Anda di halaman 1dari 4

Kemahiran Menendang

Tendangan yang baik dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik yang betul. Seseorang pemain juga dapat menendang dengan baik sekiranya

mempunyai kekuatan otot dan kuasa yang baik di bahagian kaki. Menendang bertujuan untuk melakukan hantaran kepada rakan sepasukan melakukan tendangan sudut atau tendangan bebas, mengeluarkan bola dari kawasan gol, menjaringkan gold dan melakukan sepakan penalti. Pada asasnya, terdapat tiga jenis tendangan iaitu tendangan leret, tendangan lambung dan tendangan voli.

(1) Tendangan Leret Tendangan leret dilakukan apabila membuat hantaran dekat dan menjaringkan gol.

Teknik melakukan tendangan leret Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di sisi bola. Badan hampir lurus. Mata memandang bola. Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan dibongkokkan sedikit ke hadapan. Kaki sokongan dibongkokkan sikit. Tendang di bahagian tengah bola. Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

(2) Tendangan Lambung Tendangan lambung dilakukan ketika membuat hantaran jauh, tendangan bebas, tendangan sudut, mengeluarkan bola dari kawasan gol dan semasa menjaringkan gol

Teknik melakukan tendangan lambung Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di belakang bola.Badan hampir lurus. Mata memandang bola. Ayunkan kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongandibengkokkan sedikit. Tendang di bahagian bawah bola. Badan condong ke belakang. Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

(3) Tendangan voli Tendangan voli dilakukan untuk mengeluarkan bola dari kawasan gol dan untuk menjaringkan gol. Tendangan voli dilakukan menggunakan bahagian kekura kaki semasa bola di udara. Teknik melakukan tendangan voli Kedudukan bersedia. Berdiri menghadap bola. Ayunkan kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongandibengkokkan sedikit. Mata memandang bola. Tendang di bahagian bawah bola menggunakan kekurakaki. Badan condong ke belakang. Ikut lajak selepas melekukan tendangan.

Anda mungkin juga menyukai