Anda di halaman 1dari 12

Pukulan percuma dalam zon serangan Kumpulan E SET PIECES Set pieces adalah sifat atau ciri umum

permainan hoki. Terdapat banyak masa apabila permainan dihentikan. Setiap hentian boleh memberi peluang untuk satu set piece di mana penyerang-penyerang boleh mengatur serangan mereka, menilai pemain pertahanan dan menggunakan pergerakan-pergerakan yang telah dilatih untuk mendapatkan peluang. Dalam situasi set piece, pemain pertahanan juga mempunyai masa untuk mengaturkan diri mereka. Peluang yang didapati oleh penyerang aakn hilang jika pasukannya tidak diajar bagaimana menggunakan situasi-situasi set piece. Mereka juga harus diajar berbagai-bagai jenis gerakan supaya dapat memilih gerakan yang paling berkesan bergantung pada situasi itu. Walaupun ada beberapa situasi set piece dalam satu permainan, adalah penting untuk mengajar set piece yang biasa digunakan. Pemain mesti belajar dan berlatih dengan baik supaya mempunyai alternatif yang cukup untuk memastikan keberkesanannya.

PUKULAN PERCUMA Pukulan percuma adalah bahagian penting dalam permainan hoki. Pukulan ini dilaksanakan dari garisan tepi apabila bola melintas keluar padang permainan, dilaksanakan dari tengah padang permainan apabila sesuatu halangan berlaku dan juga dari garisan belakang apabila bola dihantar dengan tidak sengaja melintasi garisan belakang tiang gol. Pukulan percuma yang diambil dengan cepat boleh membawa faedah maksima kepada sesebuah pasukan kerana ia tidak memberi peluang kepada pihak bertahan untuk berkumpul semula dalam masa singkat dan kerana itu memerangkap mereka tanpa disedari, membuat hantaran kepada pemain-pemain di tempat yang paling sesuai, mewujudkan ruang buka, melepaskan ketekanan daripada pemain bertahan dan pada masa yang sama cuba menguasai pemilikan bola. Pukulan percuma juga membantu sesuatu pasukan yang bertahan melancarkan serangan balas kerana ia dapat membawa kesan yang lebih baik. Pukulan percuma yang diambil dengan baik boleh mengakibatkan tekanan kepada pihak lawan dan pukulan percuma

Pukulan percuma dalam zon serangan Kumpulan E yang lemah boleh membawa tekanan tambahan ke atas bahu pihak bertahan kerana pemain-pemain penyerang pihak lawan dapat memiliki bola. Seorang pemain yang mengambil pukulan percuma mesti memiliki pandangan ekor mata yang tajam dari tempat pukulan percuma. Dia mesti ada kebolehan untuk menggerakkan bola dengan pantas kepada rakannya yang berada dalam keadaan yang baik untuk melancarkan serangan. Dalam keadaan-keadaan di mana pemainpemain dikawal dengan rapi, pemain-pemain mesti ada persefahaman yang baik di antara satu sama lain untuk wujudkan ruang untuk memukul. Jika mereka bergerak, si pemukul dapat memukul bola kepada pemain yang tidak dikawal tetapi jika mereka tidak bergerak, maka si pemukul menghadapi masalah kerana dia tidak dapat menghantar bola kepada seseorang yang tidak dikawal tetapi terpaksa pula membawa bola melalui barisan pertahanan lawan. Dalam keadaan ini, pihak lawan ada peluang yang baik untuk memiliki bola dan melancar satu serangan balas. Jadi, pendangan ini penting dalam pelaksanaan pukulan percuma supaya penguasaan bola dikekalkan. Ini hanya terhasil dengan kesepaduan latihan bersama yang mana masing-masing dapat memahami permainan di antara satu sama lain. Orang yang melaksanakan pukulan percuma juga harus tahu tentang hal yang berikut: a) jenis permainan yang perlu dilaksanakan b) rakan-rakannya mesti tahu apa yang dia hendak buat c) rakan-rakan sepasukan mesti membantu agar pihak lawan tidak dapat merebut bola d) mesti mempunyai sasaran untuk pukulan dan ianya berdasarkan kepada: i. memukul bola kepada seorang pihak lawan yang lemah supaya bola mudah direbut daripadanya ii. tujukan pukulan kepada satu poin di garisan tepi iaitu cuba memerangi kawasan padang iii. iv. memukul bola ke dalam kawasan yang selamat cuba mencari seorang rakan yang tidak dikawal

Pukulan percuma dalam zon serangan Kumpulan E Bagaimanapun, jika bola dipukul dari kawasan bertahan perkara yang berikut perlu diambil kira: i. ii. iii. iv. sentiasa cuba mendapatkan penguasaan bola melepaskan tekanan daripada ahli bertahan cuba mendapat faedah kawasan pukul bola ketepi supaya memberi peluang kepada pihak bertahan berkumpul semula v. Cuba memulakan sesuatu serangan balas dengan serta-merta

Pihak bertahan dilarang memukul bola ke kawasan tengah kerana bola boleh direbut dengan mudah. Mereka mesti ingat bahawa serangan daripada tengah adalah lebih bahaya daripada tepi. Sekiranya pihak lawan memberikan tekanan yang lebih di bahagian tengah maka, dengan sedikit kesilapan sahaja daripada pihak bertahan boleh menyebabkan gol dijaringkan. Jadi semua pemain-pemain mesti memberi kerjasama, untuk pukulan percuma menjadi lebih berkesan, dengan menggerakkan diri ke kawasan kosong supaya menjadi sasaran untuk si pemukul dan dengan cara ini penguasaan bola dikekalkan. Dari garisan tepi Apit kiri lari ketepi untuk mewujudkan ruang. Sayap kiri memukul bola untuk penyerang tengah (CF) menerima. Pemain-pemain gerak ke ruang-ruang kosong dan dengan itu memberi peluang kepada rakan-rakan menerima hantaran. Sayap kiri lari ke ruang kosong. Penyerang

tengah/hadapan (CF) lari sebagai pengganggu. Bola itu dihantar kepada haf kiri (LH) yang dengan serta merta menghantarnya kepada apit kanan (IR) untuk menyerang.

Pukulan percuma dalam zon serangan Kumpulan E Dalam kawasan 25 ela pihak lawan Dalam situasi ini apit kiri gerak ke depan untuk menarik keluar pihak lawan dengannya sambil haf kiri turun sedikit. Bola dihantar dengan cepat kepada penyerang hadapan yang berada dalam kedudukan bebas untuk menerima dan bergerak ke hadapan. Mendekati tiang bendera Apabila kedudukan bola adalah mendekati tiang bendera sipemukul ada dua opsyen iaitu bola dapat dipukul secara langsung ke dalam bulatan

menjaringkan gol khasnya pihak bertahan. Tujuan memukul dengan cara ini ialah untuk pihak bertahan membuat sesuatu kesalahan seperti menendang, menghalang dan lain-lain dan ini boleh

mendatangkan pukulan sudut penalti. Dalam kawasan 25 pihak lawan Di sini boleh dihantar balik kepada haf bek kiri (LH) yang telah memulakan serangan. Bola itu dengan serta-merta dihantar untuk apit kanan (IR) atau sayap kanan (OR) untuk menyerang dengan cepat. Dalam kawasan 25 ela sendiri Dalam kawasan 25 ela sendiri bola mesti dipukul ke arah seperti dilorekkan. Jika semua pemain-pemain dikawal maka bola itu mesti dihantar kepada pemain berdekatan misalnya bek kiri (LB). Di tengah padang Di sini eloklah kalau bola itu dipukul dengan sudut 180 tetapi ini tertakhluk kepada kedudukan pemainpemain sendiri. Apit kiri (IL) boleh bergerak ke atas atau turun ke bawah. Penyerang hadapan lari ke ruang kosong. Haf tengah (CH) yang tidak dikawal

Pukulan percuma dalam zon serangan Kumpulan E boleh menerima hantaran dan membuat gerakan. Apabila menyerang Di dalam kawasan 25 ela sayap kanan mengambil pukulan. Dia tuju kepada tiang gol yang jauh. Apabila dia memukul penyerang-penyerang lain mesti lari ke dalam untuk halangan atau bola bebas. Ini boleh mengakibatkan dalam gol ataupun sesuatu sudut penalti. Haf bek kanan menindih untuk menerima bola semasa berlari. Sayap kanan undurkan sedikit. Apit kanan (IR) menghantarkan bola kepada haf kanan (CH) untuk gerak ke dalam ataupun hantarkannya daripada posisi RH1.

Haf tengah memukul bola kepada sayap kanan yang menahan dan terus menghantarkannya. Penyerangpenyerang lain gerak ke dalam dengan pantas untuk halangan atau bola bebas.

Haf tengah memukul bola kepada sayap kiri yang menahan bola dan dengan serta-merta

menghantarnya ke tengah. Pemain-pemain lain gerak ke dalam untuk merebut bola.

Haf tengah membuat hantaran tepat kepada sayap kanan yang lari menurun untuk menerima hantaran itu ditempat OR. Dia berusaha untuk membawa bola dan dari tempatnya ke posisi OR2 dan terus membuat hantaran. Peyerang-penyerang lain lari ke

Pukulan percuma dalam zon serangan Kumpulan E dalam untuk mendapat bola atau halangan. Di sini haf tengah (CH) membuat hantaran tepat kepada sayap kiri yang menurun ke posisi OL1 untuk menerima bola. Kemudiannya dia membawa bola ke atas dan membuat hantaran daripada OL2.

Penyerang-penyerang lain kejar untuk mendapatkan bola. Haf tengah (CH) memukul bola kepada sayap kanan (OR) yang dengan serta-merta memukul balik bola itu kepada haf tengah (CH) yang telah bergerak ke posisi CH1. Dia menindih ke dalam bulatan

menjaringkan gol untuk merembat bola ke gol. Penyerang-penyerang menyokongnya. Aktiviti ini sama dengan No. 170 kecuali di sini haf tengah (CH) memukul bola kepada sayap kiri dan dia pula memukul bola balik kepada haf tengah yang berada di posisi CH1. Haf tengah kemudiannya menindih untuk menjaringkan gol sementara lain bergerak untuk

penyerang-penyerang lain menyokongnya. Haf tengah (CH) memukul bola kepada sayap kanan yang menahan dan dengan serta-merta memukulnya kepada haf tengah (CH) yang telah bergerak ke posisi CH1. Kemudiannya haf tengah membuat hantaran pengantaraan untuk penyerang-penyerang mengejar dan cuba menjaringkan gol. Kali ini haf tengah memukul kepada sayap kiri (OL) yang menahan dan menghantarnya balik kepada haf tengah. Kemudian haf tengah membuat hantaran untuk penyerang-penyerang mengejar dan cuba menjaringkan gol.

Pukulan percuma dalam zon serangan Kumpulan E Penyerang-penyerang mesti bergerak apabila

sesuatu pukulan percuma akan diambil daripada atas bulatan menjaringkan gol. Tujuannya adalah untuk membuka ruang dan untuk haf tengah menolak bola. Ini boleh memerangkap pihak bertahan dengan mengejut. Apit kanan (IR) lari kepada haf tengah (CH). Haf tengah (CH) memukul bola kepada apit kanan (IR) yang membiasakannya untuk penyerang hadapan (CF) membuat pukulan ke gol.

Haf tengah (CH) membuat hantaran kepada haf kanan yang dengan serta-mertanya membuat

hantaran pengantaraan kepada sayap kanan. Sayap kanan (OR) menerima bola dan menghantarnya kepada penyerang-penyerang.

Haf tengah membuat hantaran kepada haf kanan dengan serta-merta menghantarnya kembali kepada haf tengah (CH) untuk menerimanya di posisi CH1. Kemudiannya dia membuat hantaran pengantaraan kepada apit kiri (IL) atau sayap kiri (OL) untuk perubahan arah secara cepat. Sayap kiri menghantar bola untuk penyerang-penyerang. Di sini haf tengah (CH) membuat hantaran kepada haf kiri dengan serta-merta menghantarnya balik kepada haf tengah di posisi CH1. Kemudian dia membuat hantaran pengantaraan kepada apit kanan atau sayap kanan untuk perubahan arah dengan pantas. Sayap kanan dengan serta-mertanya

menghantar bola untuk penyerang-penyerang.

Pukulan percuma dalam zon serangan Kumpulan E Haf kanan menghantar bola kepada apit kanan (IR)dengan serta-mertanya membuat hantaran tepat kepada apit kiri (IL). Apit kiri itu menghantar bola kepada sayap kanan yang boleh menghantar kepada penyerang-penyerang atau membawa masuknya dengan sendiri dan merembatkan bola ke gol. Haf tengah (CH) menghantarkan bola kepada apit kiri (IL) dengan serta-mertanya membuat hantaran tepat kepada apit kanan. Apit kanan (IR) kemudiannya menghantar bola kepada sayap kiri (OL) untuk menghantarnya kepada penyerang-penyerang atau menggelecek bola dan merembatnya ke gol dengan diri sendirinya. Haf tengah membuat hantaran kepada apit kiri (IL) yang terus menghantarnya kepada sayap kiri (OL) sayap kiri membuat hantaran mengilas kepada haf kiri. (LH) Haf kiri terus menghantar bola kepada apit kanan (IR) atau sayap kanan (OR) untuk gerak ke dalam bulatan menjaring gol dan membuat pukulan ke gol. Haf tengah menghantar bola kepada apit kanan yang dengan serta-merta menolaknya kepada sayap

kanan. Sayap kanan (OR) membuat hantaran mengilas kepada haf kanan (RH) yang sertamertanya menghantarkannya kepada apit kiri (IL) atau sayap kiri (OL) untuk gerak ke dalam bulatan dan membuat pukulan ke gol.

Pukulan percuma dalam zon serangan Kumpulan E Pukulan percuma daripada garisan belakang Sayap kanan (OR) memukul bola untuk penyerangpenyerangnya bergerak ke dalam dan menjaringkan gol. Sayap kanan (OR) harus mencari ruang antara pihak bertahan dan memukul bola itu dengan tepat supaya penyerang-penyerangnya ada peluang

menjaringkan bola. Dalam keadaan ini, sayap kanan (OR) menghantar bola balik kepada haf kanan (RH)nya yang dengan serta-merta memukul bola itu kepada penyerangpenyerangnya yang tidak dikawal untuk jaringkan gol.

Di sini sayap kanan (OR) memukul bola di sepanjang garisan ke hadapan gol.

Pukulan Percuma dalam Zon Serangan Dalam setiap perlawanan hoki, anda akan memerhatikan banyak pukulan percuma diberikan kepada penyerang berhampiran dengan luar bulatan pukulan atau berhampiran garisan 25 ela. Semua ini membawa peluang untuk set-pieces. Harapan pada masa set-pieces dilakukan adalah amat tinggi. Pegawai-pegawai pasukan dan penonton-penonton bersama-sama menjangka penyerang akan menjaringkan gol daripada situasi ini, tetapi malangnya ia biasanya tidak berlaku. Hal ini disebabkan oleh: 1. Pemain pertahanan diberikan masa untuk mengatur semula diri mereka, biasanya selepas satu situasi di mana pemain pertahanan telah berada dalam yang merugikan.

Pukulan percuma dalam zon serangan Kumpulan E 2. Pemain pertahanan biasanya lebih ramai daripada penyerang. 3. Bukan semua penyerang menilai situasi dalam cara yang sama. Jadi, setiap penyerang mempunyai idea sendiri berkenaan apa yang harus dilakukan. Dia bergerak atau bertindak mengikut penilaian dirinya sendiri ke atas situasi itu. 4. Penyerang-penyerang biasanya cemas dan mengalami tekanan untuk

menjaringkan gol dari situasi-situasi ini. 5. Kesesakan dalam kawasan disebabkan bilangan pemain tidak membenarkan pergerakan yang baik dan berkualiti. Untuk mengatasi kesukaran ini, penyerang-penyerang harus: 1. Menetapkan corak pergerakan antara dua atau tiga pemain dan berlatih bersama corak pergerakan sepanjang masa. Corak-corak pergerakan yang melibatkan pemain yang sama adalah lebih berkemungkinan untuk Berjaya. 2. Menggalakkan bakat dalam pergerakan, bukan seperti set-pieces untuk menahan yang lebih mengutamakan keselamatan. 3. Belajar bersungguh-sungguh dalam latihan seperti kiu pergerakan, pemain mana yang akan mengawal pergerakan, menetapkan masa untuk hantaran, kedudukan dan posisi hantaran. 4. Bergerak untuk mencipta pergerakan dalam tahanan yang boleh menyebabkan pertahanan itu kurang teratur. Akibatnya, akan timbul jurang-jurang dalam pertahanan.

Pukulan percuma dalam zon serangan Kumpulan E Di bawah disertakan beberapa contoh untuk menjelaskan perkara-perkara di atas. Contoh (a)

Haf tengah (CH) menghantar bola kepada Apit kiri (LI) yang dengan pantas meninggalkan Bek kanan (RB) dan bertindih dengan Haf tengah (CH) seperti rajah di atas.

Contoh (b)

Apit kanan (RI) dengan cepatnya meninggalkan pemain pertahanan dan berlari kepada Apit kiri (LI) yang menghantar bola pada masa yang tepat untuk Apit kanan (RI) menolak bola di belakang pemain pertahanan yang mengawal Apit kiri (LI).

Pukulan percuma dalam zon serangan Kumpulan E Contoh (c)

Penerima berlari ke kirinya, menarik perhatian pemain pertahanan mengikutnya. Kemudian, ia dengan segera berpusing dan berlari ke arah pemain yang mempunyai bola. Pemain itu kemudian menghantar bola kepada penerima untuk menerima bola dan menggeleceknya.

RUJUKAN

T.C. Sharma. (1995). Kejurulatihan Hoki. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

John Cadman. (2000). Hockey: the skills of the game. Marlborough: The Crowood Press Ltd.

Helen Ten dan M.P. Haridas. (2006). Siri Sukan Popular Fajar Bakti: Hoki. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai