Anda di halaman 1dari 14

1.0 Pendahuluan Emosi dan rasional saling mempengaruhi corak pemikiran manusia.

Emosi adalah penting dalam pemikiran rasional kerana ia memberi informasi mengenai pemahaman terhadap dunia. George (1995) mengandaikan bahawa gangguan emosi akan berlaku jika seseorang individu itu meletakkan keperluaan keutamaan kepada ingin disayangi. Berfikir secara tidak rasional akan menjejaskan kecenderungan manusia untuk hidup diiktiraf. Sidek Baba (2006) menyatakan bahawa perkataan rasional berasal dari perkataan ratio yang bererti akal atau minda. Akal manusia bertindak hasil daripada pemerhatian, cerapan, pengalaman dan penelitian yang menghubungkan diri dengan persekitaran. Berfikir secara rasional pula bermakna berfikir secara waras untuk mendapatkan jawapan. Menurut Froggatt (2005) pemikiran tidak rasional adalah pemikiran yang negatif yang menghindarkan seseorang untuk mencapai matlamatnya. Kemurungan boleh berlaku jika perasaan dinilai secara ekstrim. Pembentukan tidak rasional akan mendorong pembentukan tingkahlaku yang menjejaskan diri sendiri, orang lain dan termasuk kehidupannya. Pemikiran tidak rasional ini juga mempunyai nilai realiti dimana tidak disokong oleh bukti yang diperolehi. Pemikir terlalu menuntut kerana tidak logic untuk mernilai sendiri. Ellis 1979 ( Shilling 1984) memberi pandangan peribadi terhadap manusia. Beliau menyatakan bahawa manusia mempunyai akal dan boleh mengendalikan dirinya. Budaya dan orang yang terdekat dengan manusia mempengaruhi kecenderungan dalaman manusia. Manusia sering bertindak secara tidak rasional kerana gangguan terbit daripada pandangan manusia terhadap dirinya.

2.0 Latar Belakang Corey (1996) berpendapat bahawa Pemikiran Tidak Rasional diwarisi oleh kanak-kanak dari awal hidup hasil daripada pembabitan kanak-kanak itu dengan orang-orang signifikan . Manusia mencipta kepercayaan tidak rasional dan memasukkan kepercayaan negative ini

melalui proses saran kendiri dan ulangan kendiri. Pemikiran manusia mempengaruhi kehidupan manusia dari zaman dahulu lagi. Manusia mampu untuk berfikir secara rasional ataupun tidak rasional . Manusia menjadi penyebab pemikiran melalui emosi yang dirasai. Pemikiran manusia dikuasai oleh cara mereka memanipulasikan kepercayaan yang dianuti hasil dari penglibatan diri dengan persekitaran serta dengan orangorang yang digaulinya., Menurut Epictecus (500 SM) dalam tulisannya The Enchiridion, manusia terganggu dengan pandangan dan kepercayaannya sendiri. Beberapa abad kemudian Shakespeare menyatakan bahawa Tidak ada baik atau jahat tetapi pemikiran yang menjadikan demikian. Adler (1964)menyatakan bahawa individu mengikut interprestasi sendiri tentang dirinya dan masaalah yang dihadapinya dan tidak mengaitkan perkara luar dalam menentukan tingkah laku. Ellis pula berpendapat bahawa pemikiran kepercayaan (Shilling,1984) Banyak kajian membuktikan bahawa personality individu manifestasi dalam system kepercayaan yang ada dalam diri individu. Maka, kepercayaan yang rasional terhadap diri amat membantu mengelakkan diri berkonflik. Suradi Salim (1996) mengandaikan bahawa manusia mampu untuk berfikir secara rasional dan tidak rasional. Manusia mempercayai tahyul yang mana mendorong mereka untuk membuat keputusan yang tidak rasional. rasional perlu diajar untuk mengatasi konflik

2.1Albert Ellis mengemukakan 12 Pemikiran Tidak Rasional (Sabariah Siron,2005) 1. Seseorang individu seharusnya dikasihi dan disayangi oleh orang yang signifikan. Jika ada orang yang tidak menyayanginya maka ia kecewa. 2. Seseorang individu seharusnya lengkap,cekap dan berjaya dalam semua perkara yang dilakukannya tanpa melakukan kesalahan.Jika tidak berjaya maka seharusnya berputus asa 3. Manusia tidak seharusnya melakukan kesilapan.Mereka perlu dihukum dan dipersalahkan jika berkelakuan buruk, tidak adil atau mementingkan diri sendiri.orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang teruk. 4. Apa yang berlaku mestilah seperti yang saya rancang. Kehidupan ini huru hara apabila sesuatu perkara yang terjadi tidak seperti yang diharapkan dan diimpikan. 5. Kesengsaraan dan kesedihan adalah disebabkan oleh perkara-perkara di luar kawalan individu dan juga disebabkan oleh factor-faktor luaran. Saya tidak boleh melakukan apaapa untuk membuat saya gembira. 6. Seseorang individu mesti merasa bimbang tentang perkara-perkara yang boleh mendatangkan bahaya,menakutkan dan tidak seksa. 7. Seseorang individu perlu menggelakkan diri daripada kesukaran,ketidakselesaan dan bertanggungjawab kerana kehidupan ini sangat membebankan. 8. Seseorang individu itu seharusnya bergantung kepada orang lain yang lebih berkuasa dan kuat. Keyakinan pada diri sendiri tiada sama sekali. 9. Peristiwa masa lampau telah menyebabkan masalah yang saya hadapi dan menentukan tingkahlaku manusia dan perasaan individu. 10. Seseorang itu sepatutnya berasa sedih dan mengambil berat apabila melihat orang lain menghadapi masalah dan kesukaran. 11. Seseorang individu itu tidak tahan dengan perasaan tidak selesa dan sakit walaupun apa dilakukan untuk mengatasinya. 12. Sesuatu masalah itu ada penyelesaian yang paling baik dan tidak sepatutnya penyelesaian itu tidak ditemuinya.

2.2 Kelemahan Pemikiran Tidak Rasional Berfikiran tidak rasional menghalang seseorang individu untuk berkembang dalam kehidupan seharian. Mereka sering berasa kurang berkeyakinan diri dan kerap bergantung

kepada orang lain. Individu juga mengabaikan hal-hal positif dalam kehidupan dan terlalu cepat membuat generalisasi. Mereka tidak berminat pada diri sendiri dan tidak berminat bersosial. Keyakinan pada diri kehidupan. adalah kurang mereka juga tidak berani mengambil risiko dalam

Pemikir tidak rasional juga tidak menerima kenyataan dan tidak bertolenrasi

terhadap pihak lain.

3.0 Teori Terapi Tingkah Laku Rasional Emotif Terapi Tingkah Laku Rasional Emotif (Rational Emotive Behaviour Theraphy)

diperkenalkan oleh Albert Ellis yang merupakan satu system dan amalan psikoteraputik dan juga satu bentuk pemahaman. Tumpuan REBT adalah untuk menunjukkan bagaimana untuk mengubah kepercayaan tidak rasional yang disebabkan oleh kesan emosi (Ellis,1970 ) Pada asalnya teori ini dikenali sebagai terapi rasional(1951) dan kemudiannya ditukarkan kepada terapi rasional emotif pada tahun 1959. Mulai tahun 1992 terapi rasional emotif ditukarkan kepada terapi tingkah laku emotif Albert Ellis adalah anak murid Freud yang menggunakan pendekatan Albert Ellis berpendapat bahawa individu yang bermasalah pendekatan psikoanalitik ( Ellis 1999,2000, 2001,2002) psiokoanalisis.

menjadi lebih kritikal dengan

Menurut Muhd Mansur Abdullah (1997) Ellis menggabungkan sistem psikologi dan falsafah dalam teorinya iaitu gabungan Falsafah Stoic, Psikoanalisis Freud, Psikologi individu Alfred Adler dan orentasi tingkah laku Pavlou dan Walpe. Gabungan pendekatan membantu meneguhkan teorinya. Ellis menekankan bahawa : When people emote they also think and act. When they act, they also think and emote.When they think,they also emote and act Teori Tingkah Laku Rasional Emotif mementingkan tiga aspek iaitu kognitif, emosi dan aspek tingkah laku. Ia menekankan pemikiran,penganalisaan,penilaian,perlakuan dan membuat keputusan. Pendekatan teori ini bercorak deduktif, mengawal dan mengutamakan kepada pemikiran tidak rasional kepada pemikiran rasional. Terapi ini yakin bahawa individu yang berfikiran tidak rasional boleh diperbetulkan. Teori personality A-B-C berpusat kepada terapi REBT . Corey (1996) menekankan bahawa konsep A-B-C dalam teori REBT, jika emosi seseorang individu itu terganggu kerana

pemikiran tidak rasional, ia perlu dicabar dan ditukarkan kepada pemikiran yang logic, matang dan realistic. Model A-B-C menunjukkan bahawa seseorang individu itu berkecenderungan membiarkan

dirinya terganggu. Walaubagaimanapun mempunyai peluang untuk mengubah proses kognitif, emosi dan tingkah laku. Mengikut Shamsina Shamsuddin (2013), Model ABC bermaksud seperti berikut: A = Activating event (peristiwa yang menjadi pencetus perasaan dan tingkah laku) B = Beliefs (Kepercayaan) C = Consequences (Akibat) D = Disputing (Mempertikaikan) E = Effective ways of thinking, feeling and behaving ( cara yang baik untuk berfikir, bertingkah laku dan berperasaan.

A - Merujuk kepada situasi,peristiwa , pengalaman yang telah berlaku yang menjadi pencetus kepada perasaan dan tingkah laku. Menurut kajian Ellis ( 1987 ), terdapat lapan jenis kepercayaan tidak rasional yang biasa wujud dalam penafsiran pengalaman (A ). Cara pemikiran yang sentiasa membawa kepada pemikiran tidak rasional pula termasuk generalisasi, keterlaluan ( over-generalizing) , inferens tidak berasas (arbitrary inference), pengabstrakan terpilih (selective abstraction), pembesaran atau pengecilan ( magnification or minimization), tanggungjawab keterlaluan (excessive responsibility), rujukan diri ( self-references), personalisasi ( personalization), pemikiran diktomus ( dichotomous thinking) dan pemikiran mutlak ( absolutistic thinking). ( Prochaska & Narcross, 1999).

B- Kepercayaan yang dibentuk akibat daripada situasi yang telah berlaku di A C- Kepercayaan mengeluarkan perasaan dan tingkah laku D-Cara yang digunakan untuk menentang keyakinan yang tidak rasional E- Cara efektif untuk berfikir, tingkah laku dan berperasaan

4.0 Tokoh Tokoh Pemikiran Tidak Rasional adalah Albert Ellis yang dilahirkan di Pittsburg pada 27 September 1913 sebagai seorang yahudi. Beliau meninggal pada tahun 2007. Beliau merupakan anak sulung dan mempunyai seorang adik lelaki dan juga perempuan. Bapa Ellis adalah seorang ahli perniagaan yang sibuk yang kurang mengambil berat serta memperdulikan beliau dan adik beradiknya Ibunya juga tidak menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anaknya. Semasa

berumur 4 tahun beliau menetap di New York. Semasa kanak-kanak, beliau dimasukkan ke hospital 9 kali kerana menghadapi penyakit nefritis dan renal glycosuria. Sepanjang berada dalam wad ibu bapanya tidak meziarahi beliau. Mereka juga tidak memberi sokonga emosi terhadap beliau.Semasa berumur 40 tahun Abert Ellis menghidap penyakit kencing manis. Walaupun berpenyakit, beliau bersikap optimis dan menjalani kehidupan yang aktif.

Ellis memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perniagaan dari City University, New York. Beliau menceburkan diri dalam perniagaan setelah tamat pengajian tetapi tidak mendatangkan hasil yang diharapkan.. Kemudiannya beliau terlibat dalam penulisan buku berbentuk fiksyen tetapi tidak begitu diminati olehnya. Seterusnya terlibat dengan menulis

buku berbentuk bukan fiksyen dan berbentuk pengetahuan. Beliau meminati penulisan buku bukan fiksyen dan Berjaya untuk menulis buku tentang seksualiti manusia.. Pada ketika itu tidak ada ramai pakar seksualiti manusia. Beliau menjadi perunding seksualiti manusia kemudiannya. Kerjaya ini menyebabkan dia menyambung pengajian dalam Sarjana dan seterusnya Phd bidang psikologi klinika di Columbia Universiti pada tahun 1942. Beliau terlibat dengan pekerjaan ahli psikologi klinikal semasa menyambung pelajaran.Setelah menamatkan PhD, Ellis mendapat latihan lanjutan dalam pendekatan psikoanalisis dibawah penyeliaan Richard Hullbeck, ketua latihan Institut Kolej Horney, termasuk juga Alferd Adler, Erich Fromm dan Hary Stack Sullivan .

5 .0 Sejarah Perkembangan Alfred Adler bekerjasama dengan Sigmund Freud dalam mengembangkan pendekatan Psikoanalisis namun kemudiannya keluar dari organisasi bersama pengikut-pengikutnya kerana tidak bersependapat dengan Freud. Pada tahun 1950 an Albert Ellis seorang klinikal psikologi telah memperkenalkan Terapi Kognitif Tingkah Laku (RET) yang lebih moden. Albert juga pada asalnya terlatih dalam bidang psikoanalisis berpendapat bahawa rawatan menjadi lambat dengan kaedah psikoanalisis .Albert Ellis adalah pelopor Terapi Rasional yang diperkenalkan pada tahun 1951. Ellis berpendapat bahawa seseorang individu perlu mengubah cara berfikir tentang diri individu itu sendiri, pemasalahan yang dihadapi dan juga masalah dunia. Maka RET iaitu Terapi Emotif menggantikan Terapi Rasional pada tahun 1959 untuk mengubah pemikiran seseorang individu . RET memperlihatkan gangguan emosi berlaku kerana

pemikiran tidak rasional. Albert Ellis yang telah mengemukakan 12 Pemikiran Tidak Rasional dan menekankan bahawa manusia dapat menghindari dari masalah dan tekanan emosi dengan berpemikiran rasional. Kemudiannya RET dikenali dengan REBT iaitu Terapi Emotif Tingkah Laku pada tahun 1959. Pada tahun 1960an Aaron Beck, telah memperkembangkan

CT(Cognitive Therapy) iaitu Terapi Kognitif. CT bergabung dengan terapi REBT dan pelbagai

pendekatan yang lain.

Pada tahun 1990 an Terapi Kognitif Tingkah Laku (CBT)

iaitu

gabungan Terapi Emotif Tingkah Laku ( REBT) dan Terapi Kognitif ( CT )diperkenalkan oleh Aaron Beck . Dan seterusnya REBT dan CT telah dibangunkan oleh Maxie Maultsby dengan Rational Behaviour Therapy, Arnold Lazarus dengan Multimodal Therapy, Marsha Linehan dengan Dialetical Behaviour Therapy, Jeffrey Young dengan Schema Therapy dan banyak lagi.

6.0 Sorotan dan Dapatan kajian-kajian lepas Anwar Shammomadi, Mohamad Khaledian dan Yaagkob (2011) telah membuat kajian terhadap 208 pelajar sesi 2010/2011, Universiti Azad,Ghorveh yang dipilih secara rawak mudah untuk melihat perhubungan antara pemikiran tidak rasional dan pencapaian akademik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perhubungan diantara pemikiran tidak rasional dengan pencapaian akademik. pelajar. Pelajar yang berpemikiran rasional lebih berjaya dalam bidang akademik. Didapati juga pelajar perempuan yang berpemikiran tidak rasional mencapai

keputusan yang tidak memuaskan berbanding dengan pelajar lelaki yang pemikiran tidak rasional. Terdapat hubungan gender antara pemikiran tidak rasional dengan pencapaian akademik. Kajian Ali Najar (2004) juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pemikiran tidak rasional dan pencapaian akademik.

Penyelidikan(Daly&Burton,1983:Zwemer&Deffenbacher,1984;McLennan,1987;Marcotte,1966; Bridges&Roig,1997;Al-Rehani,1987;Al Mousawi,2005; and Ghnaim,2002). yang lepas

berkaitan pemikiran tidak rasional menunjukkan bahawa terdapat perhubungan di antara pemikiran tidak rasional dan gender. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peratus pelajar perempuan berpemikiran tidak rasional adalah lebih tinggi berbanding dengan lelaki. bahawa tidak terdapat hubungan

Berbanding dengan kajian Amini (1997) menunjukkan

signifikan antara gender dengan kepercayaan tidak rasional. Gender tidak mempengaruhi pemikiran tidak rasional.

Mastura Mahfar, Fadilah Zaini, Nor Akhmar (2007) menjalankan kajian untuk mengetahui factor penyebab stres keatas 30 orang pelajar tahun kedua Universiti Teknologi Malaysia yang mempunyai pencapaian akademik Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.00 dan kebawah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemikiran tidak rasional adalah salah satu penyebab stres yang penting. Kajian Tanghavi (2006) juga mendapati bahawa orang yang mengalami depresi memiliki kepercayaan tidak rasional. Berbanding dengan orang yang dapat berfikir dengan rasional dan dapat mengawal emosinya .Soloman(1998) juga menyatakan bahawa depresi

mempunyai hubungan erat dengan kepercayaan tidak rasional. Model terapi REBT adalah satu bentuk terapi yang dianggap efektif untuk mengatasi masalah. Menurut Beck(1981) proses kognitif dan kepercayaan tidak rasional mempengaruhi tahap stres dan kerisauan. Masao Okura Takanida (2010) telah membuat kajian keatas 100 pelajar Universiti

Tokushima, Jepun yang berpemikiran tidak rasional. Kajiannya menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara pemikiran tidak rasional dengan corak pemakanan. Individu yang berfikiran tidak rasional gagal untuk mengawal emosi dan corak pemakanan berbeza diantara individu. Terdapat pelajar yang makan berlebihan kerana gagal mengawal emosi akibat daripada pemikiran tidak rasional manakala segelintir pelajar makan berlebihan pula. Emad Muhammad (2011) membuat kajian terhadap 500 orang pelajar Universiti Jordan. Penyelidikannya bertumpu kepada tahap keyakinan diri dengan pemikiran tidak rasional. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perhubungan diantara tahap keyakinan diri

dengan pemikiran tidak rasional dalam kalangan pelajar. Pelajar yang mempunyai keyakinan diri tinggi adalah pelajar yang berpemikiran rasional manakala pelajar yang kurang berkeyakinan adalah pelajar berfikiran tidak rasional. Mukangi (2011) telah membuat kajian terhadap 60 orang pelajar sekolah Tehran berumur antara 13-16 tahun . Kajian beliau adalah untuk mengetahui keberkesanan teori REBT untuk mengatasi pemikiran tidak rasional. Dapatan kajian menunjukkan bahawa REBT Berjaya mengurangkan pemikiran tidak rasional di kalangan pelajar

Menurut Salimi et al (2010) pemikiran tidak rasional ibu mempengaruhi kepercayaan anak.. Ibu adalah orang yang paling berdekatan dengan anak. Pemikiran ibu diwarisi oleh anak mereka. Rumusannya pemikiran tidak rasional adalah pemikiran tidak logic yang mempengaruhi kehidupan seharian individu. Pemikiran tidak rasional mengganggu emosi seseorang individu kerana persepsi tidak logic yang dirumuskan terhadap sesuatu peristiwa. Pemikir tidak rasional melihat sesuatu peristiwa dari sudut negative. Pencapaian akademik merosot kerana berada dalam keadaan tertekan akibat daripada pemikiran tidak rasional. Corak pemakanan juga bersangkut paut dengan pemikiran tidak rasional. Segelintir individu terangsang untuk makan secara berlebihan kerana tertekan manakala yang lain cuba elak daripada makan. Tahap keyakinan diri juga dipengaruhi oleh pemikiran. Keyakinan diri kurang pada pemikir tidak rasional berbanding dengan pemikir rasional. Gender juga dikaitkan dngan pemikiran tidak rasional. Ada kajian menunjukkan bahawa terdapat perhubungan antara gender dengan pemikiran tidak rasional dan terdapat dapatan kajian sebaliknya pula. Orang pemikiran tidak rasional melihat kehidupan sebagai beban dan tidak berusaha untuk menghadapi cabaran. Berbanding dengan pemikir rasional, mereka berjuang untuk hidup dan sentiasa berfikirin positif. Kenyataan ini disokong oleh Dr. Walter Staples (2010), seorang yang optimistik adalah orang yang menjangkakan dan melihat kebaikan dari semua segi. Mereka melihat kesukaran sebagai sesuatu yang dapat memberikan arah kehidupan.Menurut beliau lagi, orang yang pesimis adalah orang yang menjangkakan keburukan yang bakal ditemui dalam kehidupan. Orang yang begini lebih banyak fokus kepada apa yang salah, dan lupa tentang ada yang benar selain dari salah. Pemikiran positif membuatkan seseorang individu lebih tabah dan sanggup berusaha lebih untuk mencapai kejayaan. Pemikiran negatif melemahkan semangat dan menghilangkan harapan , menjadikan seseorang tertekan dan terpesong dari apa yang telah dirancang.

Walaubagaimanapun teori REBT untuk merasionalkan pemikiran tidak rasional boleh dipertikaikan. Teori REBT menjurus kepada penyelesaian masalah terhadap pemikir tidak rasional tanpa mengupas masalah disebalik olehCorey (2009). pemikiran tersebut. Kenyataan ini disokong tidak melihat masalah secara

Beliau berpendapat bahawa teori REBT

menyeluruh tetapi hanya bertujuan untuk merasionalkan pemikiran tidak rasional.

7.0 Implikasi Pemikiran Tidak Rasional terhadap amalan pendidikan 1.Pelajar digalakkan untuk bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan. Sebagai contohnya kebersihan bilik darjah perlu dijaga bersama agar tidak timbul pemikiran tidak rasional untuk melarikan diri daripada tanggungjawab. Ketua kelas dan pengawas perlu memantau kebersihan bilik darjah dan juga keadaan kelas dari masa ke semasa. 2. Pelajar perlu diberi keyakinan oleh guru agar dia tidak bergantung sepenuhnya kepada orang lain. Peneguhan positif akan menimbulkan keyakinan terhadap diri pelajar. 3. Tidak ada jalan mudah untuk mencapai kejayaan. Pelajar perlu berkerja keras untuk

mencapaian impian hidup. Maka terapkan semangat positif pada pelajar untuk menerima dan membuat kerja rumah yang diberikan guru. Latihan tambahan akan memperkukuhkan ingatan pelajar terhadap pelajaran yang telah diajar. 4.Guru perlu memotivasikan pelajar agar tidak mudah buruk prasangka. Tanamkan pemikiran rasional dengan memberi pelbagai situasi kepada pelajar dan menyuruh mereka memberi

pendapat. Guru perlu mengulas pendapat pelajar. Pendapat tidak rasional perlu dimurnikan dan guru memainkan peranan yang besar untuk mengubah corak pemikiran tidak rasional pelajar. 5. Salah satu punca stres adalah pemikiran tidak rasional. Terdapat segelintir pelajar pemikiran tidak rasional yang tidak gemar untuk berkawan. Mereka suka hidup bersendirian. Aktiviti berkumpulan menggalakan pelajar berinteraksi di antara satu sama lain. Galakkan pelajar melakukan aktiviti menarik bersama seperti.

8.0 Kesimpulan Pemikiran Rasional dipelopori oleh Dr Albert Ellis. Beliau mengemukakan dua belas idea pemikiran tidak rasional. Pemikir tidak rasional mendesak agar kehendak mereka dipenuhi Ellis mempercayai bahawa reaksi emosi serta gaya hidup seseorang berkait rapat dengan kepercayan asas individu. Reaksi emosi adalah hasil pemikiran rasional dan tidak rasional. Pemikiran tidak rasional adalah punca asas gangguan psikologi. Manusia bertanggungjawab terhadap perasaan gangguan yang ditimbulkan oleh mereka secara sedar ataupun tidak sedar. REBT diperkenalkan

oleh Dr. Albert Ellis setelah mendapati pendekatan psikoanalitik tidak menyelesaikan masalah pemikiran seseorang individu. Pendekatan REBT adalah untuk merasionalkan pemikiran tidak rasional.

RUJUKAN Amran Hassan,Fatimah Yusoof,Khadijah Alavi (2012). Keluarga Sihat Melahirkan Komuniti Sejahtera.Satu ulasan.The journal of society and space 8 issues 5(51-63) Anwar Shahmohamadi Mohamad Khaledian,Yaoghob Ahmadi (2011). Relationship Of Irrational Beliefs With Students Academic Achievement. International review of Bussiness And Social Sciences,Vol,No. 1(51-56) Assuptor Mukangi (2010).Rational Emotive Behavioral Theraphy (REBT).The Journal Of Language ,Technology & Enterpreneurship in ISSN ( 1998-2079) Azlina Mohd Kosnin (2007). Pengaruh Personaliti Terhadap Kepuasan Kerja Dan Stres Guru.Jurnal Teknologi, 48(E) Jun 2008 (33-47) Emad Muhammad (2011).Irrational Beliefs Among Jordian College Students And Relationship With Self Confidence. Asian Social Sciences,Vol 7,No.5 Matthias Sporrle (2010). On The Incremental Validity Of Irrational Beliefs To Predict Subjective Well-BeingWhile Controlling For Personality Factors. Psicothema 2010.Vol 22,n 4pp. (543-548) Michael E Bernard (2008) Albert Ellis And The School World Of Children. Melbourne Graduate Of Education, University Of Melbourne , Victoria 3010 Michael E Bernard (2003). The Child And Adolescent Scale Of Irrationality: Validation Data And Mental Health Correlates.Journal Of Cognitive Psychortheraphy International Quartery, Vol.13 (No.2,2003) Pegah Farokhzaid(2011).Effect Of Rational Emotive Behaviour Theraphy On Adjustment And Reducing Beliefs Among Adolescent Girls In Tehran.Recent Rearches In Medicine And Medical Chemistry, Vol. 14 (114-234) Wayne Forggatt (2005). A Brief Introduction To Rational Emotive Behaviour Theraphy.Third Ed (version February 2005)

Anda mungkin juga menyukai