Anda di halaman 1dari 1

CITA CITA SAYA Setiap orang mempunyai cita-cita. Ada yang ingin menjadi jurutera,doktor,ahli perniagaan,dan banyak lagi.

.Begitu juga dengan diri saya. Saya bercita-cita untuk menjadi juruterbang profesional yang berjaya. Jika saya menjadi juruterbang,saya ingin memandu kapal terbang Boeing-777. Menjadi juruterbang sudah pasti mempunyai gaji yang lumayan. Saya mahu memperoleh pendapatan yang lumayan itu. Dengan cara ini, saya akan dapat hidup mewah. Di samping itu, saya dapat membantu keluarga saya,terutama ibu dan bapa saya Sebagai juruterbang, saya akan berpeluang untuk melawat ke negaranegara lain di dunia ini. Hal ini memang telah menjadi cita-cita saya sejak kecil lagi. Masyarakat memandang tinggi terhadap kerjaya sebagai juruterbang kerana bukan mudah bagi seseorang untuk menjadi juruterbang profesional. Selain itu,saya mahu membawa ibu dan bapa serta adik beradik saya menaiki kapal terbang atau pesawat yang saya pandu sendiri. Saya mahu ibu dan bapa saya berbangga mempunyai anak yang mahir dalam mengendalikan pesawat atau kapal terbang. Saya mahu membawa ibu dan bapa saya terbang di udara sambil melihat atau menyaksikan keindahan alam ciptaan Tuhan. Bukanlah parkara yang mudah untuk mencapai impian saya ini. Oleh itu, saya mesti belajar dan berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya cita-cita atau impian saya ini akan tercapai juga akhirnya.

Anda mungkin juga menyukai