Anda di halaman 1dari 8

SAIDINA HAMZAH BIN ABDUL MUTALIB R.A.

PAHLAWAN TERBILANG

Hamzah bin Abdul Mutalib Asadullah [singa Allah] bin Hashim bin Abdul Manaf sayyidus syuhada [penghulu sekelian yang gugur syahid] Syahid di medan perang Uhud kerana

570 Masihi

Kota Mekah Biodata Saidina Hamzah

Tahun 3 Hijrah

Bani Hashim, Quraisy panglima perang Rasulullah s.a.w. pembawa panji angkatan tentera Islam

Memanah dan memburu

Pengislaman Saidina Hamzah


Abu Jahal telah menghina Rasulullah s.a.w. secara keterlaluan

ketika baginda sedang berdakwah di Bukit Safa. Dalam perjalanan pulang daripada perburuan, Saidina Hamzah telah diberitahu oleh seorang wanita tentang kata-kata Abu Jahal terhadap Rasulullah. Hamzah mencari Abu Jahal yang waktu itu sedang berbincang dengan pembesar Quraisy di Masjidil Haram. Beliau telah bertindak dengan memukul Abu Jahal dengan busur panahnya sehingga berdarah kepala Abu Jahal. Saidina Hamzah terus membuat pengakuan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruh Allah dan dia adalah pengikut baginda. Pengislaman Hamzah adalah kerana tidak tahan mendengar penghinaaan masyarakat jahiliah serta syangnya beliau kepada Rasulullah s.a.w.

Peribadi Saidina Hamzah


gagah berani cekal hati handal bermain senjata pantas bertindak tetap pendirian bijak mengatur strategi dalam peperangan tidak pernah memiliki sifat jahiliah

Sumbangan Saidina Hamzah


Melindungi Rasulullah daripada ancaman musuh.

Mengambil berat hubungan kekeluargaan dang persaudaraan sesame umat Islam.


Mengambil bahagian dalam setiap peperangan dan berusaha mengatur strategi untuk kemenangan umat Islam dalam pertempuran. Sanggup mengorbankan masa, tenaga dan nyawa untuk menegakkan agama Allah S.W.T. Membantu perkembangan dakwah Islam dan menjadikan umat islam dihormati serta diterima oleh masyarakat Mekah.

Syahidnya Saidina Hamzah


Saidina Hamzah telah gugur syahid di medan Uhud pada tahun ketiga Hijrah. Beliau telah dibunuh oleh Wahsyi dengan lontaran lembing. Wahsyi ditugaskan oleh tuannya Jubair bin Mutim untuk membunuh Saidina Hamzah sebagai satu syarat pembebasannya daripada seorang hamba. Ketika Perang Uhud meletus, Saidina Hamzah telah berjaya membunuh 21 orang tentera musyirikin. kemudian beliau terjatuh menyebabkan baju besi yang dipkainya pecah. Wahsyi telah mengambil pe;uang ini dengan melontarkan lembing tepat ke perut Saidina Hamzah yang menyebabkan beliau gugur syahid.

Tidak cukup dengan itu, Hindun binti Utbah tanpa belas kasihan telah membelah dada saidina Hamzah dan memamah jantungnya.

Peristiwa kematian Saidina Hamzah telah menyayat hati Rasulullah. Saidina Hamzah telah dikurniakan gelaran Sayyid As-Syuhada(penghulu orang yang mati syahid di syurga)5)Allah S.WT. menjanjikan syurga kepada orang yang berjuang dan mempertahankan agama-Nya.

Anda mungkin juga menyukai