Anda di halaman 1dari 2

1.

Assalamualaikum wbt, saya mengalu alukan kedatangan tuan tuan dan puan puan bagi meraikan majlis perpisahan ini.. Garam ada kicap pun ada, Sayang lada terlupa bagi; Pantun ada ucapan ada, Sayang tiada berdoa lagi 2. Memulakan majlis dgn menjemput Ustaz Hafizan Bin Yaacob untuk bacaan doa majlis dan seterusnya doa makan. 3. Ucap tq kat ustat atas bacaan doa. Sebelum kita menjamu selera, dengarlah pantun ini Kalau tuan pikat cemara, Buatlah bara bakar selasih; Sudilah tuan jamu selera, Hidangan mesra pengikat kasih

4. Para hadirin dijemput untuk menjamu selera. 5. Yang berusaha Pn guru besar, pn pouziah bt ghani Yang dipertua pibg, en nawawi bin manaf Guru guru yang diraikan, Guru2 sek keb ramuan china besar, Staf sokongan dan hadirin sekelian.

6. Saya dengan rasa rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih dan mengalu alukan kehadiran anda semua pada hari ini. Tujuan kita berkumpul pada hari ini adalah untuk meraikan 3 orang guru yang telah dan bakal bersara. Untuk makluman semua, guru yang kita raikan pada hari ini ialah, pn rohani binti abu kassim, pn jemaah bt atim dan pn masiah bt minin. Mereka bertiga ini bolehlah saya katakan sebagai orang penting di sekolah kita. Ini kerana 2 daripada mereka memegang jawatan sebagai penolong kanan pentadbiran. Manakala seorang lagi adalah ustazah yang cukup dedikasi ketika menjalankan tugas. Hadirin sekalian, Atas permintaan dan desakan ramai, saya ingin menjemput seorang penyair hebat, en azizul untuk mendeklamasikan sajak beliau.. dengan ini, dipersilakan. 7. Terimakasih diucapkan kepada en azizul. Sajak beliau itu sungguh menyentuh perasaan kita.

8. Seterusnya, saya menjemput, en ahmad nur khushairi untuk menyampaikan ucapan mewakili para guru dan staf sk ramuan china besar, dipersilakan. 9. Sekarang, tibalah masanya untuk mendengar amanat terakhir daripada guru yang diraikan. 10. Saya menjemput pn rohani,untuk menyampaikan ucapan. 11. Tq pn rohani. Saya ada sediakan pantun untuk pn rohani, Patah pasak dalam kemudi Patah diruang bunga kiambang Kalaulah tidak bertemu lagi Bulan yang terang sama dipandang 12. Seterusnya saya menjemput pn jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau, dipersilakan. 13. Tq pn jemaah, ini pantun untuk pn jemaah Serapah disembur mengubat gatal Kemudian pula membaca jampi Sebelum tidur ditepuk bantal Menyeru nama dalam mimpi 14. Seterusnya saya menjemput, pn masiah untuk menyampaikan ucapan beliau. 15. Tq pn masiah, untuk pn masiah pun saya ada sediakan pantun Nilai ukhwah mjadi tali, pengikat jiwa teguhnya pasti, jari dsusun rapat sekali, maaf d pohon andai pernh mengguris hati 16. Saya mohon maaf kat pn masiah ni sebab saya selalu mengusik dia. 17. Seterusnya saya ,menjemput en nawawi bin manaf untuk menyampaikan ucapan mewakili persatuan ibubapa dan guru. 18. Tibalah masanya kita mendengar ucapan daripada guru besar pn pouziah bt ghani. Dipersilakan. 19. Penyampaian cenderahati

Suka dan duka mjadi tunjang, kasih dan syg x mampu dbeli, jika ada umur yg panjang, InsyaALLAH pasti kita bertemu kembali.

Dari Rokan ke Indragiri, Membawa tinta ke Kuala Linggi; Baliklah tuan rehatkan diri, Esok kita bersua lagi

Anda mungkin juga menyukai