Anda di halaman 1dari 15

Cerita 1 sebuah cerita yang berakhir dengan suatu keinsafan

Qamar memandang ke atas langit. Pagi sungguh gelita dek mendung yang menyelimuti seluruh langit. Keremangan pagi seolah-olah menemani hati Qamar yang berdebaran. Sudah empat hari Qamar nekad melarikan diri dari rumah. Tanpa wang sedikit pun, Qamar berterusan mengembara dari satu bandar ke satu bandar lainnya. Jalanan yang lecak-becak pun tidak dihiraukannya. Qamar berazam untuk mencari kerja untuk menyokong dirinya sendiri. Dia yakin dia boleh hidup tanpa bantuan ayah dan ibu angkatnya itu.

Memang sudah dari kecil lagi Qamar dititipkan di rumah anak-anak yatim oleh ibu kandungnya sendiri. Ayah kandung Qamar sudah meninggal dunia beberapa tahun setelah Qamar dilahirkan. Sejak itulah Qamar tidak pernah lagi mengecap kebahagiaan dan kasih sayang. Baru setelah Encik Abidin menjadikannya anak angkat barulah Qamar mula pulih luka di hatinya. Malangnya, isteri Encik Abidin kurang suka dengan Qamar. Dia kelihatan selekeh dengan kulit sawo matangnya, apalagi waktu itu Qamar tiada henti mengesat hingusnya. Lumrah sahaja, tiada sesiapa yang mengajar Qamar tatasusila sehingga dia berbuat demikian.

Namun begitu, itu dulu. Setelah enam tahun Qamar menjadi anak angkat Encik Abidin, dia menjadi lebih sopan. Segala keperluan lahiriahnya dipenuhi padahal Encik Abidin memiliki ramai anak lagi. Ibu angkat Qamar pun sudah mula menyayanginya seperti anak sendiri. Akan tetapi, Qamar seorang anak yang malas belajar, tidak seperti anak-anak Encik Abidin yang lain. Qamar juga merokok dan sering ponteng sekolah. Pada suatu hari, pengetua sekolah memberikan amaran yang Qamar akan dibuang sekolah jika grednya tidak menunjukkan sebarang kemajuan. Sejak saat itu, Encik Abidin menjadi lebih tegas terhadap Qamar. Qamar mula membenci kongkongan ayah angkatnya itu.

Kemuncak masalah Qamar dengan Encik Abidin ialah ketika Qamar tidak diizinkan mengikuti latihan bola sepak di sekolahnya. Encik Abidin mahu Qamar menggunakan masanya untuk mengulang kaji pelajaran, bukan bermain bola, Qamar berasa Encik Abidin pilih kasih kerana anak-anaknya yang lain boleh mengikuti apa sahaja kursus atau latihan yang mereka mahukan. Mengapa dirinya tidak boleh? Qamar berfikir Encik Abidin bertindak sesuai dengan peribahasa, "Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga." Oleh kerana itu, pada suatu malam, Qamar memutuskan untuk melarikan diri sahaja dari rumah itu.

Sekarang, Qamar sedikit menyesal kerana telah lari dari rumah. Tubuhnya kesejukan. Perutnya sudah lama meronta-ronta minta diberi makan. Gumpalan awan hitam yang menutupi dada langit lama-kelamaan menjatuhkan butir-butir hujan lebat. Ah, ke mana harus kuberteduh? Bisik hati kecilnya. Sekarang, jangan kata mencari kerja, mencari seteguk air minum untuk membasahkan tekaknya sahaja Qamar tidak sanggup. Di saat itulah fikiran rasionalnya mula bersuara. Dia terlalu dibutakan emosi dan egonya sendiri. Hanya kerana suatu perkara kecil, dia telah lari dari rumah. Dia tidak mahu dikatakan mirip seperti ibu kandungnya yang lari daripada kenyataan setelah satu masalah berlaku. Qamar berpatah balik. Dia mengambil langkah seribu ke rumahnya sambil menangis teresak-esak. Air hujan yang membasahi wajahnya jatuh seiringan dengan air matanya. Dia harus kembali ke rumah itu. Rumah miliknya. Rumah di mana sebuah keluarga sedang cemas menunggu kepulangannya.

Hujan sudah reda dan langit kembali cerah. Mentari yang tidak kunjung muncul pun akhirnya menampakkan parasnya juga. Qamar lemas lutu kerana kepenatan. Jantungnya berdebar keras ketika tidak dilihatnya sesosok manusia juga di rumahnya. Padahal selalunya rumah itu selalu hangat dan bising. Kelopak mata Qamar baru hampir dipenuhi air mata tatkala suara seseorang memanggilnya, "Qamar, itukah anakku?" Qamar berpaling dan langsung dipeluknya sosok itu. Itu ayahnya beserta ibu dan adik-beradiknya yang baru sahaja pulang dari pejabat polis untuk mencari dirinya. Akhirnya, aku berada di rumah, bisik Qamar.

Kejadian hari tiu memberikan suatu pengajaran kepada Qamar. Keluarga merupakan tempat untuk kita berteduh dan saling menyayangi. Kadangkala, ahli keluarga kita memiliki cara yang berbeza untuk mengungkapkan perasaan kasih mereka terhadap kita. Namun begitu, kita harus yakin yang mereka mengasihi kita dan kita seharusnya percaya akan hal itu. Qamar pasti yang dia tidak akan melawan kehendak ayah dan ibunya lagi. Dia harus rajin belajar seperti apa yang diharapkan oleh keluarganya. Keluarga dan sahabat sukar didapati. Qamar bertuah. Dia sangat bersyukur kerana mengenali Encik Abidin beserta isteri dan anak-anaknya telah memberikannya kehangatan sesebuah keluarga yang didambakannya.
Nukilan Mohd Khairil Bin Jebah 2013

Cerita 2 Letupan di makmal sekolah


Aku duduk terjelopok di atas kerusiku. Nafasku yang pada mulanya tercungapcungap mula beransur pulih. Hari ini merupakan hari pertama aku menjadi seorang guru sambilan untuk menggantikan tempat Cikgu Mazlin yang cuti sakit. Walaupun begitu, aku pernah juga mengajar di sini, tetapi tugasan itu sebahagian daripada syarat untuk menjadi seorang guru. Hmm...Barulah dapat aku rasakan betapa penatnya menanggung

tanggungjawab ini dan juga menghadapi tekanannya. Kesian betul Cikgu Linah. Dulu, aku selalu buat hal tapi tidak pernah dia merungut, bebelku sendirian apabila terkenangkan masa silamku di Sekolah Menengah New Town. Tanpa disedari sebuah senyuman terukir di bibirku. Hoi! Termenung jauh sampai ke planet Jupiter ke? Pacar mana saja kau menungkan? sergah Akmal dengan tiba-tiba. Dagu yang ditopang tangan kiriku segera dilepaskan. Kerusiku pula ditarik agar posisi dudukku lebih selesa. Terus aku merenung tajam ke arah Akmal. Akmal pula, hanya membalas tenungan aku sahaja. Aku kalah dengan tenungannya. Dengan geram, aku pun meninggalkan mejaku dan keluar dari bilik guru untuk ke tandas.

Dalam perjalananku ke sana, fikiranku hanya berlegar mengenangkan kelakuan Akmal tadi. Sedang aku mengelamun, aku terperasan akan kehadiran seorang lelaki yang tidak aku kenali di dalam makmal sains hayat. Aku kehairanan dengan tindak lakunya. Setahu aku, kelas sudah lama berakhir. Mengapa dia di dalam? Menggodehgodeh dengan periuk air yang ada di dalam bilik itu pula! Agaknya dia operator makmal itu. Barangkali teknisyen baru. Segala fikiran negatif yang semakin bercambah di

dalam otakku, lenyap serta- merta. Aku mula menganggap hal-hal positif bahawa kelakuan lelaki itu biasa sahaja.

Pergerakan aku yang sedang berada di luar makmal menarik perhatian lelaki tersebut. Serta-merta, lelaki itu bangkit dan bergerak keluar dari bilik makmal tersebut di dalam keadaan tergesa-gesa tanpa langsung menoleh ke belakang. Dia menuju ke arah seseorang yang baru keluar dari pejabat sekolah.

Eh! Cikgu Krishna rupanya! Kelihatan lelaki tersebut berbicara dengan Cikgu Krishna. Betullah tekaanku. Lelaki itu memanglah operator makmal sains hayat. Mungkin hanya pekerja sambilan. Niatku untuk ke tandas semakin tertangguh apabila sesuatu kejadian berlaku tanpa diduga.

Apabila Cikgu Krishna baru sahaja menjejakkan kakinya ke dalam bilik makmal, terdengar satu letupan yang begitu dahsyat berlaku. Kabooooom!!!....

Asap mula berkepul-kepul di dalam bilik makmal itu. Beberapa tingkap berdekatan pintu masuk bilik tersebut didapati sama ada retak ataupun hancur berkecai. Api yang membakar akibat letupan itu mula merebak dengan cepatnya. Disambarnya tabir tingkap dan kini, api mula memakan rak-rak di mana botol-botol kimia dan asid disimpan.

Aku yang pada mulanya tergamam dan kaget, tidak dapat melakukan apa-apa sehingga aku terpandang pada sesusuk tubuh yang terkulai di muka pintu bilik makmal tersebut. Aku tekad ingin menyelamatkan nyawa Cikgu Krishna biar apapun yang akan terjadi. Segera aku berlari ke arahnya dan memapahnya keluar dari kawasan yang merbahaya itu dengan menggunakan segala tenaga yang mampu aku curahkan. Sejurus kemudian, beberapa lagi letupan yang lebih kecil menyusul.

Aku sedar bahawa aku harus melakukan sesuatu untuk mengawal kebakaran yang telah berlaku walaupun nyawa aku mungkin dalam keadaan terancam. Maka, tanpa berfikir panjang, segera aku memecahkan penggera kebakaran untuk memberitahu pihak sekolah akan kecemasan yang sedang aku hadapi. Tanpa

berlengah, aku menutup mukaku dengan lengan bajuku dan terus memasuki bilik yang kini sudah dipenuhi asap yang tebal lagi menyesakkan pernafasanku.

Aku mencapai sebuah alat pemadam api yang terletak di satu ceruk billik makmal itu lalu penutupnya aku buka. Berkat pengalamanku ketika mengikuti kursus cara-cara menangani kecemasan dan menghadapi kebakaran anjuran Unit Pertahanan Awam, Balai Bomba Bukit Batok, aku berjaya memadamkan api yang mula menjilat segala perkakas di makmal sains itu. Namun, api pada sebahagian botol-botol kimia masih gagal dipadamkan, malah, makin bertambah marak. Terpaksa aku menggunakan alternatif lain iaitu menggunakan pasir yang telah disediakan di situ. Ternyata usahaku menggunakan pasir itu mendatangkan hasil. Api yang marak berjaya dipadam.

Aku melepaskan satu nafas tanda kelegaan, namun hatiku sayu serta dadaku sebak apabila aku memandang sisa-sisa akibat kebakaran tadi. Tabir tingkap hanya tinggal rangka, manakala, kerusi-kerusi, meja-meja dan segala peralatan makmal hangus terbakar atau kotor diselaputi abu. Nasib baik, bahan-bahan kimia tidak sempat dijilat api, kalau tidak, entah apa musibah yang lebih dahsyat akan terjadi. Aku tidak dapat bayangkan.

Namun, apabila aku terpandang periuk air di mana lelaki yang tidak aku kenali itu tadi seperti sedang hendak memperbetulkannya, terdapat beberapa bangkai tikus bersepahan di sekililingnya. Periuk air itu pula, hancur sama sekali. Aku pasti, periuk air itulah punca letupan yang berlaku sebentar tadi.

Tiba-tiba aku terasa seperti ada seekor binatang berbulu lebat yang merayap di atas kakiku. Apabila aku melihat ke bawah, serta-merta aku menjerit. Tikus!! Eeii! Aku pantang melihat tikus seperti itu! Lagi-lagi yang merayap di atas kakiku! Segera aku berpaling ke belakang dan terus berlanggar dengan seseorang. Aku amati wajah yang asa di hadapanku. Barulah aku sedar bahawa wajah itu kepunyaan lelaki yang tidak aku kenali itu. Disebabkan aku masih berada di dalam keadaan terperanjat, tidak ada sepatah perkataan pun yang dapat aku ucapkan. Melihat gelagat aku yang agak ganjil, lelaki itu dengan lembut, memimpinku keluar dari bilik makmal itu.

Aku disuruh duduk di atas sebuah bangku yang terletak di luar bilik makmal itu dan diberikan secawan air panas untuk menenangkan diriku. Sejurus kemudian, sepasukan ahli bomba dan polis tiba. Beberapa orang ahli bomba memasuki bilik makmal dan mula menjalankan siasatan sementara aku diminta untuk membuat kenyataan mengenai apa yang terjadi kepada seorang pegawai polis yang berpakaian segak. Selepas itu, aku pula diperiksa oleh para paramedik sebelum disahkan sihat untuk pulang. Cikgu Krishna juga terpaksa melalui proses yang sama setelah dia berjaya disedarkan.

Sebelum aku pulang, sempat juga aku bertanya akan punca kebakaran yang telah berlaku. Apa yang ku diberitahu, tikus makmal yang disimpan di dalam sebuah sangkar bersebelahan periuk air itu yang telah menyebabkan letupan tersebut. Ruparupanya, apabila lelaki yang tidak aku kenali itu bergegas keluar dari bilik makmal tersebut, secara tidak sengaja, telah membuka pintu sangkar tersebut. Tikus-tikus itu pun mengambil peluang untuk melarikan diri dan beberapa ekor daripadanya telah mengunyah wayar periuk air tersebut. Inilah yang telah menyebabkan letupan berlaku kerana periuk air itu masih dihidupkan. Tikus-tikus itu ada pula yang mati akibat kejutan elektrik ataupun hangus terbakar. Namun, ada juga yang dapat menyelamatkan diri mereka. Salah seekor daripadanyalah yang telah merayap di atas kaki ku.

Bulu roma ku masih meremang apabila aku terfikir akan kejadian yang telah berlaku tadi. Tidak aku sangka, aku berjaya menyelamatkan seorang rakan kerja, memadamkan satu kebakaran besar dan diserang seekor tikus dalam sehari. Kini, barulah aku dapat memberikan nama buat lelaki yang tidak aku kenali itu. Dia merupakan seorang pekerja baru di sini dan namanya ialah Rafie. Itulah yang dikatakannya apabila aku berjumpa dengannya untuk mengucapkan terima kasih kepadanya.
Nukilan Mohd Khairil Bin Jebah 2013

PANDUAN UMUM MENULIS KARANGAN

Sebelum memulakan proses penulisan, anda hendaklah memberi perhatian kepada beberapa perkara penting, iaitu:

A. Memilih Tajuk B. Merangka Karangan C. Menulis Karangan D. Menyemak Karangan

A. Memilih Tajuk

1. Baca dan fahami kesemua tajuk yang dikemukakan 2. Kemudian pilih tajuk yang benar-benar anda fahami atau tahu. Karangan yang menyimpang daripada tajuk tidak akan diberi markah langsung bagi bahagian ISI (0 markah). Hanya markah bahagian BAHASA akan dipertimbangkan. Oleh itu, proses pemilihan tajuk AMAT PENTING SEKALI. 3. Pastikan bahawa anda dapat mengumpulkan isi-isi yang banyak atau mencukupi untuk tajuk yang dipilih. Perkara ini dilakukan supaya karangan yang akan dihasilkan itu tepat, padat dan bernas.

B. Merangka Karangan

1. Rangka Karangan merupakan panduan yang dapat membantu anda semasa menulis. 2. Ia mengandungi fakta-fakta ringkas yang berkaitan dengan tajuk pilihan anda. 3. Rangka karangan bolehlah dibahagikan kepada PENGENALAN, ISI dan PENUTUP. 4. Dengan membuat rangka karangan, anda dapat pastikan bahawa karangan anda itu: a. Tidak terkeluar daripada tajuknya b. Isi-isinya mencukupi untuk menghasilkan sebuah karangan yang sempurna dan bermutu c. Isi-isi karangan disusun mengikut kepentingannya atau urutan yang betul 7

C. Menulis Karangan

1. Karangan yang ditulis hendaklah berpandukan rangka karangan yang telah dibuat. 2. Karangan anda mestilah dumulakan dengan pengenalan. 3. Pengenalan karangan mesti ditulis dalam satu perenggan. 4. Di dalam bahagian pengenalan, anda haruslah memperkenalkan tentang tajuk yang dipilih. 5. Bahagian yang terpenting dalam sesebuah karangan ialah isi. Di sinilah jumlah markah yang akan anda perolehi ditentukan. 6. Oleh itu, isi-isi yang dikemukakan mestilah tepat dan padat serta mempunyai perkaitan dengan tajuk. 7. Isi-isi karangan mestilah diolah dengan cara yang mudah untuk difahami. 8. Susun isi-isi karangan anda dengan teratur atau mengikut urutan. 9. Satu isi penting patut ditulis dalam satu perenggan. Isi-isi penting dalam setiap perenggan itu pula mesti dikembangkan. 10. Isi dalam setiap perenggan mestilah membunyai perkaitan di antara satu dengan yang lain. 11. Jangan tamatkan karangan anda dengan tiba-tiba atau secara mengejut. Sebaliknya, buatkan satu rumusan ringkas atau penutup untuk mengakhiri karangan anda. 12. Penutup itu hendaklah dibuat berdasarkan hujah-hujah atau perkara-perkara yang telah dikemukakan dalam bahagian isi. 13. Penutup karangan yang baik akan memberikan kepuasan kepada pemeriksa.

D. Menyemak Karangan

1. Gunakan 5 minit terakhir daripada masa penulisan karangan untuk menyemak karangan yang telah disiapkan. 2. Semak dengan teliti kesilapan ejaan dan tatabahasa sepertimana yang telah diajarkan oleh guru-guru. 3. Semak kesilapan ejaan dengan berpandukan Kamus Dewan. 4. Antara kesilapan ejaan yang umum adalah seperti berikut: keesokkan berkerja 8

5. Antara kesilapan tatabahasa yang umum adalah pengimbuhan, pemilihan kata dan pembinaan ayat. 6. Berbanggalah dengan hasil karangan anda untuk disemak oleh pemeriksa. Karangan itu hendaklah ditulis dengan tulisan yang jelas tanpa sebarang contengan dan disertai dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Setiap karangan haruslah lebih baik daripada karangan-karangan yang ditulis sebelumnya kerana semua kesilapan-kesilapan dalam karangan-karangan terdahulu telah diperbaiki.

Ciri-ciri Karangan Yang Baik

1. Karangan yang ditulis itu adalah berdasarkan format yang betul. 2. Ia mempunyai pengenalan yang menarik, ringkas tetapi padat 3. Isi-isi yang dikemukakan mempunyai perkaitan dengan tajuk 4. Karangan hendaklah ditulis dalam bentuk perenggan. Biasanya, satu perenggan mengandungi satu isi dan diikuti dengan huraian dan contoh. 5. Tiap-tiap perenggan mestilah saling berkait di antara satu sama lain. 6. Karangan itu mestilah mempunyai susunan ayat yang ringkas tetapi mudah difahami. 7. Ia mesti diolah dengan cara yang menarik dan tidak membosankan. 8. Ia menggunakan bahasa baku dan bukannya bahasa pasar. 9. Ia mempunyai tanda baca yang betul. 10. Ia mempunyai penutup atau kesimpulan yang menarik, ringkas dan padat. 11. Tulisan yang kemas dan mudah dibaca.

Panduan menulis karangan yang bermutu

1. Banyakkan membaca bahan-bahan bacaan bahasa Melayu yang standard seperti novel-novel, cerpen-cerpen dan buku-buku cerita. Peruntukkan sebahagian masa anda dalam sehari untuk membaca. Anda juga boleh mencuri masa untuk membaca semasa menunggu bas, dalam bas/MRT, semasa siaran iklan di televisyen dan sebagainya. 2. Pilih bahan-bahan bacaan yang bermutu daripada penerbit-penerbit buku seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Fajar Bakti dan Pustaka Nasional. 3. Tumpukan perhatian anda pada bahan bacaan tersebut. Anda membaca dengan matlamat secara sedar bahawa membaca dapat meningkatkan penguasaan bahasa Melayu anda. 4. Sentiasa jadikan Kamus Dewan sebagai rakan seiringan anda ketika membaca. Anda akan gunakan Kamus Dewan tersebut secara aktif iaitu merujuk maksud perkataan-perkataan sukar yang tidak difahami. Seandainya anda masih kabur akan maksud yang terdapat dalam kamus tersebut, jangan segan-segan untuk merujukkan perkara itu kepada guru anda. 5. Membaca, membaca dan teruslah membaca

Panduan Merangka Karangan

Anda perlu merangka karangan anda sebelum menulis. Langkah ini termasuk dalam aktiviti pra-menulis. Dengan cara ini, cerita anda akan lebih teratur. Berikut disertakan rangka yang anda boleh gunakan semasa hendak menulis karangan naratif.

Tanyakan diri anda soalan-soalan penting semasa merencanakan plot dalam cerita tersebut iaitu:

Apa? Di mana?

Siapa? Mengapa?

Bila? Bagaimana?

10

Perenggan 1:

Pengenalan Lihat Panduan Mulakan Cerita

Perenggan 2:

Perkembangan Terangkan masalah, konflik atau situasi dalam cerita tersebut

Perenggan 3:

Unsur drama/Suspen Apa yang terjadi dalam cerita ini? Apa pula yang terjadi pada watak-watak dalam cerita ini? Bagaimana terbina? Rekakan satu persekitaran supaya pembaca dapat merasakannya unsur ketegangan dan keseronokan/keghairahan

Perenggan 4:

Klimaks Bahagian ini adalah bahagian yang paling menggegarkan. Tindakan-tindakan watak utama terhadap suatu situasi ditonjolkan

Soalan-soalan untuk membina klimaks Apa yang terjadi dalam cerita ini? Apa pula yang terjadi pada watak-watak dalam cerita ini? Bagaimana unsur ketegangan dan keseronokan/keghairahan terbina? Rekakan satu persekitaran supaya pembaca dapat

merasakannya

Sila lihat contoh: Apakah yang terjadi pada Farhan? Adakah dia ditangkap oleh ketua pengawas? Apakah perasaannya semasa ditangkap? Adakah dia cuba melarikan diri 11

Perenggan 5:

Peleraian/Kesudahan/Penutup Lihat Panduan Menamatkan Cerita

Setelah mencapai klimaks, cerita anda sudah sedia untuk diakhiri. Untuk cerita yang menerangkan tentang pengalaman seseorang yang tidak dapat dilupakan, berikan kesan cerita tersebut pada watak itu. Adakah dia akan sentiasa teringatkan peristiwa itu meskipun sudah bertahun-tahun berlalu? Atau adakah dia akan tersenyum setiap kali menatap potret yang merakamkan peristiwa itu?

Kadang-kadang, anda boleh menyelitkan kesudahan yang tidak dijangkakan. Contohnya, watak pelajar nakal kembali ke sekolah untuk memberikan ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar lain. Kesudahan yang tidak dijangkakan akan lebih mewarnai cerita anda. Walaubagaimanapun, elakkan menciptakan suatu

kesudahan yang terlalu direka-reka hingga kesan logiknya sudah hilang.

Sejarah cerpen

Cerpen, dengan ertinya yang sebenar, muncul dalam masyarakat kita pada zaman sebelum Perang Dunia II, iaitu kira-kira dalam tahun 1920. Tetapi dalam zaman itu, bentuknya belum lagi dinamakan cerpen. Penulis-penulis ketika itu menyebutnya sebagai cerita atau ceritera ataupun hikayat. Bentuk-bentuk ini disiarkan dalam hampir semua akhbar dan majalah yang terbit ketika itu. Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu moden, perkataan cerpen mula dibiasakan penggunaannya dalam abad kedua puluh. Ini ditimbulkan dalam tahuntahun lima puluhan, iaitu bersama-sama munculnya Angkatan Sasterawan 50 (Asas 50). Ketika itu, ia disebut cerita pendek. Namun, pada akhir tahun-tahun enam puluhan ia diringkaskan menjadi cerpen. Nama baru itu kekal hingga sekarang.

12

Keindahan cerpen

Cerpen hanyalah suatu bentuk cereka. Maksudnya, apa yang dilihat dan dibaca di atas kertas yang kita namakan cerpen itu hanyalah bentuknya sahaja. Bentuk cerpen terjadi oleh adanya gabungan antara isi atau fikiran dengan teknik pengolahannya. Keindahan cerpen dapat diperlihatkan dengan adanya penggunaan teknik-teknik penulisan cerpen yang tertentu.

Di samping itu juga, cerpen dapat menghidupkan emosi atau perasaan. Cerpen yang tinggi nilai seninya dapat menimbulkan ketegangan dan mengheret pembaca untuk merasakan pengalaman yang terlukis sehingga menangis, ketawa atau senyum. Kesan sesebuah cerpen selalunya diukur daripada reaksi emosi pembaca yang dikuasai oleh peraturan-peraturan tertentu.

Ciri-ciri cerpen yang utama

Ciri-ciri utama cerpen dapat dibahagikan seperti berikut: 1. cerpen itu adalah sebuah kisah atau cerita berbentuk prosa 2. cerpen mesti menonjolkan hanya satu kesan 3. cerpen mengisahkan dengan agak terperinci suatu peristiwa atau suasana; dan 4. cerpen memperlihatkan adanya unsur-unsur dramatik

PLOT Apa itu plot? Plot amat penting bagi sesebuah karya cereka. Tanpa plot yang baik, karya itu menjadi pincang dan mendatar. Plot dapat diertikan sebagai susunan peristiwa-peristiwa dalam cerita. Itulah sebabnya ketika seseorang mendengar cerita, dia akan sering mengeluarkan pertanyaan, Lepas itu, apa yang berlaku?. Soalan ini memperlihatkan adanya hubungan atau susunan peristiwa-peristiwa dalam cerita. Dengan demikian, plot sebenarnya ialah satu siri atau rentetan peristiwa-peristiwa yang bergerak melalui masa.

13

Struktur Plot Sesebuah cerita selalunya terdiri daripada tiga bahagian, iaitu permulaan, pertengahan dan pengakhiran. Bahagian permulaan itu dikenali sebagai eksposisi atau bahagian pengenalan. Dalam bahagian inilah biasanya pengarang memperkenalkan tempat, masa dan watak-watak cerita. Berikutnya, dikemukakan pula konflik. Di sini watakwatak menghadapi masalah sehingga keadaan menjadi rumit. Keadaan ini

kemudiannya tiba pada klimaks atau puncak di mana satu-satu penyelesaian perlu diambil. Di sinilah pembaca turut mengetahui bentuk penyelesaian terakhir yang akan dicapai. Peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas puncak adalah merupakan peleraian. Di bahagian ini, segala masalah sudah dapat diselesaikan. Keadaan menjadi tenang semula, tiada sebarang kerumitan lagi.

Dalam bentuk rajah, plot dapat dilukiskan seperti berikut:

Klimaks/Puncak

Eksposisi

Peleraian

14

Anda mungkin juga menyukai