ini mempunyai aruhan
saling yang tinggi.

 Jika gelung primer atau utama (primary coil) disambungkan kepada


bekalan AU sebagai punca masukan, arus akan mengalir dalam gelung dan
mewujudkan fluks ulangalik di dalam teras (core), di mana kebanyakan
fluks ini akan merangkai gelung sekunder (secondary coil) sebagai punca
keluaran yang disambungkan kepada beban elektrik.
 Nisbah pengubah adalah perbandingan antara elemen-elemen primer dan
sekunder.

 Rajah 8.5 menunjukkan elemen-elemen primer dan sekunder, dan hubungan


antara primer dan sekunder dapat ditunjukkan melalui beberapa persamaan.
Fluks yang terhasil daripada gelung primer adalah diaruhkan sepenuhnya kepada
gelung sekunder, oleh itu d.g.e. teraruh dalam setiap belitan adalah sama untuk
gelung primer dan sekunder:

Jumlah d.g.e teraruh di Ns x d.g.e per


gelung sekunder, Ns belitan Np
------------------------------- = --------------------- = -------
Jumlah d.g.e teraruh di Np x d.g.e per Ns
gelung primer, Np belitan

Dengan menganggap nisbah pengubah sebagai K:

Ns Es Vs ……………………………..…………………..[ Pers. 8.4 ]


K  
Np Ep Vp

Di mana:

s = d.g.e. teraruh sekunder (secondary emf induced)


p = d.g.e. teraruh primer (primary emf induced)
s = voltan terminal sekunder (secondary terminal voltage
Vp = voltan terminal primer (primary terminal voltage)

Catatan:

Jika K < 1 iaitu Ns < Np : pengubah ini dinamakan pengubah perendah


(stepdown transformer)
Jika K > 1 iaitu Ns > Np : pengubah ini dinamakan pengubah peninggi
(stepup transformer)
Jika K = 1 iaitu Ns = Np : pengubah ini dinamakan pengubah penjodoh
(coupling transformer)
1) Diberikan bilangan lilitan untuk tiga pengubah seperti berikut:

(a) Np = 100, Ns = 2000


(b) Np = 3000, Ns = 2000
(c) Np = 100, Ns = 100

Kirakan nilai K untuk setiap pengubah tersebut; seterusnya


tentukan jenis pengubah, dan lukiskan simbol pengubah yang
menunjukkan perbezaan bilangan lilitan.

2) Hitungkan belitan primer jika voltan bekalan 240V, voltan beban


6V dan belitan sekunder 20 belitan.
3) Anda diberikan satu pengubah yang mempunyai belitan sekunder
30 dan belitan primer 2500, gelung primer akan disambungkan
kepada bekalan 240V AU, apakah voltan keluaran pengubah?

4) Jika arus sekunder adalah 10A, apakah arus primer?


Kehilangan dan cara-cara mengatasinya

Seperti juga dengan alat-alat elektrik lain, pengubah mengalami kehilangan.

Kehilangan yang lebih tinggi akan mengakibatkan kecekapan yang semakin rendah.

 Terdapat beberapa jenis kehilangan yang dihadapi oleh pengubah:

(a) Kehilangan Teras

Kehilangan teras adalah kehilangan yang berpunca daripada bahan yang membina teras, oleh itu ianya juga dikenali
sebagai kehilangan besi (iron loss). Kehilangan teras merangkumi kehilangan hysterisis (sifat kemagnetan bahan)
dan kehilangan arus pusar (eddy current). Kehilangan ini adalah tetap dan tidak dipengaruhi oleh perubahan beban.

Apabila fluks magnet yang terhasil dalam fluks berubah dari puncak positif dan negatif (dalam arah berlawanan)
secara berterusan akan mengakibatkan tenaga diserap oleh teras, dan ini dnamakan kehilangan histerisis.

Fluks magnet yang berulangalik juga akan mengaruhkan arus pusar dalam teras pengubah, di mana teras
feromagnet dalam gelung akan menjadi pengalir dalam medan magnet yang bertukaran, akibatnya voltan teraruh di
dalam teras, dan arus sekeliling (atau arus pusar) akan mengalir. Arus pusar akan menyebabkan pemanasan teras
dan menambah jumlah kehilangan teras yang banyak.

Kehilangan histerisis boleh diminimakan dengan menggunakan bahan magnet yang mempunyai gelung histerisis yang
sempit dan kehilangan arus pusar diminimakan dengan membina teras yang berlapis-lapis.
(b) Kehilangan Tembaga

Kehilangan tembaga adalah disebabkan oleh rintangan dalam gelung pengubah. Jumlah kehilangan tembaga
pengubah adalah jumlah kehilangan dalam gelung primer dan sekunder. Kehilangan ini adalah berkadar terus
kepada kuasa dua arus (I2) atau kVA. Pada separuh beban penuh, kehilangan tembaga adalah ¼ daripada
kehilangan tembaga maksima.

Apabila gelung sekunder adalah dilitar-bukakan, arus yang mengalir dalam gelung primer adalah berfungsi untuk
membina fluks magnet asas dan menyediakan satu komponen kuasa yang kecil untuk membekalkan kehilangan teras.
a) Pengubah Pengagihan

 Pengubah pengagihan berfungsi menurunkan voltan pengagihan kepada satu voltan


perkhidmatan yang piawai.

 Sebagai contoh pengubah penurun yang kita selalu terjumpa di tepi jalan akan menurunkan
voltan pengagihan 11kV kepada 415V (3 fasa) atau 240V (1 fasa) yang akhirnya disalurkan
kepada soket keluaran di rumah kediaman kita untuk menghidupkan cerek elektrik kita.

 Kapasiti kuasa pengubah pengagihan biasanya sehingga 200kVA.

b) Pengubah kuasa

 Pengubah kuasa mempunyai kadar kuasa sehingga 20MVA yang biasa digunakan di stesen
penjana atau pencawang, samada meninggikan atau menurunkan voltan yang bersesuaian
dengan aras voltan talian penghantaran kuasa berkenaan.
c) Pengubah Alatan

 Kita akan menggunakan satu voltmeter berskala 0 – 100 volt untuk mengukur sebarang nilai voltan antara 0 – 100 volt.
 Bagaimana pula kalau kita hendak mengukur voltan pada sistem voltan tinggi, sebagai contoh 132kV? Voltmeter dengan skala
voltan sebegini tinggi adalah tidak praktikal.
 Oleh itu pengubah voltan (potential transformer, PT) digunakan untuk merendahkan nilai voltan tinggi kepada satu nilai
voltan yang bersesuaian untuk disambungkan kepada voltmeter pada kebiasaannya dibina dengan skala voltan yang rendah.
 Biasanya skala voltan sekunder pengubah voltan (setara dengan skala voltmeter) adalah lebih kurang 100 hingga 110V.
 Begitu juga pengubah arus (current transformer, CT) bertujuan merendahkan nilai arus tinggi kepada satu nilai arus yang
bersesuaian dengan ammeter yang mempunyai skala ampiar yang rendah. Skala arus sekunder pengubah arus biasanya
berkadar 1A atau 5A yang dipadankan dengan ammter yang mempunyai skala 0 – 1A dan 0 – 5A masing-masing.
 Kedua-dua jenis pengubah yang digunakan untuk merendahkan satu kuantiti sebenar yang hendak diukur kepada satu nilai
kuantiti yang bersesuaian dengan skala jangka, dinamakan pengubah alatan.
 Struktur binaan pengubah alatan ditunjukkan dalam Rajah 8.7(a) untuk pengubah voltan dan Rajah 8.7(b) untuk pengubah
arus.
 Adalah diperhatikan bahawa pengubah voltan mempunyai gelung primer yang disambung secara selari antara dua talian
voltan tinggi, manakala gelung primer pengubah arus adalah disambung secara sesiri kepada salah satu talian kuasa voltan
tinggi.
(100V) (5A)
V A

Ns Ns
CT
PT
Np Bekalan Np
Voltan Tinggi Beban

Bekalan
Voltan Tinggi Beban

Pengubah Voltan Pengubah Arus


d) Pengubah Auto

Pengubah auto berkendali atas prinsip aruhan diri.

Pengubah ini mempunyai hanya satu gelung yang bertindak sebagai kedua-dua gelung primer dan sekunder.

Sama seperti pengubah perendah, keseluruhan gelung bertindak sebagai gelung primer, manakala bahagian bertap
kepada gelung yang sama berfungsi sebagai gelung sekunder. Rajah 8.8 menunjukkan struktur binaan pengubah auto.

Pengubah auto digunakan sebagai pengubah pengaturan (regulating transformer) yang hanya memerlukan
sebahagian daripada keseluruhan voltan masukan, seperti dalam kendalian menghidupkan dan kawalan kelajuan motor
aruhan.

Bekalan
Masukan Np
Vp Np
(Vp)
Ns Beban
Ns Vs (Vs)

(a) Binaan (b) Simbol


kecekapan bagi pengubah pada sebarang peringkat beban dan faktor kuasa
ditakrifkan sebagai:

“keluaran dibahagikan dengan masukan dimana kedua-dua


diukur dalam unit yang sama (watt atau kW)”

Kecekapan, n = Keluaran (watt atau kW) x 100


Masukan (watt atau kW)
Keluaran
n = Keluaran + Kehilangan
Keluaran
n=
Keluaran + Pi + Pcu

Nilai Pi dan Pcu boleh ditentukan daripada ujian litar buka dan litar pintas
seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.
1) Sebuah pengubah fasa tunggal dua belitan 100 kVA mempunyai kehilangan1 kW
dan kehilangan tembaga pada keadaan arus keluaran yang normal sebanyak 1.5
kW. Kirakan beban kVA pada keadaan kecekapan maksima dan nilai kecekapan
berkenaan pada:

(a) Faktor Kuasa Satu


(b) Faktor kuasa 0.8 mengekor (menyusul)

2) Berikut adalah keputusan ujian ke atas sebuah pengubah fasa tunggal dua
belitan 10 kVA, 450/120 V, 50Hz.
 
Ujian Litar Buka (bacaan dibuat di BVR)
120V 4.2A 80W
Ujian Litar Pintas (bacaan dibuat di BVT)
9.65V 22.2A 120W
 
Kirakan:

(a) Kecekapan pada keadaan beban penuh dan faktor kuasa 80% mengekor.
(b) Kecekapan pada separuh beban dan faktor kuasa 80% mengekor.
 

Anda mungkin juga menyukai