Anda di halaman 1dari 24

BAB 5

UJIAN ANCOVA

NUR AFIQAH AZALI SITI FADILAH ABDULLAH

151799 151496

FUNGSI UJIAN ANCOVA

Atau dikenali sebagai Analysis of Covariance Test.


Digunakan bagi mengenalpasti perhubungan antara satu variabel bebas dan satu variabel bersandar dengan mengawal faktor lain yang juga mempengaruhi variabel bersandar itu.

ISU PENGGUNAAN UJIAN ANCOVA


Kekuatan ujian ini adalah dapat mengawal variabel-variabel ekstranus ( variabel yang tidak dikaji, tetapi memberikan kesan kepada variabel bersandar, yang juga dinamakan sebagai variabel kawalan) Menyelaraskan ralat atau perbezaan yang disebabkan oleh variabel-variabel kawalan sedia ada.

SYARAT ASAS UJIAN ANCOVA


Variabel Bebas

Kesamaan varians -boleh dikenalpasti dengan ujian Levene

Variabel Bersanda r

Lineariti - Dapat dikenalpasti dengan scatterplots

Syarat

Variabel Kawalan

Normaliti taburan

Saiz Sampel - Bagi setiap kumpulan tidak kurang daripada 15 - <30 ujian normaliti perlu dilakukan

CONTOH KAJIAN

Seorang ketua jabatan ingin mengenal pasti sama ada tiga teknik mengajar yang berbeza mempengaruhi kemahiran berkomunikasi peserta kursus Komunikasi Korporat. Beliau mengumpul skor kemahiran berkomunikasi sekumpulan peserta kursus itu yang dipilih secara rawak daripada populasinya. Walau bagaimanapun, beliau menyedari bahawa umur mungkin juga merupakan faktor yang mempengaruhi kemahiran berkomunikasi peserta itu. Oleh itu, beliau membuat keputusan bagi mengenal pasti perhubungan antara teknik mengajar dan kemahiran berkomunikasi dengan mengawal faktor umur.

Variabel Bebas Teknik mengajar (skala ordinal)

Variabel Bersandar Kemahiran Berkomunikasi (skala selang)

Variabel Kawalan (Kovariat) Umur (skala nisbah)

DATA

ANALISIS LINEARITI DATA - LANGKAH


1. Sediakan data dalam SPSS Data Editor

2. Pilih menu data di bawah SPSS Data Editor dan pilih Split file

3. Klik butang Organize Output by Group dan seterusnya memilih variabel bebas (teknik), dan klik butang Group Based On.

4. Di bawah menu Graph, pilih Scatter bagi membuka kotak dialog ScatterPlot.

5. Pilih bentuk graf Simple dan seterusnya klik butang Define bagi membuka kotak Simple ScatterPlot

6. Masukkan variabel kawalan (umur) ke dalam Y-Axis dan variabel bersandar (kemahiran berkomunikasi) ke dalam XAxis

7. Akhirnya klik butang ok bagi melihat graf ScatterPlot

ANALISIS UJIAN ANCOVA - LANGKAH


1. Pilih menu General Linear Model dan Univariate di bawah menu analyze

2. Masukkan variabel bersandar (kemahiran berkomunikasi) ke dalam


petak dependent variabel dan masukkan variabel bebas (teknik mengajar) ke dalam petak di bawah Fixed Factor. Seterusnya masukkan variabel kawalan Umur ke dalam petak Covariate.

3. Klik Options bagi membuka kotak Univariate : Option. Masukkan


variabel bebas (Teknik mengajar) ke dalam petak Display Means For. Pilih Compare Main Effects dan pilih kaedah Bonferroni. Kemudian pilih Descriptive Statistics and Homogeneity Test di bawah Display.

4. Keputusan Analisis Ujian ANCOVA

Keputusan statistik deskriptif menunjukkan bahawa nilai min kemahiran berkomunikasi bagi teknik simulasi mengatasi kedua-dua teknik mengajar yang lain (min kemahiran berkomunikasi : teknik simulasi = 107.94, teknik perbahasan=97.75, teknik sesi Buzz=93.00

Keputusan ujian Levene [F92,45)=.98,P>.05] menunjukkan bahawa ia tidak signifikan

Keputusan ujian ANCOVA menunjukkan tidak ada kesan utama variabel bebas TEKNIK yang signifikan terhadap variabel bersandar Kemahiran Berkomunikasi [F(2,44)=1.45,p>.05]. Namun, keputusan menunjukkan ada kesan utama variabel kawalan UMUR yang signifikan terhadap variable bersandar Kemahiran Berkomunikasi [F(1,44)=42.67,p<.05]. Keputusan menunjukkan dengan mengawal umur responden kajian, teknik mengajar tidak mempengaruhi kemahiran

Keputusan ujian perbandingan skor kemahiran berkomunikasi bagi teknik-teknik mengajar menunjukkan bahawa perbezaan antara semua pasangan perbandingan tidak signifikan (p>.05, selepas mengawal ralat jenis I iaitu kaedah Bonferroni Tidak ada perbezaan yang signifikan bagi keputusan perbandingan pasangan [F(2,44)=1.45,p>.05. keputusan ini mengesahkan bahawatidak ada kesan utama teknik mengajar terhadap kemahiran berkomunikasi, selepas mengawal variabel kawalan umur dalam populasi kajian

5. MELAPORKAN KEPUTUSAN ANCOVA MENGIKUT FORMAT APA

Keputusan statistik deskriptif menunjukkan bahawa nilai min kemahiran berkomunikasi bagi teknik simulasi mengatasi kedua-dua teknik mengajar yang lain (min kemahiran berkomunikasi : teknik simulasi =107.94, teknik perbahasan =97.75, teknik sesi Buzz =93.00). Walaupun keputusan analisis menunjukkan bahawa umur memberikan kesan utama kepada variabel bersandar, kemahiran mberkomunikasi [F(1,44)=42.67),p<.05] tidak ada kesan utama variabel bebas teknik mengajar yang signifikan terhadap variabel bersandar kemahiran berkomunikasi [F(2,44)=1.45,p>.05]. Keputusan ujian perbandingan pasangan skor kemahiran berkomunikasi antara teknik-teknik mengajar mengesahkan keputusan analisis di atas bahawa semua pasangan perbandingan itru tidak signifikan secara keseluruhan. Berdasarkan keputusan ini, pengkaji gagal menolak hipotesis nul kajian. Pengkaji melaporkan bahawa dengan mengawal umur responden kajian, teknik mengajar tidak mempengaruhi kemahiran berkomunikasi peserta kursus Komunikasi Korporat.

KESIMPULAN

Ujian ANCOVA mengawal variabel-variabel kawalan semasa mengenalpasti perhubungan antara variabel bebas dan variabel bersandar.

Anda mungkin juga menyukai