Anda di halaman 1dari 14

TAJUK 1.

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

Definisi Tamadun. Perkataan tamadun berasal daripada Bahasa Arab dari kata kerja maddana (yang merujuk kepada madinah iaitu mendirikan bandar dan menaik taraf kehidupan kepada yang lebih beradab) dan kemudian terhasilah kata terbitannya iaitu 'Tamaddun. Bagi masyarakat melayu pula istilah peradaban digunakan bagi menggambarkan atau menggantikan perkataan tamadun yang membawa maksud beradab, mempunyai kebudayaan serta cara hidup yang teratur dengan hukum dan peraturan tertentu. Perkataan civilization digunakan dalam buku-buku bahasa Inggeris pada kurun ke 19, dan secara umum dari sudut bahasanya, dan ia membawa maksud kota. Menurut Kamus Dewan Tamadun ialah keadaan masyarakat manusia yg didasarkan pd taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dll) yg tinggi. Tamadun turut merangkumi kebudayaan, kemajuan dan peradaban sesebuah bangsa. Mengikut Kamus al-Marbawi - Tamadun adalah terbitan kata dasar Maddana bermaksud kehalusan adab iaitu kelakuan orang kota yang halus perangai dan kelakuannya Menurut Ibn Khaldun - Menggunakan umran untuk menjelaskan tentang tamadun. Perkataan umran ini menjelaskan tentang keadaan dan ciri-ciri berikut : Kawasan tanah atau rumah yang didiami dan diduduki orang. Keadaan tanah yang berkembang subur, iaitu kawasan yang tidak tandus atau terbiar (tanah yang diusahakan samaada untuk kegunaan masyarakat sekitar atau untuk tujuan perdagangan). Kawasan tanah yang diperintah dan ditanami dengan baik. Sebuah kawasan yang terpelihara yang mempunyai struktur bangunan, sistem pengairan dan juga perbandaran. Dikaitkan juga dengan ibukota atau bandar yang didirikan oleh raja-raja dan pemerinta. Istilah Hadharah, yang lebih popular sekitar abad ke 20 M, di mana ia membawa maksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal disesebuah tempat, kota atau wilayah dan juga tanah pertanian. Penggunaan istilah ini akhirnya dapat disamakan atau disesuaikan dengan perkataan tamadun. Muhammad Farid Wajdi - sekitar abad ke 20M memperkenalkan istilah Madaniyyah dalam bukunya al-Madaniyyah wa al-Islam bagi menggantikan perkataan Tamadun. Syeikh Muhammad Abduh juga menggunakan istilah madaniyyah dlm risalahnya Al-Islam wa al-Nas wa al-Ilm wa al-Madaniyyah dan dalam Tafsirnya Al-Manar Dr. Lutpi Ibrahim (1989: 155) merumuskan tamadun merangkumi: 1. Al-Hadarah merupakan pencapaian yang diperolehi dalam bidang kerohanian seperti pemikiran dan falsafah hidup yang berdasarkan akidah, syariah dan akhlak ia berkait dengan hubungan manusia sesama manusia yang bersumberkan wahyu. 2. Al-Madaniyyah pula berkait dengan pencapaian dari segi kebendaan seperti alat teknologi dalam pertanian, pengeluaran, pengangkutan, seni bina dan sebagainya. Ia merupakan hubungan dengan alam sekitar yang bersifat kebendaan selain juga bersumberkan wahyu. Konsep Tamadun Islam Tamadun Islam dr perspektif ahli sejarah dan juga golongan ilmuan Islam: Prof. Dr. Ahmad Shalaby. Tamadun Islam terbahagi kepada dua peringkat secara umum, pertama iaitu perdaban Islam tulin di mana ajaran Islam dan al-Quran sebagai sumber utamanya . Dan keduanya ialah peradaban yang dibangunkan oleh kaum muslimin dengan terdapatnya ilmu-ilmu yang dikembangkan seperti matematik, perubatan, astrologi, muzik dan sebagainya. Syed Qutb. Tamadun Islam adalah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat dalam politik ekonomi dan kebudayaan (sosial) yang berteraskan syariat Allah serta tidak lari daripada nilai-nilai moral IslamProf. Syed Muhammad Naquib al-attas. Tamadun di ambil daripada kata kerja Maddana yang merujuk kepada madinah yang membawa erti membina dan mendirikan bandar, menaik taraf kepada kehidupan yang yang lebih beradab, serta menimbulkan sifat keinsanan dalam kehidupan. Manakala perkataan tamadun membawa erti keadaan kehidupan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur, berasaskan bandar dan kebudayaan bandar. Prof. Ismail al-Faruqi. Tauhid merupakan inti atau dasar utama kepada tamadun Islam, kerana ia membentuk cara berfikir, tingkahlaku dan identiti sesebuah tamadun.

Asas Tamadun Islam. Membangunkan sesebuah tamadun, mempunyai beberapa asas dan dasar yang penting, bagi menjamin kelangsungannya. Tamadun Islam mempunyai beberapa asas yang penting dan menjadi prasyarat utama dalam pelaksanaan politik, ekonomi dan juga sosial. 1. 2. 3. 4. Akidah Syariah Akhlak Ilmu

Sumber Tamadun Islam. 1. Primier (al-Quran dan al-Hadis). 2. Sekunder (al-Ijtihad dan tamadun lain) Ciri-ciri khusus Tamadun Islam. 1. Rabbani (ketuhanan) 2. Seimbang dan Sederhana. 3. Universal. 4. Ideal dan Realistik. 5. Tetap dan Anjal. 6. Menyeluruh.

Matlamat Tamadun Islam. 1. Menjaga hubungan baik antara makhluk-khalik. 2. Menjaga hubungan baik sesama manusia. 3. Menjaga kewarasan akal. 4. Menjaga diri dan nyawa. 5. Menjaga keselamatan harta. 6. Menjaga hubungan baik antara makhluk alam sekitar (Mohd Zuhdi: 2002:127) Konsep Tamadun Barat Asas pemikiran barat: 1. Wujud pemisahan antara undang-undang dengan akhlak (morality), dan antara dunia dan akhirat. 2. Tiada ukuran baik dan buruk secara mutlak. Semua nilai moral dan agama bersifat relatif. 3. Kelakuan bermoral mestilah mengikut keadaan, tempat, masa. 4. Hidup hanya sekali, jadi sebelum mati biarlah puas menikmati kemewahan serta kemegahan dunia. 5. Agama menghambat kemajuan. 6. Agama adalah urusan peribadi yang lebih bersifat ritual dan juga bersifat kerohanian semata-mata. Asas-asas pemikiran Barat menurut pandangan beberapa ilmuan Islam terkemuka: Dr. Yusuf al-Qaradhawi: 1. Kejahilan dalam memahami konsep ketuhanan. 2. Kecenderungan kebendaan dengan mengabaikan aspek agama dan masyarkat. 3. Aliran sekularisme dan dualisme (teori yang memisahkan anatara 2 perkara) 4. Sering berlaku perbalahan dan pertelingkahan. 5. Rasa lebih tinggi (lebih hebat) daripada orang lain. Syed Naquib al-Attas: 1. Tamadun barat terikat dengan pengaruh adat-adat terdahulu. 2. Berasaskan kepada falsafah, pemikiran dan rasional akal semata-mata (bukannya agama) 3. Bersifat humanisme. (manusia sebagai penentu nilai mutlak dalam kehidupan) 4. Dualisme dalam kehidupan. Iaitu dengan memisahkan antara 2 perkara seperti antara agama dan ilmu, agama dan undang-undang, antara kepentingan individu dan masyarakat dan lain-lain lagi.

5. 6.

Tiada sama sekali konsep Tauhid atau keimanan kepada kuasa yang lebih tinggi dan mutlak.

Perbezaan antara asas Tamadun Islam dan barat: 1. Rabbaniyyah (bersumberkan ketuhanan) 2. Akhlaqiyyah (bersumberkan nilai akhlak yang murni) 3. Insaniyyah (bersumberkan nilai keinsanan) 4. Alamiyyah (bersifat sejagat) 5. Tasamuh (saling mengerti dan menerima) 6. Tanawwu(beraneka ragam) 7. Wasatiyyah (konsep kesederhanaan) 8. Takamul (menyempurnakan)

Nilai-nilai Universal dalam Tamadun 1. Nilai Keimanan: 2. Nilai Keilmuan: 3. Nilai Akhlak: 4. Nilai Ekonomi dan Kebendaan: 5. Nilai Kerja: 6. Nilai Kemanusiaan: 7. Nilai Keadilan: 8. Nilai Kekeluargaan: 9. Nilai Alam Sekitar: Interaksi antara Tamadun. Interaksi antara Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Interaksi antara Tamadun Barat dan juga Tamadun Islam dan Asia. Persamaan Antara Tamadun. 1 Ketuhanan 2 Kekeluargaan 3 Alam sekitar 4 Kepimpinan TAJUK 2 : ISLAM DI ALAM MELAYU

Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu 2.1.1. Dr Arab dan Parsi. 1. 2. 3. 4. Justeru Tanah Melayu menjadi tempat persinggahan pedagang Arab daripada Oman, Hadramaut, Syaimar dan Bahrain. ahli pelayaran Islam seperti al-Masudi sekitar abad 9 di mana beliau telah mendapati wujud perkampungan Arab-Melayu di sepanjang pantai barat Sumatera. Ahli arkeologi telah menemui di Tanah Melayu dan Sumatera, tembikar jenis celadon yang sangat terkenal di kalangan orang Islam di Asia Barat. Raja Kedah yang pertama Islam adalah Maharaj Derbar Raja ke 11 yang telah di Islamkan oleh Ulama yang datang dari Yaman, kemudian menukar nama kepada Sultan Muzafar Shah.

2.1.2. Teori Islam datang dari India. (India Selatan/Benggal dan dari Gujerat) 1. Teori yang mengatakan Islam datang dari Gujerat melihat kepada persamaan batu nisan di Pasai dan Gerisek dengan batu nisan di Gujerat. 2. Teori yang mengatakan Islam datang dari Benggal dengan hujah bahawa ketika Sumatera menerima Islam, Gujerat dan bahagian lain di India masih lagi beragama Hindu. Antara sebab lain juga adalah, daerah Gujerat bermazhab Hanafi sedangkan di Nusantara dan daerah Benggal sama-sama bermazhab Syafie. 2.1.3. Teori Islam datang dari China.

1. 2.

Teori yang dikemukakan seorang penulis Spanyol (Emanuel Godinho de Eredia) mengatakan bahawa penemuan batu bersurat di Champa (1039), Brunei (1048), Jawa (1082) dan Terengganu (1303). Batu bersurat ini menunjukkan kedatangan Islam ke rantau melayu melalui negara China. Manakala teori yang dikemukakan oleh S.Q Fatimi dalam bukunya Islam Cames to Malaysia menyebut bahawa berlakunya pemberontakan di Canton yang mengakibatkan 100,000-150,000 orang Islam dibunuh. Akibat daripada pemberontakan tersebut, maka kemudiannya berlaku perpindahan beramai-ramai orang-orang Islam China ke Nusantara (Kedah, Palembang, Campa, Brunei, pesisir Pantai Timur T. Melayu & Jawa Timur)

Faktor Perkembangan Tamadun Islam di Alam Melayu 1. Keistimewaan Ajaran Islam. 2. Hubungan Perdagangan. 3. Perkahwinan 4. Penaklukan. 5. Peranan Pusat Kebudayaan Di Nusantara 6. Pendakwah Pengaruh Islam di Alam Melayu 1. Perubahan dalam kepercayaan (akidah) 2. Perubahan dalam politik 3. Perubahan dalam pemerintahan. 4. Perubahan dalam perundangan 5. Perubahan dalam bidang ilmu pengetahuan. 6. Perubahan dalam bahasa. 7. Perubahan dalam sastera. 8. Perubahan dalam sistem sosial. 9. Perubahan dalam bidang kesenian. 10. Perubahan dalam ekonomi.

Tamadun Melayu sebagai asas pembinaan Tamadun Malaysia 1.& 2. Melayu dan Islam menurut Perlembagaan Malaysia. Undang Islam telah menjadi dasar kepada sistem perundangan di Tanah Melayu sejak zaman keagungan Kesultanan Melayu yang lalu, contoh dalam Hukum Kanun Melaka. Kedudukan undang-undang Islam turut diguna pakai di awal era penjajahan British, di mana Mahkamah Rayuan di Selangor telah membuat keputusan bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang negeri dan ia hendaklah diiktiraf oleh Mahkamah. Perlembagaan adlh undang-undang tertinggi negara tercatat di dalam Per 4(1) iaitu mana-mana undang-undang yang dibuat selepas merdeka yang bertentangan dgn perlembagaan, maka ia terbatal setakat mana ia berlawanan. Per 3(1) telah menyatakan Islam adalah agama Persekutuan dengan toleransi bahawa agama lain blh diamalkan secara bebas selagi tidak menganggu ketenteraman awam. Dengan ini, Islam menjadi agama rasmi negara dan peruntukan Per 3(1) memberi implikasi besar kpd perkembangan agama Islam di Malaysia. Per 11(1) menyatakan setiap orang adalah berhak menganut, mengamalkan agamanya, kebebasan beragama bagi setiap org atau kumpulan agama, iaitu: mengurus hal ehwal agama sendiri. menubuh dan menyelenggara yayasan bagi kepentingan agama masing-masing. memperoleh atau mepunyai harta serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang Per 160(2)(b) telah mentakrifkan Melayu sebagai org yang beragama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. Selain daripada itu, pengiktirafan juga diberi dalam undangundang negara tentang kaitan yang sangat rapat antara Melayu dan Islam. Per 152 menyebut tentang hak istimewa orang Melayu yg tidak boleh dipertikaikan kerana ia sejajar dengan kehendak daripada peruntukan penting dalam perlembagaan. Per 32(1) menyatakan ketua negara iaitu YDP Agong mestilah org Melayu dan beragama Islam. Apabila Islam dan Melayu mendominasi peruntukan penting dalam Perlembagaan Malaysia ia juga bermaksud bahawa beberapa dasar lain juga tidak boleh diabai daripada dikaitkan dengan Islam. Islam Dalam Dasar Pendidikan Negara.

3.

Reformasi pendidikan di Malaysia telah berlaku sejak Tanah Melayu merdeka dalam beberapa peringkat. Perubahan ini penting untuk membentuk tamadun bangsa Melayu-Malaysia iaitu melalui Laporan Razak 1956, Laporan Abdul Rahman Talib 1961, Kurikulum Bersepadu sekolah Rendah 1980 & Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah 1988. Perubahan yang berlaku pada thn 1988 (KBSM) memberi impak yang sangat besar terhadap dasar pendidikan negara kerana ia telah mencetus idea lahirnya Falsafah Pendidikan Negara Pendidkan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara mnyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan Ini merupakan matlamat pendidikan negara. Untuk mencapai matlamat pendidikan negara, Kementerian Pendidikan telah mengatur strategi yang mantap dan sepadu melalui: Penerapan Nilai Murni. Kesepaduan antara ilmu, kemahiran dan nilai. Budaya Positif sekolah. Kesepaduan antara kurikulum dan ko-kurikulum. Dlm hasrat mencapai matlamat tersebut juga, kerajaan tidak mengabaikan peranan agama Islam. Melalui Ordinan Pendidikan 1957, seksyen 49, telah menyatakan secara terperinci kedudukan pelajaran agama Islam di sekolah. Setiap pelajar Islam di wajibkan mempelajarinya sekurang-kurangnya 11 thn (6 tahun di sek ren. dan 5 tahun sek. men) Melalui Akta Pelajaran 1961 (berkuatkuasa 1962) mewajibkan matapelajaran agama Islam selama 2 jam seminggu di semua sek rendah dan menengah bantuan penuh kerajaan dgn perlantikan guru agama yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan sendiri. Islam dalam Dasar Kebudayaan Nasional. Arus globalisasi dan liberalisasi yang dieksport oleh Barat telah mengugat kelangsungan budaya di kebanyakan negara dan bangsa di dunia hari ini. Oleh itu sangat penting bagi kerajaan Malaysia untuk membentuk satu corak kebudayaan yang boleh menjamin keutuhan Bangsa Melayu/Malaysia melalui penggubalan dasar kebudyaan yang boleh memacu ke arah usaha untuk menjana jati diri bangsa dalam menghadapi ancaman globalisasi dan liberalisasi. Dasar Kebudayaan Nasional telah diwujudkan pada tahun 1971 yang berteraskan kepada kebudayaan Islam, dimana dasar kebudayaan yang di amalkan mestilah: berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. unsur kebudayaan lain yang wajar boleh diterima. Dan Islam menjadi unsur penting dlm pembentukannya. Tujuan dasar ini ialah untuk membentuk, mewujud dan mengekal identiti negara yang unik dan menjadi saluran untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan. Dasar Bahasa Melayu. B. Melayu pernah menjadi bahasa perantaraan dunia (lingua franca) suatu ketika dahulu. Kini ia menjadi bhs ke 4 terbesar di dunia dgn jumlah lebih kurang 200-300 juta penutur di seluruh dunia. Ia menjadi kekuatan kepada bahasa dan bangsa Melayu itu sendiri. Kedudukan Bahasa Melayu kini sangat tinggi kerana telah mencapai taraf bahasa moden iaitu sebagai bahasa ilmiah, kebudayaan dan juga kesusasteraan. Bahasa Jiwa bangsa Ungkapan ini mendorong kerajaan Malaysia untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang bermaksud ia sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Ini termaktub dalam Per 152 Fasal 1(a) dan Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan. Bahasa rasmi bermaksud penggunaannya dalam segala urusan, khususnya dalam urusan pentadbiran negara. Ia menjadi bahasa lisan para pegawai kerajaan, media dan juga dalam segala urusan surat menyurat, rekod kerajaan, teks dan juga borang urusan rasmi kerajaan. Bahasa pengantar pula bermaksud fungsinya sebagai bahasa pengantar ilmu, dan pelaksanaannya adalah melalui Dasar Pendidikan Negara 1981. Dengan ini semua peringkat persekolahan mengguna Bahasa Melayu dan pada tahun 1983, semua kursus tahun pertama di universiti tempatan hendaklah disampaikan dalam Bahasa Melayu. Di manakah peranan Islam dalam memartabatkan B. Melayu? Bagi menjawab persoalan ini, bolehlah ia dilihat bahawa kekuatan Bahasa Melayu pada mulanya terletak pada ungkapan daripada Bahasa Arab yang dijelmakan dalam huruf jawi dari segi penulisannya dan kalimah-kalimah arab dari segi penuturannya. Perkara ini tidak dapat dinafikan contohnya pemakaian nama Arab/Islam dalam menamakan anak. Jadi aspek penggunaan tatahuruf yang berasal daripada Bahasa Arab (jawi) yang menjadi landasan kepada tradisi membaca dan menulis. Jati diri Melayu. Jati diri ialah perwatakan atau sifat yang murni, tulen dan bersifat semulajadi yang mana ia berpaksi kepada kepercayaan kukuh terhadap pegangan agama dan tradisi ataupun adat masyarakat. Justeru jatidiri Melayu adalah merujuk kepada dasar pegangan dan kepercayaan kepada agama Islam itu sendiri. Apabila memperkatakan tentang jatidiri orang Melayu maka ia tidak dapat mengelak daripada merujuk kepada agama Islam sebgai teras pembentukan jatidiri tersebut. Ini menunjukkan bahawa Islam telah membina dan mengukuh jatidiri bangsa Melayu dgn asas-asas yang sangat kukuh dan munasabah, iaitu: Penguasaan ilmu. Iman yang mantap. Iltizam dgn ajaran Islam yang memiliki kebudayaan yang tinggi.

4.

5.

6.

TAJUK 3: SUMBANGAN ISLAM KEPADA TAMADUN DUNIA

Perkembangan Tamadun Islam. Zaman Rasulullah saw PERIOD MEKKAH. Di awal kedatangan Islam, Rasulullah s.a.w. bangkit dengan berhadapan dengan pelbagai masalah masyarakat Arab terdahulu seperti masalah keruntuhan akhlak, krisis kebudayaan yang dibawa oleh Rom dan Parsi. Cabaran ini juga datang daripada tentangan sebahagian golongan Quraisy yang bermati-matian menolak ajaran Islam. Namun tugas Baginda yang paling berat adalah untuk mengembalikan sifat kemanusiaan yang telah hilang dikalangan masyarakat yang masih mengamalkan cara hidup jahiliyyah, dengan membawa risalah Tauhid. Cabaraan yang dihadapi oleh baginda adalah untuk mentransfomasikan masyarakat Arab jahiliah bertukar menjadi masyarakat yang lebih bertamadun.. PERIOD MADINAH. Pada peringkat ini Rasulullah menekankan aspek pelaksanaan syariah dalam kehidupan bagi menjamin sebuah masyarakat yang harmoni dengan keadaan sistem sosial yang tersusun. Di antara perkara penting yang dilakukakn oleh Rasulullah bagi membentuk masyarakat yang bertamadun adalah dengan membina persaudaraan suku-suku Arab yang sentiasa berperang, di bawah slogan ummah. Rasulullah meningkatkan lagi peranan institusi sosial umat Islam seperti masjid dengan menjadikannya sebagai pusat kepada segala aktiviti orang Islam. Selain itu, bagi menjamin keharmonian masyarakat yang berbilang bangsa dan agama, Rasulullah telah membentuk sebuah piagam yang secara umumnya bertindak sebagai perlembagaan yang akan menjamin kemaslahatan ummah. Diantara kandungan yang terpenting adalah berkaitan peranan dan tanggungjawab pemerintah kepada yang diperintah dan juga sumber utama perundangan Islam di Madinah. Zaman Khulafa al-Rasyidun. Pada zaman ini, Islam telah berjaya dikembangkan sehingga ke merata pelusuk dunia, termasuklah seluruh Semenanjung Arab yang telah dikuasai oleh Islam. Khalifah Umar al-Khattab telah melebarkan pengaruh Islam sehingga ke Palestin, Syria, Iraq, Parsi dan Mesir. Selain daripada itu, interaksi antara suku-suku bangsa juga telah mewujudkan pelbagai kebudayaan dan menyemarakkan perkembangan TI. Zaman Bani Umaiyyah.

Kerajaan Bani Umaiyyah semakin memperluas wilayah Islam sehingga ke Asia Tengah dengan pusat pemerintahan di Damsyik. Perkembangan TI semakin pesat. Bahasa pentadbiran ditukar daripada Yunani ke Bahasa Arab yang dimulai oleh Khalifah Abd Malik bin Marwan. Kegiatan ilmu tatabahasa semakin meningkat sehingga melahirkan tokoh nahu Arab yang terkenal iaitu Ibnu Sibawaih dgn karyanya al-Kitab yang menjadi rujukan utama Bahasa Arab. Seterusnya penerokaan ilmu sains telah dilpelopori oleh khalifah Khalid bin Yazid (740 M) Khalifah Malik bin Marwan tlh menggantikan penggunaan matawang Byzantine dan Parsi dengan matawang Islam secara keseluruhannya. Era ini juga telah memperlihat bangunan dgn senibina Islam yang tersergam indah, istana dan masjid diukir indah dgn ayat-ayat al-Quran dan dihias dgn batu permata melambangkan kemajuan yang dicapai. Malangnya pada zaman khalifah al-Walid 2, kerajaan Bani Umaiyyah tlh merosot dan diambil alih oleh kerajaan Bani Abbasiyah pd thn 750 M.

Zaman Bani Abbasiyyah. Era pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyyah, Tamadun Islam semakin pesat membangun. Tamadun ilmu pengetahuan telah menerajui kegemilangan TI. Aktiviti keilmuan pada zaman ini dapat dibahagi kepada 2 tahap: i. Mengambil masa 150 thn (650-799M) dan dikenali dengan zaman penyerapan dan perpindahan ilmu-ilmu klasik khusus dalam bidang sains dan falsafah daripada bahasa Yunani, Suryani, Parsi dan Sanskrit ke Bahasa Arab. Zaman ini penting kerana ia adalah tahap pembentukan ummah yang disosialisasi dengan corak keIslaman sejati. ii. Era kelahiran dan kebangkitan intelektual Muslim yang menyaksikan usaha-usaha pennterjemahan, penyaringan dan penghasilan karya asli yang dilakukan secara sistematik (800 M). Pada masa inilah, sarjana-sarjana Kristian juga telah turut memberi sumbangan dan sebahagian daripada mereka telah memeluk Islam. Pemerintah kerajaan Abbasiyyah sangat menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan. Kompleks masjid dilengkapi dengan sekolah, 7 perpustakaan selain peruntukan biaya yang sangat besar diberi kepada kolej danjuga pelajar. Pensyarah dan penyelidik amat disanjung tinggi dengan diberi hadiah yang lumayan. Khalifah Abu Jaafar al-Mansur (754-775M) adalah khalifah kedua menjadi perintis kpd usaha-usaha menaungi dan mempelopori kegiatan intelektual. Beliau juga telah menjadi pengasas Kota Baghdad dan mendirikan kolej perubatan disana. Pada thn 756 beliau telah menjemput Jurjis b. Jibril b. Bakhtishu pengarah Hospital Judishapur, India datang ke Baghdad menjadi pengarah kolej perubatan tersebut. Aktiviti penterjemehan karya-karya klasik Yunani, Parsi dan India sangat maju, di samping itu kegiatan penulisan dan penyusunan kitab-kitab agama Islam sprt hadis, fiqh, tafsir juga sangat maju sehingga melahirkan ramai tokoh ulama terkenal. Kota Baghdad jg terkenal sebagai pusat kecemerlangan intelektual dunia pada zaman Khalifah Harun al-Rashid yang mengasaskan Khizanah al-Hikmah iaitu pusat kegiatan kesarjanaan. Zaman kemuncak kecemerlangan intelektual ialah ketika pemerintahan al-Makmun (813-833M) di mana beliau telah membina Baitul al-Hikmah yang merupakan institusi keilmuan yang lengkap dari semua aspek. Tokoh penterjemah yang terkenal seperti Hunyn bin Ishaq, (809-873M) seorang yang beragama Kristian telah dilantik sebagai Pengarah Bait al-Hikmah. Beliau telah menterjemah 95 buah karya Galen ke Bahasa Suryani, 35 buah karya lg ke B. Arab dan 7 karya Hippocrates ke B. Arab. Zaman Daulah Uthmaniah Turki (1300M) Kerajaan Uthmaniah kekal teguh di persada dunia selama 637 thn sehinggalah tiba saat keruntuhannya di akhir abad ke 18 kerajaan Uthmaniah. Kerajaan Uthmaniah mula merosot bermula daripada wilayah Islam di Eropah Timur dan Utara Afrika. Ia kemudiannya sedikit demi sedikit jatuh ke tangan kuasa Eropah. Kerajaan Islam Turki akhirnya jatuh pada tahun 1924 apabila Sultan Abdul Hamid telah digulingkan oleh kumpulan The Young Turks yang dipimpin oleh Jeneral Mustaffa Kamal Attartuk yang telah menerapkan sistem pemerintahan sekular dan dilantik menjadi Presiden Turki seumur hidup. Kejatuhan kerajaan Uthmaniah Turki menjadi titik permulaan berakhirnya sistem khilafah dalam Islam. Ia juga menjadi tanda malapnya kegemilangan Tamadun Islam ketika itu. Akhirnya satu demi satu negara Islam telah dijajah oleh Barat sehingga hilang identiti sebuah negara Islam yang gemilang dengan sinar keimanan dan keilmuannya.

Pengaliran Tamadun Islam Ke Eropah Pengenalan: Pusat bertapak dan berkembang TI di Eropah ialah Andalusia dengan Pusat pemerintahannya Cordova. Ia telah dikuasai oleh Islam selama lebih kurang 8 abad iaitu pada (92-897H @ 711-1492M), kemuncak TI berlaku di sini pada abad ke 9-11M pada zaman Khalifah Abdul Rahman 111. Penganut Kristian Eropah yang terdedah secara langsung kepada warisan ilmu dan kebudayaan Islam Andalusia memainkan peranan penting dalam memperkasakan TI di Eropah. Mereka memperuntukkan kos yang sangat besar untuk membina perpustakaan bagi menyimpan buku-buku Arab dan juga utk menterjemah Bible ke B. Arab bagi kegunaan mereka yang kebanyaknnya lebih menguasai B. Arab drp B. Latin. Tamadun Barat bermula daripada kelahiran gerakan Renaissance pada abad ke 15 yang berkait rapat dengan interaksi mereka dgn TI yang berlaku dlm pelbagai bentuk pada abad-abad sebelumnya seperti: i. hubungan diplomatik. ii. hubungan perdagangan. iii. penterjemahan karya-karya Islam ke Bahasa Eropah. iv. imigrasi penduduk v. kehadiran pelajar Eropah ke negara Islam. vi. Perang Salib. Toledo menjadi Pusat Tamadun Islam yang begitu terkenal di Andalusia selepas Cordova. Ketika dijajah oleh Raja Alfonso VI dari Castile (478H/1085M) ia merupakan pusat kecemerlangan Tamadun Islam di mana Bahasa Arab menjadi keutamaan sehingga melangkaui 2 abad.

Akhirnya seorang Paderi Toledo, Raymond I (1125-1151M) telah melaksanakan beberapa usaha untuk menghapuskan zaman kegemilangan Islam di Toledo, dengan mendirikan sekolah Bahasa Latin bagi mempertingkatkan lagi penguasaan Bahasa Latin di kalangan masyarakat, mengganti penggunaan Bahasa Arab. Selain daripada itu dewan penterjemahan ditubuhkan untuk menterjemahkan karya-karya Arab ke Bahasa Latin, di mana kegiatan ini mendapat sokongan kumpulan musuh Islam Order of Preachers yang akhirnya menubuhkan pusat Oriental Studies. (1150M) Ini bertujuan untuk melatih kader-kader Kristian untuk menyebarkan agama Kristian kepada orang-orang Islam. 2 orang tokoh Orientalis Yahudi Toledo yg terkenal ialah: i. Abraham ben Ezra yang menterjemah karya astrologi al-Biruni (442H/1050) dan jadual astronomi karya al-Khawarizmi (236H/850M) ii. Juan Hispalensis- yang telah menterjemah karya-karya arithmetik, astronomi, astrologi, kedoktoran falsafah al-Farghani, al-Kindi, Maimon dan juga al-Ghazali. Raja Alfonso X dari Castile (1252-1284M) telah menciplak karya-karya seperti sejarah, sastera, perundangan dan astronomi daripada sarjana Islam dan mejadikan karya tersebut sebagai karya-karya mereka. Sarjana dari luar Andalusia yang banyak memberi sumbangan kepada pengaliran TI ke Eropah termasuklah: 1. Adelard of Bath (Inggeris, 1090-1150M) yang menterjemah karya2: Arithmetik oleh al-Khawarizmi ke B. Latin, yang telah memberi sumbangan besar kepada TB, iaitu dengan memperkenalkan B. Arab yang sistematik dan mudah bagi menggantikan penggunaan angka dalam huruf Roman yang rumit, contohnya untuk menulis angka sejuta. Astronomi oleh Abu al-Masyar. Sumbangannya kpd TB ialah pengetahuan tentang perubahan air pasang surut dengan terbit dan terbenam bulan. Jadual astronomi (zij) oleh Maslamah al-Majriti. Sumbangannya kepada TB ialah menjadi asas penyusunan jadual astronomi yang dipakai sehingga kini. 2. Gerald of Gremona (Itali, 1114-1187M) yang telah menterjemah 71-100 karya sarjana Arab Islam ke Bahasa Latin yang meliputi bidang biologi, astronomi, falsafah, matematik, kedoktoran dll, cth: Biologi oleh al-Farghani (al-Madkhal ila cIlm Hayat al-Aflak) dan Jabil ibn Aflah (a-Hayah) Optik oleh Ibn Haitham (Kitab al-Manazir) Astronomi dan geografi oleh al-Zarqali. Math oleh al-Khawarizmi (al-Jabr wa al-Muqabalah) Kedoktoran oleh al-Razi (Kitab al-Mansuri) Almanzores, Al-Zahrawi (Kitab al-Tasyrif) Ibn Sina (al-Qanun fi al-Tib) Canon yang menjadi buku teks universiti-universiti di Eropah sehingga abad ke 16M.

3. Robert Chester (Inggeris, 1110-1160M) yang telah menterjemah al-Quran ke Bahasa Latin. 4. Michael Scott @ Scotus (Scotland, 1175-1253M) yang menterjemah karya falsafah Ibn Rushdi. Di samping itu terdapat penterjemah lain yang kadang-kadang kurang kemahiran Bahasa Arab menjadikan mereka meLatinkan Bahasa Arab. Aktiviti2 penterjemahan yg dilakun oleh tokoh2 samaada daripada Andalusia atau pun dari luar menyebabkan ilmu pengetahuan, sains dan teknologi Islam mulai tersebar luas ke Eropah.

Andalusia sebagai anugerah TI kepada kebangkitan Eropah Pengenalan: Andalusia atau al-Andalus adalah nama yg diberikan oleh ahli geografi Islam pada abad Pertengahan, yang merujuk kepada wilayah pemerintahan Islam di Semenanjung Iberia yang meliputi Portugal dan Sepanyol. Ia dikatakan diambil daripada perkataan Vandalusia yang bererti Tanah Vandal iaitu nama satu suku bangsa Eropah yang mendiami rantau tersebut sekitar abad ke 5M. Sebelumnya kawasan itu diduduki oleh suku kaum Barber. Pada awal abad ke 10SM ia dikuasai oleh Kerajaan Phonecia. Abad 1 - 10 M pula ia didiami orang Romawi dan diikuti oleh suku kaum Visigoth yg akhirnya telah menerajui organisasi politik Andalusia. Sebelum kedatangan Islam keadaan sosial masyrakat Andalusia amat buruk kerana pemerintah Visigoth yang mengamalkan pemerintahan kuku besi yang diwarisi daripada sistem Romawi yang menindas golongan bawahan dan telah melahirkan 2 kelas sosial: i. Kelas Latifundia (tuan tanah) yg menguasai kekayaan negara. ii. Kelas bawahan iaitu para petani, org Yahudi dan hamba abdi. Penindasan dan penyelewengan berleluasa sehingga masyarakat awam merasa tidak selamat tinggal di Andalusia. Ekonominya lembab, kesan penindasan menjadi aktiviti pertanian dan perdagangan beku dan melumpuhkan ekonomi andalusia. Akibat daripada faktor-faktor berikut menjadikan kerajaan Visigoth lemah dan akhirnya mereka telah dikalah oleh tentera-tentera Islam yang hanya berjumlah 12,000 org pada tahun 92H/711M. 3.3.1 Pembukaan Andalusia Pada tahun 92H Gabenor Islam di utara Afrika iaitu Musa bin Nusair telah menghantar 7000 orang tentera Islam menyeberangi Selat Gibraltar untuk menguasai Andalusia dengan dipimpin oleh Tariq bin Ziyad. Akhirnya dgn tambahan tentera Islam 5000 orang lagi tentera Kristian Visigoth yang dipimpin oleh Roderick berjumlah antara 25000-100000 orang dapat dikalahkan. Setelah Islam menguasai Andalusia, orang Yahudi daripada Timur mula mencurah masuk. Bandar Cordova telah pesat membangun sebagai pusat kegiatan ekonomi dan politik. Dalam jangka masa singkat Islam telah tersebar luas di kalangan penduduk Andalusia. Orang Kristian tidak dipaksa menerima Islam tetapi dikenakan bayaran cukai kepala (jizyah) mengikut kemampuan mereka.

Sikap toleransi pemerintah Islam terhadap orang Kristian telah mengakibatkan berlakunya asimilasi budaya Arab-Islam di kalangan orang Kristian Andalusia. Contoh nama mereka ditukar kepada nama Arab, meniru cara hidup orang Islam seperti berkhatan, masakan, pakaian dsb. Penggunaan istilah Arab dan pengajian Bahasa Arab telah menggantikan penggunaan dan pengajian Bahasa Latin. Kesimpulannya, kehadiran Islam telah mengubah corak dan sistem hidup masyarakat Andalusia kepada cara hidup masyarakat Islam dan melemahkan penggunaan Bahasa Latin sehingga memaksa ahli agama Kristian menterjemah buku2 agama Kristian ke Bahasa Arab.

3.3.2 Sumbangan Tamadun Andalusia Kepada Peradaban Barat. Islam tlh membawa satu perubahan besar ke atas Tamadun Barat di mana sebelumnya, TB yang didominasi oleh Tamadun Yunani dan Romawi berada dalam kegelapan telah bertukar kpd tamadun yang berasaskan ilmu pengetahuan sains dan teknologi. Wililiam Draper seorang sarjana Inggeris menulis: Andalusia menjadi satu sumber kpd tamadun Eropah selama hampir 100 thn iaitu selama berada di bwh pemerintahan Islam. Kemajuan yang dicapai oleh Andalusia dlm bidang seni, sastera dan sains tidak ditandingi di benua Eropah. TI telah memberi sumbangan besar dan mengagumkan kepada TB samaada dari segi spiritiual, fizikal dan pemikiran: 1. Sumbangan dari aspek spiritual. Islam tidak memaksa masyarakat Andalusia menganut Islam sebaliknya mereka diberi kebebasan beragama. Sifat toleransi dan kebijaksanaan pemerintah Islam (khalifah) telah menarik sebahagian besar mereka memeluk Islam, sementara sebahagian daripada mereka masih tetap dlm agama asal mereka samaada Kristian atau Yahudi. Namun semua mrk tetap tunduk kpd kerajaan Islam dengan dikenakan bayaran cukai kepala. Pemerintah Islam tlh melantik ketua2 dari kalangan mrk sebagai menghormati mrk. Ini memberi sumbangan utk membentuk masyarakat yang harmoni walaupun berlainan agama. 2. Sumbangan dari aspek ekonomi. Satu bentuk ekonomi baru yang dikenali sebagai ekonomi Mediterranean telah diasaskan oleh orang-orang Islam melalui aktiviti perladangan, perindustrian dan perdagangan. Rangkaian gedunggedung perniagaan dibina oleh Islam yang beroperasi mengimport barangan dari luar. Hubungan perdagangan Andalusia dan Eropah dibuat melalui jalan darat dan dengan asia dan Afrika adalah melalui jalan laut. Bandar2 pelabuhan Andalusia menjadi maju dan terkenal. Dari segi pertanian, Islam telah memperkenalkan kaedah baru dan maju sepert empangan, sistem saliran, tali air, jambatan, jalan raya meliputi bandar2 penting seperti Toledo, Cordova, Marseille dan Valencia. Tanaman dari Arab dan India dibawa masuk dan diperluaskan. Industri ulat sutera diperkenalkan, dan tanaman kapas diperluaskan, jut dari Cina dibawa masuk. Beberapa industri dimajukan seperti industri tebu dan manisan lebah yang diternak digiatkan semua ini dimajukan bukan shj utk tujuan penggunaan domestik tetapi juga utk dieksport. Orang2 Islam juga menulis kitab2 tentang kaedah pertanian, penggunaan tanah yang sistematik, air dan tumbuh-tumbuhan utk menjaga sistem ekologi sebagai rujukan dan panduan, cth kitab: a- al-Arwa (Abu al-Hasan al-Qurtubi) yg memuat kalendar pertanian. b- al-Fihlah (Abu al-Qasim al-Suhrawi) tentang pertanian. cAbd Rahman al-Wafid menulis buku tentang pertanian yg telah diterjemahkan sebagai Agrucultura General pada tahun (1513M) oleh Alonso de Herrera yang menjadi rujukan di dunia Islam dan juga Barat waktu itu. 3. Sumbangan dari aspek senibina. Bandar-bandar penting di Andalusia telah dibangunkan dgn binaan masjid, istana, pasar, tempat mandi yang bercirikan senibina Islam. Selain daripada itu juga, Monumen-monumen peringatan dibina dengan hiasan ukiran menarik. Peralatan pinggan mangkuk, kotak barang, alat perhiasan dan pakaian dihias indah yang mempunyai ciri-ciri keperibadian Andalusia yang terkenal sebagai Hispano- Mauresque. Di masjid dan istana dibina gerbang arca, menara dan pintu besar yang dihias indah dengan ukiran seperti Masjid al-Cazan di Cordova, Giralda di Seville dan al-hambra di Granada. Sumbangan dari aspek intelektual. Andalusia menjadi pusat kemuncak TI Eropah dan dunia dari awal abad ke 8-10M. Zaman pemerintahan Hakam II menjadi zaman keemasannya, di bandar-bandar besar didirikan universiti2 dan di bandar2 kecil didirikan sekolah-sekolah. Universiti Cordova juga sangat terkenal waktu itu yang menyamai dengan Universiti al-Azhar di Mesir dan Universiti Nizamiyah di Baghdad. Perpustakaan banyak dibina yang menyimpan buku dan juga manuskrip yang tidak ternilai. Pada abad ke 11M negara-negara Eropah telah mula bangkit dari zaman kegelapannya selepas menimba banyak peradaban Islam daripada Andalusia. Akhirnya pada abad ke 15 berlaku zaman kebangkitan di Eropah Renaissance. Melalui proses kebangkitan tersebutlah banyak hasil-hasil TI telah diambil oleh Barat daripada Andalusia. Sicilly dan Sepanyol menjadi titian yang menghubungkan Andalusia dengan Eropah. Pusat2 pemindahan ilmu terpenting ialah Palermo dan Toledo. Raja Frederick II (1215-1250M) telah menubuhkan Universiti di Naples pada tahun 1224M yang menjadi pusat pengajian TI dan disinilah ST. Thomas Aquinas menemui hasil2 penulisan Ibn Rushdi. Di Toledo, Arbishop Raymond telah membina institusi pengajian Timur (yang meniru model Bait al-Hikmah di Baghdad) yang berperanan memindahkan hampir keseluruhan TI kepada TB yang meliputi bidang2 falsafah, perubatan, astronomi, astrologi, biologi, math, kimia, fizik dsb. Bidang Geografi. Bidang astronomi Bidang Perubatan. Bidang Botani.

4.

Bidang Falsafah. Matematik. Kimia.

Pengaruh Tamadun Islam dalam pelbagai Bidang Ilmu. Sumber, Prinsip dan matlamat ilmu dalam Islam. Sumber asasi bagi kegiatan keilmuan Islan adalah terdiri daripada sumber-sumber utama ajaran Islam itu sendiri. Ia menjadi aspirasi dan juga rujukan para sarjana dalam meneroka penemuan-penemuan baru dalam pelbagai sudut. Al-Quran Al-Sunnah Al-Ijtihad Di antara prinsip keilmuan pula adalah. 1. Tidak mengabaikan elemen tauhid di dalamnya. 2. Berasaskan hairarki ilmu (mengikut keutamaan). 3. Sepadu antara dunia dan akhirat, fardhu ain dan fardhu kifayah. Matlamat menuntut ilmu bagi masyarakat Islam. 1. Membuktikan kekuasaan Allah. 2. Sebagai satu cara untuk membuktikan pengabdian diri kepada Allah. 3. Utk kemaslahatan umat manusia dan sebagai pelaksanaan fungsi khalifah.

Cara Tamadun Islam mempengaruhi pelbagai Ilmu. 1. Menerokai ilmu-ilmu baru. 2. Memperbaiki pemahaman masyarakat terhadap ilmu. 3. Mewujudkan institusi penterjemahan. 4. Menubuhkan Institusi Pendidikan. 5. Institusi ulama. 6. Penggunaan istilah Arab/Islam dalam istilah saintifik di Barat

Disiplin Ilmu, tokoh dan Sumbangannya. 1. Sains dan teknologi. Astronomi al-biruni, al-khawarizmi. Matematik al-khawarizmi. Perubatan Dipelopori oleh Ibnu Sina, beliau dianggap oleh orang Barat sebagai bapa Perubatan. Karya beliau dalam perubatan diterjemah kepada banyak bahasa utama dunia dan digunapakai sehingga kini. Karyanya yang terkenal adalah Qanun fi al-Tibb. Al-Razi, Kimia al-Kindi, Jabir Ibnu Hayyan (Geber) 2. Sains tabie. Psikologi turut dipelopori oleh Ibnu Sina, rentetan daripada ilmu perubatan yang dimiliki. Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung untuk mengetahui ketidakseimbangan dalam diri manusia. Falsafah Ibnu Khaldun, Ibnu Tufayl, Ibnu Sina, al-Kindi, al Ghazali dan Ibnu Rushd Tasawuf al-Ghazali. Geografi Al-Idrisi dan Ibnu Batutah merupakan antara tokoh profesional dlm bidang geografi.

10

Sejarah Ibnu Khaldun mempelopori bidang sejarah dan menulis kitab al-Muqadimah iaitu sebuah kitab sejarah. Beliau juga terkenal dalam bidang sosiologi.JUK 4: ISLAM HADHARI SEBAGAI PENJANA PEMBANGUNAN UMMAH KONSEP ISLAM HADHARI i. ii. iii. iv. Slogan: Cemerlang, Gemilang, Terbilang. Konsep Modal Insan: Towering Personality. Masyarakat Minda Kelas Pertama. Masyarakat Glokal (gabungan global dan lokal)

Definisi Islam Hadhari Perkataan Hadhari berasal daripada istilah hadharah yang telah diperkenalkan oleh Ibnu Khaldun dalam kitabnya al-Muqaddimah. Dari segi bahasa ia bererti: 1. Wilayah, daerah, bahagian dan ibu kota atau bandar, tanah yang dimajukan atau dibangunkan. 2. Kehidupan pada tahap yang tinggi dan maju peradabannya. Takrif yang lengkap bagi Islam Hadhari ialah: Suatu pendekatan pembangunan Islam, masyarakat Islam dan negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang bersifat menyeluruh berdasarkan ruang lingkup syariat dan tamadun Islam bagi melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spiritual, mental, intelektual, fizikal dan material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan (futuristik), inovatif serta cekap menangani cabaran semasa secara bijaksana, rasional, objektif dan praktikal. Visi Islam Hadhari. Untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam contoh iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. Konsepnya ialah negara yang mempunyai masyarakat membangun dan memiliki ilmu, kemahiran dan berketrampilan serta tergambar sebagai golongan berakhlak, berbudi dan berbudaya selain berpaksikan kpd kepercayaan agama. Misi Islam Hadhari. Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang. Objektif Islam Hadhari. Melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual, akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.

PRINSIP-PRINSIP ISLAM HADHARI 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Kerajaan adil dan beramanah. Rakyat yang berjiwa merdeka. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif. Penguasaan ilmu pengetahuan. Kehidupan berkualiti. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita. Keutuhan budaya dan moral. Pemuliharaan alam semulajadi. Kekuatan Pertahanan.

11

CABARAN YANG PERLU DIHADAPI DALAM PELAKSANAAN ISLAM HADHARI Cabaran dalaman

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Islam tidak difahami secara menyeluruh. Islam dilihat terpisah daripada urusan keduniaan. Perpecahan umat Islam. Pengaruh pelbagai kefahaman (moden), khurafat, bidaah dll. Budaya hedonisme (hiburan melalaikan) Memahami Islam dari segi siyasah (politik) secara terbatas.

Cabaran Luaran 1. 2. 3. 4. Peristiwa 11 September 2001 Islamphobia. Tentangan terhadap tradisionalisme, fundamentalisme dan usaha menyuburkan Liberalisme ala Barat dalam beragama. Globalisasi dan penjajahan bentuk baru. Media massa yang memburukkan Islam.

Langkah-langkah Penyelesaian. 1. 2. 3. 4. 5. Kembali kepada ajaran Islam (al-Quran dan al-Sunnah). Menterjemahkan Islam secara lengkap. Pembudayaan ilmu. Gerakan tajdid. Memperkukuhkan institusi ulama dan umara.

TAJUK 5: ISU-ISU KONTEMPORARI DUNIA ISLAM

DUNIA ISLAM DLM PERKEMBANGAN SEMASA.


. Dari segi geografinya negara umat Islam luas, jumlah penganut Islam ramai (sumber tenaga buruh yang tinggi), sumber alam banyak tetapi masih lagi menghadapi masalah-masalah berikut: 1. Kemiskinan. 2. Sistem politik yang lemah dan tidak stabil. 3. Pentadbiran organisasi Islam yang tidak mantap 4. Lemah penguasaan ekonomi. 5. Ancaman daripada musuh Islam dalam pelbagai bentuk dan rupa meliputi pelbagai aspek kehidupan seperti campur tangan dalam politik dalaman negara, penjajahan pemikiran dengan pelbagai ancaman seperti sekularisme, modenisme, nasionalisme, materialisme, gejala sosial masyarakat dan globalisasi.

ISU PERPADUAN DUNIA ISLAM.


Kepentingan Perpaduan.

12

1. 2. 3. 4. 5.

Keperluan manusia untuk hidup bermasyarakat Asas pembangunan ummah. Menggerunkan musuh Islam. Tanda kesempurnaan akidah Islam. Mencontohi Rasulullah s.a.w.

Halangan Perpaduan. Halangan luaran. Gerakan imperialisme dan kolonialisme. Penjajahan pemikiran. Gerakan Freemasonary dan Zionisme. Kemajuan teknologi maklumat. Halangan dalaman. Kurang penghayatan Islam. Konflik dalaman umat Islam. Belenggu fahaman asabiah yang melampau. Kemunduran ilmu pengetahuan.

1. 2. 3. 4.

1. 2. 3. 4.

Langkah dan Strategi Perpaduan. 1. Kesedaran terhadap kepentingan perpaduan dan persaudaraan. 2. Peranan pertubuhan persidangan Islam (OIC). 3. Penguasaan pelbagai ilmu semasa. 4. Memperluas amalan syura. 5. Mengukuh hubungan antara ulama dan umara. 6. Menghayati ajaran Islam yang syumul. 7. Mengadakan dialog peradaban.

CABARAN GLOBALISASI DLM KEHIDUPAN UMAT ISLAM.

Definisi Globalisasi: 1. Perpindahan nilai terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak yang melepasi sempadan nilai, budaya, etnik yang dirangkai oleh jalinan megamaya (virtual) dengan sifat langit terbuka. (Muhammad Uthman elMuhammady) 2. Fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan oleh kepantasan perkembangan teknologi maklumat. 3. Kamus Dewan mendefinisikan globalisasi sebagai: fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Cabaran EKONOMI: Ketidakstabilan pasaran modal dan kewangan. Dominasi syarikat multinasional.

1. 2.

1. 2. 3.

Cabaran POLITIK: Order Baru dunia yang dirancang oleh USA adalah bertujuan untuk mendominasi negara-negara lain melalui penguasaan ke atas negara tersebut sekaligus melahirkan wajah dunia unipolar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Peranan kerajaan. Cabaran SOSIAL:

13

1. 2. 3. 4. 5.

Merubah corak pemikiran, gaya hidup, nilai dan budaya masyarakat manusia. Tentangan terhadap perkara yang bersifat Tradisional dan fundamental selain berlaku usaha untuk menyuburkan liberalisme ala Barat dalam kehidupan. Merubah pegangan hidup beragama dan jatidiri umat Islam. Media massa berperanan menyebarkan fitnah tentang agama Islam lebih mudah dan tidak dapat disekat. Pengklonan budaya Barat.

MASA DEPAN DUNIA ISLAM.


1. Impak positif daripada Globalisasi. Politik. Memperkukuhkan kedudukan sesebuah negara negara Islam melalui perluasan hubungan antarabangsa dan pengintegrasian budaya masyarakat Islam sedunia, selain menggalakkan pelaburan dan kerjasama di antara negara-negara Islam. Negara-negara akan semakin menonjolkan identiti masing-masing kerana globalisasi menjadikan negara bukan barat semakin peka terhadap kepentingan mengekalkan identiti bangsa, budaya dan agama dikalangan seluruh warganya. Ekonomi. Memperluaskan hubungan di antara negara-negara Islam melalui galakan pelaburan dan kerjasama ekonomi sesama negara Islam. Sepertimana usaha malaysia untuk mewujudkan satu bentuk matawang yang standard bagi negara-negara Islam. Mengambil peluang dalam kepesatan ekonomi dunia dengan meningkatkan daya persaingan untuk memajukan negara dan bangsa bagi memastikan tidak terkebelakang dalam mengharung arus globalisasi. Sosial Membuka peluang pembelajaran yang lebih luas dengan konsep pembelajaran yang tidak hanya terhad dalam bentuk tradisional. Peluang pembelajaran juga menjadi semakin luas dengan wujudnya konsep pembelajaran secara maya seperti e-learning, e-book, e-library dsb. Peluang untuk memperluaskan dakwah dan penyebaran maklumat Islam melalui internet semakin terbuka luas dan ia boleh di akses oleh oleh sesiapa sahaja. Dan pada masa sekarang terdapat banyak Islamic website yang mengandungi maklumat berguna tentang Islam termasuklah untuk mempelajari al-Quran dan hadis, serta berkomunikasi dengan ulama ulama Islam secara online. Kemajuan ICT juga menjadikan komunikasi dalam hubungan manusia menjadi semakin pantas dan cekap. Budaya kerja juga turut berubah dengan peningkatan kualiti selain globalisasi menjadikan budaya paperless sebagai alternatif di banyak sektor. Langkah umat Islam dalam menghadapi arus globalisasi: 1. Kembali kepada ajaran Islam (al-Quran dan al-Sunnah) yang banyak memberi panduan kepada manusia dalam segala aspek kehidupan. 2. Menterjemahkan Islam secara lengkap dan menyeluruh. 3. Pembudayaan ilmu perlu digiatkan kerana umat Islam sekarang agak ketinggalan berbanding masyarakat lain dan ini memberi kelemahan kepada Islam untuk membangun di era Globalisasi. 4. Gerakan tajdid. 5. Gandingan peranan ulama dan umara perlu diperkukuhkan supaya dapat menggunakan peluang yang ada dalam era globalisasi dengan baik untuk memajukan bangsa dan negara. 6. Menguasai bidang-bidang teknologi, multimedia dan komunikasi yang semasa bagi mengurangkan penguasaan barat dalam bidang tersebut. Ini kerana apabila umat islam menguasa kemajuan tersebut, maka ia dapat digunakan dengan cara yang lebih baik bagi menjamin kelangsungan agama islam.

2.

3.

14

Anda mungkin juga menyukai