Anda di halaman 1dari 7

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 3.

3 Aruhan elektromagnet

Tahun 2013

Apakah itu aruhan elektromagnet? Aruhan elektromagnet adalah penghasilan daya gerak elektrik (d.g.e) aruhan dalam satu konduktor apabila terdapat perubahan fluks magnet kesan daripada gerakan relatif antara konduktor dan medan magnet. Daya gerak elektrik (d.g.e) aruhan yang terhasil akan mewujudkan arus aruhan yang mengalir dalam konduktor tersebut.

Aktiviti : Mengkaji bagaimana aruhan elektromagnet dihasilkan. Aruhan elektromagnet dihasilkan dengan melakukan gerakan relatif antara konduktor dan medan magnet. Gerakan relatif suatu konduktor merentasi satu medan magnet dilakukan dengan: (1) Mengerakkan dengan cepat satu konduktor lurus ke dalam satu medan magnet atau sebaliknya.

Galvanometer Wayar penyambung

Rod kuprum

Magnadur magnet

Pemerhatian: ........................................... antara rod kuprum dan magnet kekal secara berserenjang menyebabkan jarum galvanometer itu .............................. Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 14

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2013

(2) Mengerakkan magnet kekal ke dalam suatu solenoid atau sebaliknya.

Galvanometer

Galvanometer

Pemerhatian: Apabila magnet bar digerakkan ke .................................. suatu solenoid, jarum galvanometer terpesong ke satu sisi. Apabila magnet bar ........................... di dalam solenoid, jarum galvanometer kembali ke kedudukan asal. Apabila magnet bar digerakkan ke .......................... dari solenoid itu, jarum galvanometer terpesong ke sisi yang satu lagi. Kesimpulan: Aruhan elektromagnet akan terhasil apabila terdapat ................................................ antara konduktor elektrik dan magnet kekal.

Bagaimanakah menentukan arah pengaliran arus aruhan? (1) Arah arus aruhan dalam suatu konduktor lurus yang digerakkan secara tegak kepada suatu medan magnet dapat ditentukan dengan menggunakan Petua Tangan Kanan Fleming.

Arah medan magnet U S Arah gerakan Arah arus aruhan Arah Gerakan

Arah arus aruhan

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan.

15

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2013

(2) Arah arus aruhan dalam suatu solenoid yang disebabkan oleh gerakan relatif dengan suatu magnet bar dapat ditentukan dengan menggunakan Hukum Lenz. Hukum Lenz: Menyatakan bahawa arus aruhan yang terhasil sentiasa mengalir pada arah yang menentang perubahan fluks magnet yang menghasilkannya.

Apabila kutub utara magnet digerakkan ke dalam solenoid, arus aruhan yang terhasil dalam solenoid mengubahkan gegelung itu menjadi sebuah elektromagnet dengan kutub utara solenoid menghadapi kutub utara magnet, dan dengan itu menentang perubahan fluks magnet yang menghasilkannya.

N
N S

Galvanometer

Apabila kutub utara magnet ditarik keluar daripada solenoid, arus aruhan yang terhasil dalam solenoid mengubahkan solenoid itu menjadi sebuah elektromagnet dengan kutub selatan solenoid menghadapi kutub utara magnet, dan dengan itu menentang perubahan fluks magnet yang menghasilkannya.

S
N S

Galvanometer Arah arus teraruh yang mengalir melalui solenoid dapat ditentukan dengan menggunakan petua genggaman tangan kanan setelah kekutuban hujung solenoid ditentukan dengan menggunakan hukum Lenz.

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan.

16

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2013

Langkah penentuan arah arus aruhan dalam satu solenoid (gegelung): Langkah 1 : Tentukan kutub solenoid yang terhasil daripada arah gerakan relatif yang dilakukan. Langkah 2 : Tentukan arah arus aruhan yang mengalir dalam gegelung dengan menggunakan tangan kanan seperti ini:

(Kutub solenoid)

Arus

Arus

Tentukan arah arus aruhan yang mengalir dalam gegelung dan arah pesongan jarum galvanometer. (2) (1)

(3)

(4)

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan.

17

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Faktor-faktor yang mempengaruhi magnitud arus aruhan Hukum Faraday:

Tahun 2013

Menyatakan bahawa magnitud d.g.e aruhan yang mengalir dalam suatu konduktor adalah berkadar secara langsung dengan kadar perubahan fluks magnet. Apabila d.g.e aruhan dalam suatu konduktor bertambah, arus aruhan yang mengalir melalui konduktor juga akan bertambah. Menurut hukum Faraday:

(a) Semakin bertambah bilangan lilitan pada gegelung, semakin bertambah arus aruhan yang mengalir dalam konduktor itu.

Galvanometer
S S

1200 lilitan Magnet bar dilepaskan pada ketinggian yang sama.

2400 lilitan

Bilangan lilitan gegelung yang lebih banyak menyebabkan kadar perubahan fluks magnet bertambah, maka magnitud arus aruhan yang terhasil turut bertambah. Pesongan jarum galvanometer bertambah menunjukkan arus aruhan yang terhasil bertambah.

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan.

18

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2013

(b) Semakin bertambah laju gerakan relatif antara konduktor dan medan magnet, semakin bertambah arus aruhan yang mengalir dalam konduktor itu.

S N

Galvanometer
S S

1200 lilitan Bilangan lilitan dalam kedua-dua gegelung adalah sama.

1200 lilitan

Ketinggian magnet bar yang berbeza sebelum dilepaskan ke dalam gegelung menyebabkan kelajuan magnet bar semasa memasuki gegelung turut berbeza. Ketinggian magnet bar yang dilepaskan pada ketinggian yang lebih tinggi menghasilkan magnitud laju gerakan relatif antara magnet bar dan gegelung bertambah. Pesongan jarum galvanometer bertambah menunjukkan arus aruhan yang terhasil bertambah.

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan.

19

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2013

(c) Semakin bertambah kekuatan medan magnet, semakin bertambah arus aruhan yang mengalir dalam konduktor itu.

Galvanometer
S

S
0 0

1200 lilitan Ketinggian magnet bar dan bilangan lilitan adalah sama.

1200 lilitan

Mangnet bar yang lebih kuat menyebabkan perubahan fluks magnet bertambah, maka magnitud arus aruhan yang terhasil turut bertambah. Pesongan jarum galvanometer bertambah menunjukkan arus aruhan yang terhasil bertambah.

Aplikasi aruhan elektromagnet Penjana arus terus (a.t) Penjana arus ulang alik (a.u) Direct current generator (DC) Alternating current generator (AC) Gegelung Gegelung

Berus karbon

Gelang gelincir

Berus karbon

Komutator Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 20

Anda mungkin juga menyukai