Anda di halaman 1dari 32

PENGGREDAN BAHAN

PERTANIAN DI MALAYSIA
EKONOMI PERTANIAN
GTN3403

Dr. Norhidayah Che Soh


Pada akhir topik ini, pelajar akan dapat:

1. Memahami tujuan dan kepentingan


HASIL menggredan
PEMBELAJARA 2. Mengetahui faedah penggredan hasil
N pertanian dilakukan
3. Mengetahui kaedah penggredan bahan
pertanian di Malaysia
 Peraturan-Peraturan Lembaga Pemasaran
Pertanian Persekutuan (Penggredan,
Pembungkusan dan Pelabelan Keluaran
Pertanian) yang dikenali sebagai Peraturan 3P
telahpun diwartakan pada 18hb Ogos 2008.
 Peraturan ini telah digubal berdasarkan Seksyen
3(2) (c) Akta 141 yang menjelaskan kuasa FAMA
LATAR untuk melaksanakan aktiviti penggredan,
pembungkusan dan pelabelan keluaran pertanian.
BELAKAN  Draf Peraturan 3P juga telah dibawa ke
Jawatankuasa Notifikasi WTO pada 24hb Jun
G 2008 untuk memberitahu kepada negara-negara
anggota WTO berkenaan dengan perancangan
Malaysia menguatkuasakan Peraturan 3P.
TUJUAN
PELAKSANAAN
 Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
pemasaran keluaran pertanian supaya terus berdaya
saing
 Berupaya mengekalkan pasaran sedia ada atau
meluaskan akses pasaran di dalam dan luar negara
sejajar dengan perubahan perdagangan dunia.
KUMPULAN SASARAN
PERATURAN 3P
 Peraturan 3P adalah meliputi pasaran domestik,
eksport dan import. Kumpulan sasar yang terlibat
adalah :-
 Pengeksport
 Pengimport
 Pemborong
 Peruncit
HASIL-HASIL
PERTANIAN TERLIBAT:
 Sayur-sayuran (73 jenis)
 Buah-buahan (56 jenis)
 Bunga-bungaan (6 jenis)
 Kekacang (2 jenis)
 Kelapa
 Bijirin
 Tebu
A. Penggredan
 Peraturan 3P menetapkan setiap hasil keluaran
pertanian hendaklah digred mengikut standard.
 Keluaran pertanian yang akan dipasarkan hendaklah
digred berpandukan spesifikasi gred Malaysian
Standard (MS).
 Jika keluaran pertanian tidak memiliki spesifikasi
KAEDAH
MS, hendaklah ianya berpandukan kepada standard PELAKSANAA
gred yang dinyatakan oleh FAMA dari semasa ke N
semasa atau berpandukan standard gred negara asal.
 Setiap hasil keluaran digred kepada tiga kategori
iaitu Gred Premium, Gred 1 dan Gred 2.
 Penggredan menekankan kepada lima ciri utama
yang merangkumi kematangan seragam,
kesegaran, bebas dari kecacatan, bebas dari
kerosakan dan saiz yang seragam.
B. Pembungkusan

 Aspek pembungkusan bagi keluaran hasil pertanian yang hendak dipasarkan


perlulah mematuhi beberapa ciri yang disyaratkan, iaitu :
 Mempunyai ukuran bersesuaian dengan kuantiti keluaran pertanian yang
dibungkus.
 Mengandungi keluaran pertanian daripada jenis dan standard yang sama.
 Tidak melebihi 30 kilogram.
 Pembungkusan juga harus memenuhi ciri kualiti, kebersihan dan ketahanan
supaya memberikan perlindungan yang maksimum daripada apa-apa
kerosakan terhadap keluaran pertanian semasa pengendalian dan
pengangkutan.
 Diperbuat daripada bahan yang tidak boleh memberikan kesan buruk kepada
keluaran pertanian yang dibungkus di dalamnya.
 Sesuatu bungkusan yang sudah ditanda atau dilekatkan padanya dan kemudian
hendak digunakan semula, maka tanda itu mestilah dipadamkan dan
ditanggalkan label sedia ada sebelum digunakan.
C. Pelabelan
 Setiap hasil keluaran pertanian hendaklah dilabel. Sesuatu label itu sama
ada ditanda atau dilekatkan hendaklah:
 Bersaiz tidak kurang daripada 11 cm x 7 cm.
 Ditanda atau dilekatkan dengan kemas dan mudah dilihat di
permukaan atas atau sisi bungkusan.
 Label hendaklah mengandungi butir-butir berikut:
 Nama dan alamat perniagaan pengimport, pengeskport, ejen,
pengeluar atau pengedar, mengikut mana-mana yang berkenaan
keluaran pertanian.
 Nama biasa keluaran.
 Standard gred keluaran pertanian.
 Saiz keluaran pertanian.
 Negara asal keluaran pertanian.
 Berat bungkusan keluaran pertanian.
 Butir-butir tersebut hendaklah:
 Mudah dibaca dan tahan lama;
 Saiz huruf tidak kecil daripada 20 poin;
 Menggunakan bahasa kebangsaan dan boleh termasuk
apa-apa terjemahan dalam apa-apa bahasa lain (bagi
pasaran tempatan)
 Menggunakan bahasa Inggeris dan boleh termasuk apa-
apa terjemahan dalam apa-apa bahasa lain (bagi keluaran
pertanian dieksport);
 dan bahasa kebangsaan (bagi keluaran pertanian
diimport);
 Perkataan ‘produce of Malaysia’ jika keluaran
pertanian itu hendak dieksport.
TUJUAN PENGGREDAN
 Mengasingkan produk mengikut kualiti.
 Mengikut kehendak pasaran.
 Mengurangkan kadar kerosakan lepas tuai.
 Menambah nilai.
 Menjimatkan kos.
 Mengelakkan ketidakadilan dalam urusniaga.
 Meningkatkan kecekapan pemasaran melalui kaedah pemasaran yang
cekap.
 Meningkatkan disiplin dalam sistem urusniaga untuk memastikan
hasil berkualiti dijual kepada pengguna.
 Mempercepatkan proses transaksi untuk memenuhi citarasa dan
kehendak pengguna yang sentiasa berubah.
FAEDAH SISTEM PENGGREDAN

1. Meningkatkan Daya Saing Keluaran Tempatan


- Liberalisasi perdagangan di bawah Pertubuhan Perdagangan
Dunia (WTO) dan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
(AFTA) akan menyebabkan hasil pertanian negara menghadapi
persaingan lebih sengit daripada negara-negara pengeluar yang
lain.
- Peraturan 3P akan memudahkan akses pasaran ke negara
pengimport oleh kerana standard yang dibangunkan mengikuti
garis panduan FAO/CODEX dan mematuhi syarat-syarat
perjanjian WTO.
FAEDAH SISTEM PENGGREDAN

2. Ketelusan Pasaran Melalui Pemakaian Standard


Malaysia
- Peraturan 3P menjamin kepada pemasaran yang
berkonsepkan telus di mana petani yang mengamalkan
aktiviti menggred berpandukan Standard Malaysia (MS)
berhak untuk mendapatkan harga yang bersesuaian dengan
gred yang dikeluarkan.
- Peraih atau pemborong tidak sewenangnya meletakkan
harga tanpa merujuk kepada Standard Malaysia (MS) dan
ini menjamin pengeluar tidak ditindas oleh kerana MS
menjadi kayu pengukur di dalam penentuan kualiti hasil
pertanian.
FAEDAH SISTEM PENGGREDAN
3. Meningkatkan Pendapatan Petani Melalui Pengurangan Kerosakan
Lepas Tuai
- Menurut Norsida et al. (2008), kajian mendapati bahawa 70 peratus
peruncit/pemborong menerima hasil sayur-sayuran dan buah-buahan
dengan 11 hingga 20 peratus kerosakan yang berpunca daripada
penggunaan pembungkusan yang kurang sesuai.
- Risiko kerosakan lepas tuai yang agak tinggi ini menyebabkan penawaran
harga yang kurang baik dan tingginya pelupusan hasil yang rosak kepada
petani.
- Peraturan 3P menetapkan setiap hasil pertanian perlu dibungkus mengikut
kesesuaian dan memberi perlindungan maksimum daripada apa-apa
kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan. Ini akan meningkatkan
pendapatan petani dengan penjimatan atas kerugian kerosakan lepas tuai
yang tinggi.
FAEDAH SISTEM PENGGREDAN

4. Memperkukuhkan Pasaran Eksport Sedia Ada


- Singapura dan Brunei merupakan pasaran tradisional hasil-hasil
pertanian Malaysia.
- Agri Food & Veterinary Authority(AVA) Singapura dan Jabatan
Pertanian Brunei telahpun menguatkuasakan pelabelan dan
pembungkusan keluaran pertanian dari Malaysia
- Negara tersebut mempunyai sistem pemeriksaan sisa baki racun (MRL)
yang ketat.
- Peraturan 3P, eksport buah-buahan dan sayur-sayuran tidak akan terjejas
setelah petani-petani mengamalkan Amalan Pertanian Baik dan
seterusnya mematuhi standard dan piawaian yang ditetapkan oleh negara
pengimport.
- Melalui pemakaian label di setiap kotak pembungkusan,
petani/pengeluar yang menghasilkan keluaran pertanian dengan
kandungan sisa baki racun yang tinggi dapat dikenalpasti melalui sampel
yang diuji di makmal.
FAEDAH SISTEM PENGGREDAN

5. Mencegah Aktiviti Lambakan


- Di bawah perjanjian WTO, mana-mana negara tidak lagi boleh menyekat
perdagangan bebas, namun Peraturan 3P boleh mensyaratkan hanya
hasil-hasil pertanian yang berkualiti mengikuti Standard Malaysia (MS)
atau CODEX dibenarkan untuk diimport.
- Sebagai contoh, pengusaha mangga tempatan mendapati mereka tidak
dapat bersaing dengan mangga yang diimport daripada negara jiran
disebabkan mangga yang diimport dijual dengan harga yang jauh lebih
murah di pasaran. Ini berlaku kerana produk yang diimport adalah di
luar gred MS dan sikap pengguna di Malaysia mengutamakan harga
daripada kualiti yang dijual.
FAEDAH SISTEM PENGGREDAN

6.Maklumat Pengeluar dan Produk


- Mengesan asal usul keluaran adalah tren yang kian meningkat dalam
penjualan makanan untuk tujuan keselamatan dan kebersihan
makanan.
- Di bawah Peraturan 3P ianya adalah memenuhi keperluan
kebolehkesanan sesuatu produk khususnya dalam kawalan sisa baki
racun (MRL) bagi tujuan keselamatan.
- Penggunaan label pada bungkusan hasil-hasil pertanian adalah
penting kerana ia memberi maklumat mengenai pengeluar, jenis
komoditi, gred dan saiz produk yang ingin dijual.
- Maklumat ini penting kepada pembeli dan penjual untuk menentukan
terma urus niaga berdasarkan gred dan saiz yang dinyatakan.
Syarat Penggredan
Keluaran Pertanian hendaklah digred :
a) Berpandukan spesifikasi gred
PENGELASAN Malaysian Standard (MS).
DAN b) Jika keluaran pertanian tiada
PENENTUAN spesifikasi MS, hendaklah
berpandukan kepada standard gred
GRED negara asal atau standard gred yang
dinyatakan oleh Lembaga dari
semasa ke semasa.
 Produk dikelaskan kepada 3 gred iaitu;
I. Gred Premium
II. Gred 1
III. Gred 2

 Gred premium – Buah atau sayuran yang bebas


daripada kerosakan dan kecacatan.
PENGELASA  Gred 1 dan gred 2 - Buah atau sayuran yang
N GRED agak bebas daripada kerosakan dan kecacatan.
 Perbezaan di antara buah atau sayuran gred 1
dan gred 2 ialah kelonggaran maksimum.
CIRI-CIRI MENENTUKAN GRED
Gred sesuatu keluaran pertanian dapat dibuat
berdasarkan 5 ciri utama iaitu :
I. Kesegaran
II. Kematangan
III. Kerosakan
IV. Kecacatan
V. Keseragaman saiz

 Walau bagaimanapun terdapat kelonggaran


(tolerance) bagi membenarkan kehadiran setiap ciri
negatif di dalam satu-satu lot.
I. KESEGARAN
 Dalam sesuatu gred, keluaran pertanian
hendaklah memiliki tahap kesegaran yang
baik dengan kelonggaran di antara 3% - 10 %.
Produk yang mempunyai tanda tanda tidak
segar adalah dilarang untuk dipasarkan kerana
akan menjejaskan kualiti produk lain di dalam
lotnya.
 Contoh tanda tanda kesegaran ialah :

1.Kulit produk yang licin serta


2.Tekstur isi yang pejal.
3.Tiada tanda kedut dan lisut serta tekstur isi
yang lembut
* produk lisut tanda produk tak cukup matang
II. KEMATANGAN
 Kematangan hendaklah seragam.
Kematangan dianggap seragam
apabila hanya satu indeks
kematangan atau gabungan indeks
yang hampir berada dalam satu lot.
 Indeks warna/ kemasakan yang
digunakan untuk urusniaga dan
pemasaran adalah menggunakan
angka seperti indeks 1 hingga indeks
6.
III. KEROSAKAN
 Produk yang menunjukkan tanda tanda kerosakan
adalah dilarang sama sekali kerana akan
menjejaskan jangka hayat, persembahan dan tekstur
dan rasa produk.
 Sebarang tanda tanda kecederaan yang dapat dikesan
atau tidak di atas permukaan kulit atau isi akibat
serangan makhluk perosak, pengendalian yang
kurang cermat dan jangkitan penyakit.
 Kerosakan dapat dilihat daripada 3 aspek iaitu :
1. Kesan kecederaan mekanikal seperti luka, pecah, lebam, calar dan
kecederaan dingin - disebabkan pengendalian tidak sempurna.

2. Kesan gigitan atau lubang disebabkan oleh makhluk perosak.

3. Kesan jangkitan penyakit disebabkan organisma mikro, seperti


busuk, reput dan berkulat.
IV. KECACATAN
 Dalam sesuatu gred, keluaran pertanian hendaklah bebas daripada
kecacatan dengan kelonggaran diantara 3% - 10 %. Kecacatan dapat
dilihat daripada 3 aspek iaitu:
1. Cacat bentuk – bentuk berbeza daripada normal

2. Kotor – terdapat kesan-kesan benda asing yang tidak dibersihkan

3. Cacat rupa - mempunyai kesan pada bahagian lapisan luar yang


menjejaskan rupa dan warna.
V. KESERAGAMAN
SAIZ

 Dalam sesuatu gred, keluaran


pertanian hendaklah
mempunyai keseragaman saiz
yang seragam dengan
kelonggaran di antara 3% -
10 %. Satu unit
pembungkusan dianggap
seragam jika berat setiap
produk berada di dalam julat
yang ditetapkan dalam
pengelasan saiz.
PEMBUNGKUSAN
 Pembungkusan Borong

 Pembungkusan Runcit
 Pembungkusan Import

 Pembungkusan Eksport
PELABELAN IMPORT
 Mengenalpasti pengeluar yang mengeluarkan
sesuatu hasil.
 Memberi maklumat kepada jabatan atau agensi
mengenai sumber, kuantiti dan jumlah
pengeluar dan jenis bekalan.
 Pelengkap kepada penguatkuasaan kawalan sisa
baki racun dalam Akta Makanan 1983.
TUJUAN
 Meningkatkan daya saing keluaran tempatan di
pasaran. LABEL
 Memenuhi peraturan perdagangan
antarabangsa.
PEMATUHAN PELABELAN
1. Runcit
- Penjualan keluaran pertanian secara runcit hendaklah
dilabel mengikut peraturan.
- Butir-butir yang ditanda pada label itu hendaklah dalam
penghurufan yang tidak kecil daripada 2 point.
- Penjualan keluaran pertanian secara runcit yang tidak
menggunakan pembungkusan hendaklah mempamerkan
butir-butir seperti berikut:
- I. Nama biasa keluaran pertanian
- II. Standard Gred keluaran pertanian
- III. Saiz keluaran pertanian
- IV. Negara asal keluaran pertanian
PEMATUHAN PELABELAN
2. Borong
•Penjualan keluaran pertanian secara borong hendaklah dilabel
mengikut peraturan.
•Setiap pemborong hendaklah memastikan keluaran pertanian
yang dipungut di kawasan pengeluaran adalah dilabel
mengikut peraturan.
3. Import
Setiap keluaran pertanian yang diimport hendaklah dilabel
mengikut peraturan.
4. Eksport
Setiap keluaran pertanian yang dieksport hendaklah dilabel
mengikut peraturan.

Anda mungkin juga menyukai