Anda di halaman 1dari 21

Folio Pendidikan

Jasmani dan
Kesihatan
Tajuk : Bola Sepak

Kelas : 1 diligent

Ahli Kumpulan :
1. Amirul Nazheef bin Zakaria
2. Shazril Arfaan bin Suziandi
3. Haikal Azami bin Hanif
4. Muhammad Faizzuddin bin Azizudin

Lakaran Formasi dan posisi


pemain

Lakaran padang permainan

Fungsi setiap bahagian pemain


1.Goal Keeper / Penjaga Gawang
(GK)
Penjaga gol adalah pemain yang mempunyai
kemampuan khusus dalam menahan bola agar
tidak masuk ke gawang yang dikawalnya. Dalam
bola sepak hanya penjaga gol lah yang dibenarkan

menyentuh bola dengan tangan tetapi hanya di


dalam kotak penalti. Kiper berada dibawah palang
gol yang bertugas menahan bola masuk ke dalam
gawang dan menjadi palang pintu terakhir dalam
mencegah bola masuk ke dalam gawang.Beberapa
pemain dunia terkenal yang berkedudukan penjaga
gol anatara lain: Manuel Neuer, Iker Casillas,
Gialluigi Bufon, Victor Valdes, De Gea, dll.

2.Centre Back / Pertahanan Tengah


(CB)
Bek tengah merupakan pemain yang mempunyai
kemampuan untuk menghalau bola dan pemain
lawan masuk ke daerahnya. Centre Back bertugas
menjaga sektor pertahanan dan berada di depan
penjaga gol, bekerja sama dengan penjaga gol
agar gawang tidak dibolosi. Beberapa pemain
dunia terkenal yang berkedudukan bek tengah
antara lain: Sergio Ramos, Carles Puyol, Gerard
Pique, Nemanja Vidic, Vincent Kompany, John Terry,
Rio Ferdinand, Thiago Silva, dll.

3.Wing Back / Pertahanan Sayap


(WB)

Bek sayap atau sekarang sering disebut Full Back


merupakan pemain yang bertugas menjaga
kawasan pertahanan di sisi sayap baik kanan dan
kiri. Akan tetapi dalam bola sepak moden sekarang
ini bek sayap juga seringkali bertugas membina
serangan dari sisi sayap dengan bergantung
kepada kelajuan saat menyerang dan kembali ke
belakang ketika bertahan. Beberapa pemain dunia
terkenal yang berkedudukan sebagai bek sayap
antara lain: Dani Alves, Jordi Alba, Roberto Carlos,
Marcelo, Ashley Cole, Javier Zanetti

4.Defensive Midfielder / Gelandang


Bertahan (DMF)
Pemain tengah bertahan juga sering disebut
gelandang jangkar atau juga tukang angkut air,
merupakan pemain yang berada diantara garis
belakang dan garis tengah. Gelandang bertahan
mempunyai tugas sebagai pemain pertama yang
membina serangan pertama, pemain pertama
yang menghadang serangan lawan, dan perosak
permainan lawan. Pemain dengan kedudukan ini
mempunyai kemampuan bertahan dan menyerang
sama baiknya. Beberapa pemain dunia dengan
kedudukan ini antara lain: Gennaro Gattuso, Xabi
Alonso, Sargio Busquets, Mascherano, Yaya Toure.

5.Center Midfielder / Pemain Tengah


(CM)
Gelandang tengah merupakan pemain yang
berkedudukan di garis tengah dan bertugas
menjaga sektor tengah permainan, mengatur
rentak permainan, dan kadangkala juga membantu
pertahanan baik di tengah dan sayap. Gelandang
tengah mempunyai kemampuan membaca
permainan lawan serta dan merupakan
pengimbang dalam permainan pasukan. Beberapa
pemain dunia yang berkedudukan ini antara lain:
Xavi Hernandez, Steven Gerrard, Andres Iniesta,
Frank Lampard, Bastian Schweinsteiger, Andrea
Pirlo.

6.Attacking Midfielder / Gelandang


Serang (AMF)
Gelandang serang merupakan pemain yang berada
di antara garis tengah dan garis depan dan
merupakan motor serangan. Gelandang serang
mempunyai tugas membekalkan bola kepada
penyerang dengan memberikan umpan-umpan
matang sekaligus juga membantu pemain tengah.
Pemain di posisi ini mempunyai kejelian untuk

melihat celah dan memberi umpan kepada


penyerang serta juga ikut menyerang ketika waktu
tertentu. Beberapa pemain dunia di posisi ini
antara lain: Mesut Ozil, David Silva, Juan Mata,
Oscar, Toni Kroos, Cesc Fabregas.

7.Midfielder Forward / Pemain Sayap


(MF)
Midfielder Sayap merupakan pemain yang
berkedudukan di sektor tengah bahagian sisi sayap
kiri dan kanan. Pemain di posisi ini mempunyai
tugas untuk menyokong serangan dari sektor
sayap dengan menyisir sisi lapangan dan memberi
umpan-umpan silang kepada penyerang. Biasanya
pemain sayap bergantung kepada kelajuan untuk
melewati pemain lawan. Beberapa pemain dunia
dengan kedudukan ini antara lain: Eden Hazard,
Ryan Giggs, Frank Ribery, Marco Reus, Angel Di
Maria

8.Wing Forward / Penyerang Sayap


(WF)

Penyerang sayap merupakan pemain digaris depan


yang bertugas untuk untuk membolosi gawang
lawan dan memberi umpan kepada penyerang
tengah. Biasanya pemain diposisi ini mempunyai
kelajuan di atas rata-rata dan keupayaan untuk
menyerang dari sektor sayap. Beberapa pemain
dunia dengan kedudukan ini antara lain: David
Beckham, Christiano Ronaldo, Neymar, Gareth
Bale, Arjen Robben.

9.Second Striker / Penyerang


Banyangan (SS)
Penyerang bayangan merupakan pemain yang
berada di belakang penyerang tulen. Penyerang
bayangan mempunyai tugas memberikan umpanumpan tepat kepada penyerang tulen, membuka
pertahanan lawan dan mengupayakan gol untuk
pasukannya. Pemain dengan kedudukan ini perlu
lincah, mempunyai kreativiti yang tinggi dan
mempunyai keupayaan pergerakan tanpa bola
yang baik dan sukar dibaca lawan. Seorang
penyerang bayangan kadang juga menjadi
playmaker bahkan boleh turun ke sektor tengah
jika diperlukan. Beberapa pemain dunia terkenal
dengan posisi ini antara lain: Lionel Messi, Alexis

Sanchez, Wayne Rooney, Francesco Totti,


Ronaldinho

10.Center Forward / Penyerang Utama


(CF)
Penyerang utama merupakan pemain yang yang
berada di garis depan berhadapan dengan bek
lawan.
Penyerang utama mempunyai tugas menerima
umpan dari pemain tengah, dari second striker,
dari pemain sayap dan berusaha menjaringkan gol
untuk pasukannya. Seorang penyerang utama
mempunyai ketepatan shooting yang baik dan
boleh membuka ruang tembak untuk dirinya
sendiri sehingga dapat mencetak gol dari situasi
manapun. Beberapa pemain dunia dengan
kedudukan ini antara lain: Luis Suarez, Karim
Benzema, Ibrahimovic, Sergio Aguero,
Lewandowski, Diego Costa.

Kemahiran permainan
a) Menendang

Tendangan yang baik dapat dihasilkan dengan


menggunakan teknik yang betul. Seseorang
pemain juga dapat menendang dengan baik
sekiranya mempunyai kekuatan otot dan kuasa
yang baik di bahagian kaki. Menendang bertujuan
untuk melakukan hantaran kepada rakan
sepasukan, melakukan tendangan sudut atau
tendangan bebas, mengeluarkan bola dari kawasan
gol, menjaringkan gol dan melakukan sepakan
penalti.
Pada asasnya terdapat tiga jenis tendangan
iaitu tendangan leret, tendangan lambung dan
tendangan voli.
i) Tendangan Leret

Tendangan leret dilakukan apabila membuat


hantaran dekat dan menjaringkan gol.
Teknik melakukan tendang leret
1.Kedudukan bersedia. letakkan kaki sokongan di
sisi bola. Badan hampir lurus. Mata
memandang bola.
2.Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan
dibengkokkan sedikit.
3.Tendang di bahagian tengah bola.

Ikut lajak selepas melakuan tendangan.

ii) Tendangan Lambung

Tendangan lambung dilakukan ketika membuat


hantaran jauh, tendangan bebas, tendangan sudut,
mengeluarkan bola dari kawasan gol dan semasa
menjaringkan gol.
Teknik melakukan tendangan lambung
1.Kedudukan bersedia. Letakkan kaki
sokongan di belakang bola. Badan hampir
lurus. Mata memandang bola.
2.Ayun kaki menendang ke belakang. Lutut
kaki sokongan dibengkok sedikit.
3.Tendang di bahagian bawah bola. Badan
condong ke belakang.
Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

ii) Tendangan Voli

Tendangan voli dilakukan untuk mengeluarkan bola


dari kawasan gol dan untuk menjaring gol.
Tendangan voli dilakukan menggunakan bahagian
kaki semasa bola di udara.
Teknik melakukan tendangan voli
1.Kedudukan bersedia. Berdiri menghadap
bola.
Ayunkan kaki menendang ke belakang. Lutut kaki
sokongan dibengkokkan sedikit. Mata memandang
bola.
2.Tendangan di bahagian bawah bola
menggunakan kekura kaki. Badan
condong ke belakang.
3.Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

Kemahiran Timang/Timbang bola (Juggling /


Control the ball)
Asas kemahiran bola sepak yang pertama adalah
kemahiran anda mengenai teknik menimang bola.
Teknik ini amat penting untuk dipelajari kerana ia
melibatkan kemahiran untuk mengawal bola.
Teknik ini adalah paling sukar untuk dikuasai
kerana anda mesti mempelajari teknik ini setiap
hari untuk menguasai sepenuhnya cara untuk
menimang bola. Kemahiran menimang bola
melibatkan penggunaan kaki kiri, kaki kanan,
kepala, lutut, dan dada. Cuba anda melakukan
timangan bola dengan menggunakan kaki kiri dan
kaki kanan? Berapakah jumlah yang mampu anda
lakukan? Untuk belajar teknik ini, anda boleh
melihat banyak video tutorial di Youtube dan anda
juga melihat teknik yang dilakukan oleh pemainpemain antarabangsa terkenal seperti Ronaldinho,
Ronaldo, dan banyak lagi.

Kemahiran Mengelecek Bola (Dribbling /

Running with the ball)


Ini adalah skill atau kemahiran yang banyak
dikuasai oleh pemain bola sepak. Kemahiran
mengelecek bola amat penting dalam permainan
bola sepak dimana teknik ini digunakan untuk
membawa bola untuk melepasi dari halangan
lawan, menggunakan teknik ini perlu sebelum
memperolehi bantuan dari rakan pasukan. Selain
itu, kemahiran ini memerlukan keseimbangan yang
baik dan kestabilan yang baik. Untuk belajar cara
ini, bermula dengan mengawal bola sambil berlari
dengan mengunakan kaki kiri sahaja dengan
mengawal bola dengan kedudukan zig-zag. Apabila
kaki kiri telah mahir, cuba mengunakan teknik ini
dengan menggunakan kaki kanan sahaja. Apabila
kaki kiri dan kanan telah menguasai teknik ini,
cuba untuk menggunakan kedua belah kaki untuk
mengawal bola sambil berlari dimana kaki kiri
menolak bola ke kaki kanan dan kaki kanan
menolak semula bola ke kaki kiri. Lakukan latihan
ini setiap hari sehingga anda menguasai teknik ini
dengan betul.

Kemahiran menghantar bola (Passing the


ball)

Melalui pemerhatian pakar-pakar bola sepak,


kelemahan utama pemain bola sepak adalah gagal
untuk menguasai teknik menghantar bola. Di
negara Malaysia, kebanyakan pemain negeri atau
pemain kebangsaan gagal menguasai teknik ini
dengan baik dan anda boleh melihat setiap kali
permainan di peringkat negeri atai kebangsaan,
kekalahan utama pemain disebabkan kegagalan
untuk menghantar bola dengan tepat. Kemahiran
menghantar bola ini memiliki dua ketegori iaitu
hantaran pendek (short pass) dan hantaran
panjang (long pass). Kemahiran ini bertujuan lebih
kepada, membuat serangan, mengekalkan kawalan
bola, menyerang balas, menukar arah permainan,
dan hantaran bola akhir. Lakukan setiap hari
latihan ini untuk menjadikan anda mahir untuk
menghantar bola kepada rakan pas.

Lakaran formasi menyerang dan bertahan

Aplikasi fprmasi asas berpasukan dalam situasi


perlawanan
1. Formasi 4-3-3

Formasi ini memang cukup terkenal dan sering


digunakan untuk bermain bola sepak bahkan di
pertandingan. Yang menjadi keuntungan dari
formasi ini sendiri adalah mampu untuk menakutnakutkan pihak lawan. Namun jika menggunakan
formasi ini tentu saja memerlukan kemampuan
individu dari masing - masing pemain ..
2. Formasi 2-3-5
Formasi ini merupakan formasi yang tertua dari
permainan sepak bola, tujuan menggunakan
formasi ini sendiri adalah meningkatkan gempuran
untuk melawan pasukan lawan dan merupakan
formasi yang agresif.
3. Formasi 4-2-2
Formasi ini merupakan salah satu formasi yang
sering kali digunakan di dalam pertandingan sepak
bola. Formasi ini memberikan keunggulan untuk
keseimbangan. Mungkin sekarang ini sudah
semakin ditinggalkan namun juga masih beberapa
kali digunakan.
4. Formasi 5-4-1
Biasanya pemain bertahan menggunakan formasi
ini di dalam pertandingan hal tersebut kerana
dapat menjaga pertahanan dengan baik.
5. Formasi 4-5-1

Formasi ini sangat berkesan jika digunakan untuk


menyerang pertahanan lawan, perkara tersebut
kerana pemain tengah nantinya akan bertugas
untuk memotong pertahanan lawan dengan baik
dan juga sangat berkesan.
6. Formasi 4-2-2-2
Formasi ini merupakan perkembangan dari formasi
4-4-2 yang memang menjadi salah satu formasi
induk yang dulunya sering kali digunakan di setiap
pertandingan sepak bola. Untuk formasi
pemainnya sendiri nantinya penyerang bergerak
untuk memancing pertahanan pasukan lawan agar
nantinya dapat membuka peluang untuk
menjaringkan gol.
Selain itu masih ada banyak lagi formasi dalam
bola sepak yang lain, dengan melaksanakan
strategi formasi tersebut tentusaja nantinya akan
memberikan hasil yang baik. Formasi bola sepak
sendiri memang ikut berperanan dalam
menjayakan pertandingan sepak bola. Selain itu
formasi bola sepak juga salah satu cara yang mana
selalu digunakan dan diperhatikan di dalam setiap
pertandingan sepak bola baik untuk tingkat dasar
maupun peringkat antarabangsa. Jadi pada
dasarnya formasi memang menjadi salah satu
perkara yang asas di dalam pertandingan sepak
bola.

Kesalahan-kesalahan yang
dilakukan pemain
Dalam sepak bola, terdapat sembilan peraturan
yang apabila dilanggar akan mengakibatkan
tendangan bebas langsung bagi regu lawan.
Pelanggaran tersebut di antaranya sebagai berikut.
1.

Menerjang lawan secara kasar.

2. Menerjang lawan dari belakang, kecuali jika


lawan itu menghalang- halanginya.
3.

Memukul atau mencuba memukul lawan.

4.

Melompati pada lawan.

5.

Menendang atau mencuba menendang lawan.

6. Menjatuhkan lawan , yaitu menjatuhkannya


dengan kaki atau dengan melakukan sliding dari
depan atau dari belakang lawan itu.
7. Memegang lawan dengan bagian lain dari
tangan.
8. Mendorong lawan dengan tangan atau bagian
dari lengan.
9. Memainkan bola dengan tangan atau lengan
seperti membawa, memukul, dan mendorong bola.

Pelanggaran terhadap ini mengakibatkan hukuman


satu tendangan penalti, tetapi hal ini tidak berlaku
bagi penjaga gawang, selama ia berada dalam
daerah gawang. Adapun jika melakukan
pelanggaran seperti berikut, maka ia memberikan
kesempatan pada lawan untuk melakukan
tendangan bebas tidak langsung di tempat
pelanggaran terjadi.

PENGHARGAAN
AssalamualaikumBersyukur kehadrat Illahi kerana
dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan
folio saya yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk
Bola Sepak. Folio yang ini amat penting buat saya
memandangkan perkara ini merupakan sebahagian
daripada kerja khusus subjek Ribuan terima kasih saya
ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu
saya sepanjang saya menyiapkan projek folio saya
ini.Sekalung penghargaan untuk guru subjek saya, Puan
Nurul Aini kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya
sepanjang saya menyiapkan folio ini. Selain itu, saya juga
sangat menghargai jasa guru subjek saya kerana

memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna


untuk folio saya sertamembantu saya dari semasa saya
susah dan senang. Jasa beliau yang akan saya kenang ke
akhir hayat.

Anda mungkin juga menyukai