Anda di halaman 1dari 2

SUSAHNYA MENCARI KAWAN YANG SETIA

BUKAN senang untuk mendapat kawan yang setia


Boleh berkawan waktu susah dan senang Di waktu dukacita dan gembira Di waktu kita buntu fikiran dialah yang memberi pandangan Ketika tidak ada apa yang hendak dimakan, diberi bantuan Boleh memberi pertolongan sebelum diminta, kerana faham masalah kawan Apatah lagi apabila diminta Waktu sakit diziarahi Di waktu mendapat nikmat, dia melahirkan kegembiraan Kesusahan kawan kesusahannya Kesedihan kawan adalah kesedihannya Keluarganya dijaga dan diambil berat tentang kehidupannya Maruah kawan dan keluarganya amat dijaga Ia merasakan maruah diri sendiri juga Apabila sudah agak lama tidak berjumpa sudah bertanya-tanya Apa halnya, apa masalahnya, lama tidak berjumpa Kebaikannya dicerita-cerita dan dipuji-puji di belakangnya Keaibannya ditutup, kecacatannya tidak diumpat Mengutamakan kawan dari dirinya Selepas mati keluarganya tetap dihubungi Silaturrahim dengan keluarganya terus bersambung

Susah payah keluarga kawannya selepas mati tetap ditolong Aduh, mana hendak dapat kawan di waktu ini Macam kita gambarkan tadi Penulis pun belum boleh setia dengan kawan Aku memohon ampun kepada Tuhan Kerana belum boleh setia dengan kawan

Anda mungkin juga menyukai