Anda di halaman 1dari 5

S001 BP(M)

SYARAHAN BP (P) MENENGAH

SOLAT MEMBENTUK PELAJAR BERDISIPLIN

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pendahuluan
Sekalung penghargaan buat peneraju acara, para
hakim yang arif lagi bijaksana dan para hadirin yang
dirahmati Allah sekalian.

Hayatilah, Solat Membentuk Pelajar Berdisiplin.

Para hadirin sekalian,

Solat dari segi Bahasa Arab boleh ditakrifkan Definisi


sebagai doa memohon kebajikan dan pujian.
Manakala frasa Membentuk Pelajar Berdisiplin pula
adalah menjadikan dan mendidik seseorang insan
dalam menurut atau mengikut tatatertib supaya
tidak terpesong ke arah yang negatif.

Sesungguhnya solat merupakan tiang agama. Siapa Huraian


yang mengamalkannya, sungguh dia telah
menegakkan agamanya, siapa meninggalkannya
sungguh dia telah meruntuhkan agamanya.

Namun persoalan pertama, berapa ramai daripada


kita betul-betul faham dan menterjemahkannya
dalam kehidupan. Jika kita benar memahaminya,
kenapa masalah akhlak pelajar kita semakin
menjadi-jadi, mereka bangga dengan imej buruk
mereka. Mereka tidak malu minum arak, tidak malu
mengamalkan  seks bebas malah tampil dengan imej
samseng. Pembuangan bayi juga semakin menjadi-
jadi.

Mengapa perkara ini terjadi? Sudah tentu


jawapannya ialah kurangnya kesempurnaan dalam
ibadah. Ingatlah bahawa ibadah yang berkualiti dan
sempurna dapat menghindarkan diri daripada
melakukan maksiat.

Persoalan kedua, bagaimana solat dapat membentuk


pelajar berdisiplin?

Pertama, solat dapat mendidik pelajar dar segi Isi 1


pengurusan masa.
Surah Al-Asr, Ayat 1-3

Dalil

Maksudnya :
Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
melainkan yang beriman dan beramal soleh.

Pengurusan masa dalam kalangan pelajar sangat


penting dilaksanakan agar dapat melahirkan modal Huraian
insan yang menepati dan menghargai masa kerana
sesungguhnya masa itu emas.

Lihatlah kejayaan Maslisa Mansor yang memperoleh


4A dalam peperiksaan STPM pada tahun 2018. Isu Semasa
Kunci kejayaan beliau adalah mendisiplinkan diri
dengan solat di awal waktu.

Sesungguhnya solat adalah hadiah terindah dalam


hidup seseorang manusia.

Kedua, membentuk jiwa yang suka akan kebersihan Isi 2

Firman Allah SWT dalam Surah Al-A’raf ayat 31

Dalil

Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, pakaikanlah
dirimu dengan pakaian yang indah pada setiap kali
menghadiri masjid (untuk solat)

Ini dapat diterjemahkan apabila kita menjaga


kebersihan diri. Sesungguhnya kebersihan itu
separuh daripada iman.

Solat mengajar kita agar menjaga dan mengambil


berat soal kebersihan. Kebersihan yang dididik di Isu Semasa
dalam solat bukanlah terhad kepada aspek lahiriah
semata, ia termasuk juga aspek batiniah. Seorang
muslim perlulah membersihkan dirinya daripada
sifat riak dan takbur.

Para hadirin,

Ketiga ialah membentuk jati diri. Isi 3


Surah Al-Ankabut, ayat 45 Dalil

Maksudnya:
Sesungguhnya solat dapat mencegah seseorang dari
perbuatan keji dan mungkar.

Lihat sahaja kejayaan, Muhammad Ammar berasal


dari Padang Terap yang telah memperoleh 10 A
Isu Semasa
dalam peperiksaan SPM 2017, menyatakan antara
resepi kejayaan beliau adalah tidak pernah
meninggalkan solat jemaah. Beliau menyatakan
bahawa solat mampu memberi ketenangan kepada
dirinya.

Keempat, melahirkan pelajar yang Isi 4


bertanggungjawab.

Surah Ibrahim, ayat 40 :

Dalil

Maksudnya :
Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah aku dan zuriat
keturunanku orang yang mendirikan solat.

Mohonlah dengan Allah dan dirikan solat kerana


solat adalah tiang agama. Runtuhlah rumah tanpa
tiang. Begitulah juga cara membentuk sahsiah diri
pelajar.
Isu Semasa
Ramai ibu bapa yang telah menyedari tentang
pentingnya didikan agama untuk anak-anak mereka
termasuk solat. Oleh itu ramai anak-anak yang telah
dihantar ke pusat-pusat tahfiz bagi menghafaz Al-
Quran dan mempelajari ilmu-ilmu Al-Quran.

Peribadi unggul yang dibentuk melalui solat akan Penutup


membentuk sistem kekeluargaan yang harmoni dan
diredai. Di samping itu, masyarakat yang maan dan
selamat dunia akhirat akan melahirkan generasi
yang baik akhlaknya.Akhir kalam ayuhlah kita
sempurnakan solat agar kemungkaran tidak lagi
bernaung di hati.

Sekian wabillah hitaufiq walhidayah


wassalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.
Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai