Anda di halaman 1dari 22

 Medan magnet adalah mengelilingi sepanjang pengalir yang membawa

arus, iaitu bentuk medan magnet di sekeliling pengalir lurus ialah dalam
bentuk selinder sepusat (concentric cylinders).

 Ini ditunjukkan dalam Rajah 1-5 (a). Arah uratdaya medan magnet adalah
bergantung kepada arah arus yang mengalir dalam sesuatu pengalir.

 Rajah 1-5(b) menunjukkan arah uratdaya yang mengikut arah putaran jam
apabila arah arus dalam pengalir adalah menuju masuk ke dalam yang
ditandakan dengan “+” di pusat pengalir.

 Rajah 1-5(b) pula sebaliknya, iaitu arah arus menuju keluar, yang
ditandakan dengan “•”, akan menghasilkan arah uratdaya medan magnet
berlawanan arah putaran jam.
+ 

(a) Medan magnet (b) Arah arus masuk (c) Arah arus keluar
sepanjang pengalir
 Contoh:

a) Lukiskan medan magnet yang terbentuk apabila dua


pengalir membawa arus diletakkan berdekatan:

i. Arus mengalir pada arah yang sama pada kedua



dua pengalir.

ii. Arus mengalir pada arah yang berlawanan antara


kedua-dua pengalir.
 Apabila gelong dawai pengalir atau solenoid
digerakkan ke arah bar magnet atau bar magnet
digerakkan ke arah gelung dawai, arus elektrik
akan terhasil dan dinamakan sebagai arus
aruhan.
 Ini dibuktikan dengan pergerakan jarum pada
galvanometer yang diletakkan sesiri dengan
gelung dawai pengalir tersebut bergerak ke kiri
dan kanan mengikut arah gerakan yang dibuat.
 Kewujudan arus aruhan akan mewujudkan
daya gerak elektrik (dge) yang teraruh.
 Keadaan ini adalah disebabkan urat daya
medan magnet telah dipotong oleh dawai
pengalir tersebut atau dawai pengalir
tersebut telah memotong urat daya medan
magnet.
 Fenomena ini dinamakan aruhan
elektromagnet.
• Menghitung DGE teraruh menggunakan
Formula E = Blv VOLT.
• Magnitud daya gerak elektrik (dge) teraruh
yang terhasil bergantung kepada:
– perubahan fluks pada medan magnet.
– kelajuan gerakan bar magnet atau dawai pengalir
yang memotong fluks tersebut.
– panjang dawai pengalir.
 Nilai dge teraruh diberikan dengan persamaan
berikut:
E = Blv
• Di mana:
E = dge teraruh
B = medan magnet
ℓ = panjang pengalir
v = kelajuan bar magnet atau gelung
dawai pengalir
• Medan magnet B bagi suatu bar magnet ialah
0.5 Weber/meter persegi. Sebatang
pengkonduksi yang mempunyai panjang 10 cm
diletakkan bersudut tepat dengan medan
magnet tersebut. Kemudian dawai pengalir
tersebut digerakkan pada arah yang bersudut
tepat terhadap medan magnet tersebut
dengan halaju 1 m/s. Kirakan dge teraruh yang
dihasilkan.
• Medan magnet B bagi suatu bar magnet ialah
0.7 Weber/meter persegi. Sebatang
pengkonduksi yang mempunyai panjang 50 cm
diletakkan bersudut tepat dengan medan
magnet tersebut. Kemudian dawai pengalir
tersebut digerakkan pada arah yang bersudut
tepat terhadap medan magnet tersebut
dengan halaju 2 m/s. Kirakan dge teraruh yang
dihasilkan.

Anda mungkin juga menyukai