Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN RETEH SERIAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6 NAMA :__________________________________KELAS:__________________

BAHAGIAN A: SOALAN OBJEKTIF (20 MARKAH) ARAHAN: Baca dan jawab semua soalan-soalan berikut dengan teliti. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan yang disediakan. 1. Kita perlu mensyukuri nikmat kesihatan badan yang dikurniakan oleh _________ a. b. c. d. Ibu bapa Tuhan Rakan Guru

2. Kebersihan fizikal bermaksud kebersihan dan kekemasan ________. a. Mental b. Kelas c. Padang d. Diri 3. Perbuatan _________ adalah contoh perbuatan menjaga maruah diri yang digalakkan oleh agama. a. b. c. d. Beradab sopan Meninggi diri Berlagak sombong Menipu

4. Stephanie rajin ________ pelajaran sebelum peperiksaan untuk mendapat keputusan yang cemerlang. a. b. c. d. Bercerita Menyesuaikan Mengulangkaji Menyediakan

5. Mereka yang mengamalkan nilai ______ sentiasa beradab sopan dan menggunakan bahasa yang sopan dalam pergaulan mereka. a. Kasih sayang b. Rajin c. Bertimbang rasa d. Hemah tinggi

6.

Leela dipulaukan oleh rakan-rakannya kerana menghidap penyakit HIV/AIDS

Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh rakan-rakan Leela? I. Mengejek dan mentertawakan Leela II. Memberi sokongan moral kepada Leela III. Menceritakan penyakit Leela kepada orang lain IV. Mengajak Leela bermain bersama-sama a. b. c. d. I dan II I,II dan IV II dan IV II,III dan IV

7. Berikut merupakan kebaikan amalan jujur dalam kehidupan kecuali a. b. c. d. Dipercayai oleh rakan dan masyarakat sekeliling Dapat menjalankan tanggungjawab dengan amanah Dapat membantu orang tua dengan ikhlas Dipandang mulia oleh masyarakat

8. Rakyat Malaysia yang baik hati telah _________ bantuan kewangan kepada mangsa Tsunami di Acheh. a. b. c. d. Menghulurkan Mengambil Berkongsi Menggunakan

9. Kita hendaklah ______ di atas jasa dan pengorbanan bapa kemerdekaan negara, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. a. b. c. d. Bertimbang rasa Mengenang budi Berterima kasih Berkongsi cerita

10. Seorang bapa yang baik tidak akan ______ kasih sayang kepada anak-anaknya. a. Memberikan b. Membeza-bezakan c. Menghulurkan d. Memberitahu

11.

Jessica berdepan masalah dengan rakan-rakan sekelasnya di sekolah

Tindakan yang boleh diambil oleh Jessica ialah I. II. III. IV. Meminta pendapat/pandangan ibunya Berkongsi masalah tersebut dengan ayahnya Menceritakan keburukan rakannya kepada guru Memencilkan diri kerana kesedihan

a. b. c. d.

I dan II II dan III I dan IV II dan IV

12. Pilih cara-cara yang menunjukkan seseorang individu menyayangi keluarga mereka. I. II. III. IV. Bersedia membantu ahli keluarga Patuh nasihat ibu bapa Tidak menghiraukan masalah yang dhadapi oleh ahli keluarga Menghormati ahli keluarga

a. I,II dan III b. II, III dan IV c. I,II dan IV d. I,III dan IV 13. Pemimpin yang ______ sentiasa mengambil berat akan kesusahan dan masalah yang dihadapi oleh rakyat. a. Berfikiran terbuka b. Jujur c. Amanah d. Prihatin 14. Kita boleh mengamalkan nilai semangat bermasyarakat dengan mengamalkan nilai-nilai murni dibawah kecuali: a. Memberikan kerjasama dalam menyelesaikan masalah b. Hidup bertolak ansur antara satu sama lain c. Tidak mengambil tahu perihal jiran tetangga d. Saling bantu-membantu

15. Antara berikut, yang manakah BUKAN masalah gejala sosial yang melanda negara kita? a. b. c. d. Vandalisme Meniru Gengsterisme Buli

16. Antara tindakan berikut, yang manakah BOLEH diambil bagi memastikan perkara diatas tidak berlaku. a. b. c. d. Mengitar semula bahan buangan Membela ikan di dalam sungai Membuang botol plastik di dalam sungai Membina kilang berdekatan dengan sungai

17. Berikut adalah beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yang mengalami kepupusan KECUALI: a. Pokok bakau b. Pokok limau c. Periuk kera d. Pokok palma 18. Seseorang yang ingin bercuti ke luar negara hendaklah mempunyai ______ terlebih dahulu. a. Sijil lahir b. Kad pengenalan c. Pasport antarabangsa d. Lesen memandu 19. Antara perlakuan di bawah,yang manakah menunjukkan sikap pemimpin yang bertanggungjawab kepada negara? a. b. c. d. Mempertahankan rahsia negara dari pihak luar Memberitahu maklumat sulit kepada negara lain Mendedahkan rahsia negara kepada pihak luar Memburuk-burukkan nama negara

20. Antara berikut, yang manakah kebaikan mengekalkan perpaduan kaum? I. II. III. IV. a. b. c. d. Masyarakat mementingkan diri masing-masing Dapat hidup aman dan damai Mengelakkan ancaman luar Keharmonian negara I,II dan III II,III dan IV I,II dan IV I,II,III dan IV

BAHAGIAN B: 5 SOALAN STRUKTUR Jawab soalan-soalan berikut.

(30 MARKAH)

1. Fahami pantun dan jawab soalan-soalan berikut.

Pergi ke kedai bersama Ramu, Untuk membeli sebungkus laksa, Tuntutlah ilmu tanpa jemu, Jangan mudah berputus asa. Berehat sebentar di tepi ladang, Sambil melihat burung berkicauan, Usaha kecewa jika kecundang, Sabar menghadapi segala ujian. Kucing dan anjing berlari-lari, Sambil mengejar si rama-rama, Rajin berusaha setiap hari, Hidup bahagia kejayaan menjelma
a) Berdasarkan pantun di atas, apakah sifat yang diperlukan oleh seseorang individu bagi menunjukkan nilai kerajinan? I.______________________________________________________________ II.______________________________________________________________ (2 markah) b) Nyatakan DUA kebaikan yang akan diperolehi daripada sifat rajin. I.______________________________________________________________ II._____________________________________________________________ (2 markah) c) Bagaimanakah cara untuk menghadapi kekecewaan dan kegagalan? _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ (2 markah)

d) Apakah kesan terhadap individu yang mudah putus asa? ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ e) Pada pendapat anda, apakah akibat murid yang malas? ________________________________________________________________ _______________________________________________________________ (4 markah) (2 markah)

3. Fahami kempen di bawah dan jawab soalan berikut.

KEMPEN CINTAILAH

SUNGAI

KITA

a) Apakah yang anda faham tentang kempen di atas? _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ (2 markah)

b) Nyatakan EMPAT tindakan anda untuk memastikan kempen di atas berjaya. I._____________________________________________________________ II.____________________________________________________________ III.____________________________________________________________ IV.____________________________________________________________ (8 markah)

c) Apakah faedah yang diperolehi oleh generasi akan datang jika sungai di negara kita tidak tercemar? _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ (2 markah)

3. Fahami kad undangan di bawah dan jawab soalan-soalan berikut

KELAB KAUNSELING SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBAK PAYA Pihak kelab dengan sukacitanya mengundang Tuan/Puan ___________________________________ ke program MEMPERINGATI DAN MENGHARGAI TOKOH DAN PEMIMPIN NEGARA Yang dianjurkan oleh Kelab Kaunseling sekolah mengikut ketetapan berikut: Tarikh: 16 Oktober 2010 Masa : 8:00 pagi hingga 1.00 petang Tempat : Dewan Sri Siantan Sek Keb Tambak Paya Kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi program ini. Terima kasih.

a) Apakah tujuan program ini dijalankan? _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________. (2 markah) b) Nyatakan DUA kebaikan daripada program di atas. I._______________________________________________________________ II._______________________________________________________________ (2 markah) c) Bagaimanakah caranya untuk memastikan program di atas mendapat sambutan daripada pihak ibu bapa. _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________. (2 markah)

JAWAPAN SOALAN OBJEKTIF (20 MARKAH) 1.B 11.A 2.D 12.C 3.A 13.D 4.C 14.C 5.D 15.B 6.C 16.A 7.C 17.B 8.A 18.C 9.C 19.A 10.B 20.B

Anda mungkin juga menyukai