Anda di halaman 1dari 17

GARIS PANDUAN SISTEM KREDIT

KERANGKA KELAYAKAN MALAYSIA

1. Pengenalan

Kerangka Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualifications Framework (MQF)


yang telah diluluskan oleh Majlis Pendidikan Tinggi Negara (MPTN) pada 14
Januari 2005 merupakan titik rujukan dan persefahaman bersama yang jelas dan
telus tentang Kelayakan Pengajian Tinggi yang dianugerah di Malaysia. Kredit
merupakan satu daripada kriteria MQF bagi membangun dan mengklasifikasikan
kelayakan yang dianugerahkan oleh pemberi pendidikan tinggi yang diiktiraf. Ia
menjelaskan keupayaan bagi tahap-tahap kelayakan, hasil pembelajaran bidang
dan program serta profil kelayakan yang termasuk tujuan dan sifat kelayakan.
Kriteria ini dipersetujui di peringkat kebangsaan dan ditanda aras mengikut amalan
antarabangsa seperti European Credit Transfer System (ECTS) dan UK Credit
System.

Sistem kredit yang dipakai sekarang adalah berdasarkan jam kontak yang dikira
mengikut jam pengajaran seminggu dalam sesuatu semester dan tidak mengambil
kira pembelajaran sendiri yang perlu dilakukan oleh pelajar secara sistematik.
Belum ada panduan yang diterima oleh semua pihak dalam menetapkan masa
pembelajaran sendiri bagi setiap jam pertemuan. Masing-masing pemberi
pendidikan tinggi menetapkan jam kredit mengikut tafsiran mereka. Justeru sistem
kredit di sesebuah institusi pendidikan sukar diterima pakai di institusi lain.
Keadaan ini juga tidak membantu memudahkan proses pengumpulan dan
pemindahan kredit.

Bagi merealisasikan hasrat menyediakan laluan pendidikan yang menghubung


kait kelayakan-kelayakan di dalamnya secara sistematik dan bagi membolehkan
individu yang ingin memajukan diri dalam pendidikan tinggi mendapat faedah
melalui persefahaman tentang kredit, MQF menyediakan satu garis panduan
pengiraan kredit berdasarkan hasil pembelajaran program pengajian yang
berkenaan.
Adalah diharapkan pemberi pendidikan menggunakan garis panduan ini sebagai
rujukan ketika merekabentuk kurikulum, menetapkan beban pembelajaran yang
sesuai mengikut bidang, program dan kursus pengajian, serta ketika
mempertimbangkan keperluan individu pelajar yang berbeza-beza kebolehan agar
mereka mendapat faedah yang optimum daripada jumlah kredit yang diambil pada
setiap semester.

2. Definisi Istilah

2.1 Kredit
Kredit ialah pengukur kuantitatif yang melambangkan volum atau beban
pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.

2.2 Hasil Pembelajaran

Pernyataan tentang perkara yang pelajar dikehendaki mengetahui,


memahami dan boleh melakukan setelah selesai sesuatu tempoh
pembelajaran. Hasil pembelajaran dinyatakan pada tiga peringkat, iaitu
peringkat tahap kelayakan, peringkat bidang dan peringkat program
pengajian.

2.3 Beban Pembelajaran

Pengukur kuantitatif semua kegiatan pembelajaran yang diperlukan untuk


mencapai hasil pembelajaran. Contohnya menghadiri kuliah, tutorial dan
seminar, menjalankan kerja amali, latihan praktikal, belajar sendiri, mencari
maklumat, membuat kajian, menjalani kerja lapangan, membuat
persediaan untuk peperiksaan, menyiapkan kerja kursus dll.

2.4 Tahap Kelayakan


Merupakan peringkat anugerah yang dihuraikan dengan hasil-hasil generik
atau penghurai kelayakan yang mencirikan kelayakan-kelayakan tipikal di
dalamnya. Setiap tahap hasil generik membezakan keupayaan pelajar dari
segi kedalaman dan kompleksiti ilmu serta pemahamannya, aplikasi

2
pengetahuan dan kemahiran, darjah autonomi dan kreativiti dalam
membuat keputusan, kemahiran berkomunikasi, keluasan dan
kecanggihan amalan dan sebagainya.

2.5 Bidang
Bidang pengajian adalah merujuk kepada jurusan pengajian yang
ditetapkan berdasarkan disiplin ilmu tertentu. Contohnya bidang sains,
teknologi, sains sosial, sastera, kemanusiaan, perubatan, kejururawatan,
kejuruteraan, ekonomi, perakaunan, seni halus dsb. Bidang biasanya
menentukan tumpuan ilmu dan kemahiran yang perlu dikuasai dalam
sesuatu program pengajian.

2.6 Program
Program pengajian adalah merujuk kepada semua komponen kursus, unit
atau modul pembelajaran yang menstruktur hasil pembelajaran dan
membawa kepada gelaran kelayakan. Contoh: Sijil Penguirusan Pejabat,
Diploma Sains Kesetiausahaan, Bacelor Pengurusan Perniagaan
Antarabangsa dengan Kepujian, dsb.

3. Matlamat Sistem Kredit

Antara lain, matlamat sistem kredit MQF ialah:

i. Menangani ketidakseragaman sistem kredit sedia ada


Ketidakseragaman amalan pengiraan dan penetapan kredit menyukarkan
penyetaraan dan nilai taraf program dan kursus, hubungkait dan
pemindahan kredit dan pengiktirafan pengetahuan dan kemahiran yang
terkumpul dari pengalaman kerja dan pembelajaran seseorang pelajar.
Dalam konteks pembelajaran sepanjang hayat, ketidakseragaman ini
menyukarkan proses pengiktirafan pengalaman pembelajaran terdahulu
(RPL).

3
ii. Meningkatkan fleksibiliti
Berbanding sistem kredit berdasarkan jam pertemuan yang terikat dengan
jumlah minggu pengajian dalam sesuatu semester, sistem kredit
berasaskan beban pembelajaran lebih bersifat student centered. Justeru
sistem ini mengambil kira keanjalan dan autonomi kepada pemberi
pendidikan tinggi dari segi menentukan tempoh semester dan bilangan
semester setahun, mengatur pendekatan dan strategi penyampaian seperti
secara sepenuh atau separuh masa atau jarak jauh; menentukan kaedah
pengajaran dan pembelajaran termasuk e-pembelajaran dan lain-lain
kaedah inovatif yang sesuai. Oleh yang demikian, sistem kredit MQF adalah
mendokong proses pembelajaran sepanjang hayat yang dilalui secara
formal, informal dan non-formal.

iii. Mempraktik autonomi akademik


Dari segi amalan autonomi akademik, pemberi pendidikan tinggi bebas
menentukan jumlah kredit yang wajar bagi sesuatu program dan untuk
setiap unit atau mata pelajaran yang ditawarkan. Matlamat sesuatu program
ditunjukkan secara spesifik dalam bentuk hasil pembelajaran. Misalnya, bagi
mencapai hasil pembelajaran keusahawanan, ada IPT yang mengadakan
kursus keusahawanan dan ada yang menempatkan pelajar di tempat kerja.
Hasil pembelajaran generik seperti kemahiran berfikir secara kritikis dan
kreatif boleh dicapai melalui pembelajaran berasaskan masalah (PBL)
seperti yang banyak diamalkan dalam program pengajian bidang
profesional. Menerusi Program Perubatan hasil pembelajaran akauntabiliti
sosial boleh dicapai dengan mengadakan kursus ”Kesihatan Masyarakat”
atau ”Perubatan Sosial” yang banyak bergantung kepada ”role modeling”.
Kaedah ini juga sesuai untuk mencapai hasil pembelajaran profesionalisme
dan tingkah laku beretika.

iv. Menjejak perkembangan sistem kredit antarabangsa


Konsep kredit berasaskan usaha pembelajaran pelajar untuk mencapai
hasil pembelajaran tertentu, juga diguna pakai di kebanyakan negara-
negara lain di dunia. Ia termasuk negara-negara Kesatuan Eropah (United
Kingdom dan Ireland merupakan pengerak utama), Australia, New Zealand,

4
dan Afrika Selatan. Kesatuan Eropah memasukkan definisi kredit ke dalam
Kerangka Kelayakan Eropah yang sudah pun diterima dalam Lisbon
Convention, iaitu konvension yang dianjurkan oleh UNESCO.

v. Memudahkan pemindahan kredit

Penggunaan definisi dan sistem yang sama membolehkan kredit diguna


pakai sebagai “mata wang ilmu” (knowledge currency) yang memudahkan
mobiliti pelajar di dalam dan di antara negara. Contohnya, semenjak
Sistem Pemindahan Kredit Eropah (ECTS) dilaksanakan, lebih sejuta
pelajar yang terlibt dengan amalan sistem ini telah mendapat faedah
memindahkan kredit pembelajaran mereka di institusi-institusi pendidikan
tinggi di Eropah.

vi. Meningkatkan kesefahaman

Penyeragaman sistem kredit membolehkan tercapainya kesefahaman


tentang makna nilai kredit dari segi menetapkan beban pembelajaran yang
diperlukan untuk mencapai sesuatu set hasil pembelajaran. Perkara ini
memudahkan urusan penyetaraan dan nilaitaraf program/kursus pengajian
dan pengiktirafan pengetahuan dan pengalaman terkumpul dalam konteks
pembelajaran sepanjang hayat.

vii. Mengambil kira beban pembelajaran seminggu


Dari sudut pelajar, penetapan kredit minimum seminggu membolehkan
pelajar tidak terlalu terbeban dengan kerja pembelajaran. Pelajar boleh
mengaturkan jumlah kredit yang sesuai dengan kemampuan masing-
masing. Kefleksibelan ini akan mewujudkan suasana lebih selesa kepada
pelajar mengalami aktiviti pembelajaran mereka dan mencapai hasil
pembelajaran yang ditetapkan. Keselesaan belajar adalah penting untuk
mengembang dan meningkatkan kualiti pelajar.

5
vii. Memantapkan tujuan menjadikan Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan
Implikasi dasar menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan
pendidikan serantau dan global, maka intensiti kemasukan pelajar luar dan
mobiliti guru / tenaga akademik, penyelidik dan pekerja sektor pendidikan
khususnya, semakin meningkat. Justeru, usaha mengiktiraf dan menyama
taraf kelayakan merentasi sempadan negara, kian diperlukan. Penggunaan
sistem kredit yang seragam di kalangan semua pemberi pendidikan tinggi
adalah antara usaha yang selari dengan senario tersebut.

4. Hasil Pembelajaran dan Penetapan Kredit

Dalam MQF hasil pembelajaran dan penetapan kredit adalah dua perkara penting
yang amat berkaitan. Hasil pembelajaran menggariskan perkara yang sepatutnya
pelajar peroleh dan kuasai selepas tamat sesuatu unit kursus dan selepas tamat
mengikuti program pengajian. Kredit merupakan anggaran masa, jenis aktiviti dan
beban pembelajaran yang perlu dialami oleh seseorang pelajar bagi
membolehkannya mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Sekiranya hasil
pembelajaran itu memerlukan pelajar memahami sesuatu konsep, maka pelajar
perlu mengalami pembelajaran mendaptkan maklumat yang mencukupi, contoh
yang relevan dan situasi yang membolehkannya dapat membina tanggan yang
betul bagi konsep yang dimaksudkan.

4.1 Hasil Pembelajaran


Hasil pembelajaran merupakan rujukan utama bagi standard dan kualiti
serta pembangunan kurikulum dari segi kandungan, sistem penyampaian,
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penetapan kredit dan penaksiran
pencapaian pelajar. Dalam MQF hasil pembelajaran dinyatakan pada tiga
peringkat, iaitu:

i. peringkat tahap iaitu sijil, diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor
falsafah.
ii. peringkat bidang, contoh: Perubatan, Kejururawatan, Perakaunan, Seni
Bina, Kejuruteraan.

6
iii. peringkat program, contoh: Sijil Pengurusan Pejabat, Diploma
Perniagaan Tani, Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan, Sarjana
Pengurusan Perniagaan.

MQF mencadangkan lapan domain pembelajaran yang penting bagi


Malaysia. Berdasarkannya, hasil pembelajaran boleh dijana mengikut
tahap, bidang dan program pengajian, serta diterjemahkan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi setiap kursus atau unit
kursus pengajian. Domain tersebut ialah:

i. pengetahuan ilmu bidang


ii. kemahiran praktikal
iii. kemahiran dan kebertanggungjawaban sosial
iv. nilai, sikap dan keprofesionalan
v. komunikasi, kepimpinan dan kemahiran berpasukan
vi. penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik
vii. pengurusan maklumat dan kemahiran pembelajaran sepanjang
hayat
viii. kemahiran mengurus dan keusahawanan

Berdasarkan lapan domain pembelajaran tersebut, jawatankuasa


kurikulum yang lazimnya diwakili pihak berkepentingan dari kalangan
akademia, industri, profesion, majikan, Kerajaan dan pihak lain yang
relevan, boleh merancang dan menetapkan hasil pembelajaran yang
sesuai mengikut tahap, bidang dan program pengajian yang akan
ditawarkan oleh pemberi pendidikan berkenaan.

Hasil pembelajaran adalah menekankan kepada “pelajar dan aktiviti


belajar”, iaitu menitikberatkan pencapaiannya di samping cara
mencapainya. Justeru kaedah mencapai hasil pembelajaran tidak terbatas
kepada interaksi pengajaran formal sahaja, tetapi ia membuka ruang
kepada penaksiran dan pengiktirafan pengetahuan dan pengalaman yang
diperoleh melalui aktiviti belajar sendiri yang dirancang sendiri, bersama
pengajar dan bersama kumpulan. Oleh yang demikian, pengiraan kredit

7
hendaklah mengambil kira semua beban dan pengalaman pembelajaran
yang sepatutnya dilalui oleh pelajar yang mengikuti sesuatu program
pengajian.

4.2 Kredit Minimum Tahap


Majlis Pendidikan Tinggi Negara (MPTN) telah menetapkan kredit minimum
bagi tahap-tahap kelayakan seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1.

Jadual 1: Jumlah Kredit Minimum Mengikut Tahap Kelayakan

Tahap Kredit Minimum


PhD Tidak ditaraf kredit
Sarjana 40
Sarjanamuda (Kepujian) 120
Diploma lanjutan 40
Diploma 90
Sijil 60
Sijil kemahiran 1, 2 & 3 Berasas kemahiran

Bagi kursus-kursus lain, misalnya kursus persediaan asas (foundation)


MQF menetapkan kredit minimumnya ialah 50 kredit.

4.3 Kredit Minimum Bidang Pengajian


MQF menetapkan bahawa kredit minimum sesuatu bidang Pengajian
adalah boleh lebih tetapi tidak boleh kurang daripada kredit minimum tahap
kelayakan. Sebagai contoh, bagi program sarjana muda (kepujian) ia tidak
boleh kurang daripada 120 kredit. Seterusnya, kredit minimum adalah
berbeza antara bidang ke bidang. Misalnya, bagi bidang Sarjana Muda
Kejuruteraan, kredit minimumnya adalah lebih tinggi daripada bidang
Sarjana Muda Ekonomi. Sebaliknya, kredit minimum bidang Sarjana Muda
Pengurusan Perniagaan sepatutnya lebih rendah berbanding kredit
minimum Sarjana Muda Perakaunan.

Kredit minimum bidang ditetapkan berdasarkan standard bidang dan


ditentukan oleh jawatankuasa teknikal disiplin bidang berkaitan. Keahlian
jawatankuasa ini seharusnya mewakili pemilik berkepentingan dari

8
kalangan akademia, sektor industri, jenis profesion, majikan, Kerajaan dan
pihak lain yang relevan.

4.4 Kredit Minimum Program Pengajian

Sama seperti kredit minimum bidang, penetapan kredit minimum program


adalah merujuk kepada standard bidang dan dibuat oleh jawatankuasa
teknikal disiplin bidang berkaitan. MQF memberi autonomi kepada IPT
menubuhkan jawatankuasa ini dan mengambil langkah perlu supaya
penetapan kredit minimum dalam kurikulum sesuatu program pengajian
yang ditawarkan adalah mengambil kira aspek bidang, beban
pembelajaran dan hasil pembelajaran.

Kredit minimum bagi sesuatu program pengajian hendaklah selaras


dengan agihan nisbah bidang program seperti berikut:

i. Program yang mempunyai satu bidang utama sahaja sebagai


major, kredit minimum keseluruhannya adalah diberi ke atas
bidang/major pengajian berkenaan.

ii. Program yang mengandungi bidang pengkhususan dalam bidang


utama, sekurang-kurangnya 25 peratus kredit minimum
hendaklah ditetapkan kepada pengkhususan.

iii. Program dwimajor, iaitu yang mempunyai komponen asas yang


sama banyak dalam dua bidang utama, kredit minimumnya
hendaklah dalam nisbah 50-50 peratus.

iv. Program major-minor, sekurang-kurangnya 25 peratus kredit


minimumnya dalam bidang lain yang dipilih sebagai bidang
minor.

5. Menganggarkan Beban Pembelajaran

9
5.1 Garis Panduan Menganggarkan Beban Pembelajaran
Bagi mempastikan pelajar tidak terlalu terbeban dengan aktiviti
pembelajaran dalam sesuatu tempoh program pengajian (minggu,
semester, tahun akademik) beban pembelajaran yang sesuai untuk
keselesaan belajar perlu dianggarkan. Garis Panduan Menganggarkan
Beban Pembelajaran (Lampiran A) adalah rujukan utama dalam
menentukan beban pembelajaran pelajar bagi program Sarjana Muda
(Kepujian) dengan jumlah kredit minimum 120.

5.2 Beban Pembelajaran dan Anggaran Nilai Kredit Mata Pelajaran


MQF menetapkan 1 kredit bersamaan dengan 40 jam pembelajaran.
Berdasarkan kajian, 40 jam kredit adalah notional credit yang paling
hampir dengan amalan sistem kredit di IPT. Oleh itu ia dianggap sesuai
kerana tidak banyak mengubah sistem kredit sedia ada.

Nilai kredit sesuatu mata pelajaran ditentukan dengan mengambil kira


kesemua jumlah jam aktiviti pembelajaran secara bersemuka atau secara
formal, pembelajaran berpandu dan pembelajaran kendiri.

Contoh Pengiraan Kredit

Mata Pelajaran: Pengajian Malaysia (peringkat ijazah)

Objektif

Untuk melahirkan warganegara yang setia dan cinta kepada negara,


berwawasan, bangga sebagai rakyat Malaysia, mampu menghadapi
cabaran ke arah mencapai kesejahteraan hidup serta dapat menghayati
peranan Malaysia di arena antarabangsa.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini pelajar sepatutnya dapat:

10
• menerangkan sejarah negara dan bangsa

• menyatakan perkembangan masyarakat dari aspek sosio budaya,


politik dan ekonomi

• menyenaraikan jasa tokoh-tokoh yang terlibat dalam memperjuangkan


dan mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara

• menggunakan nilai-nilai patriotisme untuk meningkatkan jati diri


sebagai rakyat Malaysia

• mengaplikasikan hubungan harmoni dalam masyarakat pelbagai etnik

• menganalisis peranan serta sumbangan Malaysia di peringkat


antarabangsa

Berdasarkan hasil pembelajaran yang tersebut di atas, anggaran beban


pembelajaran, pemilihan strategi penyampaian, aktiviti pengajaran
pembelajaran dan penilaian seharusnya mengambil pertimbangan situasi
yang membolehkan pelajar mengalami perlakuan seperti menerangkan,
menyatakan, menyenaraikan, menggunakan nilai-nilai patriotisme,
mengaplikasikan dan menganalisis dalam proses pembelajaran mereka di
samping penguasaan kemahiran generik sebagaimana yang ditetapkan
dalam lapan domain hasil pembelajaran MQF.

Berdasarkan garis panduan menganggarkan beban pembelajaran


(Lampiran A), Jadual 2 berikut adalah cadangan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dialami oleh pelajar, anggaran jam / beban
pembelajaran dan jam kredit bagi kursus Pengajian Malaysia.

Jadual 2: Aktiviti Pengajaran Pembelajaran dan Anggaran Jam Kredit

Bil. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Jam


1 Kuliah 28
2 Tutorial 10

11
3 Pembelajaran kendiri:
• Persiapan sebelum kuliah seperti menyemak nota/muat-turun
nota kuliah, membaca modul pembelajaran dll.
• Selepas kuliah seperti mengemaskini nota, membuat rujukan
tambahan, berbincang dengan rakan/pensyarah dll. 35
4 Persiapan tutorial 10
5 Menghadiri sesi ceramah jemputan 02
6 Membuat tugasan:
• Mendapatkan, mengumpul dan memilih maklumat dari bahan
rujukan di perpustakaan, internet dll.
• Menulis essei
• Ulangkaji untuk peperiksaan dll. 32

7 Menduduki ujian 02
8 Menduduki peperiksaan 03
JUMLAH 122

Kredit bagi kursus Pengajian Malaysia ialah 122 jam ÷ 40 Jam = 3.05 (3 kredit)

5.3 Menganggarkan Beban Pembelajaran Bagi Minggu dan Semester 14


Minggu
Berdasarkan Garis Panduan Menganggarkan Beban Pembelajaran
(Lampiran A) beban pembelajaran pelajar setiap minggu dan setiap
semester boleh ditentukan sesuai dengan keperluan bidang dan program
pengajian. Sebagai contoh, ia dipaparkan dalam jadual berikut.

Jadual 3: Taburan Agihan Masa Beban Pembelajaran Seminggu

• 8 jam hujung minggu:


- ulangkaji kuliah, tugasan, carian maklumat, kemaskini nota
• 40 jam:
- 8 jam kuliah + 20 jam ulangkaji
- 4 jam tutorial
- 5 jam carian maklumat & kemaskini nota
- 2 – 3 jam kokurikulum

Jadual 4: Taburan Jam Aktiviti Pembelajaran Satu Semester

Kursus Bersemuka Pembelajaran Pelbagai Quiz/ Jumlah Jam Nilai


(Kuliah, Kendiri (Kuliah, Tugasan Ujian Pembelajaran Kredit

12
Amali,
Amali, Tutorial)
Tutorial)
Genetic 57 55 12 3 127 3
Biochem. 75 33 0 3 111 3
Cell Biology 57 49 12 3 121 3
Computer 57 57 10 2 126 3
English 52.5 44.5 20 2 119 3
Bahasa 42 28 42 2 114 3
JUMLAH 340.5 266.5 96 15 718 18

5.4 Menentukan Kredit Penyudah

Kredit penyudah atau kredit aras keluar (exit level credits) adalah jumlah
kredit yang seseorang pelajar itu perlu memenuhi apabila memindah
pengajian ke institusi lain. Tujuannya ialah untuk mengelakkan pelajar
dianugerah kelayakan tanpa mengikuti kursus dengan cukupnya di
sesebuah institusi. Spesifikasi julat untuk kredit penyudah perlu
menghadkan jumlah kredit yang boleh dipindahkan. MQF menetapkan
sebanyak 30 peratus daripada jumlah kredit program mesti
disempurnakan di institusi di mana kredit dipindahkan.
Contoh:
Program : Sarjana Muda (Kepujian)
Kredit minimum tahap : 120
30 % daripada jumlah kredit program : 120 ÷ 30%
Kredit penyudah : 40 kredit*

*Nota: Pelajar yang memindah kredit mesti menyempurnakan minimum


40 kredit di institusi di mana kredit dipindahkan.

5.5 Memindah Kredit


Penggunaan sistem kredit yang seragam oleh semua IPT memudahkan
pemindahan kredit dilakukan sama ada antara program yang sama pada
peringkat tahap dan bidang atau yang berbeza, dalam sesebuah IPT atau
antara IPT, dalam negara atau dengan IPT luar negara. Pertimbangan

13
layak mendapat pindah kredit hendaklah mengambil kira aspek kesetaraan
perkara-perkara seperti berikut:

i. Hasil pembelajaran
ii. Isi kandungan silibus atau modul pembelajaran
iii. Kaedah penilaian termasuk jenis dan agihan peratus
tugasan dan peperiksaan, pemberian gred dan mata/nilai
gred dan gred lulus.
iv. Had pencapaian yang memuaskan, misalnya, minimum
gred B- bagi mata pelajaran teras dan gred C bagi mata
pelajaran lain.

Selain daripada itu, jumlah maksimum pindah kredit yang dibenarkan


hendaklah selaras dengan jumlah maksimum kredit penyudah atau kredit
aras keluar, iaitu 30 peratus daripada jumlah kredit sesuatu program
pengajian.

6. Rumusan
Garis panduan sistem kredit MQF memberi tumpuan kepada penetapan kredit
minimum mengikut tahap, bidang dan program pengajian. Perkiraan agihan jam
kredit seminggu, sesemester dan setahun adalah anggaran untuk rujukan IPT
ketika menentukan beban pembelajaran yang sesuai dengan kemampuan pelajar
dan pembelajaran berkesan bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.
Pelajar perlu diberi panduan dalam mengaturkan jumlah kredit yang sesuai diambil
selaras dengan kemampuan masing-masing.

Koordinator kursus hendaklah menspesifikasikan dengan jelas jam pertemuan


formal dan jam pembelajaran kendiri atau kerja tambahan dalam huraian kursus.
Langkah ini dapat membimbing pelajar menyediakan perancangan pembelajaran
mereka secara sistematik dan memperoleh hasil pembelajaran berkesan.

Penyeragaman sistem kredit akan mewujudkan kesefahaman yang lebih jelas


tentang makna nilai kredit dari segi menetapkan beban pembelajaran yang sesuai
dan diperlukan bagi mencapai sesuatu set hasil pembelajaran, memudahkan

14
urusan penyetaraan dan nilai taraf program atau kursus pengajian, memudahkan
pemindahan kredit dan mengiktiraf pengetahuan dan pengalaman terkumpul
dalam konteks pembelajaran sepanjang hayat.

MQF menetapkan pengiraan kredit berasaskan hasil dan beban pembelajaran.


Sehubungannya, IPT perlu mengubahsuai sistem pengiraan kredit yang terpakai
sekarang supaya ia selaras dengan dasar yang ditetapkan. IPT perlu mengaturkan
sesi taklimat dan bengkel bagi menjelaskan sistem kredit MQF kepada semua
kakitangan akademiknya di institusi masing-masing supaya kefahaman tentang
sistem kredit MQF adalah menyeluruh dan mencapai matlamat pelaksanaannya.

__________
Dr Sood/Sistem Kredit MQF/Mac07

Lampiran A

GARIS PANDUAN MENGANGGARKAN BEBAN PEMBELAJARAN

15
Jam yang dicadangkan hanyalah sebagai garis panduan dan ia amat bergantung kepada
kompleksiti disiplin/mata pelajaran atau aktiviti. Rujukan juga perlu dibuat ke atas
keperluan atau syarat disiplin/mata pelajaran.

1. Bagi setiap jam kuliah, tambah 1 – 2 jam waktu belajar sendiri. Mata pelajaran
yang lebih kompleks mungkin memerlukan 3 jam atau lebih waktu belajar sendiri.

2. Bagi setiap jam tutorial (biasanya antara 1 – 2 jam) tambah 1 – 2 jam untuk masa
persediaan.

3. Bagi setiap 3 jam waktu makmal biasanya termasuk masa untuk menulis laporan.
Namun, bagi disiplin tertentu, misalnya Bioperubatan, Sains Kesihatan dan
Kejuruteraan, 2 jam waktu makmal mungkin memerlukan 2 – 3 jam untuk
menyediakan laporan.

4. Projek tahun akhir pada peringkat kepujian memerlukan kira-kira 240 – 400 jam
untuk tugasan (6 – 10 kredit) dengan 1 – 2 jam pertemuan per minggu dengan
penyeliaan, sama ada berdasarkan makmal, kerja amali atau kajian literatur atau
kedua-duanya.

5. Pengiraan kredit untuk latihan industri seharusnya berdasarkan bilangan jam


pembelajaran berkesan (effective learning) per hari didarab dengan bilangan hari
per minggu dan bilangan minggu latihan industri.

6. Bagi kursus studio, tambah 2 jam untuk kerja-kerja sendiri bagi setiap 2 jam kerja
studio.

7. Program yang lebih banyak berasaskan ”hands-on” atau kerja amali, memerlukan
lebih masa untuk membina kemahiran spesifik melalui amalan berulang-ulang.
Contohnya program Perubatan, Kejururawatan, kursus Bahasa, Juru Bina dan
Seni Lakon; masa untuk aktiviti seperti lawatan ke ward dan menghadiri
pengajaran klinikal, kajian, tunjukcara dan praktik seharusnya diperuntukkan masa
secukupnya dalam pengiraan kredit. Tiada masa tambahan diperlukan untuk
pembelajaran sendiri. Harus diingat bahawa kredit untuk kursus-kursus yang
tersebut itu pada tahap diploma mungkin melebihi kredit minimum kursus pada
tahap sarjana muda (kepujian).

8. Bagi setiap sesi (kira-kira 2 jam) pembelajaran berasaskan masalah (PBL),


tambah 2 – 3 jam untuk pembelajaran arah-kendiri, disusuli dengan 2 jam lagi
untuk diskusi kumpulan.

9. Bagi diskusi kumpulan kecil yang biasanya berakhir dalam 1 – 2 jam, tambah 1
jam untuk masa persediaan.

10. Bagi pembelajaran modul yang masanya ditetapkan (a fixed learning module
-FLM) dalam program Perubatan atau e-pembelajaran, mungkin memerlukan 3
jam masa pelajar, tetapi ia hendaklah dianggap sebagai waktu belajar sendiri.

11. Bagi setiap 1 jam sesi pembentangan, peruntukkan 3 – 4 jam masa untuk
persediaan.

16
12. Bagi menyiapkan kerja kursus bertulis sebanyak 2000 perkataan, peruntukkan
kira-kira 10 – 12 jam.

13. Bagi penulisan kreatif (contoh: novel 100 – 150 halaman atau skrip 50 – 70
halaman) peruntukkan kira-kira 8 – 10 jam per hari sepanjang tempoh satu
semester.

14. Bagi membuat rumusan kes, peruntukkan 3 jam ke atas setiap kes.

__________

17

Anda mungkin juga menyukai