Anda di halaman 1dari 4

AMALAN BAIK DI SEKOLAH

PENGENALAN

Ada ketikanya kita sebagai guru merasakan segala usaha kita mendidik murid-murid adalah sia-
sia sahaja. Gejala pelajar tidak memberikan tumpuan semasa guru mengajar, murid nakal, tidak
membuat kerja sekolah, samseng, merokok, bergaduh dan lain-lain lagi menjadi lumrah di
sekolah. Dari masa ke semasa guru-guru juga telah dihantar berkursus untuk meningkatkan
pengetahuan bagi mengatasi gejala ini tetapi tingkah laku pelajar tetap sama, mungkin semakin
teruk.

BEBERAPA PERSOALAN TIMBUL?


• Adakah Guru kurang berdedikasi?, tidak cukup latihan?
• Persekitaran sekolah membosankan?
• Ibu bapa terlalu bergantung kepada sekolah untuk mendidik anak mereka
• Pelajar kurang sessi kaunseling/sessi motivasi
• Kurang semangat atau kepinpinan politik untuk menangani masalah ini?

Cubaan untuk menjawab soalan di atas akan menimbulkan lebih banyak kontroversi atau polemik
yang tidak berkesudahan. Masalah masa depan generasi bakal memimpin negara tetap seperti itu
juga.

YANG PENTING IALAH INSTITUSI PENDIDIKAN MELAHIRKAN PELAJAR YANG


CEMERLANG DAN BERSAHSIAH TINGGI.

Sebelum bertindak ada beberapa perkara yang kita kena terima.


• Unsur negatif lebih kuat daripada unsur positif
(contohnya I kg simen untuk membuat konkrit adalah lebih lemah berbanding 1 kg bahan
peletup. Contoh lain 1 jam berpeleseran di pasaraya lebih menguja pelajar berbanding 1
jam bersama pengetua sekolah.)
• “man is a creature of habit” yang memberi gambaran bahawa tabiat manusia yang menebal
sukar dibuang, usaha berterusan perlu dilakukan pada satu jangkamasa yang lama untuk
membuang tabiat buruk tersebut. Satu sessi perhimpunan setiap hari, satu sessi
kaunseling seminggu, satu sessi motivasi sebulan tidak akan membuang sikap buruk yang
telah dipupuk sekian lama .
• Selain dari sessi yang berterusan, perubahan mungkin boleh berlaku jika berlaku kejutan
yang memberikan kesan psikologi yang mendalam. Contohnya kematian ibu bapa yang
paling disayangi, terlibat dalam kemalangan, hampir maut dan sebagainya.

1
Mari kita tinjau sejenak bagaimana tabiat di programkan dalam setiap manusia.

Manusia Komputer
Ibu bapa yang memelihara sejak dari lahir Program os seperti DOS, Window 95,98,2000,
Window ME, Window XP, Vista, Linux
Ahli keluarga Perisian Applikasi seperti Microsoft Office,
Win Amp, dll
Rakan sebaya Applikasi khusus untuk tujuan khusus seperti
Jiran tetangga Photoshop, Remote Sensing,Weather forcasting
Masyarakat
Media cetak, media elektronik
Guru dan suasana persekolahan

Guna anologi yang sama jika kita hendak pelajar berdisplin, kita kena guna program displin, jika
kita hendak pelajar berjaya dalam akademik, kita kena ajar program kaedah belajar yang betul…
dan begitulah seterusnya.

Cuba kita bandingkan matlamat pihak sekolah dan ibubapa


• Pelajar yang baik budi pekertinya
• Pelajar yang berilmu
• Pelajar yang menghormati guru dan
persekitaran sekolah
• Pelajar yang tidak merokok, melepak,
dan melanggar displin
SAYA RASA PIHAK SEKOLAH DAN
• Pelajar yang memberikan tumpuan
SEMUA IBUBAPA MENGINGINKAN
dalam kelas PERKARA YANG SAMA
• Pelajar yang suka ke sekolah dan suka
persekitaran sekolah
• Pelajar yang cemerlang dalam akademik
dan kokurikulum
• Pelajar yang bersahsiah tinggi

Bagaimana caranya kita nak capai impian yang melangit ini??????

MENGAPA SESSI NASIHAT/KAUNSELING/MOTIVASI KURANG BERKESAN?

• Sessi tersebut di atas adalah berkala 1 kali sehari/ seminggu/sebulan/ sepenggal atau bila
ada kes
• Sessi (+) kurang “Oomph” berbanding sessi lepak-lepak dengan rakan sebaya, pesta ria dll
• Sessi (+) biasanya lama >lebih 15 minit dan cukup membosankan dari perspektif pelajar.
Tumpuan pelajar pada sessi sebegini biasanya < dari 5 minit.
• Tabiat manusia menguasai perlakuannya. Tabiat manusia sukar diubah.

2
BAGAIMANA HENDAK MENGUBAH TABIAT, SIKAP DAN PERLAKUAN PELAJAR
• Perlukan program jangka panjang dan berterusan kerana kita menyedari program (+)
adalah lemah berbanding program (-)
• Sasaran kita ialah minda tidak sedar dan minda separa sedar. Walaupun pada peringkat
permulaan program ini hanya disebut dibibir sahaja tetapi lama kelamaan akan
dipindahkan ke minda separa sedar
• Jangkamasa/kekerapan
Setiap sessi singkat iaitu 1-2 minit, sekerap mungkin dan berterusan. Cadangan saya
sebelum mula setiap kelas baca ikrar (program). Dalam satu sessi persekolahan ada 7-10
masa kelas, dalam setahun ada 200- 250 hari sessi persekolahan. Sasaran kita 3 tahun
(200 hari setahun x 7 sessi sehari x 3 tahun = 4, 200 sessi)
• Matlamat kita ialah untuk melihat perubahan pelajar 3 tahun selepas program
dilaksanakan.

Untuk memastikan samada program ini berjaya atau tidak, kita mesti ada titik ukuran

Titik ukuran 2009 2010 2011


Pelajar bermasalah displin
Jumlah pelajar Ponteng
Jumlah samseng
Jumlah kes pergaduhan
Pelajar merokok
Pelajar tak buat kerja rumah
Pelajar gagal dalam perperiksaan
Pencapaian akademik PMR, SPM, STPM
Pencapaian sukan peringkat daerah
Prestasi kokurikulum

IKRAR/MANTRA/DOA/AMALAN 1-2 MINIT SEBELUM MEMULAKAN SETIAP


KELAS
Pihak sekolah mungkin ada program yang lebih baik dari ini, gunakanlah apa yang sesuai untuk
sekolah.

IKRAR INI CUMA MENGAMBIL MASA 1 MINIT SAHAJA


• SAYA SAORANG PELAJAR YANG CEMERLANG
• SAYA MENGHARGAI ILMU PENGETAHUAN
• SAYA MEMBERIKAN TUMPUAN SEPENUHNYA DALAM KELAS
• SAYA MENGHORMATI GURU, PERATURAN SEKOLAH DAN SEMUA INSAN
YANG SAYA KENALI
• SAYA SERONOK BERADA DI SEKOLAH
• SAYA SUKA MEMBACA DAN SUKA MENCARI ILMU YANG BERGUNA
• SAYA MENGAMALKAN CARA HIDUP YANG SIHAT
• SAYA MENGHARGAI MASA
• SAYA SAORANG PELAJAR YANG BERDISPLIN
• SAYA AMAT BERMINAT UNTUK MEMPELAJARI PERKARA YANG BAHARU

3
• DISPLIN, JUJUR, BERILMU DAN KECEMERLANGAN ADALAH AMALAN
HIDUP SAYA
pesonamisteri@yahoo.com, http//:www.pesonamisteri.com

Anda mungkin juga menyukai