Anda di halaman 1dari 10

Cegah dari merokok

Apakah Keburukan Merokok?


Asap rokok mengandungi 4000 jenis racun. Di antaranya; Nikotin, Karbon Monoksida dan Tar.

KESAN KEPADA ANDA


Penyakit Jantung Barah Paru-Paru Lelah Lumpuh/Angin Ahmar Berkurangnya kecergasan dan keceriaan Kulit muka berkedut Gigi berwarna kuning dan berkarat Badan dan baju berbau

KESAN KEPADA ISTERI ANDA


Melahirkan bayi yang kurang berat badan dan tidak cukup bulan Putus haid awal Lebih terdedah kepada kanser (kanser pangkal rahim) Mengurangkan kesuburan

KESAN KEPADA ANAK-ANAK ANDA


Lebih mudah mendapat lelah (Asma) Mendapat jangkitan paru-paru Anak-anak akan meniru dan menjadi perokok

MEROKOK MENGAKIBATKAN STROK


Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10?12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah. Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar. Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak. Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut

FAKTA MEMBIMBANGKAN AKIBAT MEROKOK


50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok. Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1. Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah. 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok. Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun. Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.

BERHENTI MEROKOK
Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda. Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi. Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan. Luahkannya dengan cara positif. Bergiat aktif. Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.

Cegah dari dadah


Dari segi hubungan seks :
Jangan mengamalkan hubungan seks rambang, seks sejenis, seksual diluar nikah ataupun hubungan seks sebelum kahwin. Mempunyai pasangan seks yang tetap dan berkekalan. Menghadkan aktiviti seksual kepada hanya seorang pasangan yang belum dijangkiti. Sentiasa mengutamakan keselamatan dengan mengunakan kondom setiap kali megadakan hubungan seks dari awal hingga akhir. Kondom perlu digunakan dengan cara yang betul. Pengunaan kondom mengurangkan risiko anda daripada dijangkiti virus HIV tetapi perlindungan ini tidak 100% selamat. Jika anda seorang perempuan, pastikan pasangan anda mengunakan kondom.

Dari segi penagihan dadah :


Jangan melibatkan diri anda dalam golongan penagih dadah. Jauhi diri dari dadah. Tidak berkongsi jarum suntikan bila anda melakukan penyalah gunaan dadah. Jika anda seorang penagih dadah, mendapat rawatan untuk menghentikan ketagihan itu.

Dari segi transfusi darah :


Elakkan dari pemindahan darah sejauh mana yang boleh. Kurangkan kemungkinan mendapat kecederaan yang teruk. Elakkan diri dari mengambil suntikan kecuali jika betul-betul perlu. Jika anda terpaksa mengambil suntikan, pastikan jarum dan 'syringe' didapatkan terus dari bungkusan yang bersih dari kuman (sterile) atau telah dibersihkan dari kuman. Pastikan alat suntikan digunakan sekali sahaja, kemudian dibuang dengan selamatnya.

Jangan kongsi benda yang mungkin ada kesan darah orang lain seperti pisau cukur, berus gigi atau alat suntikan. Elakkan dari mendapatkan "tattoo", "acupuncture" dan sebagainya. Sekiranya anda mahu berbuat demikian, pastikan alat-alat penebus kulit tersebut sentiasa dibersihkan dari kuman.

Dari segi ibu yang menjangkiti HIV / AIDS dan mengandung bayi :
Ibu yang mengandung bayi dan menghidap HIV / AIDS, diminta supaya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan langkah yang boleh dilakukan. Bagi mereka yang menghidap HIV / AIDS dan ingin mendapatkan bayi, diminta agar pergi berjumpa dengan doktor atau mendapatkan nasihat di pusat-pusat kaunseling yang anda percayakan. Jika tidak, sila dapatkan bantuan dari persatuanpersatuan, jabatan-jabatan kesihatan atau pertubuhan-pertubuhan kesihatan yang berkaitan. Mereka selalu bersedia untuk menolong anda.

Anda mungkin juga menyukai