Anda di halaman 1dari 8

1.0 Pendahuluan Emosi dan rasional saling mempengaruhi corak pemikiran manusia.

Emosi adalah penting dalam pemikiran rasional kerana ia memberi informasi mengenai pemahaman terhadap dunia. George (1995) mengandaikan bahawa gangguan emosi akan berlaku jika seseorang individu itu meletakkan keperluaan keutamaan kepada ingin disayangi. Berfikir secara tidak rasional akan menjejaskan kecenderungan manusia untuk hidup diiktiraf. Sidek Baba (2006) menyatakan bahawa perkataan rasional berasal dari perkataan ratio yang bererti akal atau minda. Akal manusia bertindak hasil daripada pemerhatian, cerapan, pengalaman dan penelitian yang menghubungkan diri dengan persekitaran. Berfikir secara rasional pula bermakna berfikir secara waras untuk mendapatkan jawapan, Ensiklopedia Wikipedia mendefinisikan pemikiran tidak rasional sebagai pemikiran yang tidak sesuai dengan hukum alam iaitu bentuk pemikiran yang kurang waras. Menurut Froggatt (2005) pemikiran tidak rasional adalah pemikiran yang negatif yang menghindarkan seseorang untuk mencapai matlamatnya. Kemurungan boleh berlaku jika perasaan dinilai secara ekstrim. Pembentukan tidak rasional akan mendorong pembentukan tingkahlaku yang menjejaskan diri sendiri, orang lain dan termasuk kehidupannya. Pemikiran tidak rasional ini juga mempunyai nilai realiti dimana tidak disokong oleh bukti yang diperolehi. Pemikir terlalu menuntut kerana tidak logic untuk mernilai sendiri. Ellis 1979 ( Shilling 1984) memberi pandangan peribadi terhadap manusia. Beliau menyatakan bahawa manusia mempunyai akal dan boleh mengendalikan dirinya. Budaya dan orang yang terdekat dengan manusia mempengaruhi kecenderungan dalaman manusia. Manusia sering bertindak secara tidak rasional kerana gangguan terbit daripada pandangan manusia terhadap dirinya. Albert Ellis mengemukakan 12 Pemikiran Tidak Rasional (Sabariah Siron,2005) 1. Seseorang individu seharusnya dikasihi dan disayangi oleh orang yang signifikan. 2. Seseorang individu seharusnya lengkap,cekap dan berjaya dalam semua perkara yang dilakukannya tanpa melakukan kesalahan.

3. Manusia tidak seharusnya melakukan kesilapan.Mereka perlu dihukum dan dipersalahkan jika berkelakuan buruk, tidak adil atau mementingkan diri sendiri. 4. Apa yang berlaku mestilah seperti yang saya rancang. Kehidupan ini huru hara apabila sesuatu perkara yang terjadi tidak seperti yang diharapkan dan diimpikan. 5. Kesengsaraan dan kesedihan adalah disebabkan oleh perkara-perkara di luar kawalan individu dan juga disebabkan oleh factor-faktor luaran. Saya tidak boleh melakukan apaapa untuk membuat saya gembira. 6. Seseorang individu mesti merasa bimbang tentang perkara-perkara yang boleh mendatangkan bahaya,menakutkan dan tidak seksa. 7. Seseorang individu perlu menggelakkan diri daripada kesukaran,ketidakselesaan dan bertanggungjawab kerana kehidupan ini sangat membebankan. 8. Seseorang individu itu seharusnya bergantung kepada orang lain yang lebih berkuasa dan kuat. 9. Peristiwa masa lampau telah menyebabkan masalah yang saya hadapi dan menentukan tingkahlaku manusia dan perasaan individu. 10. Seseorang itu sepatutnya berasa sedih dan mengambil berat apabila melihat orang lain menghadapi masalah dan kesukaran. 11. Seseorang individu itu tidak tahan dengan perasaan tidak selesa dan sakit walaupun apa dilakukan untuk mengatasinya. 12. Sesuatu masalah itu ada penyelesaian yang paling baik dan tidak sepatutnya penyelesaian itu tidak ditemuinya.

Latar Belakang Corey (1996) berpendapat bahawa Pemikiran Tidak Rasional diwarisi oleh kanak-kanak dari awal hidup hasil daripada pembabitan kanak-kanak itu dengan orang-orang signifikan . Manusia mencipta kepercayaan tidak rasional dan memasukkan kepercayaan negative ini melalui proses saran kendiri dan ulangan kendiri. Pemikiran manusia mempengaruhi kehidupan manusia dari zaman dahulu lagi. Manusia mampu untuk berfikir secara rasional ataupun tidak rasional . Manusia menjadi penyebab pemikiran melalui emosi yang dirasai. Pemikiran manusia dikuasai oleh cara mereka memanipulasikan kepercayaan yang dianuti hasil dari penglibatan diri dengan persekitaran serta dengan orangorang yang digaulinya., Menurut Epictecus (500 SM) dalam tulisannya The Enchiridion, manusia terganggu dengan pandangan dan kepercayaannya sendiri. Beberapa abad kemudian Shakespeare bahawa menyatakan Tidak ada baik atau jahat tetapi pemikiran yang menjadikan demikian. Adler

(1964)menyatakan bahawa individu mengikut interprestasi sendiri tentang dirinya dan masaalah yang dihadapinya dan tidak mengaitkan perkara luar dalam menentukan tingkah laku. Ellis pula berpendapat bahawa pemikiran rasional perlu diajar untuk mengatasi konflik kepercayaan (Shilling,1984) Banyak kajian membuktikan bahawa personality individu manifestasi dalam system kepercayaan yang ada dalam diri individu. Maka, kepercayaan yang rasional terhadap diri amat membantu mengelakkan diri berkonflik. Suradi Salim (1996) mengandaikan bahawa manusia mampu untuk berfikir secara rasional dan tidak rasional. Manusia mempercayai tahyul yang mana mendorong mereka untuk membuat keputusan yang tidak rasional.

Tokoh Tokoh Pemikiran Tidak Rasional adalah Albert Ellis yang dilahirkan di Pittsburg pada 27 September 1913 sebagai seorang yahudi. Beliau meninggal pada tahun 2007. Beliau merupakan anak sulung dan mempunyai seorang adik lelaki dan juga perempuan. Bapa Ellis adalah seorang ahli perniagaan yang sibuk yang kurang mengambil berat serta memperdulikan beliau dan adik beradiknya Ibunya juga tidak menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anaknya. Semasa berumur 4 tahun beliau menetap di New York. Semasa kanak-kanak, beliau dimasukkan ke hospital 9 kali kerana menghadapi penyakit nefritis dan renal glycosuria. Sepanjang berada dalam wad ibu bapanya tidak meziarahi beliau. Mereka juga tidak memberi sokonga emosi terhadap beliau.Semasa berumur 40 tahun Abert Ellis menghidap penyakit kencing manis. Walaupun berpenyakit, beliau bersikap optimis dan menjalani kehidupan yang aktif. Ellis memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang perniagaan dari City University, New York. Beliau menceburkan diri dalam perniagaan setelah tamat pengajian tetapi tidak mendatangkan hasil yang diharapkan.. Kemudiannya beliau terlibat dalam penulisan buku berbentuk fiksyen tetapi tidak begitu diminati olehnya. Seterusnya terlibat dengan menulis

buku berbentuk bukan fiksyen dan berbentuk pengetahuan. Beliau meminati penulisan buku bukan fiksyen dan Berjaya untuk menulis buku tentang seksualiti manusia.. Pada ketika itu tidak ada ramai pakar seksualiti manusia. Beliau menjadi perunding seksualiti manusia kemudiannya. Kerjaya ini menyebabkan dia menyambung pengajian dalam Sarjana dan seterusnya Phd bidang psikologi klinika di Columbia Universiti pada tahun 1942. Beliau terlibat

dengan pekerjaan ahli psikologi klinikal semasa menyambung pelajaran.Setelah menamatkan PhD, Ellis mendapat latihan lanjutan dalam pendekatan psikoanalisis dibawah penyeliaan Richard Hullbeck, ketua latihan Institut Kolej Horney, termasuk juga Alferd Adler, Erich Fromm dan Hary Stack Sullivan .

Analisa dapatan dan isu-isu penting dalam kajian-kajian lepas yang berkaitan Kajian Dalam Negara Menurut Salimi et al (2010) pemikiran tidak rasional ibu mempengaruhi kepercayaan anak.. Ibu adalah orang yang paling berdekatan dengan anak. Pemikiran ibu diwarisi oleh anak mereka. Ali Najar (2004) menyatakan bahawa terdapat hubungan signifikan antara kepercayaan tidak rasional dengan pencapaian akademik.Pemikiran tidak rasional pelajar menjejaskan pencapaian akademik pelajar. Amini (1997) menyatakan bahawa tidak terdapat hubungan signifikan antara gender dengan kepercayaan tidak rasional. Gender tidak mempengaruhi pemikiran tidak rasional Kajian Luar Negara Mengikut Khaledian (2010) terdapat perhubungan antara pemikiran tidak rasional dengan stress. Lelaki yang lebih terlibat dengan stres akibat dari pemikiran tidak rasional. Tanghavi menyatakan (2006) menyatakan bahawa orang yang mengalami depresi memiliki kepercayaan tidak rasional. Berbanding dengan orang yang dapat berfikir dengan rasional dan mengawal emosinya. Soloman(1998) menyatakan bahawa depresi mempunyai hubungan erat dengan kepercayaan tidak rasional. Model terapi REBT adalah satu bentuk terapi yang dianggap efektif untuk mengatasi masalah.

Menurut Beck(1981) proses kognitif dan kepercayaan tidak rasional mempengaruhi tahap stres dan kerisauan. Terdapat hubungan antara pemikiran tidak rasional dengan corak pemakanan mengikut kajian yang dijalankan oleh Masahito Tomatake, Masao Okura, Takanido dari Universiti Tokushima, Jepun. Individu yang berfikiran tidak rasional gagal untuk mengawal emosi dan seterusnya menjejaskan pemakanan mereka

Teori Terapi Tingkah Laku Rasional Emotif Terapi Tingkah Laku Rasional Emotif (Rational Emotive Behaviour Theraphy) diperkenalkan oleh Albert Ellis yang merupakan satu system dan amalan psikoteraputik dan juga satu bentuk pemahaman. Tumpuan REBT adalah untuk menunjukkan bagaimana untuk mengubah kepercayaan tidak rasional yang disebabkan oleh kesan emosi (Ellis,1970 ) Pada asalnya teori ini dikenali sebagai terapi rasional(1951) dan kemudiannya ditukarkan kepada terapi rasional emotif pada tahun 1959. Mulai tahun 1992 terapi rasional emotif ditukarkan kepada terapi tingkah laku emotif Albert Ellis adalah anak murid Freud yang menggunakan pendekatan psiokoanalisis. Albert Ellis berpendapat bahawa individu yang bermasalah menjadi lebih kritikal dengan pendekatan psikoanalitik ( Ellis 1999,2000, 2001,2002)

Menurut Muhd Mansur Abdullah (1997) Ellis menggabungkan system psikologi dan falsafah dalam teorinya iaitu gabungan Falsafah Stoic, Psikoanalisis Freud, Psikologi individu Alfred Adler dan orentasi tingkah laku Pavlou dan Walpe Teori Tingkah Laku Rasional Emotif mementingkan tiga aspek iaitu kognitif, emosi dan aspek tingkah laku. Ia menekankan pemikiran,penganalisaan,penilaian,perlakuan dan membuat keputusan. Pendekatan teori ini bercorak deduktif, mengawal dan mengutamakan kepada pemikiran tidak rasional kepada pemikiran rasional. Terapi ini yakin bahawa individu yang berfikiran tidak rasional boleh diperbetulkan. Teori personality A-B-C berpusat kepada terapi REBT . Corey (1996) menekankan bahawa konsep A-B-C dalam teori REBT, jika emosi seseorang individu itu terganggu kerana pemikiran tidak rasional, ia perlu dicabar dan ditukarkan kepada pemikiran yang logic, matang dan realistic.

Model A-B-C menunjukkan bahawa seseorang individu itu berkecenderungan membiarkan dirinya terganggu. Walaubagaimanapun mempunyai peluang untuk mengubah proses kognitif, emosi dan tingkah laku. Mengikut Shamsina Shamsuddin (2013), Model ABC bermaksud seperti berikut: A = Activating event (peristiwa yang menjadi pencetus perasaan dan tingkah laku) B = Beliefs (Kepercayaan) C = Consequences (Akibat) D = Disputing (Mempertikaikan) E = Effective ways of thinking, feeling and behaving ( cara yang baik untuk berfikir, bertingkah laku dan berperasaan.

A - Merujuk kepada situasi,peristiwa , pengalaman yang telah berlaku yang menjadi pencetus kepada perasaan dan tingkah laku. B- Kepercayaan yang dibentuk akibat daripada situasi yang telah berlaku di A C- Kepercayaan mengeluarkan perasaan dan tingkah laku D-Cara yang digunakan untuk menentang keyakinan yang tidak rasional E- Cara efektif untuk berfikir, tingkah laku dan berperasaan

Anda mungkin juga menyukai