Anda di halaman 1dari 2

S002 BD(M)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera.

Yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana dan para penonton
yang dimuliakan dan dirahmati Allah . Pada hari yang mulia ini saya ingin
menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Bersyukur Amalan Mulia".

Para muslimin yang dimuliakan,

Sebelum saya mengupas hujah-hujah saya dengan lebih lanjut, izinkan saya
untuk mendefinisikan tajuk saya. Bersyukur amalan mulia, Yang dimaksudkan dengan
bersyukur. Jika dirujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka, bersyukur bermaksud berterima kasih kepada Tuhan, menghargai nikmat
Allah manakala mulia bermaksud yang terpuji dan tertinggi. Alhamdulillah,
dengan izin Allah, beberapa hujah akan diaturkan supaya para penonton sekalian dapat
mengerti mulianya amalan bersyukur.

Syukur bereerti ucapan sikap, dan perbuatan berterima kasih kepada Allah SWT dan
pengakuan yang tulus atas nikmat dan kurnia yang diberikan oleh Allah. Hujah saya yang pertama
ialah bersyukur tuntutan dari Allah s.w.t. Hal ini disebutkandalam banyak firman Allah,
antaranya disebutkan dalam Ayat 7 Surah Ibrahim :

Yang bermaksud: Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu


m e m a k l u m k a n ; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan
m e n a m b a h ( n i k m a t ) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka
sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".

Dengan jelas bahawa Allah s.w.t telah meletakkan bahawa syukur ini adalah salah satu
perintah Nya. Syukur merupakan elemen yang menjadi salah satu asas terhadap proses
kehambaan kita terhadap Tuhan. Tanpa rasa bersyukur, seorang hamba tidak akan
menjadi hamba kerana mana mungkin seorang yang tidak pandai menghargai
dapat merasakan dirinya seorang hamba kepada Allah. S a y a t a n y a p a d a p a r a
h a d i r i n s e k a l i a n , bukankah perintah Allah itu menjadikan kita mulia? Bisikkanlah
persoalan itu pada hati hadirin sekalian, pasti iman menjawabnya.
Para muslimin yang dihormati,

Dalam membicarakan tentang syukur, terdapat 3 cara untuk kita bersyukur kepada
Allah iaita syukur dengan hati, syukur dengan lisan dan syukur dengan perbuatan. Bersyukur
dengan hati ialah menyedari sepenuhnya bahwa segala nikmat dan rezeki yang adalah
kurniaan Allah.Dengah segala nikmat yang didapatkan, maka dia pasti akan mengucapkan
dengan lisan perkataan Alhamdulillah (segala puji bagi Allah). Bersyukur dengan tindakan
bermakna bahawa semua nikmat yang diperoleh harus dimanfaatkan ke jalan yang diredhai
oleh Allah.

Para muslimin yang dimuliakan,

Mensyukuri nikmat Allah boleh menyelamatkan kita daripada azab dan bala bencana.
Di dalam Al-Qur’an telah banyak menceritakan tentang kisah umat terdahulu menerima
segala nikmat kesenangan dan kemewahan, akan tetapi mereka telah ingkar, tidak bersyukur
dan menderhaka kepada Allah. Begitu juga ujian sekarang kepada ummat manusia pada hari
ini. Contohnya, penularan penyakit COVID 19 yang melanda seluruh dunia pada masa ini.
telah merubah corak kehidupan kita dalam aspek kehidupan harian Kejadian ini telah
menimbulkan kebimbangan seluruh ummat manusia dan telah menyebabkan ratusan ribu
manusia telah terkorban di seluruh dunia dan ianya ujian yang diturunkan oleh Allah bagi
memberi keinsafan dan kesedaran kepada seluruh ummatnya yang lalai dan alpa dengan
nikmat kesejahteraan, kemewahan dan kemakmuran yang dikurniakan oleh Allah.

Muslimin yang dihormati,


Sebagai pengakhiran syarahan saya, ingin saya tegaskan di sini bahawa Amalan
Syukur merupakan amalan yang sangat mulia dan menjadi salah satu tuntutan di dalam
agama untuk kita jadikannya sebagai amalan harian.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai