Anda di halaman 1dari 14

1.

PENGENALAN

Kesedaran dan kepekaan pihak-pihak yang berwajib terhadap punca-punca kemerosotan akhlak dan pentingnya peranan pendidikan didalam membentuk generasi yang berakhlak selari dengan rentak pembangunan negara tidak dapat dipertikaikan lagi. Pelbagai dasar, sistem, perancangan strategik dan program yang dilaksanakan dalam amalan pendidikan di negara ini memberikan gambaran yang jelas terhadap komitmen pihak kerajaan untuk melahirkan generasi rakyat Malaysia yang memiliki keperibadian yang mulia dan seimbang. Selaras dengan komitmen tersebut, Kementerian Pendidikan juga telah menggubal konsep pendidikan bersepadu yang dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah bertujuan untuk mencapai hasrat pembentukan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Disamping itu, beberapa matapelajaran khusus ditawarkan bagi membentuk akhlak dan moral murid seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral (teras sekolah rendah dan menengah), Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Tasawwur Islam (elektif sekolah menengah). Kepentingan akhlak sebagai suatu gagasan bagi menjamin pembangunan negara yang mampan dan seimbang dinyatakan dengan jelas sebagai salah satu di antara cabaran Wawasan 2020. Pada masa yang sama, pelbagai dasar, sistem, perancangan strategik dan program yang dilaksanakan dalam amalan pendidikan di negara ini memberikan gambaran yang jelas terhadap komitmen pihak kerajaan untuk melahirkan generasi rakyat Malaysia yang memiliki keperibadian yang mulia dan seimbang. Namun, status sebenar penghayatan akhlak di kalangan murid sekolah menengah yang telah melalui sistem pendidikan di negara ini masih menjadi tanda tanya. Dapatan dari satu kajian tinjauan menunjukkan bahawa status keseluruhan penghayatan akhlak peribadi di kalangan murid sekolah menengah adalah pada tahap sederhana tinggi. Dapatan ini seterusnya menggambarkan pola penghayatan yang agak rendah dalam beberapa aspek akhlak kritikal di kalangan murid sekolah menengah seperti kewajipan solat lima waktu, adab pergaulan dan pendedahan aurat. Sekaligus, tinjauan ini mungkin memberikan sedikit gambaran tentang punca kepada beberapa masalah sosial yang dihadapi dalam masyarakat masa kini.

1.1

Definisi Akhlak Hadith-hadith berikut menunjukkan betapa akhlak yang mulia diberi kedudukan yang

amat tinggi dalam ajaran Islam kerana ia menandakan kesempurnaan iman dan kematangan beragama: Tidak ada sesuatu yang paling berat dalam timbangan orang beriman pada hari kiamat nanti yang melebihi akhlak yang mulia. Sesungguhnya Allah benci orang yang berbuat keji dan berkata kotor. Orang yang berakhlak mulia pasti akan melebihi darjat orang yang menunaikan ibadah puasa dan sembahyang (semata-mata tanpa mempedulikan kebaikan akhlaknya). (Hadith riwayat Ahmad) Sesungguhnya perbuatan mahupun perkataan keji sama sekali bukan termasuk dalam ajaran Islam. Sesungguhnya kualiti Islam orang yang paling baik adalah orang yang paling mulia akhlaknya. (Hadith riwayat Al-Tirmidhi

Dari segi perlakuan, beberapa istilah digunakan bagi menggambarkan keadaan luaran bagi fenomena akhlak yang wujud di dalam diri seseorang. Menurut Ahmad Amin (1975), fenomena luaran bagi akhlak dinamakan sebagai suluk (tingkahlaku) atau muamalah (perlakuan dalam pergaulan) yang menjadi tanda kepada keadaan akhlak yang wujud di dalam jiwa seseorang. Tingkahlaku atau perilaku yang baik, tekal dan bersahaja menandakan akhlak yang baik dan sebaliknya tingkahlaku yang buruk, tekal dan bersahaja menunjukkan keburukan akhlak yang ada pada jiwa seseorang. Secara lebih khusus dalam kehidupan seharian, fenomena akhlak yang lahir di dalam bentuk perilaku dan perbuatan juga disebut sebagai adab. Menurut Gabrieli (1960), adab adalah istilah di dalam Bahasa Arab yang bermaksud adat, kebiasaan, etika dan tingkahlaku yang diikuti dari orang-orang yang dianggap sebagai model. Adab di dalam Islam pula merujuk kepada tingkahlaku yang baik bagi sesuatu perkara yang diterima oleh Islam dari pengajaran-pengajarannya (Al-Kaysi, 2000). Syed Ali Ashraf (1990) pula merumuskan bahawa adab merupakan suatu sistem model tentang bagaimana manusia melaksanakan kehendak ketuhanan di dalam kehidupan seperti yang diteladani oleh Rasulullah SAW dari pengajaranpengajaran yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Oleh kerana itu, menurut beliau, pendidikan dijelaskan sebagai proses membudayakan adab dan latihan kesedaran akhlak

bersumberkan pembelajaran al-Quran dan al-Sunnah sekaligus mendidik manusia untuk melaksanakannya di dalam kehidupan individu dan sosial.

1.2

Definisi Adab Pengertian Adab menurut bahasa ialah kesopanan, kehalusan dan kebaikan budi pekerti,

akhlak. Adapun menurut M. Sastra Praja, adab iaitu tata cara hidup, penghalusan atau kemuliaan kebudayaan manusia. Sedangkan menurut istilah, adab ialah: Adab ialah suatu ibarat tentang pengetahuan yang dapat menjaga diri dari segala sifat yang salah. Dengan demikian dapatlah diambil pengertian bahwa adab ialah mencerminkan baik buruknya seseorang, mulia atau hinanya seseorang, terhormat atau tercelanya nilai seseorang. Maka jelaslah bahawa seseorang itu adalah mulia dan terhormat di sisi Allah dan manusia apabila ia memiliki adab dan budi pekerti yang baik. Seseorang akan menjadi orang yang beradab dengan baik apabila ia mampu menempatkan dirinya pada sifat kehambaan yang hakiki. Tidak merasa sombong dan tinggi hati dan selalu ingat bahawa apa yang ada di dalam dirinya adalah pemberian dari Allah swt. Sifatsifat tersebut telah dimiliki Rasulullah saw secara utuh dan sempurna. Oleh sebab itu Allah swt. memuji beliau dengan firmannya yang ertinya: Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.

1.3

Sukatan Modul dan Sukatan Pelajaran Akhlak Tahun 6 Berikut merupakan sukatan pelajaran di dalam modul OUM dan sukatan pelajaran tahun

6 dimana kedua-dua isi kandungannya adalah hampir sama. Tajuk-tajuk yang diperkatakan adalah seperti berikut:

i.

Adab terhadap Diri Sendiri Setiap orang seharusnya memiliki keperibadian mulia bagi mencerminkan nilai diri dan

dalam masa yang sama mewakili agama Islam itu sendiri yang penuh kesempurnaan. Oleh itu, pentingnya kita mengikut panduan yang betul dalam beradab terhadap diri sendiri demi mencapai kecemerlangan sahsiah yang tinggi. 1. Menjaga kebersihan secara menyeluruh dengan cara mandi & menyucikan diri.

2. Memotong kuku tangan & kaki pada setiap minggu. Kuku panjang dikhuatiri akan menyimpan kuman dan najis. 3. Jangan mengadap kiblat ketika meludah, membuang hingus & kahak. Lebih elok mengadap ke arah kiri & menggunakan sapu tangan/tisu. 4. Mengutamakan bahagian kanan untuk perkara yang mulia seperti berwuduk, memakai pakaian & kasut, ketika mandi & berjabat tangan. Utamakan bahagian kiri untuk perkara yang tidak mulia seperti membuang hingus, meludah & menanggalkan pakaian. 5. Mengalihkan wajah ketika bersin bagi mengelak daripada terkena orang lain, makanan & minuman. 6. Memuji Allah (menyebut segala puji bagi Allah) sesudah bersin. 7. Mengingati Allah & bersyukur kepada-Nya ketika melihat wajah di cermin. 8. Membiasakan diri dengan amal yang soleh seperti beribadah, bersedekah,

bersembahyang sunat, menghampirkan diri kepada Allah, berzikir & membaca al-Quran. 9. Tidak melakukan sesuatu yang sia-sia, selalu memperbaiki diri & berusaha memperbaikinya. 10. Meletakkan tangan di mulut ketika menguap kerana menguap dengan mulut terbuka luas kelihatan tidak sopan selain dapat menghalang sesuatu masuk ke dalam mulut

ii.

Adab terhadap Ibu Bapa Seorang anak perlu menghormati ibu kerana ibu begitu berkorban dan susah menjaga

mereka ketika kecil. Selain kasih kepada ibu, anak mesti juga memberi kasih sayang yang sama kepada bapa. Bapa pula bertanggungjawab terhadap makan, minum, pakaian, tempat tinggal, muridan dan lain-lain keperluan keluarga. Oleh itu, manusia harus berbakti kepada ibu bapa dan mentaati suruhannya sebagai tanda membalas budi terhadap jasa keduanya. Agama Islam menetapkan beberapa peraturan dan tata susila yang harus menjadi amalan semua anak apabila berhadapan dengan ibu bapa mereka. Antaranya: 1. Berbuat baik kepada kedua ibu bapa Maknanya, ihsan atau berbuat baik kepada kedua ibu bapa adalah sifat Muslim yang mulia. Banyak nas dan yang menyuruh seseorang itu berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Firman Allah yang bermaksud: Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibu bapa. (Surah an-Nisaa,

ayat 36). Tidak ada jalan lain untuk membahagiakan ibu bapa melainkan dengan berbuat baik kepada mereka. 2. Menghargai dan menghormati mereka Sebagai menghargai jasa kedua ibu bapa, Islam mengangkat tinggi darjat keduanya, iaitu selepas darjat beriman kepada Allah dan beribadat kepada-Nya. Al-Quran memandang mulia konsep ihsan terhadap kedudukan ibu bapa. Sebagai seorang anak, penggunaan tutur kata haruslah lemah-lembut. Allah berfirman yang bermaksud: Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku ketika aku kecil. (Surah al-Isra, ayat 24).

3.

Merendahkan suara ketika berbicara dengan ibu bapa Apabila berbicara dengan ibu bapa, janganlah sesekali mengeluarkan perkataan yang

tidak menyenangkan dan boleh menyinggung perasaan, umpamanya dengan suara tinggi. Firman Allah: Maka sesekali janganlah kamu mengucapkan ah kepada keduanya. (Surah anNisaa, ayat 23).

4.

Berdoa untuk kebahagiaan ibu bapa Seseorang anak hendaklah sentiasa mendoakan ibu bapa sama ada yang masih hidup atau

yang sudah meninggal dunia. Sebagai seorang anak salih, tidak seharusnya melupakan ibu bapa begitu saja. Allah berfirman yang bermaksud: Dan ucapkanlah wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua mendidik aku waktu kecil. (Surah al-Isra, ayat 24).

5.

Jangan menderhaka kepada ibu bapa Seorang anak dilarang sama sekali menderhaka ibu bapa. Sesungguhnya, derhaka kepada

ibu bapa adalah dosa paling besar dan keji.

iii.

Adab Jual beli Islam menggariskan beberapa adab untuk diamalkan semasa berniaga. Adab ini bertujuan

untuk mengelakkan berlakunya perselisihan faham dan penipuan dalam perniagaan. Antara adab-adab dalam berniaga ialah:

Amanah: - Amanah bermaksud penjual dan pembeli bersikap jujur dan tidak menipu dalam perniagaan. - Contohnya peniaga tidak sepatutnya mencampur buah-buahan yang lama dengan yang baru dan menjualnya dengan harga yang sama nilai. Manakala pembeli haruslah bersikap jujur sekiranya penjual tersilap memulangkan wang. Ihsan: - Ihsan bermaksud peniaga menjalankan aktiviti perniagaan dengan mengambil kira semua aspek kemasyarakatan dan keberkatan daripada Allah S.W.T. di samping mendapat keuntungan. Bekerjasama: - Penjual dan pembeli hendaklah bertolak ansur sekiranya timbul sebarang perkara yang tidak diingini. Tekun: - Perniagaan hendaklah dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh agar perniagaan yang dijalankan itu berkembang maju. Menjauhi perkara yang haram: - Penjual hendaklah menjauhi perkara yang haram semasa menjalankan perniagaan. Contohnya menipu dalam timbangan, menjalankan muamalat riba, menyorok barang, dan menjual barangan yang diharamkan seperti dadah dan arak. Melindungi penjual dan pembeli: - Penjual dan pembeli hendaklah saling melindungi hak masing-masing. Contohnya penjual memberikan peluang yang secukupnya kepada pembeli untuk membuat pilihan ketika hendak membeli sesuatu barangan.

iv.

Adab Menjaga Harta Awam Menggunakannya mengikut peraturan yang telah disediakan Bertimbang rasa dengan pengguna lain Melaporkan kerosakkan kepada pihak yang bertanggungjawab Gunakan mengikut keperluan tanpa pembaziran Bertanggungjawab terhadap keselamatan kemudahan awam Contoh Penyalahgunaan Harta Awam : Menggunakan paip bomba untuk kegunaan peribadi Membuat panggilan palsu kepada pihak polis atau bomba Membuang sampah bukan pada tempat yang telah disediakan Menconteng papan-papan tanda jalan raya Cara Meningkatkan Kesedaran: Mengadakan kempen kesedaran pentingnya menjaga harta benda awam Menguatkuasakan undang-undang

2.0

TINJAUAN PELAKUAN ADAB DAN AKHLAK MURID Tinjauan terhadap adab murid terhadap guru dan rakan telah dibuat. Murid yang terlibat

adalah murid Tahun 6 seramai 50 orang. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti akan pelakuan adab dan peribadi murid terbabit.

2.1

Metodologi Kajian Pengutipan data kajian dilakukan dengan menggunakan instrumen yang telah dibina

berasaskan kategori dan senarai akhlak seperti yang disarankan oleh Darraz (1973). Soalansoalan yang berkaitan dengan akhlak dibina dalam bentuk penyataan tingkahlaku akhlak dan dibahagikan menggunakan empat skala kekerapan berasaskan skala Likert. Item-item akhlak yang digunakan dalam inventori ini telah disahkan kandungannya oleh pakar-pakar dalam bidang Pendidikan Islam dari pelbagai institusi pendidikan tinggi tempatan. Analisis data kajian telah dilakukan secara deskriptif (peratus) dengan menggunakan kaedah pengiraan manual.

2.1

OBJEKTIF SOALAN SOAL SELIDIK

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau tingkahlaku murid sekolah ketika berada di dalam kawasan sekolah dan ketika berada di luar sekolah. Objektif kajian ini secara khusus adalah seperti berikut; i. Mengetahui faktor berlakunya perbuatan tidak berakhlak para murid yang menyebabkan masalah sosial di sekolah. ii. Mengenalpasti penyelesaian terhadap perilaku adab buruk yang berlaku dikalangan murid.

2.2

Soalan Kajian

BAHAGIAN A: MAKLUMAT PERIBADI MURID

NAMA (AKAN DIRAHSIAKAN):_____________________________________________ KELAS: __________________________

BAHAGIAN B: (AMALAN YANG DILAKUKAN OLEH MURID DI TEMPAT ATAU HARTA AWAM DI SEKOLAH DAN DI LUAR SEKOLAH ARAHAN : Untuk bahagian B, anda diminta memilih jawapan yang bersesuaian dengan diri anda. Anda dibenarkan memilih hanya SATU sahaja jawapan yang tepat dengan diri anda.

Berikut adalah singkatan kepada jawapan yang disediakan untuk bahagian B. 1 Tidak pernah 3 Kerapkali 4 Selalu

2 -Kadang-kadang

BAHAGIAN A : Soalan 1 5 adalah berkenaan dengan cara-cara akhlak yang baik

Bil 1. 2. 3. 4. 5.

Pernyataan Saya mengucapkan salam kepada ibubapa. Saya mengucapkan salam ketika bertemu guru. Saya menggunakan harta awam dengan baik Saya meninggikan suara jika bercakap dengan orang lain Saya pernah merosakkan harta awam (pam tandas dll)

Di sekolah 1 2 3 4

Luar Sekolah 1 2 3 4

BAHAGIAN B : Soalan 6 10 adalah berkenaan dengan tanggungjawab terhadap orang lain Bil 6. 7. 8. 9. 10 Pernyataan Saya menyayangi orang lain (ibubapa, guru, rakan) Saya suka memarahi orang lain Saya selalu membuat ibu, bapa dan rakan menangis Saya suka bertengkar/bergaduh dengan orang lain Saya memelihara harta awam supaya orang lain dapat menggunakannya. Di sekolah 1 2 3 4 Luar Sekolah 1 2 3 4

3.0 3.1

ANALISIS KAJIAN - BANDING BEZA AMALAN REALITI MURID DENGAN DALAM SEKOLAH Dalam konteks sistem pendidikan yang diamalkan di Malaysia, konsep adab dan akhlak

Islamiah yang terkandung di dalam kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah meliputi adab di dalam kehidupan harian, adab terhadap ibubapa dan keluarga, adab dalam kehidupan bersosial, adab menuntut ilmu, dan adab dengan al-Quran (Sukatan Muridan Pendidikan Islam KBSR, 2002). Dalam tinjauan yang dilakukan, didapati kebanyakan murid tidak mengamalkan sikap dan akhlak yang baik. Mereka memerlukan satu kaedah yang dapat membantu mereka dalam

mengekalkan akhlak yang baik. Dalam pemerhatian yang dilakukan oleh guru, murid tidak menunjukkan akhlak yang baik dalam menggunakan harta awam dan juga adab sosial yang lain seperti adab dengan guru dan juga ibu bapa. Terdapat hanya segelintir murid sahaja yang mengamalkan adab yang baik. Contoh yang paling ringkas adalah ucapan terima kasih yang kian hari kian dilupakan. Daripada soalan-soalan di bahagian A, hanya 15 % murid mengatakan bahawa mereka mengucapkan salam ketika keluar dan pulang kerumah. Bagi murid yang lain, 25% melakukannya kadang-kadang manakala yang lain tidak pernah melakukannya. Walaubagaimanapun, semua murid mengakui mereka mengucapkan salam ketika bertemu guru. Ini kerana perkara tersebut telah menjadi amalan di mana-mana sekolah. Bagi penggunaan harta awam pula, terdapat segelintir murid iaitu sebanyak 30% yang tidak menggunakannya dengan baik. Mereka bertindak sebegitu kerana merasakan bahawa tidak perlu bagi mereka untuk menjaga harta yang bukan dari wang ibu bapa mereka. Keadaan di sekolah yang selalu bising merupakan jawapan kepada soalan keempat, tidak dapat diketahui punca sebenar tetapi kebanyakan murid di sekolah ini gemar meninggikan suara ketika bercakap dengan orang lain. Hampir 80% murid menandakan sebegitu. Justeru itu, dengan ketiadaan adab dan akhlak yang baik bagi kebanyakan murid, tidak mengejutkan bahawa sebanyak 65% murid mengakui bahawa mereka pernah merosakkan harta awam seperti pam tandas, kerusi dan meja mereka sendiri. Sepertimana orang lain, 100% murid mengatakan bahawa mereka menyayangi ibu bapa, guru dan rakan. Tidak dapat tidak, sifat semulajadi kanak-kanak, mereka akan memarahi orang lain jika tidak ada yang kena dan sifat pemarah itu perlu dibendung dari awal bagi mengelakkannya menjadi lebih serius pada masa akan datang. Bagi soalan kelapan, tiada murid mengaku bahawa mereka pernah membuat ibu bapa, guru dan rakan menangis. Sepertimana soalan ketujuh, sikap bergaduh dan berbaik menjadi rutin kehidupan mereka. Walaupun tidak ramai yang mengaku sedemikian, ianya merupakan sesuatu perkara yang perlu dielakkan oleh seseorang murid. Bagi penggunaan harta awam, mereka mengatakan bahawa mereka memelihara harta awam supaya dapat digunakan oleh orang lain. Hanya 10% murid sahaja mengatakan sebaliknya.

3.2

AMALAN REALITI MURID DENGAN LUAR SEKOLAH Kajian tinjauan awal ini pada asasnya membuka ruang yang luas kepada prospek

penyelidikan khususnya dalam bidang pendidikan Islam di negara ini. Prospek ini meliputi pembinaan instrumen penilaian penghayatan akhlak yang lebih komprehensif selain dari kajian hubungan penghayatan akhlak dengan budaya dan amalan pengajaran dan pembelajaran pendidikan secara keseluruhannya. Kajian tinjauan ini juga membuka ruang kepada kajian-kajian yang berbentuk kajian tindakan untuk mengenalpasti secara lebih mendalam tentang punca kepada gejala sosial yang berlaku di dalam masyarakat. Bagi keadaan diluar sekolah, pengaruh yang lebih hebat seperti media televisyen, internet dan sebagainya akan mempengaruhi sikap dan tingkahlaku murid jika mereka tidak ditanam dengan asas agama yang kukuh. Keadaan ini berlaku kerana murid melihat perlakuan orang lain yang lebih dewasa melakukan perbuatan tidak berakhlak maka mereka akan menganggap bahawa perbuatan itu tidak salah kerana dilakukan oleh orang dewasa. Sebagai contoh, mereka mungkin tidak pernah melihat ibu bapa mereka sendiri bersalaman dengan orang lebih tua. Begitu juga drama-drama televisyen yang menggambarkan kisah-kisah akhlak yang buruk. Disebalik mengambil iktibar, kanak-kanak mungkin menganggap bahawa tindakan itu betul. Antara lain, adab antara orang lebih muda terhadap orang lebih tua juga menjadi ikutan. Perbuatan seperti melanggar orang lain tanpa meminta maaf, adab bersalaman yang semakin dilupakan, panggilan hormat kepada orang lebih tua akan menjadi ikutan murid jika tidak diperbetulkan dan diterangkan kepada mereka yang mana betul dan yang mana salah.

4.0

RUMUSAN

Secara keseluruhan, dapatan kajian ini menunjukkan tahap penghayatan akhlak peribadi di kalangan murid sekolah adalah sederhana tinggi. Manakala analisis terperinci dari segi peratus kekerapan penghayatan tingkahlaku kesemua jenis akhlak peribadi menunjukkan pola penghayatan yang agak rendah dalam beberapa jenis tingkahlaku akhlak peribadi berbanding dengan beberapa jenis tingkahlaku akhlak yang lain. Dapatan kajian kecil ini mungkin dapat memberi sedikit gambaran tentang status penghayatan akhlak yang menjadi antara objektif utama pendidikan di negara ini. Sekaligus, dapatan tentang pola penghayatan yang agak rendah

dalam beberapa jenis tingkahlaku akhlak peribadi ini mungkin dapat menjelaskan punca kepada masalah gejala sosial di kalangan murid yang sedang dihadapi dalam masyarakat kita pada masa kini Perbincangan di atas memperlihatkan peri pentingnya pendidikan akhlak dalam sistem pendidikan kebangsaan. Pendidikan Islam yang secara langsung berperanan mendidik dan membentuk individu muslim yang berakhlak dan beriman sentiasa mengalami perubahan demi menambahbaik dan mempertingkat keberkesanan dalam pendidikan akhlak dan moral murid. Walau apapun, yang jelasnya pendidikan akhlak dan moral yang dilaksanakan perlu dikaitkan dengan nilai Islam khususnya dan nilai agama amnya. Tanpa kaitan ini, insan yang bakal dilahirkan pasti tidak mempunyai kekuatan rohani dan mudah dihanyutkan oleh arus pemodenan yang bercanggah dengan prinsip Islam. Malah, mereka mudah putus asa apabila berhadapan dengan sesuatu konflik dan masalah kerana tiada kawalan agama yang memberi keyakinan tentang kekuasaan Allah s.w.t. Selain itu, pendidikan akhlak perlu menekankan kepada aspek penghayatan murid bukan hanya mementingkan aspek kognitif sahaja. Justeru itu, suatu langkah yang lebih menyeluruh perlu difikirkan dan diambil bagi menilai aspek penghayatan murid dari segi akhlak dan moral. Suasana yang kondusif ke arah pembentukan akhlak dan moral yang baik perlu diwujudkan di sekolah, dalam keluarga dan masyarakat. Hanya dengan suasana yang saling menyokong ini, murid-murid yang berakhlak dan bermoral dapat dilahirkan.

RUJUKAN

Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail. (2002). Pendidikan Akhlak Dalam KBSM: Persepsi Pelajar Terhadap Konsep Akhlak. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 1). Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, hal. 120-134.

Ahmad Amin. (1974). Kitab Al-Akhlaq. Beirut, Lubnan: Dar al-Kitab al-Arabiy.

Al-Attas, Syed Muhammad al-Naquib. (1978). Islam and Secularism. Kuala Lumpur: Muslim Youth Movement of Malaysia. Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. (Tanpa tarikh). Ihya Ulum al-Din. Qahirah: Maktabah Zahran

Al-Kaysi, Marwan Ibrahim. (2000). Morals and Manners in Islam. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust. Darraz, Muhammad Abdullah. (1973). Dustur al-Akhlaq fi al-Quran. Beirut: Muassasah alRisalah.

Gabrieli, F. (1960). Encyclophaedia of Islam (New Edition). London: Luzac & Co. Vol. I. Jalaluddin & Usman Said. (1994). Filsafat Pendidikan Islam: Konsep dan Perkembangan Pemikirannya. Jakarta: PT RajaGrafindo Persada.

Jamiah Hj. Manap, Azimi Hamzah, Sidek Mohd. Noah & Hasnan Kassan. (2004). Prinsip Pengukuran Religiositi dan Personaliti Religiositi daripada Perspektif Islam. Kertas kerja dibentangkan dalam International Seminar on Islamic Thought, 24-27 Disember 2004, UKM Bangi.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mahathir Mohamad. (1991). Malaysia: The way forward. Kertas kerja dibentangkan dalam mesyuarat The Malaysian Business Council, Kuala Lumpur.

Majid Fakhry. 91991). Ethical theories in Islam. Leiden: E.J. Brill.

Malek Bennabi. (1998). On the Origins of Human Society. Terjemahan oleh Mohamed

Miskawaih. Ahmad Ibnu Muhammad.(1966). Tahdhib al-Akhlaq. Suntingan C.K. Zuraik. Beirut: American University of Beirut.

Mohd Kamal Hassan. (1988). Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadu. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise

Mohd Sulaiman Haji Yasin. (1992). Akhlak Dan Tasawuf. Bangi, Selangor: Yayasan Salman. Najati, Muhammad Uthman. (1993). Al-Hadith al-Nabawiy wa Ilmu al-Nafs. Beirut: Dar alSyuruq.

Syed Ali Ashraf. (1990). Islamic Education and Moral Development I. The Metaphysical Dimension. Muslim Education Quarterly. Vol. 8, No. 1: 1-5

Tajul Ariffin Noordin. (1999). Falsafah pendidikan Negara : satu reformasi pembangunan abad ke-21. Isu-isu Pendidikan Negara. Jilid 1: 76-90

Wan Liz Osman Wan Omar. (2000). Gagasan Alaf Baru: Mencetus Kebangkitan, Membina Keagungan. Batu Caves, Selangor Darul Ehsan: Thinkers Library Sdn Bhd.

Zakaria Stapa. (1999). Akhlak Islam : Konsep dan Sistem. Dewan Masyarakat, Mac : hal. 64-65.:

Anda mungkin juga menyukai