Anda di halaman 1dari 30

BAB 3 : KEELEKTROMAGNETAN

3.1 Kesan medan magnet pada suatu konduktor pembawa arus


Elektromagnet Elektromagnet adalah magnet yang terhasil apabila satu teras besi
lembut dililitkan dengan gegelung dawai bertebat dan arus
mengalir melalui gegelung dawai bertebat tersebut.

Gegelung dawai Teras besi


lembut
(a) Corak dan arah medan magnet pada dawai lurus

Arah medan
magnet, B

Pandangan atas corak medan Dawai lurus membawa arus


magnet pada dawai lurus

Corak medan magnet yang terhasil pada dawai lurus yang membawa arus ialah
bulatan-bulatan sepusat.
Arah medan magnet yang terhasil bergantung kepada arah arus yang mengalir.
Jika arah arus disongsangkan, maka arah medan magnet juga disongsangkan.

Lukis garis medan magnet dan arah pesongan jarum kompas yang diletakkan di
sekeliling dawai membawa arus di bawah.

Simbol bermaksud konduktor mengalirkan arus..........................................satah kertas.


Simbol bermaksud konduktor yang mengalirkan arus........daripada satah kertas.
(b) Corak dan arah medan magnet pada gegelung bulat
Corak dan arah medan magnet gegelung bulat ditunjukkan pada rajah di bawah.
Garis medan magnet di bahagian tengah-tengah gegelung merupakan laris lurus.

Gegelung membulat Garis medan magnet

Pandangan atas corak medan magnet


pada gegelung bulat

Lukis garis medan magnet dan arah medan magnet yang terhasil pada gegelung bulat
membawa arus.

(c) Corak dan arah medan magnet pada solenoid

Garis medan
magnet

Corak medan magnet pada solenoid


Solenoid ialah satu gegelung dawai yang dililitkan pada arah yang sama dalam
bentuk silinder.
Corak medan magnet yang dihasilkan oleh solenoid serupa dengan corak medan
magnet bar.
Kekutuban medan yang dihasilkan oleh solenoid dapat ditentukan dengan
mengenggam solenoid dengan tangan kanan supaya jari-jari melengkung
mengikut arah pengaliran arus. Arah ibu jari menuju ke kutub utara solenoid.
Arah kutub utara (N) solenoid

Arah arus
Faktor-faktor yang mempengaruhi kekuatan medan magnet bagi suatu elektromagnet
Bilangan lilitan solenoid
Semakin bertambah bilangan lilitan solenoid, semakin bertambah kekuatan
medan magnet yang dihasilkan.

Magnitud arus yang mengalir


Semakin bertambah magnitud arus yang mengalir, semakin bertambah kekuatan
medan magnet yang dihasilkan.

Ketebalan dawai
Semakin bertambah ketebalan dawai solenoid, semakin bertambah kekuatan
medan magnet yang dihasilkan.

Bentuk teras besi


Menggunakan teras besi lembut berbentuk U.

Menggunakan teras besi lembut


Kekuatan medan magnet yang dihasilkan akan bertambah apabila solenoid
dililitkan pada suatu teras besi lembut.

Eksperimen: Mengkaji faktor yang mempengaruhi kekuatan elektromagnet


Inferens: Arus elektrik mempengaruhi kekuatan electromagnet
Hipotesis: Semakin bertambah arus elektrik, semakin bertambah kekuatan
elektromagnet
Tujuan: Untuk mengkaji hubungan antara arus elektrik dan bilangan klip yang ditarik
oleh electromagnet.

Pemboleh ubah:
(i) Yang dimanipulasikan : Arus elektrik

(ii) Yang bergerak balas : .Bilangan klip yang ditarik oleh elektromagnet

(iii) Yang dimalarkan : Bilangan lilitan

Prosedur:
1. Suis dihidupkan dan rheostat dilaraskan supaya arus yang mengalir ______A.

2. Dekatkan klip kertas kepada electromagnet dan kira bilangan klip kertas yang

ditarik oleh electromagnet.

3. Ulang eksperimen menggunakan arus elektrik ____,____,______ dan _____.

3.2 Daya ke atas konduktor pembawa arus dalam suatu medan magnet.

Apa yang berlaku Suatu konduktor pembawa arus elektrik menghasilkan


kepada suatu medan magnet di sekelilingnya.
konduktor pembawa Jika konduktor pembawa arus elektrik berada dalam satu
arus dalam suatu medan magnet yang lain, suatu daya akan bertindak ke
medan magnet? atas konduktor tersebut.
Arah daya yang bertindak boleh ditentukan dengan Petua
Tangan Kiri Fleming.

Dawai bergerak ke atas

Petua Tangan Kiri


Fleming Arah daya, F
F
B Arah medan magnet, B

Arah arus, I
Aktiviti 3.2: Mengkaji daya ke atas konduktor pembawa arus dalam suatu
medan magnet

Bateri

Rod kuprum

Suis

Prosedur:
1. Hidupkan suis dan perhatikan apa yang berlaku kepada rod kuprum pendek.
2. Terbalikkan terminal bateri dan perhatikan apa yang berlaku kepada rod
kuprum pendek.
3. Terbalikkan arah medan magnet dan perhatikan apa yang berlaku kepada rod
kuprum.
Apakah itu aruhan elektromagnet?
Aruhan elektromagnet adalah penghasilan daya gerak elektrik (d.g.e) aruhan
dalam satu konduktor apabila terdapat perubahan fluks magnet kesan daripada
gerakan relatif antara konduktor dan medan magnet.
Aktiviti : Mengkaji bagaimana aruhan elektromagnet dihasilkan.
Aruhan elektromagnet dihasilkan dengan melakukan gerakan relatif antara
konduktor dan medan magnet.
Gerakan relatif suatu konduktor merentasi satu medan magnet dilakukan dengan:

(1) Mengerakkan dengan cepat satu konduktor lurus ke dalam satu medan
magnet atau sebaliknya.

Galvanometer

Wayar penyambung

Rod kuprum

Magnadur magnet

Pemerhatian: antara rod kuprum dan magnet kekal secara berserenjang menyebabkan
jarum galvanometer itu ..............................
(2) Mengerakkan magnet kekal ke dalam suatu solenoid atau sebaliknya.

S S

Galvanometer Galvanometer
Apabila magnet bar digerakkan ke .................................. suatu solenoid, jarum
galvanometer terpesong ke satu sisi.
Faktor-faktor yang mempengaruhi magnitud arus aruhan

Hukum Faraday:

Menyatakan bahawa magnitud d.g.e aruhan yang mengalir dalam suatu


konduktor adalah berkadar secara langsung dengan kadar perubahan
fluks magnet.

Apabila d.g.e aruhan dalam suatu konduktor bertambah, arus aruhan yang
mengalir melalui konduktor juga akan bertambah.

Menurut hukum Faraday:

(a) Semakin bertambah bilangan lilitan pada gegelung, semakin bertambah arus
aruhan yang mengalir dalam konduktor itu.

S S

N N

Galvanometer
S
S

0 0

1200 lilitan 2400 lilitan

Magnet bar dilepaskan pada ketinggian yang sama.

Bilangan lilitan gegelung yang lebih banyak menyebabkan kadar perubahan fluks
magnet bertambah, maka magnitud arus aruhan yang terhasil turut bertambah.

Pesongan jarum galvanometer bertambah menunjukkan arus aruhan yang


terhasil bertambah.

(b) Semakin bertambah laju gerakan relatif antara konduktor dan medan magnet,
semakin bertambah arus aruhan yang mengalir dalam konduktor itu.
S

S
N

Galvanometer
S
S

0 0

1200 lilitan 1200 lilitan

Bilangan lilitan dalam kedua-dua gegelung adalah sama.

Ketinggian magnet bar yang berbeza sebelum dilepaskan ke dalam gegelung


menyebabkan kelajuan magnet bar semasa memasuki gegelung turut berbeza.

Ketinggian magnet bar yang dilepaskan pada ketinggian yang lebih tinggi
menghasilkan magnitud laju gerakan relatif antara magnet bar dan gegelung
bertambah.

Pesongan jarum galvanometer bertambah menunjukkan arus aruhan yang


terhasil bertambah.

Perbandingan antara arus terus dan arus ulang alik


Arus terus (a.t) Arus ulang alik (a.u)
Sumber arus
ulang alik
OSK OSK
Sumber
arus terus

Lukiskan corak arus yang diperhatikan menggunakan Osiloskop Sinar Katod (OSK)

Arah arus terus adalah tetap Arah arus ulang alik berubah-ubah

Arus terus tidak boleh melalui kapasitor. Arus ulang alik boleh melalui kapasitor.
Sumber arus terus Sumber arus ulang - alik

Kapasitor Kapasitor

Perintang Perintang
Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2014

Latihan 3.3 Aruhan electromagnet.

1. Rajah menunjukkan sebuah dinamo basikal. Dinamo terdiri daripada sebuah


magnet kekal yang berputar, teras besi lembut dan satu gegelung tetap.
Apabila magnet berputar, arus aruhan dihasilkan.

Magnet
Teras besi lembut
Gegelung

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan aruhan elektromagnet?

Rajah (i) Rajah (ii)

(b) Rajah (i) dan Rajah (ii) menunjukkan satu magnet bar dijatuhkan dari satu
ketinggian tertentu seterusnya melalui satu gegelung. Gerakan relatif
antara magnet dan gegelung menghasilkan satu arus aruhan yang
disebabkan perubahan medan magnet berlaku.
Bandingkan;

(i) Gerakan relatif antara magnet dengan gegelung.

(ii) Bilangan lilitan gegelung.

(iii) Arus aruhan yang dihasilkan.

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 24


Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2014

(c) Nyatakan hubungan antara bilangan lilitan gegelung dengan,

(i) Magnitud perubahan medan magnet

...

(ii) Magnitud arus aruhan.

...

(d) Rajah menunjukkan sebuah penjana a.t.

Gegelung berputar

N S

(i) Terangkan bagaimana sebuah penjana a.t berfungsi untuk


menghasilkan arus terus.

.......................................................................................................................................

.......................................................................................................................................

.......................................................................................................................................

.......................................................................................................................................

(ii) Lukiskan graf arus-masa untuk menerangkan jawapan anda.

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 25


Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2014

3.4 Transformer

Transformer ialah alat yang digunakan untuk menaikkan dan menurunkan voltan arus
ulang-alik.

Transformer digunakan Transformer yang Transformer digunakan


dalam peralatan elektrik digunakan oleh TNB dalam sebuah adapter
Struktur sebuah transformer Simbol transformer

Teras besi lembut


Voltan input Voltan output

240 V a.u 12V

Gegelung primer Gegelung sekunder


Struktur transformer ringkas terdiri daripada dua gegelung dawai yang dililit pada
teras besi lembut.
Gegelung yang disambung kepada bekalan kuasa arus ulang-alik disebut
gegelung primer (primary coil).
Gegelung yang disambungkan kepada beban disebut gegelung sekunder
(secondary coil).
Teras besi lembut berfungsi memindahkan fluks magnet yang berubah-ubah dari
gegelung primer kepada gegelung sekunder.

Prinsip kerja sebuah transformer


Prinsip kerja sebuah transformer adalah melibatkan kelektromagnetan dan prinsip
aruhan elektromagnet.
Apabila arus ulang-alik dengan voltan input, Vp dialirkan melalui gegelung primer,
suatu medan magnet yang berubah-ubah dihasilkan di sekeliling gegelung primer.
Teras besi lembut dimagnetkan dan memindahkan medan magnet yang berubah-
ubah ini kepada gegelung sekunder.
Fluks magnet yang berubah-ubah ini dipotong oleh gegelung sekunder, dengan itu
menghasilkan d.g.e aruhan dalam gegelung sekunder.
D.ge aruhan yang terhasil dalam gegelung sekunder membolehkan satu arus ulang
alik dengan voltan output, Vs mengalir melalui beban yang disambung merentasi
gegelung sekunder.
Magnitud voltan output, Vs bergantung kepada nisbah bilangan gegelung primer
dan bilangan gegelung sekunder.
Transformer bekerja menggunakan arus ulang-alik (a.u).
Jika arus terus (a.t) digunakan, medan magnet yang terhasil pada gegelung primer
adalah tetap. Maka tiada aruhan elektromagnet berlaku pada gegelung sekunder.

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 26


Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2014

Jenis-jenis transformer
Transformer injak naik Transformer injak turun
Transformer injak naik digunakan Transformer injak turun digunakan untuk
untuk menaikkan nilai voltan. menurunkan nilai voltan.

Vp Np Ns Vs Vp Np Ns Vs

Bilangan lilitan gegelung sekunder Bilangan lilitan gegelung sekunder lebih


lebih besar daripada bilangan lilitan kecil daripada bilangan lilitan gegelung
gegelung primer. (Ns > Np). primer. (Ns < Np).
Voltan output, Vs lebih besar daripada Voltan output, Vs lebih kecil daripada
voltan input, Vp. (Vs > Vp). voltan input, Vp. (Vs < Vp).
Arus output, Is lebih kecil daripada Arus output, Is lebih besar daripada arus
arus input, Ip. (Is < Ip). input, Ip. (Is > Ip).

Aktiviti 3.4: Membina transformer ringkas

Prosedur:
(1) Lilitkan gegelung primer dan gegelung sekunder masing-masing dengan 50 lilitan
dan 25 lilitan dengan dawai bertebat.
(2) Hidupkan bekalan arus ulang-alik 1 V dan perhatikan kecerahan mentol X dan Y.
(3) Ulangi aktiviti dengan menukarkan kedudukan teras besi itu supaya gegelung
primer dan gegelung sekunder masing-masing mempunyai 25 lilitan dan 50 lilitan
dawai bertebat.

Pemerhatian:
Bilangan lilitan Kecerahan mentol
Jenis transformer Gegelung Gegelung
X Y
primer sekunder
Transformer injak naik
Transformer injak turun

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 27


Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2014

Hubungan antara bilangan lilitan gegelung primer (Np), bilangan lilitan


gegelung sekunder (Ns), voltan primer (Vp) dan voltan sekunder (Vs).

Bilangan lilitan gegelung sekunder Voltan output



Bilangan lilitan gegelung primer Voltan input
N V
s s

Np Vp

Contoh 1: Tentukan voltan output. Contoh 2: Tentukan voltan output.

Penyelesaian: Penyelesaian:

Hubungan antara kuasa output dan kuasa input dalam suatu transformer unggul
Sebuah transformer memindahkan tenaga elektrik dari gegelung primer kepada
gegelung sekunder.
Kuasa input yang diterima dari bekalan kuasa arus ulang-alik akan dipindahkan
dari gegelung primer kepada gegelung sekunder.

Bekalan Peralatan
kuasa a.u Kuasa input Kuasa output elektrik

Dalam suatu transformer unggul, tiada kehilangan tenaga berlaku.


Sebuah transformer adalah 100 % cekap jika kuasa output transformer itu sama
dengan kuasa inputnya.
Kuasa input = Kuasa output

Vp Ip = Vs Is

Kehilangan tenaga dalam suatu transformer


Bagi suatu transformer secara praktikalnya akan mengalami kehilangan
sebahagian kecil tenaga terutamanya dalam bentuk tenaga haba.
Kuasa output akan lebih rendah berbanding kuasa input.
Maka, kecekapan transformer kurang daripada 100%.

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 28


Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2014

Kecekapan sebuah transformer

Kuasa Kuasa
input Output

Kuasa
hilang

Kecekapan transformer = Kuasa output 100 %


Kuasa input
= Vs Is 100 %
Vp Ip

Punca kehilangan tenaga dalam Cara meningkatkan kecekapan


transformer transformer
(1) Kesan pemanasan arus dalam Menggunakan dawai berintangan rendah
gegelung sebagai gegelung primer dan sekunder.
Tenaga haba dihasilkan dalam Dawai kuprum biasanya digunakan.
gegelung semasa arus mengalir Dawai kuprum dapat menggurangkan
melaluinya. penghasilkan tenaga haba dalam
gegelung.
(2) Kesan pemanasan arus pusar yang Menggunakan teras besi berlamina
teraruh dalam teras besi (berlapis).
Arus pusar (eddy current) diaruhkan Menggurangkan penjanaan arus
dalam teras besi apabila berlaku pusar.
pemotongan fluks medan magnet Maka tenaga haba yang dihasilkan
oleh konduktor. dapat dikurangkan.
Arus pusar menyebabkan teras besi
menjadi panas.
(3) Kemagnetan teras besi Menggunakan teras diperbuat daripada
Tenaga digunakan untuk teras besi lembut
memagnetkan dan Besi lembut digunakan kerana besi
menyahmagnetkan teras besi setiap lembut mudah dimagnetkan dan
kali arus ulang alik bertukar arahnya. dinyahmagnetkan.
(4) Kebocoran fluks magnet Menggunakan bentuk teras besi yang
Sebahagian fluks magnet yang direka khas.
dihasilkan dalam gegelung primer Reka bentuk teras besi
tidak dipautkan dengan gegelung tertentu membolehkan
sekunder. fluks magnet yang
Kebocoran fluks magnet maksimum dipautkan
menggurangkan d.g.e aruhan dalam antara gegelung primer
gegelung sekunder. dan sekunder.
Melilitkan gegelung primer dan
gegelung sekunder lebih rapat antara
satu sama lain

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 29


Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2014

Latihan 3.4 : Transformer

(1) Sebuah transformer mempunyai


bilangan lilitan gegelung primer dan
sekunder masing-masing ialah 50
lilitan dan 250 lilitan. Jika voltan input
ialah 12 V a.u., berapakah voltan
outputnya?

(2) Sebuah transformer yang unggul


mempunyai bilangan lilitan gegelung
primer dan sekunder masing-masing
2400 lilitan dan 100 lilitan. Jika arus
yang mengalir dalam gegelung
sekunder ialah 5.0 A dan voltan input
240 V , Berapakah
(a) Voltan output?
(b) Arus primer?

(3) Sebuah transformer mengubahkan


beza keupayaan suatu arus ulang-alik
daripada 240 V kepada 6 V. Jika
bilangan lilitan gegelung sekunder
ialah 160, berapakah bilangan lilitan
gegelung primer?

(4) Voltan input dan voltan output sebuah


transformer unggul adalah 240 V a.u.
dan 12 V a.u. masing-masing. Jika arus
primer transformer adalah 5A,
berapakah arus sekundernya?

(5) Sebuah transformer unggul dapat


mengurangkan arus yang mengalir dari
1.1 A kepada 0.3 A. Jika voltan input
adalah 240 V a.u. berapakah voltan
output?

(6) Voltan pada gegelung primer sebuah


transformer adalah 220 V. Arus
primernya ialah 5A manakala arus
sekundernya adalah 2A. Jika
transformer itu cekap 80%, berapakah
voltan output pada gegelung
sekundernya?

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 30


Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2014

(7) Gegelung primer sebuah transformer


dikenakan beza keupayaan 240 V a.u.
dan didapati voltan outputnya ialah 12
V a.u.
(a) Jika bilangan lilitan gegelung
sekunder ialah 200 lilitan,
berapakah bilangan lilitan
gegelung primer?

(b) Jika sebuah mentol 12V, 48 W


disambung merentasi gegelung
sekunder, berapakah arus
mengalir melalui mentol.

(c) Jika arus mengalir melalui


gegelung primer ialah 0.3 A,
berapakah kecekapan transformer.

(8) Jika bilangan lilitan gegelung primer dan gegelung


sekunder adalah 2000 dan 100 masing-masing dan
voltan input adalah 240 V a.u, tentukan kuasa yang
terhasil pada perintang 6? [anggapkan kecekapan
transformer adalah 100%]

(9) Bekalan 240 V a.u. dari sesalur


diturunkan menjadi 12 V a.u. dengan
sebuah transformer. Output ini
digunakan untuk menghidupkan lima
lampu 12V, 24W yang disambungkan
selari. Jika arus melalui gegelung
primer adalah adalah 0.6 A,
berapakah kecekapan transformer itu.

(10) Sebuah transformer mempunyai


kecekapan 80%. Gegelung primer
transfomer itu disambungkan ke
bekalan 240V. Jika kuasa outputnya
adalah 480 W, berapakah nilai arus
input?

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 31


Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2014

3.5 Penjanaan dan penghantaran elektrik

Tenaga elektrik dijana di stesen-stesen janakuasa elektrik dan dihantar melalui


rangkaian kabel yang panjang ke seluruh negara untuk diagihkan kepada pengguna
akhir.

Penjanaan
tenaga elektrik

Stesen janakuasa
Kabel penghantaran

Transformer Penghantaran
Transformer
injak naik injak turun tenaga elektrik

Pengagihan
tenaga elektrik

Sumber tenaga yang digunakan untuk menjana elektrik


Sumber tenaga yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik ialah seperti:

Sumber tenaga yang tidak boleh Sumber tenaga yang boleh


diperbaharui diperbaharui

Kepentingan sumber tenaga yang boleh diperbaharui.


Bahan api fosil seperti minyak petroleum mentah, arang batu, gas asli masih
merupakan sumber tenaga utama dalam proses penjanaan elektrik.
Bahan api fosil tidak kekal selamanya. Apabila habis digunakan, bahan api fosil
tidak dapat digantikan atau diperbaharui.
Bahan api nuklear juga merupakan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui.
Walau bagaimanapun, bahan api nuklear dapat kekal lebih lama berbanding bahan
api fosil.
Untuk mengelak krisis tenaga, sumber tenaga yang boleh diperbaharui perlu
dieksplotasi sebaik mungkin dengan menjalankan proses penyelidikan dan
pembangunan (R&D) seterusnya dikomesialkan.
Antara sumber tenaga yang boleh diperbaharui yang kini digunakan ialah kuasa
hidro, tenaga solar, kuasa geoterma, kuasa angin dan biojisim.

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 32


Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2014

Penjanaan tenaga elektrik


Tenaga elektrik dijana dengan menggunakan penjana elektrik atau dinamo yang
besar.
Rotor dinamo (magnet) diputarkan oleh turbin stim atau turbin air yang disambung
kepadanya.
Apabila magnet besar berputar dalam kawasan gegelung dawai pada sebuah
penjana, maka terhasil aruhan elektromagnet.
Loji-loji penjanaan tenaga elektrik di Malaysia ialah loji kuasa stim dan logi kuasa
hidro (air).

Loji kuasa stim


Dalam loji kuasa stim, bahan api seperti diesel, arang batu, gas asli atau biojisim
dibakar untuk mendidihkan air yang seterusnya menghasilkan stim bertekanan
tinggi.
Stim bertekanan tinggi itu kemudiannya digunakan untuk memutarkan turbin
yang disambung kepada rotor sebuah penjana.
Contoh-contoh sumber tenaga yang digunakan dalam logi kuasa stim:

Sumber tenaga arang batu

Saluran
stim Turbin
Penjana
Kabel penghantaran
Arang
batu
Dandang
Transformer injak naik

Sumber tenaga geoterma

Kondenser
Turbin
Penjana
Kabel penghantaran
Stim

Air

Geoterma bumi
Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 33
Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2014

Logi kuasa hidro


Empangan yang dibina bagi menakung air dalam kuantiti yang banyak.
Air yang mengalir dengan kelajuan yang sangat tinggi pada aras yang rendah
digunakan untuk memutarkan turbin air yang disambung kepada sebuah penjana.
Apabila magnet dalam penjana berputar dalam kawasan gegelung, maka aruhan
elektromagnet terhasil.

Sumber tenaga hidro


Empangan

Penjana
Transformer

Turbin

Logi kuasa nuklear


Dalam logi kuasa nuklear, tenaga haba yang dihasilkan daripada proses
pembelahan nukleus uranium digunakan untuk memanaskan air supaya dapat
menghasilkan stim pada tekanan yang amat tinggi.
Stim bertekanan tinggi itu digunakan untuk memutarkan turbin yang disambung
dengan sebuah penjana.
Apabila magnet dalam penjana berputar dalam kawasan gegelung dawai, maka
aruhan elektromagnet terhasil.

Sumber tenaga nuklear

Saluran stim

Turbin
Penjana
Sumber
uranium
Air
Reaktor nuklear

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 34


Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2014

Penghantaran tenaga elektrik

Kabel penghantaran

Transformer Transformer
injak naik injak turun
Bekalan kuasa a.u

Model penghantaran tenaga elektrik

Apabila bekalan kuasa dihidupkan, lampu pada stesen kuasa akan menyala
dengan terang manakala lampu pada pengguna menyala dengan malap.

Pemerhatian dari model ini menunjukkan wujud kehilangan tenaga dalam kuantiti
yang kecil dalam bentuk tenaga haba semasa proses penghantaran.

Kehilangan tenaga semasa penghantaran adalah disebabkan oleh rintangan


elektrik dalam kabel penghantaran. Jika arus, I mengalir melalui kabel berintangan
R semasa t saat, kehilangan tenaga, E yang disebabkan rintangan dalam kabel
diukur dengan menggunakan formula berikut:

Tenaga hilang,E I 2 Rt

Pengukuran kehilangan kuasa, P diukur menggunakan formula :

Kuasa hilang, P I 2 R

Persamaan E I 2 Rt menunjukkan bahawa tenaga elektrik yang hilang semasa


penghantaran adalah:
(a) Berkadar langsung dengan kuasa dua arus yang mengalir melalui kabel.
(b) Berkadar terus dengan rintangan kabel.
(c) Berkadar terus dengan tempoh pengaliran arus melalui kabel.

Kehilangan tenaga semasa penghantaran tenaga elektrik dapat dikurangkan


dengan:
(a) Mengurangkan arus yang mengalir melalui kabel.
(b) Menggunakan kabel berintangan rendah seperti aluminium dan kuprum.
(c) Menghantar tenaga elektrik pada voltan yang tinggi bagi mengurangkan nilai
arus mengalir melalui kabel.

Peningkatan nilai voltan di stesen janakuasa elektrik dilakukan dengan


menggunakan transformer injak naik dan penurunan voltan pada proses
pengagihan tenaga elektrik dilakukan dengan menggunakan transformer injak
turun.

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 35


Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2014

Contoh 1: Kuasa elektrik dari sebuah stesen kuasa dihantar ke sebuah bandar melalui
kabel kuasa berintangan 50 . Jika stesen kuasa itu menjanakan 8 MW kuasa,
hitungkan kehilangan kuasa dalam kabel jika kuasa dihantar dengan

(a) Voltan 80 kV (b) Voltan 400 kV

Contoh 2: Cari nilai kehilangan kuasa dalam suatu kabel penghantaran apabila 20 kW
kuasa elektrik dihantar melalui kabel berintangan 1.5 apabila
(a) 200 V (b) 10 kV

Rangkaian Grid Nasional


Pejabat/
bangunan
Taman komersial Industri ringan
perumahan
Rumah

11 kV
240 V 450 V
Industri
11 kV - 33 kV
berat

Stesen kuasa 33 kV

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 36


Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2014

Rangkaian grid nasional ialah satu sistem kabel elektrik yang menyambungkan
stesen-stesen kuasa di seluruh negara untuk membekalkan tenaga elektrik
kepada pengguna di seluruh negara.

SISTEM GRID NASIONAL DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Di Malaysia, tenaga elektrik dijanakan pada voltan 11 kV hingga 33 kV. Voltan


tenaga elektrik yang dijanakan itu kemudiannya dinaikkan dengan menggunakan
transformer injak naik sehingga 132 kV sebelum ia dihantar melalui kabel grid.
Voltan yang amat tinggi dari kabel grid akan diturunkan secara berperingkat-
peringkat di substesen-substesen transformer injak turun untuk pengagihan
tenaga elektrik ke kawasan-kawasan tertentu.

Kepentingan rangkaian grid nasional


(a) Menjamin bekalan kuasa elektrik yang berterusan dan mencukupi. Rangkaian
grid nasional menjamin bekalan kuasa elektrik berterusan dan mencukupi
apabila penjana elektrik atau kabel penghantaran sesuatu kawasan mengalami
kerosakan. Kawasan yang mengalami kerosakan penjana atau kabel
penghantaran mampu ditanggung oleh penjana lain melalui kabel penghantaran
lain dalam sistem grid.
(b) Kos penghasilan kuasa elektrik dapat dioptimumkan.
Penjanaan kuasa elektrik dapat dikawal dan diselaraskan mengikut keperluan
pada waktu-waktu tertentu. Semasa waktu keperluan rendah, misalnya pada
waktu tengah malam, sesetengah penjana boleh dihentikan untuk menjimatkan
kos bahan api dan dengan itu ia dapat mengurangkan kos penjanaan secara
keseluruhannya.

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 37

Anda mungkin juga menyukai