Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

1. Tajuk Kursus
Headcount & Pengurusan Panitia

2. Rasional

Terdapat banyak kelemahan dalam perlaksanaan pengurusan panitia dan ‘headcount’ di


sekolah. Ini kerana jawatan ketua panitia yang disandang dan pengurusan ‘headcount’
dibuat tidak berdasarkan pengetahuan dan cara yang betul. Dengan adanya pendedahan
melalui kursus ini diharapkan pengurusan panitia dan ‘headcount’ dapat dilaksanakan
dengan lebih berkesan.

3. Matlamat

Mengemaskini perjalanan dan pergurusan panitia serta ‘headcount’ supaya lebih


sistematik dan berkesan.

4. Objektif

* Menambah pengetahuan sedia ada guru-guru berkaitan dengan pengurusan panitia.


* Guru dapat menguruskan ‘headcount’ dengan lebih cekap dan berkesan.
* Meningkatkan sistem fail panitia mata pelajaran dengan kaedah yang lebih sempurna
dan sistematik.

5. Sasaran Peserta

52 orang guru pelbagai mata pelajaran dari Sekolah Kebangsaan Beris Panchor sendiri.

6. Penceramah / Fasilitator

Tn. Hj. Nordin b. Ibrahim


Penyelia Kanan Bahasa JPN.

7. Tempoh

Tarikh : 30 Ogos 2008


Hari : Sabtu
Masa : 8.00pagi hingga 3.30petang

8. Tempat
Makmal Komputer Tingkat Atas

9. Metodoligi

Ceramah
Bengkel

10. Pengisian Kursus

8.00 – 8.30pagi : Pendaftaran


8.30 – 10.45 : Pengurusan Panitia
10.45 – 11.00pagi : Minum Pagi
11.00 – 1.00 t/hari : Headcount
2.30 – 3.30petang : Sumbangsaran
3.30petang : Bersurai

11. Peralatan dan Bahan Kursus

1 rim kertas A4
Komputer dan Laptop.

12. Anggaran Perbelanjaan

Makan dan Minum

52 orang peserta X RM12.00 X 1 hari = RM624.00

Jumlah = RM624.00

Anda mungkin juga menyukai