Anda di halaman 1dari 1

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA PUSAT BAHASA DAN PEMBANGUNAN INSAN JABATAN PEMBANGUNAN INSAN Pemikiran Kritis dan

Kreatif (BLHC 4032) Kertas Penulisan Reflektif Anda diminta membaca artikel berjudul Found Money . Cuba fahamkan dan jawab soalan-soalan berikut sebagai panduan penulisan refleksi anda. 1. Siapakah yang menjumpai wang Yolanda dan dimanakah wang tersebut dijumpai? 2. Nyatakan maksud a habit of stashing money yang terdapat dalam artikel tersebut? 3. Kenapa Yolanda bertindak menjual kereta arwah suaminya? 4. Apakah cara yang terbaik untuk membantu Vince menasihati rakan-rakan yang menaliponnya berkenaan wang yang dijumpai? 5. Apakah kesimpulan Vince setelah mengetahui situasi sebenar berkenaan wang yang dijumpai? 6. Nyatakan perasaan anda tentang tindakan yang perlu diambil oleh Vince, Monica, Frank, Madline, Phil and Eric terhadap wang yang dijumpai itu? 7. Siapakah di antara watak yang tersenarai dalam artikel itu (Vince, Monica, Frank, Madline, Phil dan Eric) yang paling bertanggungjawab untuk memberitahu Yolanda tentang wang yang dijumpai di dalam kenderaan itu? Apakah hujah-hujah anda terhadap pilihan watak yang dipilih dan kemukakan fakta-fakta sokongan yang menyokong jawapan anda itu. Arahan: 1. Anda diminta menulis sebuah kertas reflektif secara individu berdasarkan artikel tersebut. 2. Kertas reflektif ini harus ditulis antara 2,000-4,000 patah perkataan dan tidak termasuk muka depan / cover page . 3. Kertas reflektif anda mesti ditaip dengan menggunakan fon Times New Roman 12 dan jarak antara setiap ayat ialah 1.5. 4. Penulisan mesti ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. 5. Tarikh penyerahan pada hari kuliah 15-19 April 2013 (tertakluk arahan Pensyarah kuliah masing).

Anda mungkin juga menyukai