Anda di halaman 1dari 16

SET SOALAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TAHUN 4

1. Apakah hukum mendirikan solat fardhu? A. Wajib C. Haram B. Sunat D. Makruh 2. Mengerjakan solat ialah rukun Islam yang ke A. Pertama B. Kedua C. Ketiga D. Keempat

3. Berapakah waktu solat fardhu dalam sehari semalam ? A. 2 C. 4 B. 3 D. 5


4. Berapa rakaat solat fardhu Subuh? A. 2 B. 3 C. 4 D. 5

5. Apakah pengertian solat? A. Suatu perbuatan yang mesti dilakukan dalamtiap-tiap amalan. B. Beberapa perbuatan dan ayat al-Quran yang perlu dibaca. C. Beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratul Ihram dan disudahi dengan salam mengikut syarat-syarat tertentu.

6. Apakah erti rukun ? A. Sesuatu perkara yang mesti ada dan dilakukan dalam tiap-tiap amalan. B. Sesuatu perbuatan yang ada dalam kehidupan tiap-tiap hari. C. Sesuatu bacaan yang mesti dilakukan oleh manusia tiap-tiap amalan.

7. Apakah pengertian rukun solat ? A. Perkara-perkara yang sunat dilakukan semasa mengerjakan solat, jika ditinggalkan tidak sah solat itu. B. Perkara-perkara yang wajib dilakukan semasa mengerjakan solat, jika ditinggalkan tidak sah solat itu.

C. Perkara-perkara yang harus dilakukan semasa mengerjakan solat, jika ditinggalkan tidak sah solat itu. D. Perkara-perkara yang makruh dilakukan semasa mengerjakan solat, jika ditinggalkan tidak sah solat itu.

8. Apakah hukum solat sekiranya tertinggal salah satu rukun solat ? A. Sah B. Makruh C. Batal D. haram

9. Berapakah pembahagian rukun solat ? A. 1 B. 2 C. 3 D. 4

10. Apakah pembahagian rukun solat ? A. B. C. D. Qolbi, fili Qolbi, Qauli,fili Qolbi, Fili, fardhu Qolbi, Fili,Qauli. Fardhu

11. Berapakah rukun Qolbi ? A. 1 B. 2 C. 3 D. 4

12. Berapakah rukun Qauli ? A. 3 B. 4 C. 5 D. 6

13. Berapakah rukun Fili ? A. 5 B. 6 C. 7 D. 8

14. Takbiratul Ihram termasuk dalam rukun A. Rukun Qauli B. Rukun Qolbi C. Rukun Fili D. Rukun Islam

15. Niat solat termasuk dalam rukun . A. Rukun Qauli B. Rukun Qolbi C. Rukun Fili D. Rukun Isla

16. Membaca surah Al-Fatihah dalam rukun A. Rukun Qauli B. Rukun Qolbi C. Rukun Fili D. Rukun Islam

17. Salawat ke atas Nabi dalam Tahiyat akhir termasuk dalam rukun A. Rukun Qauli B. Rukun Fili C. Rukun Islam D. Rukun Iman

18. Berdiri betul dalam rukun .. A. Rukun Qolbi B. Rukun Qauli C. Rukun Islam D. Rukun Fili

19. Iktidal serta thomadinah termasuk dalam rukun .. A. Rukun Qolbi B. Rukun Qauli C. Rukun Islam D. Rukun Fili

20. Tertib termasuk dalam rukun A. Rukun Qauli B. Rukun Qolbi C. Rukun Fili D. Rukun Islam

21. Kenyataan berikut adalah rukun Qauli kecuali A. Niat, Takbiratul Ihram,membaca surah Al-Fatihah, memberi salam B. Takbiratul Ihram, membaca surah Al-Fatihah, memberi salam.

C. Takbiratul Ihram, membaca surah Al-Fatihah, Membaca tahiyat akhir D. Membaca surah Al-Fatihah, salawat ke atas nabi. 22. Kenyataan berikut adalah rukun fili kecuali . A. B. C. D. Berdiri betul, Rukuk serta thomadinah, tertib Rukuk, sujud serta thomadinah. Duduk tahiyat akhir Berdiri betul.sujud, rukuk, tertib Niat, berdiri betul, tertib

23. Manakah rukun Qolbi ? A. Niat C. Memberi salam B. Berdiri betul D. Tertib

24. Bacaan berikut adalah.. A. Takbiratul Ihram B. Rukuk C. Iktidal D. Sujud

25. Bacaan berikut adalah. A. Takbiratul Ihram B. Rukuk C. Iktidal D. Sujud

26. Bacaan berikut adalah A. Takbiratul Ihram B. Rukuk C. Iktidal D. Sujud

27. Berapakah syarat wajib solat ? A. 1 B. 2 C. 3 D. 4

28. Manakah bukan syarat wajib solat ? A. Islam B. Berakal C. Lelaki D. Suci

29. Manakah syarat wajib solat ? A. Baligh B. Masuk waktu C. Lelaki D. Orang gila

30. Pernyataan berikut adalah syarat sah solat kecuali.. A. B. C. D. Pakaian yang bersih, berwuduk,menutup aurat Mengadap kiblat, yakin masuk waktu Tanpa berwuduk, mengadap kiblat, di dalam masjid Mengadap kiblat, yakin masuk waktu, tempat yang bersih

31. Ahmad berumur 6 tahun, dia berwuduk dan bersolat bersama ayahnya. Apakah hukum solat Ahmad ? A. Wajib B. Makruh C. Tidak wajib D. Batal

32. Pak Abu berumur 55 tahun, dia disahkan gila. Apakah hukum menuinaikan solat ke atas Pak Abu ? A. Wajib B. Tidak wajib C. Sunat D. Makruh

33. Had aurat lelaki ialah A. B. C. D. Daripada kepala hingga ke kaki Daripada kepala hingga ke lutut Daripada pusat hingga ke kaki Daripada pusat hingga ke lutut

34. Had aurat perempuan ialah .. A. B. C. D. Seluruh anggota badan termasuk muka dan tapak tangan. Seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan Seluruh anggota badan termasuk muka dan tapak kaki Seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak kaki

35. Pernyataaan berikut adalah hikmah-hikmah solat kecuali A. B. C. D. Menguatkan iman Mengabdikan diri kepada Allah Melahirkan rasa riak dalam diri Melahirkan insan yang bertakwa.

36. Menunaikan solat adalah tanggungjawab kepada.. A. Allah B. Malaikat C. Ibu bapa D. Guru

37. Apakah kesan-kesan solat terhadap diri seseorang ? A. Riak B. Insaf C. Sakit D.Melakukan masiat

38. Firdaus Tan berbangsa cina, dia baru memeluk Islam. Apakah hukum mendirikan solat ke atasnya ? A. Harus B. Haram C. Wajib D. Makruh

39. Apakah hukum menunaikan solat fadhu di tengah padang bola ? A. Sah B. Haram C. Tidak sah D. Sunat

40. Manakah arah kiblat umat Islam ? A. Masjid B. Kaabah C. Madinah D. Surau

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

ARAS

NOMBOR SOALAN

Pengetahuan

Kefahaman

Aplikasi

Analisis

RUJUKAN Asmah bt Hj Ahmad,(1998). Pedagogi 1. Longman Malaysia. Petaling Jaya, Selangor. Bryan Coombs, (2010). Mengajar secara Efektif, Institut Terjemahan Negara Malaysia. Kuala Lumpur. Juriah Long dan Rakan-rakan. (1990). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Fajar Bakti. Kuala Lumpur. Mariah bt Hj Mansur. (2003). Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 4: Jilid 2. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Mel Silberman, (2010). Pembelajaran Aktif. Institut Terjemahan Negara Malaysia. Kuala Lumpur. Noriati A. Rashid dan Rakan-rakan.(2009). Murid dan Alam Belajar. Oxford Fajar. Shah Alam. Selangor. Rosie Turner Bisset. (2010). Pengajaran Pakar. Institut Terjemahan Negara Malaysia. Kuala Lumpur.

Course ID : KPD3016 < Group Name : Group PERLIS04(A112PJJ) < Full Name : NOR RAIHAN BT HJ. AWANG Date posted Full Name

Title

Message

Forum 1

Saya bersetuju dengan pandangan saudara Lukman, Di sini ingin saya menambah sedikit pendapat saudara itu. Pengajaran berpusatkan guru dan berpusatkan murid ada perbezaannya. Pengajaran berpusatkan guru, guru perlu banyak memainkan peranan dan objektifnya kurang memuaskan, sekiranya berpusatkan murid , murid yang memainkan peranan,, guru hanya sebagai pembimbing, P&p juga akan lebih menyerlah kepada murid, Ini kerana murid ramai akan mengambil bahagian atau aktiviti. Perbagai aktiviti boleh dijalankan seperti lakonan, perbincangan dan sebagainya. Aktiviti ini memerlukan ramai murid dan pendapat mereka sendiri.

11 Mar 2012 06:39:32 PM

NOR RAIHAN BT HJ. AWANG

Forum 1

Pengajaran merupakan proses komunikasi atau interaksi di antara guru dan murid. pengajaran juga boleh ditafsirkan sebagai proses penyebaran ilmu pengetahuan,fakta,idea,penerangan,kemahiran dan sikap.Manakala pembelajaran pula sebagai proses perubahan di dalam tingkahlaku. Pengajaran berpusatkan guru adalah komunikasi satu hala. pelajar pula bersikap pasif. ini kerana murid kurang aktif dan cergas. Proses pengajaran juga tidak banyak menggunakan alat bantu mengajar. Kaedah pengajaran digunakan adalah terhad. Kaedah yang digunakan seperti penerangan, arahan iaitu "chalk and talk" interaksi sahaja. Murid juga kurang melakukan kegiatan atau aktiviti. Mereka banyak menggunakan aktiviti menulis dan mendengar sahaja. Pengajaran berpusatkan murid pula adalah komunikasi dua hala. Pelajar atau murid aktif di dalam proses pengajaran. Murid banyak mengambil bahagian. Pengajaran ini menggunakan banyak alat bantu mengajar. guru boleh menggunakan pelbagai kaedah seperti perbincangan, soaljawab ' brainstorming' perbahasan dan lain-lain. Manakala ativiti juga boleh dipelbagaikan seperti mendengar, menulis,tanya,bincang,lakonan simulasi dan lain-lain. Model Sim juga adalah bersesuaian dengan proses pengajaran berpusatkan murid.

11 Mar 2012 06:52:18 PM

NOR RAIHAN BT HJ. AWANG

Forum 1

Saya bersetuju dengan pendapat puan. Pengajaran berpusatkan murid ada banyak kebaikannya. Pembelajaran ini akan melahirkan budaya saing antara mereka, ini untuk kebaikan pelajar dalam bersaing mencari ilmu. Saingan ini adalah positif bagi pelajar. Mereka akan berlumba mencari maklumat dan akan mencetuskan idea atau pendapat mereka sendiri. Pembelajaran ini akan timbul banyak pendapat dari murid dan maklumat yang diperoleh. Pelbagai idea yang akan diperoleh mengikut kemampuan murid. Walau bagaimanapun pengajaran berpusatkan murid ini ada juga negatifnya, bagi murid yang kurang berupaya mencetuskan idea akan nampak kelemahan mereka berbanding dengan rakan sebaya mereka. Ini akan menyebabkan murid itu akan lebih pasif dalam pembelajarannya berbanding dengan rakan mereka Saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan guru memainakn peranan sebagai pengajar dan murid memainkan peranan sebagai pembelajar. Kita dapat lihat dari segi guru iti memainkan peranannya sebagai pemimpin dan cara interaksi. Kepimpinan yang diamalkan oleh seseorang guru bersama murid-muridnya akan menimbulkan kesan-kesan yag berlainan.kepimpinan guru yang biasa didapati ialah kepimpinan

16 Mar 2012 05:37:52 PM

NOR RAIHAN BT HJ. AWANG

Forum 1

16 Mar 2012 06:19:18 PM

NOR RAIHAN BT HJ. AWANG

autokratik,demokratik dan laissez-faire. Guru yang bersifat autokratik tidak bersedia untuk mendengar pandangan atau pendapat murid. Ekoran itu interaksi antara guru dan murid akan terjejas, murid akan menjadi pasif serta tidak mendorond mereka memberi pendapat. Guru yang bersifat demokratik , dasar dan keputusan sesuatu aktiviti dibuat hasil daripada perbincangan murid dengan bimbingan dan bantuan guru. Ini bermakna interaksi antara guru dengan murid akan lebih meningkat. Aktiviti ini akan lebih positif. Murid akan lebih sabar dan bertoleransi menerima ilmu. Guru yang bersifat laissez-faire, guru langsung tidak mengambil bahagian dalam aktiviti itu. Kebebasan diberi sepenuhnya kepada murid. Guru mungkin tidak mengulas atau memberi komen yang membina.Ini akanmewujudkan interaksi yang maksimum antara murid. Oleh sebab, kurang peraturan dan menimbulkan masalah disiplin yang mengganggu P & P.

Forum 1

Saya bersetuju dengan pendapat Noor Zafida, murid hendaklah diberi kesedaran supaya mempunyai nilai-nilai murni dan sesungguhan dalam menjalankan tugasan. Seorang guru itu perlu menyampaikan konsep, prinsip dan formula kepada murid-murid. Selain itu, guru membantu murid-murid menghayati nilai-nilai murni seperti amanah, kejujuran, kebersihan, kerjasama, belas kasihan berterima kasih dan sebagainya Peranan guru juga adalah untuk memudahkan murid memperolehi ilmu pengetahuan, sikap dan kemahiran. Namun begitu, maklumat yang disampaikan oleh guru hendaklah diterima mengikut hasrat guru atau objektif P & P. Kesimpulanya pengajaran perpusatkan guru atau berpusatkan murid hendaklah dicapai mengikut objektif dalam P & P

17 Mar 2012 06:01:28 PM

NOR RAIHAN BT HJ. AWANG

Forum 1

Saya bersependapat dengan Zakiah, guru perlu menyesuaikan kaedah pengajaran dengan gaya pembelajaran murid. Guru juga perlu menggunakan tenik pengajaran dengan menggunakan teknologi terkini. Kaedah guru yang bersisematik serta berurutan dan bertujuan mencapai objektif spesifik satusatu pelajaran. Teknik mencakupi aktiviti, perlakuan serta kemahiran guru. Pemilihan strategii yang bijaksana akan menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu pelajaran. Strategi yang sesuai akan dapat meningkatkan mutu penyampaian . malahan ia akan menjadikan sesuatu pelajaran itu lebih bermakna serta menyeronokkan murid-murid. Kaedah yang digunakan dalam sesuatu pelajaran untuk menjamin keberkesanan pengajaran dan pencapaian objektif pelajaran.

17 Mar 2012 06:31:12 PM

NOR RAIHAN BT HJ. AWANG

Course ID : KPD3016 < Group Name : Group PERLIS04(A112PJJ) < Full Name : NOR RAIHAN BT HJ. AWANG Date posted Full Name

Title

Message

Forum 2

Guru memainkan peranan sebagai pengajar,pengurus,pemudahcara,pepnimbing,penggalak,penyelaras dan inovator iaitu orang yang mendatangkan pembaharuan.Guru sebagai pengurus pengajaran pembelajaran akan menjalankan tugas seperti menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi murid-murid. Adalah penting bagi guru menggerakkan muridnya dengan berbagai-bagai cara seperti menggunakan alat bantu, aktiviti, ujian dan sebagainya. Guru hendaklah menggerakkan minat murid terlebih dahulu terhadap topik yang akan disampaikan. Selain itu guru sebagai pengatur atau pengelola.Guru hendaklah merancang objektif , aktiviti serta kaedah pengajaran yang akan disampaikan. Guru juga sebagai pelaksana apa yang digerakkan dan dirancang. Tanpa penilaian seseorang guru tidak mendapat maklum balas sama ada objektif pengajaran dan pembelajran tercapai atau tidak. Guru akan menentukan alat penilaian seperti menggunakan ujian, lembaran kerja, pemerhatian atau sesuatu projek. Sebagai pengurus yang cekap akan memastikan keadaan tenteram, selesa, segala kegiatan seharian berjalan dengan lancar,menentukan susunan kelas yang ceria, sentiasa memotivasikan murid dan berjaya membentuk disiplin yang baik. Situasi ini akan meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran

26 Mar 2012 04:52:41 PM

NOR RAIHAN BT HJ. AWANG

Forum 2

Saya bersetuju dengan Pn Rohimah guru sebagai pengurus dalam merancang, pelaksana, menyediakan alat bantu,menjadi contoh tauladan dan pemudahcara. Di sini ingin saya menanbah sedikit mengenai guru sebagai pemudah cara untuk melicinkan segala aktiviti di dalam bilik darjah. Sebagai pemudah cara, guru akan memotivasikan muridnya, membantu murid menyelesaikan masalah, membimbing murid menjalankan aktiviti, menolong murid yang lemah dan boleh meransang murid. Guru akan menggunakan perbagai strategi dan teknik pengajaran pembelajaran yang berkesan untuk mencapai objektif pelajaran

26 Mar 2012 05:09:10 PM

NOR RAIHAN BT HJ. AWANG

Forum 2

Betul, saya sependapat dengan puan bagi memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran perlu diselitkan unsur-unsur humor agar murid tidak bosan untuk memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu , guru juga perlu mewujudkan suasana yang penuh mesra dan kasih sayang di dalam bilik darjah. Seorang murid memerlukan kasih sayang. Seseorang guru yang cekap pengajarannya tetapi tidak menunjukkan kemesraan dan kasih sayang masih tidak dapat memenangi hati muridmuridnya. Kanak-kanak memerlukan perasaan keselamatan untuk perkembangan kestabilan emosinya. Pengajaran dalam suasana yang mesra dapat membentuk individu yang aktif. kewujudan suasana ini akan meningkat mutu pengajaran prmbelajaran.

26 Mar 2012 05:27:46 PM

NOR RAIHAN BT HJ. AWANG

Forum 2

Saya bersetuju dengan cikgu. Guru adalah pengurus untuk menjayakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Guru hendklah menentukan strategi dan bahan yang diperlukan adalah bersesuaian dengan tahap atau kemampuan murid.Apabila guru mengikut kemampuan mereka,murid akan lebih bersemangat atau motivasi mereka akan meningkat. Ini akan mendorong murid untuk belajar kereana mereka tahu akan kemampuannya. Guru juga perlu memberi motivasi untuk mereka menjalankan tugasan itu.

31 Mar 2012 10:15:50 AM

NOR RAIHAN BT HJ. AWANG

Forum 2

Saya bersetuju dengan pendapat saudari , Guru menjadi pengurus di dalam dan diluar bilik darjah supaya menjadi ceria dan selesa untuk belajar. Sekiranya bilik darjah ceria dan selesa murid akan suka dan ingin belajar pada masa yang ditentukan. Pengajaran juga akan lebih mudah dengan bahan yang disediakan oleh guru dan ini akan menerik minat murid untuk terus belajar

31 Mar 2012 10:23:18 AM

NOR RAIHAN BT HJ. AWANG

Course ID : KPD3016 < Group Name : Group PERLIS04(A112PJJ) < Full Name : NOR RAIHAN BT HJ. AWANG Date posted

Title

Message

Full Name

Forum 3

Buku teks merupakan salah satu buku pendidikan yang mengandungi huraian mata pelajaran tertentu yang disusun secara sistematik untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran tersebut. Buku teks yang telah dibekal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah sala satu bahan bantu mengajar yang sangat berkesan kerana buku teks telah disusun berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian. Lagi pun buku teks disusun oleh pakar-pakar dalam bidang pendidikan.Buku teks juga dapat menarik minat murid dengan ilustrasi,gambar carta, peta dan sebagainya yang berwarna-warni. Di samping itu, guru mudah didapati di sekolah dan murid juga telah dibekalkan pada setiap murid. Buku teks juga disusun mengikut edaran masa iaitu sentiasa dikemaskini. Guru mudah untuk mengajar menggunakan buku teks kerana mengikut topik dan sukatan yang telah ditetapkan. Bagaimanapun guru tidak boleh bergantung pada buku teks semata-mata, guru perlu juga menyediakan bahan bantu mengajar lain untuk menambahkan maklumat dan murid tidak merasa bosan menggunakan buku teks semata-mata Buku teks merupakan salah satu buku pendidikan yang mengandungi huraian mata pelajaran tertentu yang disusun secara sistematik untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran tersebut. Buku teks yang telah dibekal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah sala satu bahan bantu mengajar yang sangat berkesan kerana buku teks telah disusun berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian. Lagi pun buku teks disusun oleh pakar-pakar dalam bidang pendidikan.Buku teks juga dapat menarik minat murid dengan ilustrasi,gambar carta, peta dan sebagainya yang berwarna-warni. Di samping itu, guru mudah didapati di sekolah dan murid juga telah dibekalkan pada setiap murid. Buku teks juga disusun mengikut edaran masa iaitu sentiasa dikemaskini. Guru mudah untuk mengajar menggunakan buku teks kerana mengikut topik dan sukatan yang telah ditetapkan. Bagaimanapun guru tidak boleh bergantung pada buku teks semata-mata, guru perlu juga menyediakan bahan bantu mengajar lain untuk menambahkan maklumat dan murid tidak merasa bosan menggunakan buku teks semata-mata

08 Apr 2012 01:56:30 PM

NOR RAIHAN BT HJ. AWANG

Forum 3

08 Apr 2012 01:56:33 PM

NOR RAIHAN BT HJ. AWANG

Course ID : KPD3016 < Group Name : Group PERLIS04(A112PJJ) < Full Name : NOR RAIHAN BT HJ. AWANG Date posted

Title

Message

Full Name

Forum 4

Penilaian dalam pendidikan adalah merupakan suatu proses mentafsir sama ada kuantiti atau kualiti yang diukur dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui penilaian guru dapat mengetahui sama objektif tercapai atau tidak. Pelbagai bentuk penilaian yang boleh dilakukan oleh guru seperti penilaian formatif atau sumatif dalam menilai prestasi murid. Guru juga boleh menggunakan penilaian alternatif untuk menilai murid. Penilaian alternatif adalah penilaian secara berterusan atau tempoh yang diberikan untuk menilai murid. Penilaian alternative ini sesuai masa kini, murid juga akan mendapat bimbingan dari guru untuk menyiapkan hasil kerja mereka. Ini kerana murid akan menyediakan persiapan untuk melaksanakan tugas yang dinilai.Contohnya untuk menyiapkan portfolio, buku skrap penilaian PAFA, PEKA, PLBS. Penilaian ini akan berterusan sepanjang tahun sehingga penilaian itu sempurna dan memuaskan guru.

15 Apr 2012 09:47:07 AM

NOR RAIHAN BT HJ. AWANG

Forum 4

Saya bersetuju dengan saudari, guru menilai murid yang lemah dan meerlukan bimbingan guru. Guru juga mengenalpasti murid yang lemah dan membimbingnya hingga murid dapat menguasai sesuatu kemahiran. Di sini guru boleh menggunakan penilaian alternatif untuk menilai murid itu. Penilaian alternatif adalah penilaian secara berterusan atau tempoh yang diberikan untuk menilai murid. Penilaian alternative ini sesuai masa kini, murid juga akan mendapat bimbingan dari guru untuk menyiapkan hasil kerja mereka. Ini kerana murid akan menyediakan persiapan untuk melaksanakan tugas yang dinilai.Contohnya untuk menyiapkan portfolio, buku skrap penilaian PAFA, PEKA, PLBS. Penilaian ini akan berterusan sepanjang tahun sehingga penilaian itu memuaskan guru.

15 Apr 2012 09:52:51 AM

NOR RAIHAN BT HJ. AWANG

Forum 4

Saya sependapat dengan saudari mengenai penilaian yang dijalankan oleh guru iaitu menilai kemajuan murid dalam kemahiran tertentu. Guru menilai mengikut aras kemampuan murid dan diberi bimbingan. Penilaian adalah satu proses sistematik dalam mengumpul data dan mendapatkan maklumat murid bagi menentukan objektif pengajaran/ pembelajaran guru tercapai atau sebaliknya.Penilaian alternatif lebih sesuai digunakan kepada murid masa kini kerana ianya dijalankan sepanjang tahun, setiap masa dan memerlukan persediaan murid dari segi kognitif, psikomotor dan psikologi dan penilaian dibuat berdasarkan kemampuan minima murid hingga ke aras cemerlang dan setiap individu diberi peluang dan tunjuk ajar untuk mencapai aras yang ditetapkan.

15 Apr 2012 10:08:03 AM

NOR RAIHAN BT HJ. AWANG

Forum 4

Saya bersetuju dengan pendapat saudara penilaian alternatif berlaku atau dilaksanakan sepanjang tahun atau tempoh yang diberikan untuk

15 Apr 2012

NOR RAIHAN

menilai murid. Sebagai contoh PAFA,PEKA dan PLBS guru akan menilai mengikut masa ke masa sehingga penilaian itu memuaskan. Di samping guru juga boleh memberi bimbingan kepada murid. Penilaian alternatif dinilai berdasarkan potensi murid dalam sesuatu pembelajaran dan diberi tahap yang paling minima hingga tahap paling tinggi sebagai penunjuk kebolehan murid. Guru juga memberi peluang kepada murid dalam perkembangan potensi mereka. Di samping guru dapat membuat analisis dan tindakan susulan terhadap pengajaran dan pembelajaran. Forum 4 Saya setuju dengan cikgu penilaian alternatif adalah lebih sempurna menilai murid secara menyeluruh dari segi intelek, jasmani. emosi, dan rohani. Setiap murid ada kelebihan dan kelemahan masing-masing dan guru boleh menilai dari segi pemerhatian dan bimbingan kepada murid. Penilaian ini akan lebih baik dan menyeluruh serta boleh meningkatkan perkembangan potensi mereka.

12:15:01 PM

BT HJ. AWANG

15 Apr 2012 12:25:24 PM

NOR RAIHAN BT HJ. AWANG

Course ID : KPD3016 < Group Name : Group PERLIS04(A112PJJ) < Full Name : NOR RAIHAN BT HJ. AWANG Date posted

Title

Message

Full Name

Forum 5

Guru memanglah berperanan besar dalam kejayaan akademik pelajar. Malah, guru lebih dari pelengkap akademik sahaja dari segi sahsiah, perhubungan, sosial pelajar dan sebagainya. Di sini dapat dilihat besarnya peranan seorang guru. Guru di negara ini mempunyai kepentingan yang amat luas kepada pembangunan negara.Guru melaksanakan dan menetukan matlamat negara dapat dicapai dengan lebih berkesan.Guru dapat menghasilkan tenaga manusia yang kraetif dan produktif, dar perubahan sosial melalui kejayaan akademik pelajar. Peranan guru juga membawa kesedaran baharu dan nilai-nilai pembangunan yang sesua dengan dasar pembangunan negara dipupuk di kalangan generasi muda supaya mereka dapat berperanan aktif untuk mencorakkan kemajuan dan pembangunan ekonomi. Guru sebagai pelengkap kejayaan akademik murid melalui pendidikan di peringkat bawah lagi untuk menjadikan mereka sebagai orang yang berjaya dalam semua segi. Adakah guru hanya sebagai pelengkap kejayaan akademik pelajar. Saya setuju dengan pendapat saudari, guru sanggup berkorban untuk kejayaan pelajarnya sama ada dari segi akademik dan tingkah laku muridnya. Guru akan berusaha memberi ilmu pengetahuan dan akhlak yang terbaik untuk muridnya. Guru akan mengajar murid tidak mengira latar belakang, keturunan dan bangsa serta tidak memilih kasih, guru akan memberi ilmunya untuk kejayaan mereka. setiap pengorbanan guru tidak pernah meminta balasannya, selain berasa bangga dengan kejayaan muridnya Guru adalah seorang pendidik yang sanggup mendidik semua muridnya serta tidak memilih kasih dari apa keturunan, bangsa dan agama. tugas utama guru adalah mendidik supaya murid berjaya dalam jasmani, intelek, emosi dan rohanai. Guru akan berusaha mendidik muridnya demi masa depan muridnya. Namun begitu, guru hanya dapat memberi ilmu atau pengajarannya di sekolah sahaja. kejayaan murid itu bukan terletak ditangan guru semata-mata. Peranan ibu bapa juga besar untuk mendidik mereka untuk berjaya. Ini kerana sebelum mereka mengenal guru, mereka kenal ibu bapanya dahulu. Mendidik bermula dari kecil lagi. Kemudian mereka akan mengenal guru dan menerima pengajaran akademik melalui guru. di sinilah guru akan melengkapkan melengkapkan kejayaan akademik murid

24 Apr 2012 06:49:13 PM

NOR RAIHAN BT HJ. AWANG

Forum 5

27 Apr 2012 03:23:16 PM

NOR RAIHAN BT HJ. AWANG

Forum 5

27 Apr 2012 04:02:41 PM

NOR RAIHAN BT HJ. AWANG

Forum 5

Guru memainkan peranan yang besar dalam melahirkan generasi yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual seperti mana terdapat dalam falsafah pendidikan negara. Guru juga adalah sebagai pelengkap kejayaan akademik pelajar. Di mana guru sentiasa meneroka pelbagai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian untuk kejayaan akademik pelajarnya. Selain dari guru, semua pihak hendaklah memainkan peranan di atas kejayaan seseorang pelajar itu. Guru bukan saja sebagai pelengkap kejayaan akademik pelajar. Guru adalah sebagai pendidik, pengasuh, ibu bapa, doktor, jururawat, kaunselor, pembimbing, tukang masak dan sebagainya, apabila murid itu berada di sekolah, itulah peranan guru. Contohnya seorang murid yang cedera guru akan merawatnya tidak dibiar begitu sahaja. Guru akan berusaha pelbagai cara untuk kejayaan muridnya . Setiap kejayaan murid, guru tidak memminta balasannya, hanya berasa bangga atas kejayaan itu.

27 Apr 2012 04:16:02 PM

NOR RAIHAN BT HJ. AWANG

Forum 5

27 Apr 2012 04:44:36 PM

NOR RAIHAN BT HJ. AWANG

Anda mungkin juga menyukai